Bab 48-Healing Soul
Misi Membuka Mulut¤MYG
👄
Lelaki tinggi lampai bersayap rama-rama biru itu mencempung tubuh Yoongi yang sudah terkulai layu.
Langkah kakinya diatur penuh berhati-hati agar anak lelaki kepada maharaja malaikat maut yang berada dalam dukungannya tidak terjatuh.
Dia berhenti tepat di sebuah bulatan.Di tengah-tengah bulatan itu,terdapat angka bernombor 7 yang diukir dengan emas.7 batang lilin juga disusun di sekeliling bulatan besar itu.
"Brian Jin,letakkan Cygnus Y di tengah-tengah bulatan.Jiwa malaikat mautnya sebagai Cygnus Y hanya mengalami kecederaan biasa.Tetapi jiwa manusianya sebagai Min Yoongi mengalami kecederaan parah.Jiwa manusia Min Yoongi mesti hidup.Kalau tak..."
Bicara maharaja malaikat maut,Cygnus A atau namanya yang lain ialah Lee Dong Wook dipotong oleh Brian Jin.
"Jiwa malaikat maut Cygnus Y akan mati.Jika jiwa manusia Min Yoongi mati,jiwa malaikat maut Cygnus Y juga akan mati.
Ini kerana Cygnus Y dan Min Yoongi adalah satu.Tuanku jangan bimbang.Patik dan Evan akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan jiwa Yoongi dan Cygnus Y."
Brian Jin meletakkan Yoongi perlahan-lahan ke tengah bulatan.Dia pantas melangkah keluar dari bulatan itu lalu bersila di luar bulatan di hujung kaki Yoongi.
"Brian Jin dan Evan Namjoon,mulakan ritual pemulihan jiwa."arah maharaja malaikat maut.
Brian Jin mengangguk faham kepada arahan maharaja malaikat maut.Tangannya diletakkan di dada kirinya.
Kukunya beransur-ansur tumbuh menjadi panjang.Dia mencengkam kuat dadanya.Kukunya yang tajam itu menembusi kulitnya.
Dia mengorek keluar jantung yang berada di dada kirinya.Tiada sebarang riak muka yang ditunjukkan oleh Brian Jin.Hanya riak muka kosong terpamer di wajahnya.
Jantung milik Brian Jin yang masih berdegup walaupun sudah dikeluarkan daripada dadanya diletakkan di dalam bulatan.
Evan Namjoon mula menangis semahu-mahunya apabila dia melihat Brian Jin meletakkan jantungnya di dalam bulatan.
Kedua-dua telapak tangannya disatukan untuk menadah air matanya.
Setelah tujuh titisan air matanya mengalir turun,dia bangun dari duduknya.
Evan Namjoon melangkah masuk ke dalam bulatan yang menempatkan Yoongi.Dia mencalit air matanya di dahi Yoongi.Jarinya bergerak-gerak menulis sesuatu di dahi Yoongi.
Ukiran emas bernombor tujuh tiba-tiba muncul di dahi Yoongi.Evan Namjoon pantas kembali semula ke kedudukannya di luar bulatan di hujung kepala Yoongi setelah dia melihat ukiran emas bernombor tujuh di dahi Yoongi.
Dia bersila di hujung kepala Yoongi manakala Brian Jin bersila di hujung kaki Yoomgi.
Mereka berdua sempat bertentang mata sebelum memulakan ritual pemulihan jiwa secara rasminya.
"Tujuh.Tujuh tujuh dua kosong,kosong kosong.Tanggal kau dilahirkan.Setiap tujuh ribu tahun malaikat maut emas lahir ke dunia.Tujuh aura dunia manusia, dunia malaikat maut dan dunia syaitan disatukan untuk membentuk satu jiwa yang melengkapkan jasad seorang malaikat maut emas iaitu kau,Cygnus Y.
Di kala ini demi melengkapkan semula jiwa manusia Min Yoongi yang pecah,aku menyeru tujuh aura manusia untuk bersatu dengan jiwa Yoongi."
Angin tiba-tiba bertiup dengan kencang sekali walaupun ketika ini mereka berada di dalam bilik yang tertutup.
Brian Jin memerhati keadaan sekeliling.Faham dengan apa yang sedang berlaku,dia mula menutup mata untuk menjalankan tugasnya.
"Tujuh aura manusia yang wujud di dalam jiwa manusia,aku menyeru kau untuk datang.Datanglah ke sini untuk bersatu dengan jiwa manusia Yoongi.Bersatulah dengan jiwa manusia Yoongi agar jiwa manusianya kembali sembuh.
Bersatulah dengan jiwanya agar dia kembali berjiwa."Brian Jin menyambung membaca mantera yang dibaca oleh Evan Namjoon.
👄
Tangan pucat milik anak lelaki aku diraih lalu digenggam erat.Rambutnya yang berwarna biru laut dan diselit juga dengan warna emas menandakan ritual pemulihan jiwa yang dilakukan 5 hari lepas telah berjaya.
"Anakandaku Yoongi,ayahanda minta maaf.Ayahanda minta maaf sebab tak dapat melindungi anakanda sehingga anakanda terpaksa menderita sebegini."ujarku sambil cuba menahan air mata yang ingin mengalir.
Hati aku sakit melihat anak lelaki aku terluka dan tercedera begini.Jika aku tiba lebih awal,pasti Yoongi tidak akan ditikam oleh raja syaitan.
"Maafkan ayahanda.Ini semua salah ayahanda.Ayahanda memang bapa yang tak guna.Ayahanda terpaksa serahkan anakanda kepada adinda ayahanda,Min Yoori dan suaminya,Min Yoongu untuk menjaga anakanda18 tahun lalu sebab ayahanda tak kuat untuk menjaga awak.
Sekarang ayahanda dah kuat tetapi ayahanda tak dapat nak lindungi anakanda.Tolong maafkan ayahanda."getusku lagi sambil menangis teresak-esak.
Tangan Yoongi yang berada di dalam genggaman aku terasa bergerak-gerak.Kepala aku angkat menghadapnya.
Yoongi pov
Kelopak mata aku buka perlahan-lahan walaupun terasa berat untuk dibuka.Siling hitam menjadi tatapan mata saat aku membuka mata.
Aku cuba untuk menggerakkan tangan kanan aku namun gagal.Tangan kiri aku sedang digenggam erat oleh seseorang.
Bola mata aku gerakkan untuk melihat orang yang sedang memegang tanganku.
Mata aku tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang sedang duduk di sisi katilku.
Lelaki itu lengkap berpakaian hitam dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.Yang lebih memeranjatkan aku,belakang badannya mempunyai sayap hitam.
"A-awak siapa?"soalan aku ujarkan sambil cuba menarik tangan aku daripada pegangan lelaki itu.
Aku kaget mendengar suara aku sendiri.Suara aku ke tadi?Aku bercakap dengan orang tak dikenali semudah itu sahaja?
Selalunya aku susah nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal dan orang yang aku kenal melainkan orang itu keluarga aku.Apa yang tak kena dengan aku?
"Ini ayahanda kamu.Ayahanda ialah Cygnus A atau nama lainnya Lee Dong Wook,maharaja malaikat maut.Kamu putera malaikat maut emas,Cygnus Y atau Min Yoongi.Ini ayahanda kandung kamu,Yoongi.Kamu anakanda ayahanda.Ayahanda rindukan kamu sangat-sangat.
Dah 18 tahun ayahanda tidak berjumpa kamu."ujar lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ayah kandung aku.
Tidak sempat aku menghadam apa yang dikatakan oleh lelaki itu,dia tiba-tiba menarik aku ke dalam pelukannya.
Aku cuba untuk melepaskan diri daripada pelukannya tetapi tidak berjaya.Dia memeluk aku erat sehingga tiada ruang untuk aku bergerak.
"Ayahanda?Awak ayahanda saya?"soalku kembali kerana sukar bagi aku untuk menerima bahawa lelaki bersayap yang sedang memeluk aku sekarang ialah ayah kandung aku.
"Ya.Beta ayahanda kamu.Kamu anakanda beta.Anakanda kesayangan beta."balas lelaki itu lagi di tepi telinga aku.
"Tadi awak kata saya Cygnus Y.Saya putera malaikat maut emas.Saya ni bukan manusia ke?"soalku lagi yang masih keliru dengan apa yang diberitahunya tadi.
"Ya.Anakanda bukan manusia.Anakanda ialah malaikat maut emas.Malaikat maut yang istimewa dan jarang dijumpai."jawab lelaki itu lalu dia meleraikan pelukan denganku.
"Malaikat maut emas?Istimewa dan jarang dijumpai?"
Aku bercakap seorang diri tetapi cukup kuat untuk didengari oleh lelaki itu.Lelaki itu memegang kedua-dua belah pipiku lalu diangkatnya untuk menghadapnya.
"Lihat mata ayahanda.Lihat pantulan diri anakanda melalui mata ayahanda.Lihat ke mata ayahanda,anakandaku.Lihatlah mata ayahanda dan anakanda akan tahu siapa diri anakanda."arah lelaki itu.
Aku tidak mahu mengikut arahan yang diarahkan oleh lelaki asing ini.Tetapi semakin aku cuba untuk tidak melihat matanya,hati aku membuak-membuak mahu menatap matanya.
Seakan-akan dipukau oleh sesuatu,mata aku perlahan-lahan bergerak dan akhirnya berhenti tepat di hadapan mata lelaki itu.
Sepasang mata bundar milik lelaki itu aku pandang.Anak matanya yang berwarna biru laut itu aku tenung sedalam-dalamnya.
Air mata aku mula bergenang.Air mata mula mengalir turun daripada tubir mata tidak sampai beberapa minit aku merenung ke dalam mata lelaki itu.
To be continued...👄
A/N:👄
Lagi dua bab menyusul untuk ending
Are you ready for the ending,guys?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro