Bab 8:Min Brother👦
Kring!!!
Bunyi loceng tepat pada pukul 2 petang menandakan yang sesi persekolahan pada hari ini telah tamat.
Sebaik sahaja loceng berbunyi,semua pelajar di dalam kelas sibuk mengemas barang masing-masing.
Ada orang yang dah siap galas beg lagi.Orang itu ialah orang yang duduk kat sebelah aku.
"Wei taehyung,apa kata lepas sekolah ni kita pergi makan ramen kat kedai serbaneka senior Jin?"ucap Na Yumi dengan penuh riangnya kepada taehyung yang sedang sibuk memasukkan barang ke dalam beg.
"Cun gila idea kau tu.Aku pun dah lama tak makan ramen kat kedai serbaneka senior Jin.Alang-alang tu bolehlah aku usha adik dia,si Kim Seokmin tu."balas taehyung sambil tersenyum gatal.
"Jomlah kita pergi sekarang.Aku dah tak sabar nak makan ramen ni."ujar Na Yumi lalu bangun daripada kerusi dan berjalan ke meja taehyung.
"Jom.Aku pun dah tak sabar nak makan ramen dan nak usha Seokmin sekali."
Mereka berdua berjalan bersama-sama meninggalkan kelas.
Setelah mereka berjalan keluar daripada kelas,aku tinggal berseorangan di dalam kelas.
Hanya aku sahaja yang berada di dalam kelas kerana semua pelajar telah pulang.
"Aku minta maaf sebab tolak pelawaan kau untuk berkawan dengan aku.Aku bukannya tak nak berkawan dengan kau.Aku cuma takut kau tak dapat terima keadaan aku lepas kita dah berkawan."
Aku hanya mampu berkata-kata di dalam hati sahaja.Meja Na Yumi yang berada di sebelahku ditatap lama.
Hati aku meronta-ronta ingin mengenali Na Yumi sejak daripada hari aku bagi kek beras kepada dia.
Tetapi,aku terpaksa menahan diri untuk mengenali dia disebabkan oleh keadaan diri aku.
"Baik aku pergi study kat perpustakaan.Nak balik sekarang pun matahari tengah terik.Nanti tak pasal-pasal terbakar kulit aku."
Buku-buku yang berada di atas meja dimasukkan ke dalam beg.Selesai mengemaskan dan memasukkan barang ke dalam beg,aku segera melajukan langkah kaki menuju ke perpustakaan.
***
Ding dong~
Bunyi loceng rumah yang nyaring telah mengganggu aku daripada terus hanyut di dalam alam mimpi.
"Whoaah.Siapa pulak yang datang petang-petang ni?Kacau aku nak tidur je."
Aku membebel sambil menguap besar.Rambut panjangku yang kusut masai dikemaskan ala kadar sahaja.Malas nak kemaskan betul-betul.
Mataku ditenyeh dengan tangan sambil kaki menyarung selipar.Aku berjalan menuju ke pintu pagar untuk melihat orang yang telah menekan loceng rumah.
"Yoongi?Apa hal pulak dia datang rumah aku?Tadi dalam kelas bukan main sombong lagi dengan aku.Aku nak berkawan dengan dia pun dia tolak."
Aku masih lagi menenyeh mata yang mahu terkatup.Aku melihat semula orang yang dikatakan yoongi itu.
"Bukan Yoongi rupanya.Orang lainlah yang datang.Tapi,rambut yoongi dengan lelaki ni sama putihlah.Muka pun lebih kurang sama."desisku di dalam hati sambil melihat lelaki yang berada di hadapanku setelah sampai di pintu pagar.
"Ye,encik?Encik ni siapa?Cari siapa ye?"tanyaku kepada lelaki berambut putih yang sedang berdiri di hadapanku.
"Saya Min Jihoon.Jiran depan rumah awak.Keluarga saya baru je pindah sini."
Lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan aku.
Dia juga tidak lupa untuk menghadiahkan sebuah sengihan sunshine kepada aku.
"Saya Na Yumi.Tadi awak kata awak jiran depan rumah kan?So,Min Yoongi tu mesti abang awak kan?"
Aku menyambut huluran tangan Jihoon yang tersangatlah putih itu.Tangan dia sama putih dengan tangan Yoongi.Putih terlebih lepak.
"Yup.Min Yoongi tu abang saya.Macam mana awak boleh kenal dengan abang saya?"balas Jihoon sambil memandangku pelik.
"Hari tu abang awak ada datang sini hantar kek beras.Dari situlah saya boleh kenal dengan abang awak.By the way,kenapa awak datang rumah saya?Ada apa-apa ke?"
Aku menanyakan perkara itu sambil memandang Jihoon yang juga sedang memandangku.
"Appa suruh saya jemput awak sekeluarga datang rumah saya untuk makan malam.Dia kata nak berkenalan dengan jiran baru.Awak dengan keluarga awak boleh datang rumah saya malam ni untuk makan malam?"tanya Jihoon kembali kepadaku.
"Keluarga saya boleh je datang rumah awak malam ni untuk makan malam.Just tell me the time."
"Awak datang rumah saya pukul 8 malam.Saya balik dulu ye.Nak kena pergi masak untuk tetamu malam nanti."pamit Jihoon sambil tersengih sunshine.
"Okay.Nanti saya datang.Masak sedap-sedap ye."balasku kembali kepada Jihoon yang sedang berjalan menuju ke kawasan rumahnya.
"Min Yoongi,aku nak datang rumah kau malam ni.Tunggu aku tau."
Aku bercakap seorang diri sebelum ketawa macam orang gila sambil berjalan memasuki rumah.
***
Ding,dong~
Bunyi loceng rumah yang agak nyaring menyapa pendengaran.Aku sekarang tengah sibuk susun makanan atas meja makan.
Appa kata ada tetamu nak datang untuk makan malam.So,aku tolong jelah apa-apa yang patut.
"Yoongi,tolong pergi bukakan pintu kejap.Mesti tetamu kita dah sampai."arah appa yang sedang sibuk menghidangkan makanan.
"Okay,appa."
Aku hanya menurut sahaja arahan daripada appa.Langkah kakiku dilajukan ke arah pintu.
Tombol pintu dipulas.Aku menyarungkan selipar lalu aku berjalan menuju ke arah pintu pagar untuk menyambut tetamu.
Ada dua orang perempuan yang berada di luar pintu pagar rumah.
"Kenapa aku rasa macam aku kenal perempuan yang berambut panjang tu?"ujarku di dalam hati sambil langkahku semakin mendekati mereka.
Hello semua,ika kembali lagi.
Klu korang dapat pergi makan malam kat rumah yoongi,apa korang akan buat?
Ika pun tak nak cakap banyak.Kalau nak tahu apa jadi lepas ni,bacalah bab seterusnya ye.
Anyway,enjoy reading chapter 8.Till we meet again in the next chapter.
Goodbye.Take care.Love you❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro