Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1

"Oppaaaa", panggil haejin dengan suara yang agak manja dengan harapan seungyoun akan layan dia.

"Hmm", fokus seungyoun hanya pada handphonenya yang dari tadi sibuk masuk notification.

"Oppa pandanglah hae", haejin menggoyang goyangkan lengan seungyoun.

"Ish, hae boleh tak jangan kacau oppa? Tak nampak ke oppa tengah buat kerja ni? Hae nak apa? Cakap je lah, oppa tak pekak lagi", kata seungyoun dengan nada yang agak marah. Tapi sebab haejin dah biasa, dia buat tak endah bila seungyoun tengking dia.

"Oppa, kalau hae nak colourkan rambut boleh?"

"Warna apa?"

"Ermm kuning?"

"Apa takde warna lain ke? Buruk bebenor rupanya warna kuning"

"Alaa apa salahnya cuba warna baru"

"Tak payah mengada ngada. Kalau oppa cakap tak payah, tak payah", sekejap je dia pandang haejin lepastu fokus dia kembali dekat fon and laptop dia.

"Hmm yelah", haejin dah malas nak minta attention seungyoun jadi dia pun mula buat hal dia sendiri. Apa lagi, dia main game ah.

"Ei bodolah, susah tul dapat team noob. Tengok ah dah kalah babi tul", carut haejin yang tengah main mobile legend tu. Seungyoun yang dengar haejin mencarut tu, dia lepuk mulut haejin pakai tangan dia.

"Apa mencarut carut nih? Nak kena cili ke mulut tu?", marah seungyoun.

"Ala sorry lah", haejin pout. Seungyoun yang nampak tu terus cium bibir haejin sekilas dan sekali gus buat haejin blush. Haejin pukul lengan seungyoun perlahan, shy shy cat gitu.

"Malu malu pulak dia", usik seungyoun. Haejin hanya menekup pipi dia yang kemerahan dan seungyoun cubit pipi dia.

Sebab ni lah dia masih mampu bertahan dengan ego dan baran seungyoun. Walaupun selalu kena tengking, dia hadap je sebab akan ada satu masa tiba2 seungyoun rasa bersalah. Ha lepastu dia usik2 lah haejin sebab dia tak reti nak minta maaf lepas dia tengking2 haejin.

Setelah beberapa jam haejin bertapa dekat rumah seungyoun, dia minta izin untuk balik ke rumahnya semula atau lebih tepat lagi rumah kakak dia. Sampai je di rumah, kakak dia dah ada dekat rumah tengah tengok tv.

"Eh unnie, awal balik harini"

"Erm awallah, dah pembantu unnie sorang tu sibuk gi dating"

"Hae bau sindiran lah, alah unnie ni pun. Macam tak biasa, lagipun hae dah 3 hari tak jumpa seungyoun"

"Hakalah, 3 hari je pun. Bukannya 3 tahun"

"Alah unnie ni, unnie kenal kan seungyoun tu macam mana? Kang kalau hae tak jumpa dia lelama kang dia ingat hae ada jantan lain pulak"

"Suka hati kau lah hae, unnie malas nak cakap banyak. Pepandai lah hidup"

"Eh eh unnie ni kenapa? Selalunya elok je, period ke apa tetiba ceni"

"Diam lah kau", terus haejung masuk ke dalam biliknya. Malas nak layan adik dia sorang tu.

"Sah orang tua tu period", kurang hasam ini adik.

.

.

Keesokan harinya, haejin dan haejung bersiap siap untuk pergi ke butik. Macam biasalah, mereka akan bersarapan pagi di luar sebab masing2 pemalas. Selesai bersarapan, mereka menuju ke butik haejung. Tak jauh mana pun kedai makan tu, selang 1 kedai je dari butik haejung.

"Hae, baju yang unnie cakap dengan kamu haritu dah siap ke?", tanya haejung pada adiknya yang selalu menguruskan bahagian pengambilan stock baju dan custom made punya design.

"Baju Cik Choi yang unnie cakap haritu ke?"

"Haah, baju dia. Tak silap unnie petang ni dia datang ambil"

"Ouh, dah ada dah", kata haejin.

"Dah check jahitan semua? Sure semua okay? Cik Choi ni boleh tahan cerewet juga tau, kena layan dia macam raja", kata haejung supaya tak ada lah adik dia nanti takut2.

Haejin pula jenis tak boleh tengok orang yang ada bad vibe ni, dia jadi automatik takut dengan orang tu. So kalau haejung dah bagitahu awal2, atleast dia boleh prepare mental dia kalau kena maki.

Apabila petang menjelma, Cik Choi yang dikatakan haejung tadi menapak masuk ke dalam butik. Haejung pula time2 ni dia keluar, terus gabra lah si haejin tu.

"Selamat petang Cik Choi, jemput duduk", haejin mempelawa dia untuk duduk di ruang yang memang tersedia untuk customer2 VIP yang menempah baju di butik itu. Dengan angkuhnya dia duduk dan menaikkan spek mata hitam dia. Ya, dia ialah Choi Hayoun.

"Cik nak minum apa2 ke?", tanya haejin dengan sopan.

"Juice please", jawab hayoun dengan angkuh. Haejin hanya menurut dan pergi ke ruang pantry di dalam butik itu. Dia menuangkan juice oren ke dalam gelas untuk dihidangkan kepada hayoun.

"Jemput minum", hayoun minum sedikit juice oren itu dan letakkan semula gelas itu di atas meja.

"Aku nak tengok baju aku"

"Baik", sementara haejin mencari baju hayoun, hayoun dari tadi cuba mengingat kembali kat mana dia ternampak muka haejin sebab dia rasa dia macam pernah nampak haejin.

'Aku pernah jumpa dia ke? Dekat mana? Kenapa muka dia familiar?', kata hati hayoun. Haejin yang dah jumpa baju hayoun tu bawa baju tu untuk tunjuk dekat hayoun.

"Ini baju cik, kalau cik rasa ada yang tak berpuas hati boleh bagitahu. Kami akan cuba baiki", kata haejin dengan sopan. Hayoun membelek belek baju yang dia tempah, setelah dia berpuas hati dia suruh haejin bungkus baju dia.

Sebelum dia keluar dari butik tu, dia memandang semula ke arah haejin. Haejin mula rasa nervous, dia takut kalau ada apa2 yang kurang.

"Siapa nama kau?", tanya hayoun.

"Kim Haejin imnida"

"Kim Haejin?", hayoun mengangkat sebelah keningnya.

"Ye Cik, nama Cik pula?"

"Choi Hayoun", jawab hayoun dengan suara yang mendatar. Dia terus keluar dari butik tersebut tanpa berkata apa apa pun dekat haejin. Hayoun masuk dalam kereta dia dan mengambil fonnya. Dia buka akaun instagramnya dan dia cari akaun milik seungyoun, lepastu dia stalk balik.

"Aku dah agak dah, patutlah macam pernah nampak huh buah hati seungyoun rupanya. Takpe2 lagi senang kerja aku lepasni dah tahu perempuan ni kat mana huh tunggu lah nasib kau Kim Haejin"


typo? sila abaikan

clishe? abaikan

hambar? sila abaikan juga HAHAHHAHA

Randomtaggeuuu;

-jellycream slurpeemac asyia04 wifeuwooseok_ swooxmirae izzity_ naneun_aisha iNnoCent_Chryxx_bEe a_ezrxxna

kalau ada yg mahu ditag sila maklumkan kalau taknak takyah kbye

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro