Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

"Haejin", perlahan lahan seungyoun mendekati jasad haejin yang tinggal nyawa2 ikan itu.

"Hae, jangan tinggalkan oppa hae. Tolong lah hae bagi oppa tebus kesalahan oppa, hae bangun sayang oppa dekat sini sayang, oppa rindukan hae tsk hae jangan buat oppa macam ni, hae tolong kuat untuk oppa please hae oppa merayu jangan tinggalkan oppa", seungyoun memangku kepala haejin yang dah berlumuran dengan darah.

Teresak-esak seungyoun minta haejin kuat. Dia tak sanggup untuk kehilangan haejin. Dan setelah berapa tahun itulah kali pertama dia panggil haejin 'sayang' entah bila last dia panggil haejin begitu.

Tak lama lepastu ambulans datang dan bawa haejin ke hospital, seungyoun juga masuk ke dalam ambulans tersebut. Dia taknak biarkan haejin berseorangan. Lantak lah kalau ada orang rembat kereta dia sekalipun tak apa, kereta baru boleh beli tapi nyawa haejin tak boleh dibeli.

.

.

Hospital Besar Seoul

Seungyoun mundar mandir di depan bilik pembedahan, semua rakan2nya juga turut berada di situ. Termasuk lah kakak haejin. Tiba2 dia berhenti depan haejung, haejung yang dari tadinya diam buat muka pelik.

"Noona, youn minta maaf youn tak jalankan  tanggungjawab youn. Maafkan youn noona, youn dah mungkir janji, tolong maafkan youn noona tsk", seungyoun melutut di hadapan haejung sambil menangis dan itu membuatkan hati haejung rasa sayu.

Haejung tahu yang seungyoun betul2 ikhlas sayangkan haejin cuma dia tiba2 kena gantikan tempat mendiang appanya dan membuatkan dia nak semua benda jadi perfect dan busy sebab banyak benda lagi yang dia kena belajar.

"Sudah tu seungyoun, bangun. Noona tak salahkan kau pun, noona tahu kau sayangkan dia, noona tahu tu. Tapi lepasni tolong jangan buat hae macam ni lagi, tolong jangan abaikan dia macam ni lagi ya?"

"Ya noona, youn janji youn takkan buat benda sama lagi. Youn nak tebus semua kesalahan yang youn pernah buat kat dia"

"Sudah tu, jangan menangis lagi. Kalau haejin nampak kau sedih2 macam ni mesti dia tak suka. Sabar ye, kita doakan semoga haejin selamat", kata haejung sambil menepuk bahu seungyoun bagi menenangkan dia. Rakan2 seungyoun yang lain juga cuba menenangkan seungyoun.

.

.

Hampir 3 jam mereka menunggu di luar bilik pembedahan dan akhirnya doktor keluar juga. Seungyoun orang pertama yang mendapatkan doktor yang merawat haejin itu.

"Doktor, macam mana dengan haejin doktor?", tanya seungyoun dengan muka risaunya. Riak wajah doktor itu membuatkan semua yang berada di situ rasa nervous.

"Kamu boyfriend dia ke?", tanya doktor itu pada seungyoun dan seungyoun hanya mengangguk.

"Mana satu ahli keluarga dia?"

"Saya unnie dia, kami dah tak ada parents"

"Ouh macam tu, oklah macam ni. First sekali saya nak minta maaf sebab saya tak dapat selamatkan anak dalam kandungan dia", semua terkejut, terkedu, terkelu, tercengang semua ter ada lah.

"Di..dia me..mengandung?", tanya seungyoun dengan gagap dan doktor tersebut hanya mengangguk.

"Kandungannya dah hampir masuk 3 bulan, tapi sayangnya tak sempat diselamatkan kerana hentakan dari kereta yang melanggar dia tadi agak kuat", seungyoun lemah dan dia jatuh, dia menyesal dengan perbuatan dia.

"Lagi satu, saya minta maaf kami dah cuba sedaya upaya kami tapi dia berada dalam keadaan koma sekarang. Maafkan saya, saya cuma boleh pantau keadaan dia dan saya minta kamu semua doakan dia dan selalu ada di sisi dia. Memang dia koma, tapi mungkin dia dapat rasa yang orang yang sayangkan dia ada dengan dia", makin luluh hati seungyoun. Dia dah hilang anak dia dan juga hampir hilang haejin. Dia memukul mukul dadanya sambil menangis.

"Apa aku dah buat ni!! Hae maafkan oppa hae, oppa dah gagal jadi lelaki yang terbaik untuk hae, maafkan oppa hae", yang lain cuba menenangkan seungyoun. Seungyoun dah seperti orang tak betul. Dia menyesal dengan perbuatan dia.

"Sabar seungyoun sabar, ni semua ujian untuk kau youn. Dengar cakap aku ni youn, sabar. Kau kena kuat demi haejin, kalau kau lemah macam ni, macam mana haejin nak sembuh? Kuatkan diri kau", nasihat seungwoo pada seungyoun.

"Youn, noona pun sedih youn tapi kita kena kuat untuk haejin teruskan hidup dia. Kita kuatkan diri kita sama2 ya, kita doakan haejin cepat sembuh dan boleh jalani hidup dia seperti biasa dan bahagia dengan youn ya? Kita sabar and doa", haejung juga berasa sedih. Hanya haejin sahaja lah ahli keluarganya yang tinggal.

Tak lama lepastu, seungyoun kuatkan dirinya dan masuk ke dalam ward haejin. Makin sayu hatinya melihat keadaan haejin yang penuh dengan luka, kepalanya berbalut, lehernya juga dipakaikan cast. Terus dia duduk di sebelah haejin, dia menggenggam tangan haejin kemas.

"Hae, cepat2 bangun ya sayang. Oppa rindu hae, oppa rindu nak tengok hae senyum hae gelak semua oppa rindu. Bangun tau, oppa akan sentiasa tunggu hae dekat sini, oppa tak akan abaikan hae lagi", lagi sekali seungyoun menangis. Dia betul2 menyesal, dia nak tebus semua kesalahan dia lepas ni.

nah, untuk mengelakkan kebencian anda pada seungyoun dlm ff ni.melarat😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro