11
"Eo? Yohan? Hangyul? Apa korang buat kat sini?", tanya haejin dengan pelik. Yelah, jarang2 seungyoun bagi diorang masuk ni, selalunya kena halau je jantan 2 ekoq tu. Yohan dan hangyul mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu dan buat muka selamba. Tiba2 seungyoun keluar dari bilik dia.
"Puas dah berfoya foya dengan jantan lain? Puas? Seronok makan sama2 dengan jantan lain, sweet2, pegang2 muka, seronok lah?", seungyoun menyilangkan tangannya di dada.
"Apa oppa cakap ni?"
"Apa aku cakap? Huh pandai dah berlakon sekarang? Hangyul, kau tunjuk gambar tu dekat dia", hangyul mencapai handphone miliknya dan menunjuk gambar yang telah ditangkapnya siang tadi. Haejin agak terkejut, jadi betullah ada yang nampak dia tadi.
"Terkejut? Huh, kau suka sangat ke dengan hyunjae tu? Hm?", haejin menundukkan kepalanya. Dia tak tahu nak cakap apa.
"Cakaplah! Suka sangat ke kau dekat hyunjae tu?!!", tengking seungyoun membuatkan bahu haejin terhinjut sedikit. Bukan dia je terkejut, yohan dan hangyul pun terkejut. Diorang memang lah selalu kena maki dengan seungyoun tapi tak pernah lagi nampak seungyoun marah haejin macam tu. Yohangyul pun kecut perut.
"Hae minta maaf", bergetar suara haejin menahan tangis.
"Maaf? Huh, berapa kali dah kau minta maaf?"
"Oppa, hae minta maaf tapi masa tu hayoun ada sekali. Bukannya hae berdua dengan hyunjae", haejin beranikan dirinya untuk bersuara.
"Huh sekarang kau nak libatkan hayoun pula? Hangyul, yohan. Betul ke hayoun ada dekat situ sekali?", mata seungyoun masih memandang haejin dengan penuh kemarahan.
"Dia tipu hyung, kitorang langsung tak nampak kelibat hayoun noona kat situ tadi", kata hangyul dengan selamba.
"Korang nampak the whole situation ke? Tak kan? So korang tak ada hak nak tuduh aku", kata haejin pada yohangyul. Yohangyul hanya buat tak tahu.
"Dah haejin, kau tak payah nak marah2 diorang. Tak guna pun, aku tak percaya hayoun ada dekat situ sekali", kata seungyoun.
"Kalau oppa tak percaya, oppa tanya lah dia", kata haejin.
"No need to ask her, aku tak percayakan dia. Aku lebih percayakan yohan dan hangyul. Kau jangan nak gunakan nama hayoun dalam hal ni, mentang2 hyunjae rapat dengan dia kau gunakan nama hayoun pula sebagai penyelamat eh? Kau ingat kau boleh selamat? Kau masuk bilik aku sekarang!", tengking seungyoun dan membuatkan haejin terus masuk je dalam bilik seungyoun. Yohangyul juga terkejut akan situasi itu, tak sangka pula hyung diorang tu marah sampai macam tu sekali.
"Dah, korang berdua berambus", yohangyul pun melangkah keluar dari rumah seungyoun. Seungyoun masuk ke dalam bilik dan korang faham2lah apa yang jadi dalam bilik tu.
Keesokan paginya
Haejin bangun dan tengok sebelah dia, seungyoun tak ada. Dia dah pergi kerja, haejin bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri. Setelah selesai bersiap, haejin mesej seungyoun. Dia nak bagitahu lah yang dia dah nak balik, but yeah seungyoun seen je. Haejin terus menuju ke butik kakaknya.
"Kau gatal sangat tidur rumah seungyoun tu kenapa? Apa dah tak reti nak balik rumah sendiri?", macam biasalah haejung bebel lah apa lagi.
"Hae minta maaf eonnie, hae mengantuk sangat semalam", tipu haejin. Kau gila dia nak bagitahu kakak dia benda sebenar? Mahu kena bebel seminggu non-stop.
"Haih, dah lah lantak kau lah. Pergi sambung kerja kau", haejin terus menyambung kerjanya. At the same time, dia rasa nak menangis. Tapi dia kena tahan, kalau haejung nampak mesti dia banyak soal nanti. Kata2 seungyoun malam tadi semasa mereka 'bersama' masih terngiang2 di telinga haejin.
'Kalau aku dapat tahu kau jumpa jantan tu lagi, jangan mimpi lepasni aku nak tengok muka kau lagi', dan malam tadi walaupun haejin menangis, sikit pun rasa bersalah tak muncul dalam hati seungyoun. Dia terlalu marahkan haejin.
.
.
Seminggu berlalu, seminggu juga haejin tak contact seungyoun mahupun jumpa seungyoun. Sepanjang seminggu tu, haejin hanya menyibukkan dirinya di butik haejung. Hati dia terlalu kecewa dengan sikap seungyoun, tapi seungyoun? Dia tak pernah kesah pun. Haejin duduk termenung di sofa sampai tak perasan ada customer yang masuk dalam butik tersebut.
"Jauh menung, fikir apa tu?", gerangan tadi mengambil tempat di sebelah haejin. Haejin terkejut memandang gerangan tersebut, yelah dia tak perasan pun bila orang tu masuk.
"Eh hayoun, bila awak masuk?", tanya haejin.
"Aku baru masuk pun kau tak perasan kan? Ni mana kakak kau?", tanya hayoun.
"Eonni dah 3 hari dah tak ada kat seoul, dia pergi busan ada hal, lusa baru dia balik", hayoun hanya meng'ouh' kan sahaja.
"Haejin"
"Hm?"
"Buat air, aku haus", tak malu betul pompuan ni. Suka hati dia je suruh orang buatkan air, yang haejin pun ikut je lah kehendak dia. Selesai haejin membuat air, dia hidangkan kepada hayoun.
"Awak datang nak tengok baju ke?", tanya haejin.
"Tak ada lah, saje je aku nak tengok catalog2 ni dulu", kata hayoun sambil membelek belek catalog2 yang ada depan mata dia.
"Hayoun"
"Hm"
"Saya nak minta tolong sikit boleh?", hayoun terus menoleh memandang haejin. Dia seolah-olah tak percaya yang haejin minta tolong dari dia.
"Minta tolong apa?"
"Tolong cakap dengan hyunjae, lepasni kalau dia nampak saya dekat mana2 jangan tegur saya please. Saya dah tak sanggup dihukum, saya dah penat", kata haejin sambil menahan air matanya dari turun. Hayoun terus meletakkan semula catalog yang berada di tangannya. Dia pegang tangan haejin.
"Kau okay? Haritu seungyoun hukum kau lagi ke? Ada yang nampak ke hyunjae buat apa kat kau masa tu?", tanya hayoun prihatin macam seorang kakak yang sedang risaukan adiknya. Jatuh juga air mata haejin. Dia menangis dan entah kenapa tiba2 hati hayoun rasa sayu dan membuatkan hayoun menarik haejin dalam pelukan dia.
"Shh dah dah uljima [jangan menangis], aku ada ni. Dah dah, cuba cerita dekat aku apa yang jadi", kata hayoun sambil menggosok belakang badan haejin untuk menenagkan dia. Haejin melepaskan pelukan dan mulakan cerita dia. Sambil teresak-esak dia menangis.
"Aku tak sangka pula seungyoun macam tu, haih", keluh hayoun. Tetiba rasa menyesal lak suka kat seungyoun.
"Ni dah berapa hari kau tak contact dia?", tanya hayoun.
"Adalah dalam seminggu juga saya tak contact dia. Dia pun buat tak kisah je, busy sangat dengan kerja dia. Selama ni pun memang saya je yang mulakan conversation, nak harapkan dia memang tak lah", kata haejin.
.
.
Cho'sCompany
TOK! TOK! TOK!
"Masuk!", jerit seungyoun dari dalam. Pintu pejabatnya terbuka dari luar dan mata seungyoun masih fokus di skrin laptopnya.
"Hello Cho Seungyoun"
"Hyunjae?"
Happy 1st Anniversary X1😢❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro