Bab 51-Ending(part 2)
Misi Membuka Mulut¤MYG
A/N:
Disebabkan ramai yang murung dengan ending MMM,aku dengan baik hatinya buat ending part 2.
Harap korang tak murung dengan ending part 2 eh😂
👄
Kot hitam labuh kepunyaan Namjoon aku sarungkan ke tubuh bagi melindungi baju pesakit hospital Grim Reaper yang dipakai.
Bahaya kalau ada mana-mana malaikat maut yang menyamar sebagai manusia perasan akan aku.Nanti rosak rancangan aku dengan Nana.
Kaki aku melangkah pantas ke arah sekumpulan orang yang mengerumuni mayat Nana.
Aku berjalan menembusi badan mereka menuju ke arah Nana.Mereka langsung tidak berasa apa-apa kerana mereka tidak dapat melihat aku.
Setelah sampai di hadapan mayat Nana yang berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa,aku mencangkung untuk melihat wajahnya dengan lebih dekat.
"Nama Na Yumi atau Kozume Yumi.Umur ketika mati 18 tahun.Waktu kematian 8:00 pagi.Tarikh kematian 27.11.2018.Sebab kematian ialah membunuh diri."
Butiran diri Nana yang tertera di dahinya aku baca sebagai syarat untuk aku menjemput keluar roh daripada badannya.
Telapak tangan aku buka.Serbuk emas muncul di tapak tangan aku.Aku menghembus perlahan serbuk emas itu ke arah Nana.
"Jom ikut saya.Kita pergi ke dunia malaikat maut."ujarku lembut.
Tangan aku hulurkan ke arah jasad Nana yang kaku.Menanti Nana untuk menyambut huluran tangan aku.
Roh Nana bangkit daripada jasadnya.Dia memegang tangan aku.Aku membantunya untuk bangun daripada mayatnya.
"Rancangan kita dah berjaya.Kita akhirnya dapat bersama juga,Yoongi."ujar Nana riang sambil melihat tepat ke mata aku.
Mata aku larikan ke arah lain kerana tidak mahu bertentang mata dengan Nana.Malulah rasanya.
"Kenapa awak tak nak pandang mata saya?Awak malu eh?"tanya Nana membuatkan aku bertambah malu.
Mulut aku terkunci rapat.Kepala aku semakin menunduk ke bawah.Pipi aku kian hangat.
"Betul tekaan saya.Awak malu dengan saya.Awak ni comel la,Yoongi."
Pujian Nana membuatkan perasaan malu aku menggunung tinggi sampai tertutup mata aku.
Saat aku menutup mata,bibir aku bersentuh dengan sesuatu yang lembut.
Kelopak mata segera aku angkat untuk melihat apakah yang telah menceroboh kawasan mulut aku.
Aku terkejut tetapi suka dengan apa yang aku lihat sekarang.
Nana sedang mencium aku.Maksud aku,roh Nana sedang mencium aku.
"Kenapa awak cium saya?"soalku malu-malu kucing setelah dia meleraikan ciuman antara kami.
"Itu ciuman pertama saya untuk awak sejak saya secara rasminya menjadi roh.Saya cium awak sebab saya nak beritahu awak perkara yang saya tak dapat nak beritahu awak masa saya masih manusia."balas Nana sambil tangan aku masih digenggamnya.
"Awak nak beritahu apa?"soalku tidak sabar-sabar.
"Saya nak beritahu awak saya cin..."
"Ops,maaf mengganggu saat indah korang berdua.Maaflah tapi aku terlalu jahat sangat untuk nak biarkan korang berdua hidup bahagia.I'm back,kids.Miss me?"
Bicara Nana dipotong oleh suara garau lelaki.Kami berdua menoleh melihat ke arah lelaki itu.
"Kau rupanya,setan.Kau nak apa lagi hah?!Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat pada aku dan Nana?!Berambus!"tengkingku kuat kepada Daiki yang sedang berdiri di hadapan aku dan Nana.
Daiki tertawa kecil mendengar tengkingan aku.Entah apa yang merasukinya,dia tiba-tiba menepuk tangan seperti orang gila.
"Berambus?Aku hanya akan berambus dengan Nana.Nana,jom ikut saya."
Ajakan Daiki mendapat sebuah jelingan maut daripada Nana.
"Aku tak akan ikut kau,setan!Mati hidup balik pun aku tak akan ikut kau."Nana menolak mentah-mentah ajakan Daiki.
"Aku tahu kau tak akan ikut aku sebab kau dah buat rancangan dengan dia.Korang merancang nak hidup bersama di dunia malaikat maut.Itu sebab utama kau bunuh diri kan?"
Air liur yang mahu ditelan terasa berat.Aku terkelu seketika.
Bagaimana Daiki boleh tahu tentang rancangan aku dan Nana sedangkan kami merancangnya di dalam minda separa sedar kami ketika aku dan Nana sama-sama tidak sedarkan diri?
"Nana,kau bunuh diri sebab kau tahu kalau kau mati bunuh diri,kau akan jadi malaikat maut selepas kau mati.Jadi,kau bunuh diri supaya kau dapat bersama dengan Yoongi di dunia malaikat maut.Hebat betul rancangan korang."kata Daiki lagi lalu dia tersenyum sinis kepada kami.
"Walaupun kau dah tahu tentang rancangan kami,aku tak akan biarkan kau rosakkan rancangan kami.Aku tetap akan bawa Nana ke dunia malaikat maut tak kira apa yang berlaku."balasku sambil merenung tajam Daiki.
Kot hitam yang disarungkan di badan aku tanggalkan lalu dilempar tinggi ke udara.Saat kot hitam itu jatuh ke tanah,sebuah pintu hitam muncul di hadapan aku dan Nana.
"Nana,jom ikut saya cepat.Kita kena lari."ujarku perlahan lalu tangan Nana aku genggam erat.
Kami berdua berlari laju menuju ke arah pintu hitam yang berada tidak jauh dengan kami.
Daiki yang berada di belakang kami hanya memerhatikan kami tanpa berbuat apa-apa.
Krekk
Tombol pintu aku pulas pantas.Setapak kaki aku melangkah ke dalam dunia malaikat maut dan langkah aku terhenti.
Tanah bergegar dengan kuat sekali.Bagaikan ada gempa bumi yang sedang menggegarkan bumi sekarang.
Langit yang tadinya cerah kini bertukar menjadi gelap.Angin juga bertiup dengan kencang.
Tukk!
Bunyi seseorang mengetuk sesuatu jelas kedengaran.Ekor mataku sempat menangkap kelibat Daiki sedang mengetuk tanah dengan sebatang tongkat berwarna kelabu.
"Kau ingat aku akan biarkan korang pergi dengan mudah?Jangan harap.Aku tak akan benarkan korang bersama walaupun korang dah mati."
Daiki mengetuk lagi tongkatnya ke tanah.Ketukan tongkatnya kali ini meretakkan tanah sehingga terbelah dua.
Tanah yang terbelah dua itu memisahkan aku dan Nana.Di tengah-tengah belahan tanah,terdapat lava panas sedang mengalir.
"Aku baru dapat kuasa grey lava ni.Jadi hari ni,aku nak uji kuasa grey lava pada kau,Yoongi."ujar Daiki lalu dia menghalakan tongkatnya ke arah aku.
Tidak semena-mena,sepasang tangan merayap keluar daripada tanah.Tangan itu kemudiannya menangkap kedua-dua belah kaki aku.
"Lepas!Lepaskan aku!Lepaslah!Lepas!"
Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada tangan yang sedang menarik kaki aku.
Tangan itu menarik kaki aku ke arah lava panas yang sedang menggelegak itu.
"Yoongi!Daiki,hentikan semua ni.Tolonglah."
Nana merayu kepada Daiki untuk menghentikan perbuatan jahatnya ini.
Manakala aku pula masih bergelut untuk melepaskan diri daripada tangan yang sedang menarik kaki aku.
Bahang panas daripada lava panas dapat aku rasai.Ini bermakna aku sudah berada amat dekat dengan lava itu.
"Yoongiiiii!!!!!!"pekik Nana nyaring membuatkan aku tersedar badan aku sedang melayang jatuh ke dalam belahan tanah yang mempunyai lava itu.
Mata aku tutup serapat-rapatnya.Tidak sanggup untuk aku melihat diri aku mati dalam keadaan yang teruk sebegini.
Agak lama aku menutup mata tetapi anehnya badan aku tidak melecur akibat terjatuh ke dalam belahan tanah berlava itu.
Jeritan Nana yang nyaring itu sudah tidak kedengaran.Tanah tidak lagi bergegar.Angin juga tidak lagi bertiup kencang.
Mata aku buka untuk melihat keadaan sekeliling.Badan aku yang sedikit lagi mahu terjatuh ke dalam belahan tanah sedang dipegang oleh seseorang.
"Ayahanda dah pesan jangan main jauh-jauh.Jiwa anakanda tak pulih sepenuhnya lagi.Nakal.Degil."
Ayahanda kemudiannya menarik aku ke atas semula.Badan aku kalihkan menghadap ke arah Nana dan Daiki.
Nana kaku berdiri.Daiki pula sedang berjalan menuju ke arah aku dan ayahanda dengan sebilah pedang berada di genggamannya.
"Cygnus A,kau hentikan masa tepat pada masanya untuk selamatkan anak lelaki kau.Kalau tak,mesti dia dah hancur lebur dalam lava sekarang."
Daiki mengacukan pedang ke leher ayahanda.Aku cuba untuk menghalang Daiki tetapi ayahanda tidak membenarkan aku berbuat begitu.
"Roh bayi perjanjian syaitan,baik kau diam sebelum aku cabut nyawa kau buat kali kedua."
Ayahanda meletakkan kapak panjang di leher Daiki.Mereka berdua bertentang mata agak lama sebelum pedang milik Daiki mengeluarkan cahaya merah.
Cahaya merah itu menerangi kawasan sekeliling.Cahaya merah yang bersinar terang itu menyakitkan mata sehingga aku tidak mampu melihat apa-apa sekarang.
The End...
A/N:
Okay tak ending kali ni?
Kalau aku nak sambung MMM season 2,ada tak yang nak baca dan support?
Kalau tak ada,aku malas nak sambung.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro