Jom! make up XD
Tepat jam 3.10 petang, semua pelajar berpusu-pusu pulang le dorm masing-masing. Sesetengah mereka menyibukkan diri diperpustakaan 24jam. Ada juga yang mengambil peluang merehatkan diri di cafe dan cybercafe yang disediakan khas untuk semua pelajar.
Pledis Highschool bukan lah sekolah biasa. Sekali pandang ianya kelihatan seperti sebuah komuniti lengkap dengan pelbagai kemudahan. Bermula dari kedai-kedai kecil hingglah sebuah mall. Senang cerita semua ada lah.
Lain orang lain tujuannya. Begitu juga Mingyu, selepas sesi 'menasihatinya' selama hampir sejam tamat dia terus melangkah pulang ke dormnya. Dia menghiraukan roommate nya dibelakang yang memandangnya pelik.
Setibanya di dorm, dia terus masuk kedalam biliknya dan menutup pintu tanpa memberi pelung untuk Wonwoo menukar pakaian atau meletakkan begnya terlebih dahulu.
"Watde" Wonwoo berkata didepan pintu biliknya yang terkunci dari dalam. Dia mengeluh perlahan sambil mengatur langkah ke ruang tamu. Tanpa berfikir panjang dia merebahkan diri ke atas sofa.
"Ehh Wonu kenapa Mingyu tu?" Junhui yang kebetulan lalu bertanya. Dia ingin ke dapur mencari sesuatu untuk diisi. Dari pagi lagi dia belum makan kerana sibuk ke sana ke mari. Sebagai Ketua pengawas yang sangat bertauliah dia mengerjakan tanggungjawabnya.
"Entah lah merajuk kot" Wonwoo membalas malas. Dia meraih remote Tv dan menekan butang 'hidup'
"Pfttt merajuk macam yeoja lah" Si Hansol yang tiba-tiba muncul itu melompat duduk ditepi Junhui untuk menonton televisyen.
"Dia datang bulan tu" Seungcheol yang berdiri dipintu biliknya tersengih. Memang semua bilik yang ada berpintu diruang tamu kecuali bilik milik Soonyoung Seokmin dan Jihoon Chan yang berada di koridor ke dapur.
"Well perangai pun sebijik macam yeoja" Minghao yang masih berpakaian kemeja sekolah itu keluar dari biliknya dan menuju ke dapur. Tiga butang baju teratas dibiarkan terbuka.
"Hyungie... Tak boleh buat macam tu.. Dosa tau tak .-. Kena pujuk tu" Lee Chan selaku Maknae dalam Dorm 17 itu berkata sewajarnya. Dia yang baru selesai menukar pakaian duduk dibersila diatas lantai menghadap Tv.
"Siapa ajar kau ni Chan -_-" wonwoo berkata. Dia menjeling Chan kerana sudah berani berkata sedemikian rupa.
"Aku yang ajar kenapa?" Jisoo yang keluar dari biliknya membalas sambil menaikan sebelah keningnya. Dia berpakain segak dengan kaca mata hitam.
"FUYOOOO HANDSOME YERGG PERGHHH NAK PERGI MANA NI??!!! DATE EHH?!! TAK AJAK!! NAK IKUT WEHHH BOLEH TAK??!!! ALAAAAA BOLEH LAH WEHH AKU NAK IKUT OK-" Seokmin yang tiba-tiba memunculkan diri dan terpekik disebelah Jisoo itu ditampar keras. Dia terpelanting ke belakang dengan pipi yang berdenyut hebat.
"Boleh diam tak? -_-#" gerangan yang menampar Seokmin berkata. Siapa lagi kalau bukan Jihoon yang sudah terkenal dipelusuk dunia dengan keganasannya.
"I want to unwind my mind~ wanna join?" Jisoo yang memang berasal dari negara berbahasa English itu mengangkat kaca mata hitamnya keatas. Satu kenyitan mengoda ditunjukkan mengundang tatapan kelaparan yang lain.
"OK BOLEH KAU BELANJA OKE??!! "
"Ehh bila aku cakap na-"
"NO EXCUSE!!!"
"AIII NAK JOIN!!!! " pintu yang terkunci itu terbuka. Seorang jejaka dengan hormon yang tak berapa nak stabil berdiri disitu dengan pakaian yang tersungguh drastik.
"APA NI??!!! "
*******************
Selepas kelas terakhir tamat, Mingyu berjalan dengan langkah malasnya. Beg galas berwarna coklat kulit yang amat digilai gadis-gadis zaman kini digalasnya malas. Mood nya sudah hancur dengan bebelan yang hampir membuatkan dirinya mahu menampar semua orang disitu secara dramatik.
"After this, I wanna shopping or at least eat something at the mall... My goshh i wanna relax!" telinga Mingyu yang berpendengaran stereofonik yang membantu menentukan arah bunyi dengan tepat ㅋㅋㅋ menangkap suara seseorang dari bilik sebelah.
Perlahan-lahan dia bergesel ke tepi jendela yang sedikit terbuka. Suara tadi memang sah milik namja yang bernama Hong Jisoo. Mingyu tersengih. Satu rancangan bermain-main difikirannya.
"Mingyu jom balik.. Buat apa kat dinding tu?" namja bermuka angel tapi berperwatakan devil itu berkata dari jauh. Mingyu segera menunduk dan menyambung langkahnya. Jeonghan pula hanya memerhati dan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Beberapa minit kemudian, ke tiga belas penghuni dorm 17 itu tiba ditingkat 17. Tanpa berfikir panjang, Mingyu terus meluru masuk kebiliknya. Dia juga tidak lupa untuk mengunci pintu.
Bushhh!!!
Beg galas tadi dibaling jatuh ke atas katil milik Wonwoo. Mingyu pula sudah memasang gaya meloncat. Sedia untuk bersorak girang.
"YEAHHHHH BOLEH SHOPPING LEPAS NI YAHOOOOO" bersyukur lah pekikan Mingyu tidak terlalu kuat. Kalau tak dah lama roomatenya menerjah masuk. Mingyu segera mengambil tualanya yang tersangkut dan berjoget-joget mahu ke bilik air. Sempat lagi dia membuat concert berlagu Pick Me Season 1. Boleh bayang tak? ㅋㅋㅋ
Pintu bilik air yang berada didalam biliknya itu ditolak setelah selesai membersihkan diri. Mujur lah bilik air disetiap bilik dah diperbaiki semalam. Dah tak perlu berkongsi satu bilik air dengan 13 orang namja.
Mingyu yang membalut dirinya dengan bathrobe pink lembut itu berjalan menuju ke almarinya. Dikeluarkan sepasang pakaian bling-bling merah yang menyilaukan mata. Dia tersenyum sambil mengelus pakaiannya perlahan.
"Mr.Gebus nak betukar jadi Miss Gebus boleh tak?"
Tanpa menunggu lama, dia memakai pakaian tadi dengan berhati-hati. Dikeluarkan juga kasut berkilat-kilatnya dari almari.
Mingyu dengan lenggang-lenggoknya menarik kerusi dan duduk menghadap make up's table nya.
Make up time~
First, selepas membasuh mukanya, dioles moisturizer ke mukanya dengan perlahan-lahan. Setelah itu dipakainya sunblock pula untuk menghalang pancaran UV dari membakar mukanya. Serta mengelakkan mukanya daripada menjadi gelap walaupun dia memang dah gelap pon opsss ::>_<::
Kemudian, dia mertakan pula foundation dimuka serta lehernya menggunakan hujung jari. Concealer pula hanya digunakan di tempat yang bernoda sedikit gelap dari yang lain. Barulah dia menggunakan bedak.
Dia beralih pula ke matanya. Diambil eye shadow dengan warna yang sesuai. Memang tak sah hidup tanpa eyeliner. Digunakan eyeliner untuk menghias matanya. Terakhir, maskara digunakannya untuk melentikkan bulu mata.
Di bibir pula, Mingyu hanya menggunakan lipstick dengan warna lembut. Lastly dia menggunakan blush on atau aku kenalnya as blusher dengan warna yang sesuai dengan wajahnya.
"OK DONEEE HAHAHAHA RASA MACAM NAK PERGI NIKAH LAH"
Dengan bersemangatnya dia menyarung kasutnya dan membuka pintu. Berdiri didepan muka pintu dengan gaya model.
"AIII NAK JOIN!!!!"
"AHHHHHHHHHHH"
Oppss or whopp?
********************
Apabila author yang buta make up berkata-kata ㅋㅋㅋ
And Diamond Edge kau tunggu aku nangis
Tbc
[4/7/2017]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro