Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05; Perempuan Biasa

1018am BoyFromHell: okey ke tu?

1019am asdfghjkl06: ceraikan jelah Hoseok tu, tak guna pun nak pertahankan rumah-tangga awak.

1020am bbyHan.svt: Kalau Kak Halla perlukan seseorang untuk mendengar, saya ada. 😊

1020am Dorami_89: Jika nak dibandingkan awak dan announcer KBC tu, dia lagi bagus. Lepasan Universiti Harvard, cantik & pandai serba-serbi.

-

Aku mengaku, aku tidaklah cantik seperti selebriti yang ada di negara ini. Aku hanya perempuan biasa-biasa sahaja. Belajar setakat degree, lepas kahwin...  Hoseok tidak mengizinkan aku untuk bekerja, hanya mengabdikan diri sebagai surirumah sepenuh masa.

Apabila netizen mula membuat perbandingan di antara aku dan juruhebah KBC, aku jadi down. Tahap keyakinanku merundum jatuh.

Fikiranku turut diracun, firasat pula kuat mengatakan kekurangan yang ada pada diriku menjadi punca sebenar Hoseok cuba membuangku dari hidupnya.

Sekarang aku tidak mahu berdepan dengan lelaki itu. Kalau boleh, aku mahu melarikan diri ke hutan dan berkawan dengan segala jenis haiwan.

Atau pun, aku harus menghilang segera dari pandangan manusia.

Ah! Kau cepat mengalahlah, Halla. Kata nak fight, sekarang berubah fikiran lagi.

Persetankan rupa tak lawa, perangai tak semengah... Misi kau sekarang, dapatkan Hoseok dan 'ikat' dia dengan seorang anak.

Tapi bagaimana? Bagaimana?
Arghhhh!

<Hoseok> Saya akan pulang ke rumah esok. Tapi mohon, jangan berdegil. Kita bincang apa yang patut dan kalau boleh tandatangan borang tu. Saya berharap sangat.

Dalam kekusutan, aku menerima pesanan ringkas dari Hoseok.

Dia mahu pulang semata-mata ingin memaksa aku tandatangan borang penceraian tu?

Okey, okey... Kita tengok siapa yang 'menang' nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro