Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

One Fine Morning

Satu pagi selasa yang amat menyenangkan. Cuacanya tidak begitu panas. Suhunya tidak begitu sejuk. Tidak hujan tidak juga panas terik. Hanya cuaca mendung menghiasi pagi yang nan menyegarkan.

Bangun pagi dan menyegarkan diri. Memasak sarapan pagi untuk puteri gebus yang dikira masih nyenyak tidur. Sesekali munculnya niat ingin mencampurkan racun. Melihat jejaka terlebih keperempuanan kehabisan nafas lalu mati kedengaran menyenangkan.

Sesekali mengeluh mengingatkan masih terhitung 6 hari sebelum sepuas menyiksaan ini tamat. Selepas itu dapat lah mereka kembali membalas dendam. Merobek-robek kulit Mingyu sehingga tinggal isi daging sahaja. Mengcongkel bola mata Mingyu yang sering menjeling dengan angkuh. Perghh bilakah hari itu akan tiba?

Selesai menyiapkan segala kelengkapan bagi Mr.Gebus, mereka sepakat merehatkan diri diruang tamu. Menonton ramalan cuaca sambil melihat gadis pembaca berita yang anggun menawan. Di samping menghiraukan bungi pekikan dan hentakan dari dalam bilik KimJeon.

"YAHHH SAYANG??!! MACAM MANA YUUUU BOLEH COUPLE DENGAN SYA??!! DIA TU MUSUH AIII TAU!!!"

"Dia musuh kau tapi kekasih aku"

"HEYY MACAM MANA AIII NAK SEKOLAH??!! SEDANGKAN YUU DENGAN DIA??!! KALAU ORANG PERASAN KITA NI ADA DUA MACAM MANA??!!!"

"Not my problem babe"

"Hey!! Kita ni bukan kembar!! Kau tu aku.. Aku tu kau!!"

"So? Tak bermakna aku tak boleh hidup sesuka hati aku"

"KALAU ADA ORANG PERASAN PASAL KITA , KITA KENA BERGABUNG BALIK!! AKU TAK KIRA!! NOW GET OUT"

"pfttt"

Kesebelasan member yang menonton TV tanpa perasaan itu beralih memandang Kim Gyu yang mendengus kasar didepan muka pintu biliknya.

Gyu menghampiri mereka semua dan duduk diantara Minghao dan Junhui. Dia tersenyum kekok. Berusaha menyamankan jantung yang bergelora.

"Heee hai" satu senyuman yang menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik. Dia menyapa penghuni tetap dorm itu yang sunyi sepi tidak bersuara. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Berasa cangguh dengan suasana sebegini rupa.

"Ermm aku keluar dulu bye" Gyu berkata sambil mengeluarkan beberapa helaian kertas Won dan diletakkan keatas meja. Dia berjalan santai keluar dari dorm.

Mata mereka semua berbinar-binar memandang helaian yang boleh dikatakan tebal. Mereka menelan saliva dengan keras. Bermacam-macam benda bermain difikiran mereka. Ponteng sekolah dan shopping? Makan sehingga malam? Berehat dirumah tukang urut wanita? Berbelanja sesuka hati? Perghh hidup indah.

Masyuk uolss -ChoiSeungCheol

Boleh lah pergi clubbing malam ni -YoonJeonghan

Ikan dilaut rindu aku tak? ⊙︿⊙ -HongJisoo

Ketampanan aku semakin terserlah dengan duit ni -MoonJunHui

Boleh lah kahwin huehue -KwonSoonYoung

Rasuah tapi Best ﹋o﹋ -JeonWonwoo

Guitar besi otw -LeeJihoon

Won tu apa? Haohao kenal duit je -XuMinghao

HEHEHEHEHEHEHE -LeeSeokMin

Kedivaan keduitan keapaan keinian -BooSeungkwan

Dukuitkit pekecenkentuskus cinkintaka akakuku fokorekeverker -ChoiHansol

Laaa mereka bicara apa sih? Channie gak ngerti deh :( -LeeChan

Satu smirk muncul dimuka mereka semua. Dengan cepat mereka ber-telepathy sesama mereka. Membahagikan wang tersebut sama rata secara senyap. Dan seterusnya bersikap tiada apapun yang berlaku. Menunggu waktu untuk ke sekolah dengan sabar.

"Haohao meh sini kejap~" suara menjijikan yang datang dari bilik paling hadapan. Dengan wajah tidak suka Minghao memasuki bilik tersebut.

Tanpa mengetuk terlebih dahulu dia masuk. Kelihatan si Gebus terbaring didalam katil dengan ditutupi selimut. Tisu-Tisu berberkas lipstick pink juga berselerakan diatas lantai.

"Heyy!! Siapa bagi Yuuu masuk??!! Minta kebenaran dulu lah!! Kat sekolah dulu cikgu tak ajar ke??!"

Dengan mata ke atas, Minghao kembali keluar. Mengetuk dengan kasar pada pintu yang kini tercat pink colour. Membuka pintu sepantas kilat.

"Nastakzinu bidduhul ila fassli"
Dengan selamba badaknya dia berkata. Selepas mendapat anggukan dari Mingyu dia menghampiri makhluk pink itu.

"Haohao cakap dengan cikgu hari ni baby tak boleh pergi sekolah.. Tak sihat"

"Laaa baby sakit apa? Kenapa tak pergi jumpa doktor" minghao meletakkan telapak tangannya ke dahi mingyu. Ingin merasai suhu badan Mingyu. Panas tidak sejuk pun tidak. "Tak demam pun"

"Baby sakit hati lah!! Rasanya hati baby ni dah pecah bagaikan butiran-butiran debu yang suci murni huwaaa!!!" Mingyu menarik selimutnya untuk menutupi mukanya yang ingin menangis. Memeluk Mr.Cikki kesayangannya dengan erat. Melepaskan segala kesulitan yang bermain-main didalam fikiran.

"Lah sakit hati kenapa tak pergi bedah? Nanti melarat susah baby" Mata galak Minghao berkelip-kelip suci. Tapi tanpa disangka dibalas dengan jelingan maut ber-iriskan warna pink.

"Isyhh dah pergi lah!! Susah lah jadi gedikss ni menyakitkan hati jer"

Laa tahu takpe- Dorm17

********************

Waktu rehat bagi penghuni dorm17 hari ini terasa sungguh menyenangkan. Tiada suara-suara gedikss memekakkan telinga. Tiada elusan menggoda menggugatkan iman. tiada makhluk pink yang membutakan mata.

"Aman hidup hari ni" Wonwoo berkata. Dia menenguk air apple susunya. Menghilangkan haus tekak yang mendera. Sesekali dia mengibas-ngibas tangannya ke muka menghasilkan angin menyejukkan muka.

"Tak berapa nak aman sangat" Hansol yang sedang memainkan phone miliknya berkata. Wonwoo ber-eh pendek.

"Tu" ekor mata mereka semua terus menangkap sekumpulan yeoja yang sedang menghampiri mereka. Kelima yeoja yang amat dikenali seluruh warga Pledis Highschool itu sepastinya membawa kamera seorang satu seperti biasa.

Wartawan sekolah dengan nama Pretty Me atau lebih dikenali sebagai pencentus gosip utama sekolah. Mereka berlima tanpa dilantik sesiapa mengelarkan mereka wartawan utama sekolah tersebut. Dengan hobi bergosip tapi malangnya tidak diterima masuk ke Kelab Gosip Pledis Highschool kerana dikatakan gosip-gosipnya lebih kearah fitnah.

"Nak apa?" Seungkwan aka pengerusi kelab gosip dan Hansol sebagai naib pengerusi berkata serentak. Masih segar diingatan mereka beberapa bulan yang lalu apabila Seungkwan mengasaskan kelab tersebut, mereka lah antara orang-orang yang mengutuk kelab tersebut habis-habisan dan seterusnya merayu ingin masuk apabila menjadi kelab no.1

"Just some information would be nice"

*******************

Five girls name please?
Pretty please  ̄ω ̄

[23/8/2017]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro