Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 47-The Hidden Truth

Misi Membuka Mulut¤MYG

👄


"Aku dah lama hidup dalam jiwa Yoongi."


¤


"Cygnus Y?J-jadi anak Cygnus A yang dikatakan dah mati ialah kau?Kau hidup dalam badan Yoongi selama ni?"ujar Taehyung yang terkejut dengan kata-kata aku tadi.

Rantai besi yang dijerut di leher diperkuatkan lagi jerutannya.Taehyung tercungap-cungap mencari nafas.

"Aku Cygnus Y,anak Cygnus A,anak kepada maharaja malaikat maut.Pembetulan,aku tak hidup dalam badan Yoongi.Yoongi ialah Cygnus Y.Cygnus Y ialah Yoongi.Cuma..."

"Sekejap.Kalau Yoongi dah mati,macam mana Cygnus Y boleh hidup kembali kalau Cygnus Y ialah Yoongi dan Yoongi ialah Cygnus Y.Kalau Yoongi mati,Cygnus Y mestilah mati sekali."

Bicaraku dipotong oleh Nana.Jelas sekali dia keliru dengan apa yang aku katakan.

Aku pasti mesti Yoongi tak pernah beritahu tentang kewujudan Cygnus Y pada Nana.Macam mana Yoongi nak beritahu Nana sedangkan dia sendiri tak tahu Cygnus Y wujud dalam diri dia.

"Secara zahirnya,Min Yoongi dah mati.Tetapi secara batinnya,Cygnus Y masih hidup.Aku dah lama hidup dalam jiwa Yoongi.Cuma Yoongi tak pernah tahu tentang kewujudan aku.Kau..kau kenal Minmin noona dan Agust D?"soalku kembali.

Leher Taehyung aku jerut dengan menggunakan seluruh kekuatan yang masih bersisa.

Setelah Taehyung bergelut beberapa kali untuk melepaskan diri,pergelutannya menjadi semakin lemah.Dia akhirnya jatuh menyembah bumi.

"Saya kenal Minmin noona dan Agust D.Kenapa awak tanya?"tanya Nana yang pelik dengan soalan aku.

"Baguslah kalau kau kenal Minmin noona dan Agust D.Senang sikit aku nak jelaskan pada kau.Sekarang,bagi aku selesaikan Taehyung dulu."

Kedua-dua belah tangan aku tekapkan di lantai untuk menampung badan aku.Sesuatu sedang bergerak di dalam belakang badan aku.

Sayap yang aku sembunyikan rapi daripada pengetahuan Yoongi selama 18 tahun akhirnya mampu melebarkan sayapnya dengan bebas.

Kilauan emas menyinari segenap pelosok gudang.Kilauan emas itu milik sayap emas aku.Sehelai bulu pelepah aku cabut daripada sayap aku.

Bulu pelepah emas itu aku tikam ke dada Taehyung.Taehyung menjerit kesakitan tatkala bulu pelepah emas menembusi jantungnya seterusnya mematikan jiwa syaitannya.

Taehyung memuntahkan darah keluar daripada mulutnya.Darah yang mengalir keluar bukan berwarna merah tetapi berwarna emas.

Warna darahnya yang berwarna emas menandakan bulu pelepah emasku sudah berjaya membunuhnya.

"Semoga kau dimasukkan ke neraka atas semua perbuatan jahat yang telah kau lakukan di muka bumi.Inilah pengakhiran yang selayaknya kau terima kerana kau bersekongkol dengan syaitan.Selamat tinggal,Kim Taehyung."

Sejurus aku mengucapkan kata selamat tinggal yang terakhir kepada Taehyung,badan Taehyung terus bertukar menjadi debu-debu halus.Debu-debu halus itu kemudiannya lenyap begitu sahaja.

Setelah urusan aku dengan Taehyung selesai,langkah kaki diatur menuju kepada Nana.Riak muka Nana menunjukkan dia takut dengan aku.Mungkin dia takut melihat aku yang bersayap.

"Back to your question.Kau nak tahu kenapa aku tanya kau kenal tak Minmin noona dan Agust D?"

Nana menganggukkan kepalanya perlahan kepada pertanyaan aku.Kepalanya ditundukkan rapat ke bawah.Pasti dia takut mahu bertentang mata dengan aku.

"Minmin noona dan Agust D tak pernah wujud.Yoongi sebenarnya tak menghidap penyakit DID,SAD dan albino.Aku dah tipu Yoongi.Aku dah tipu semua orang.Aku buat dia percaya dia ada DID,SAD dan albino walaupun dia tak ada semua penyakit tu."

Nana serta merta mengangkat kepalanya menghadapa aku.Matanya membeliak mendengar bicara yang keluar daripada mulut aku.

"Tapi,kalau Yoongi tak menghidap penyakit DID,macam mana dia boleh ada personaliti Minmin noona dan Agust D?Kenapa kulit Yoongi putih pucat dan rambut dia berwarna putih kalau dia tak ada albino?"soal Nana yang tidak berpuas hati dengan kata-kata aku.

Rantai yang merantai kedua-dua belah tangan dan kaki Nana aku buka.Mungkin dia akan mudah untuk menghadam kata-kata aku setelah rantai besi ini tidak lagi membataskan pergerakannya.

"Minmin noona dan Agust D ialah aku.Aku menyamar sebagai Minmin noona untuk meyakinkan Yoongi bahawa aku ialah personalitinya yang akan muncul apabila dia sedih.
Tentang Agust D pula,aku juga menyamar sebagai Agust D untuk membuat Yoongi percaya bahawa aku ialah personalitinya yang akan muncul apabila dia sakit dan lemah.Aku buat semua ni..."

Pang!

Tamparan kuat hinggap di pipi aku.Nana menampar kuat pipi aku sehingga hujung bibirku berdarah.

"Kenapa?Kenapa kau buat semua ni?Kenapa kau tipu aku?Kenapa kau tipu Yoongi?Kenapa kau perlu yakinkan Yoongi yang Minmin noona dan Agust D ialah personaliti dia?Kau siapa sebenarnya?"ujar Nana lantang.

"Aku buat semua ni untuk melindungi diri aku sendiri.Aku tipu Yoongi supaya dia selamat.Aku menyamar sebagai Minmin noona dan Agust D supaya Yoongi tak tahu tentang kewujudan aku.
Aku buat Yoongi sampai dia takut untuk bercakap.Aku buat semua ini hanya semata-mata untuk selamatkan dia dan aku.Aku terpaksa sembunyikan identiti sebenar aku.Identiti sebenar Min Yoongi."

Perasaan hiba menyinggah di sudut hati aku.Aku sedih dengan penipuan yang aku sendiri reka.

Selama 18 tahun,Min Yoongi hidup dalam penipuan.Dia tidak pernah mengenali dirinya yang sebenar.

"A-apa maksud kau?Kenapa kau tipu Yoongi untuk selamatkan diri kau dan dia?Kalau kau tipu Yoongi,itu bermakna kau tipu diri kau sendiri.Orang kata manusia yang paling jahat ialah manusia yang menipu diri sendiri."getus Nana mengguris hati aku.

Aku berkecil hati apabila Nana mengatakan aku menipu diri aku sendiri.Ya,aku mengaku aku menipu diri aku sendiri.Tapi,aku buat semua ini bersebab.

Jika aku tak menipu Yoongi tentang personaliti Minmin noona dan Agust D,jika aku tidak mewujudkan ketakutan di dalam diri Yoongi sehingga dia takut untuk membuka mulut,pasti raja syaitan sudah dapat memburu aku.

"Dia tipu Yoongi dan kau untuk selamatkan diri dia daripada aku."celah seseorang di tengah perbualan antara aku dan Nana.

Belakang badan aku terasa seperti dicucuk oleh sesuatu yang tajam.Kesakitan yang aku rasai sekarang terasa menjalar ke seluruh badan.

Kepala aku tundukkan sedikit untuk melihat badan aku.Sebilah pedang berwarna hitam pekat menembusi belakang badan aku sehingga ke depan.

"D-daiki?A-awak buat apa kat sini?Kenapa kepala awak bertanduk?Ke-kenapa awak tikam Yoongi?"

Nana tergagap menyatakan bicaranya.Matanya membuntang melihat seseorang di belakang aku yang disebutnya sebagai Daiki itu.

Jika Daiki sedang berdiri di belakang aku sekarang,ini bermakna pemburuannya sudah tamat.

"Soalan awak tak penting.Saya tak perlu jawab soalan awak.Kau,Cygnus Y.Aku dah lama tahu kau wujud dalam badan Yoongi.Akhirnya,hari ini kau muncul juga sebagai Cygnus Y.Aku dah lama tunggu kau muncul supaya aku dapat bunuh kau."getus Daiki betul-betul di tepi telinga aku.

Pedang yang dirodok sehingga menembusi badan aku ditariknya kembali dengan kasar.Seluruh kekuatan aku lenyap tatkala pedang itu ditarik keluar daripada badan.

Diri aku tidak mampu lagi bertahan.Lutut aku terasa longlai.Kesakitan yang dihantar oleh mata pedang Daiki ke seluruh badan aku membuatkan aku lemah.

"K-kau mesti gembira kan.Pemburuan k-kau dan ayah kau akhirnya berjaya.K-kau dah jumpa aku.Cygnus Y,m-malaikat maut yang bo-boleh menghapuskan kerajaan Nova jika dibiarkan terus hidup."ujarku cuba mengatur perkataan akibat menahan perit yang kini mula menjalar ke kepala.

Kaki aku tidak mampu lagi menampung diri.Badan aku terasa melayang ke bawah.Pandangan aku mula menjadi kabur.Kelopak mata terasa berat.Dan pada detik ini,segalanya bertukar gelap pekat.

Daiki menyepak ke tepi jasad Yoongi yang terbaring lemah itu.Pedang di tangannya juga dicampak entah ke mana.

Tangan kirinya pula sedang mengheret kayu besbol sambil langkahnya diorak ke arah Nana.

"Daiki.Kenapa awak tikam Yoongi?Daiki yang saya kenal bukan macam ni.Daiki yang saya kenal baik hati.Kenapa awak berubah?Kenapa?"soal Nana bertubi-tubi kerana dia tidak mempercayai apa yang baru Daiki lakukan pada Yoongi.

"Daiki yang baik hati itu cuma topeng yang saya pakai untuk kaburi mata awak.Berubah?Saya tak pernah berubah.Inilah diri saya yang sebenar.Nana,saya nak minta maaf."

Nada suara Daiki yang tadinya sinis mula betukar ke nada sedih.

"Kenapa awak tiba-tiba minta maaf?Awak nak minta maaf sebab awak dah bunuh Yoongi?"soal Nana yang langsung tidak mencurigai Daiki di sebalik perubahan nadanya itu.

"Saya nak minta maaf sebab saya terpaksa buat awak 'tidur'."

Kayu besbol diangkat tinggi ke udara.Kepala Nana dihentak kuat dengan kayu besbol oleh Daiki.

To be continued...👄

A/N:👄

Relaks guys.Ini bukan penamatnya lagi ye.

Amacam?Terkejut tak lepas tahu siapa Yoongi sebenarnya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro