07; Perpisahan Bukan Kupinta
1206am gofckyourself: Halla, Halla. Bila nak move on?
1207am dinDingdong6.6: semoga diberi kekuatan menempuhi hari-hari seterusnya. 💪
1210am bbyhan.svt: Kak Halla comel 😍😍😍
1210am KKrisJung: post selfie lewat malam lagi? Tidurlah perempuan ooi. Mana tahu bangun esok bekas suami ada kat sebelah. HAHAHAHA.
-
"Nah." aku menyerahkan sekeping kertas kepada Hoseok. Aku nekad, aku tekad. Jika Hoseok mampu menuruti kehendakku, aku akan lepaskan dia pergi.
"Jika awak setuju dengan apa yang tertulis pada kertas tu, baca kuat-kuat dan turunkan tandatangan." aku menekan skrin telefon lalu membuka aplikasi kamera. Butang merah kutekan segera untuk merakam video.
Jung Hoseok tidak teragak-agak. Berbekalkan keyakinan yang ada, kandungan kertas itu mula dibacanya.
"Dengan ini, saya Jung Hoseok mengisytiharkan bahawa pada malam ini saya dan Jeon Halla bercerai di atas persetujuan di antara satu sama lain. Sebagai pampasan penceraian terhadap Jeon Halla, saya akan menyerahkan kediaman ini di atas nama beliau, memberi nafkah setiap bulan dengan nilai yang sudah ditetapkan iaitu 3 juta won. Nafkah ini secara automatik akan terbatal apabila Jeon Halla mengahwini lelaki lain."
Aku pandang Hoseok, sepasang matanya kelihatan berkaca. Beginilah pengakhiran hubungan kami. Bercinta selama tiga tahun. Rumah-tangga yang dibina pula hanya bertahan dua tahun. Lima tahun yang dipersiakan begitu sahaja.
"Okey." aku berhenti merakam video. Dokumen penceraian yang sudah lengkap bertandatangan aku hulurkan kepada Hoseok.
"Selamat maju jaya, Jung Hoseok." itu saja ucapan yang mampu aku tuturkan. Dari ruang tamu, aku terus bergegas masuk ke dalam bilik.
Di belakang pintu, aku menangis dan terus menangis.
"I wish I could go back to the day I met you and just walk away. Because honestly, it would've saved me so much hurt and pain."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro