12
"Hyunjae? Kau nak apa?"
"Saje datang nak melawat office kau, lawa jugak eh office kau", hyunjae buat tu macam office dia pulak. Dia pusing2 dalam office seungyoun, seungyoun malas layan dan dia hanya tumpukan perhatian dia pada skrin laptop dia.
"Busynya kau", kata hyunjae dan seungyoun hanya menjeling.
"Kau ingat aku tak ada kerja macam kau?", kata seungyoun.
"Eh eh suka hati je cakap kita tak ada kerja, aku ada kerja okay cuma ye lah kalau busy manjang pun buat apa kan? Sampai tak ada masa dengan awek sendiri huh", perli hyunjae dan membuatkan seungyoun bangun dari tempat duduknya dengan muka marah dia.
"Asal? Marah? Huh"
"Apa masalah kau sebenarnya eh? Kau kalau tak ada apa2 urusan, berambus"
"Alah bagi lah aku lepak2 jap dengan kau, dah lama kita tak lepak sekali bro"
"Aku tak ada masa lah nak lepak bagai. Banyak lagi kerja aku nak buat daripada layan kau"
"Aku tak kisah kalau kau malas nak layan aku, but atleast layan haejin baik2. Ke nak aku layankan?", hyunjae smirk dan membuatkan api kemarahan seungyoun semakin membara ye.
"Perlu ke kau libatkan haejin? Apa masalah kau sebenarnya? Kau nak apa sial", marah seungyoun.
"Kan aku dah cakap, aku nak kau rasa apa yang aku rasa", kata hyunjae tenang.
"Apa yang kau rasa hah? Kau ingat aku ada masa ke nak berteka-teki dengan kau"
"Tak apa lah, kalau aku cakap pun tak guna kan. Nanti2 kau fahamlah apa maksud sebenar aku, aku chaw lu", hyunjae menepuk bahu seungyoun dan terus beredar dari situ. Seungyoun yang rasa malas nak fikirkan benda yang tak penting itu terus fokus pada kerjanya semula.
.
.
2hari kemudian
"Hi haejin!", haejin menoleh kebelakang.
"Eo, hyu..hyunjae ah. A..awak buat apa dekat sini?" tanya haejin dengan gagap. Walaupun tu dalam butik, tapi haejin masih takut kalau2 ada orang yang nampak.
"Haejin, siapa ni?", kata haejung bila ternampak hyunjae tegur haejin macam dah lama kenal.
"Oh ini hyunjae, kawan baik hayoun", kata haejin.
"Ohhh, eh hyunjae duduk lah dulu. Nama noona haejung", kata haejung seperti kakak2, yelah dah dia memang kakak kan. Hyunjae hanya akur dan duduk di tempat yang telah disediakan. Haejin pula buat2 busy sebab dia takut.
Setelah haejung selesai buat minuman untuk hyunjae, dia hidangkan dan dia duduk dengan hyunjae.
"Dah lama ke kenal haejin?", tanya haejung.
"Tak ada lah lama sangat, baru juga lah cuma sebelum ni just kenal dia as yeochin seungyoun je", hyunjae menggosok belakang tengkuknya. Malu mungkin, yelah dia tu dengan orang yang dia rapat cam anot dengan orang yang dia baru kenal shy shy anjir.
"Ouh kenal seungyoun juga lah ni? Ha haejin, meh lah sini layan hyunjae ni. Dia kan tetamu haih kau ni, takut sangat kalau seungyoun tu tahu. Dia tu busy lah dengan kerja dia, tak ada masa dia nak check kau dekat sini", haejin tak tahu nak buat apa. Dia cuma akur dengan kata2 kakaknya dan pergi duduk bersama sama dengan hyunjae.
"Kenapa awak datang sini?", tanya haejin.
"Saje saya nak datang, nak jumpa awak. Tak boleh ke?", tanya hyunjae dan haejin hanya mendiamkan dirinya.
"Awak ni, takut sangat dengan seungyoun tu kan? Relax2 sudah lah, bukannya saya nak rogol awak pun. Nak jumpa je", kata hyunjae selamba, haejin agak terkejut bila perkataan rogol keluar dari mulut hyunjae. Satu je perasaan dia sekarang ni, takut.
"Hyunjae, kitorang sebenarnya nak tutup butik dah ni", kata haejung tengah kemas2 nak balik.
"Oh yeke? Tak apa lah kalau macam tu. Saya balik dulu lah", kata hyunjae dan bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi meninggalkan butik tersebut.
Haejin dan haejung bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Dah selesai tutup semua mereka pun masuk ke dalam kereta haejun dan haejung mencucuk kunci untuk start kan enjin. Tapi
"Eh kenapa tak boleh start ni? Alahai time2 ni lah kau nak buat hal pun", kata haejung.
"Unnie, kita balik naik teksi je lah kalau macam tu. Dah senja ni mana nak dapat bas", cadang haejin.
"Teksi pun belum tentu awal haejin oi, haih tak apa lah jom lah kita jalan kaki pergi bengkel hujung tu nak bagitahu kereta ni tak boleh start"
"Okay", maka mereka pun keluar dari kereta dan berjalan kaki menuju ke bengkel.
'PIN! PIN!'
Haejin dan haejung berhenti sekejap bila ada kereta yang hon da berhenti sebelah mereka. Haejin kenal kereta tu, dia membuka tingkap keretanya.
"Noona, haejin, kenapa tak balik lagi?"
"Eh hyunjae ke, noona ingatkan siapa tadi. Tu ha kereta noona tu tak boleh bak start pula, ni nak pergi bengkel hujung tu lah nak bagitahu kereta noona rosak", kata haejung dan hyunjae menjenguk dari dalam kereta bengkel yang dimaksudkan haejung, agak jauh juga lah.
"Macam ni lah, apa kata noona dengan haejin masuk dalam kereta saya. Biar saya yang hantarkan korang balik rumah, pasal kereta tu tak apa karang saya tolong", kata hyunjae. Haejung apa lagi setuju je lah, haejin takut2 nak masuk kereta hyunjae sebab haejung suruh dia duduk seat sebelah pemandu.
Dalam perjalanan tu, semua diam. Hyunjae asyik2 pandang haejin dan buatkan haejin tak selesa. Haejung pula hanya memerhatikan tingkah laku mereka.
"Haejin, pakai seatbelt nanti kalau saya terbreak mengejut macam mana? Tak pasal2 terhantuk nanti", kata hyunjae dengan prihatin dan haejin mula memakai seatbelt.
Tak lama selepas itu, mereka pun sampai di kawasan apartment rumah haejung. Hyunjae berhentikan keretanya betul2 depan blok rumah diorang, katanya bahaya kalau jalan dari guard nak dekat2 malam ni. Caring sungguh.
"Btw noona, kalau saya nak minta kuncu kereta noona boleh? Yelah karang nak bawa pergi bengkel"
"Oh boleh2, nah", haejung bagi kunci keretanya pada hyunjae..
"Btw, esok macam mana korang nak pergi kerja?", tanya hyunjae.
"Tak apa, kami boleh je jalan kaki sampai guard tu tunggu teksi kat sana. Teksi pagi2 selalu lalu kat situ", kata haejung. Hyunjae hanya meng'oh' kan sahaja. Selepas haejung dan haejin hilang dari pandangannya baru lah dia pergi meninggalkan kawasan itu.
Hyunjae pergi semula ke tempat tadi dan memanggil mekanik untuk baiki kereta haejung dan hyunjae tunggu sampai lah kereta tu siap malam tu juga.
Haejung&Haejin'sPov
"Unnie sukalah dengan budak hyunjae tu, baik pun baik, caring, sweet, handsome pula tu. Tenang je tengok dia", kata haejung yang sedang duduk di atas sofa.
"Unnie suka dia unnie cakap lah dengan dia, cakap dengan hae buat apa"
"Ish kau ni, bukan maksud unnie yang suka dia. Maksud unnie, unnie sukalah kalau kau tu dengan hyunjae", terkejut haejin dibuatnya.
"Unnie ni gila ke apa? Hae kan dengan seungyoun", kata haejin.
"Seungyoun? Huh, dia ambil kesah lagi ke pasal kau? Kau ni unnie tengok dah serupa orang tak ada boyfriend tahu tak? Kalau aku jadi kau, aku tinggalkan je seungyoun tu", kata haejung dengan geram. Lama sangat dah ni dia geram dengan seungyoun buat adik dia macam tu.
"Dia kan busy"
"Busy busy busy, tu je lah. Busy sampai awek sendiri pun tak terjaga. Boyfriend jenis apa tu? Lagipun unnie nampak hyunjae tu macam ada perasaan dekat kau, dia tu asyik2 pandang kau je. Unnie nampak lah, unnie duk kat belakang"
"Unnie jangan merepek boleh tak? Hae sayangkan seungyoun lagi dan hae tak akan tinggalkan seungyoun", terus haejin masuk ke dalam biliknya. Geram dengan perangai kakaknya seorang itu, asyik2 nak suruh dia tinggalkan seungyoun.
bersyukur sikit aku tak mcm mochi suka bgi ending gantung🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro