Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 39-Rest In Peace,Yoongi?

Misi Membuka Mulut¤MYG

👄👄👄

"Yoongi hyung dah mati."

👄👄👄


"3:00 petang.Pesakit Min Yoongi disahkan telah meninggal dunia kerana kecederaan teruk di bahagian dada akibat ditikam bertubi-tubi dan kehilangan darah yang banyak.Saya harap awak semua dapat bersabar dengan berita ini."beritahu doktor dengan tag nama Min Yoonji kepada aku,Uncle Yoongu dan Woozi yang menunggu di luar ICU.

Aku jatuh terduduk di tepi Woozi.Air mata yang baru sahaja kering mula berair kembali.

Muka aku raup dengan kedua-dua belah tangan yang masih berbekas dengan darah Yoongi.

"Tak.Tak mungkin Yoongi dah mati.Ini semua mustahil.Aku tak percaya.Aku tak percaya Yoongi dah mati.Ini semua tipu.Tipu."Aku meraung sambil membenamkan muka ke lutut.

"Tak ada apa yang mustahil.Yoongi hyung dah mati.Kak Nana kena percaya Yoongi hyung dah mati sebab kak Nana yang gagal.Kak Nana gagal lindungi hyung daripada syaitan yang menyerang hyung.Ini semua salah kak Nana."

Woozi meletakkan semua kesalahan ke atas bahu aku.Aku bangun berdepan dengan Woozi walaupun kaki aku masih lemah untuk berdiri.Aku tak rela aku dipersalahkan atas kematian Yoongi.

"Yoongi kena serang dengan syaitan?Kak Nana gagal lindungi Yoongi?Apa ni?Woozi cuba nak salahkan kak Nana atas kematian Yoongi ke?"Aku menyoal Woozi yang sedang menangis teresak-esak.

Krekk

Pintu ICU dibuka daripada dalam.Dua orang jururawat perempuan sedang menolak keluar seorang pesakit yang ditutup dengan kain putih.

Jururawat-jururawat itu berhenti menolak pesakit itu.Mereka berhenti di hadapan Uncle Yoongu.Kain putih yang menutupi pesakit itu dibuka.

Wajah pucat Yoongi kelihatan sebaik sahaja kain putih dibuka.Kain putih itu dibuka sehingga ke paras dada.

Kedua-dua belah dada Yoongi mempunyai kesan jahitan.Dadanya juga tidak turun naik menandakan dia tidak lagi bernafas.

"Kak Nana nampak sendiri kan?Yoongi hyung dah mati.Memang Woozi salahkan kak Nana atas kematian hyung.Kak Nana dah ada kuasa yang diberikan oleh Brian untuk lindungi hyung tapi kak Nana tak lindungi hyung.
Kalau kak Nana gunakan kuasa tu untuk lindungi hyung,mesti hyung masih hidup sekarang.Ini semua salah kak Nana.Salah kak Nana.Woozi benci kak Nana!!!"

Woozi menengking aku lalu dia menolak aku sehingga aku terjatuh.Dia kemudiannya menangis sambil memeluk mayat Yoongi yang terbujur kaku.

"Woozi,tolong dengar cakap kak Nana dulu.Kak Nana boleh jelaskan.Kak Nana tak dapat nak lindungi Yoongi sebab..."

Woozi tidak membenarkan aku menjelaskan apa-apa.Dia lebih pantas memotong percakapan aku.

"Diam!Woozi tak nak dengar apa-apa daripada mulut kak Nana.Mulai hari ini,Kak Nana tak payah tunjuk muka kak Nana depan Woozi lagi.Jangan dekat dengan keluarga Woozi.Kak Nana hanya bawa malang buat kami."

Woozi dan Uncle Yoongu kemudiannya mengikut jururawat-jururawat yang menolak mayat Yoongi.

Aku hanya mampu melihat mereka pergi dengan juraian air mata.

"Betul ke aku yang bersalah?Aku bersalah sebab aku gagal lindungi Yoongi.Ya,memang aku yang bersalah.Disebabkan aku,Yoongi mati.Ini semua salah aku.Salah aku."

Seorang perempuan berjubah doktor sedang memerhatikan Nana daripada jauh.Doktor dengan tag nama Min Yoonji itu memandang Nana dengan pandangan bersalah.

"I'm sorry but i have to do this for the sake of my nephew."ujar Yoonji perlahan.


👄👄👄


Woozi Pov

"Evan,kau boleh keluar daripada badan Yoongi hyung.Perempuan tu dah tak ada."

Aku mengarahkan Evan untuk keluar daripada badan hyung.Aku meminta Evan masuk ke dalam badan hyung untuk membuatkan hyung nampak seperti sudah mati.

Aku juga turut meminta bantuan Mak Su Yoonji agar dia memberitahu kak Nana yang hyung dah mati.

"Aku dah rawat Yoongi daripada dalam.Kesan luka pada dada dia aku dah rawat tapi aku tak dapat hidupkan jiwa dia yang dah mati.Hanya Cygnus A yang boleh hidupkan balik jiwa Yoongi."ujar Evan lalu dia meletakkan seekor rama-rama berwarna merah jambu di dada hyung.

"Terima kasih sebab dah tolong rawat hyung.Terima kasih juga sebab dah tolong aku tipu kak Nana tadi.Kalau kau tak tolong aku,mesti kak Nana takkan percaya yang hyung dah mati."ucapku sambil memandang Evan yang leka memandang hyung.

Evan memegang tangan kanan hyung.Dia memerhatikan tangan hyung yang ditoreh.

Riak mukanya berubah seperti orang terkejut apabila melihat tangan hyung yang ditoreh.

"IM+AI 1.1.1 LUHU NGC7619 GAINSBORO.Betul ke apa yang aku tengok ni?Ini kan kod..."bicara Evan terhenti di situ.Dia seperti takut untuk meneruskan ayatnya.

"Kod Lord Simon,penguasa alam Nova.Raja kepada semua syaitan.Pemilik kuasa Gainsboro,kuasa yang mampu menguasai bayang seseorang dan membuatkan bayang seseorang itu mengikut arahannya."sampuk Harry yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

Harry merupakan penjaga aku.Dialah yang menjaga aku daripada kecil sampailah sekarang.Evan dan Brian pulak penjaga Yoongi hyung.

"Kod Lord Simon?Kenapa pulak raja kepada semua syaitan nak serang hyung?Apa yang hyung dah buat sampai dia serang hyung?"soalku kepada Harry yang sedang bermain-main dengan rama-rama hijaunya itu.

Krekk

Pintu dibuka daripada luar.Susuk tubuh seorang wanita berjubah doktor memasuki bilik wad.Mak Su Yoonji memasuki bilik wad sambil tangannya memegang sebuah fail.

Mak Su Yoonji memeriksa denyutan nadi hyung yang terpapar di mesin pendetak jantung.Dia kemudiannya menulis sesuatu di atas fail.

"Evan,Harry.Tolong keluar sekejap.Saya nak bercakap dengan Woozi."arah Mak Su Yoonji kepada Evan dan Harry.

Setelah Evan dan Harry sudah tiada,Mak Su Yoonji mengambil tempat duduk di sebelah aku.

Dia membelai-belai rambut aku lalu tangannya dijatuhkan ke atas tangan aku.Tangan aku digenggamnya erat.

"Woozi rasa betul ke apa yang Woozi buat sekarang?Woozi dah tipu kawan Yoongi.Woozi beritahu dia yang Yoongi dah mati padahal Yoongi tak mati pun.Woozi tak rasa bersalah ke tipu dia?"soal Mak Su Yoonji membuatkan aku terdiam.

Aku sebenarnya tidak mahu menipu kak Nana tapi aku terpaksa.Aku terpaksa tipu kak Nana demi keselamatan hyung.

"Buat apa Woozi nak rasa bersalah kalau apa yang Woozi buat ni boleh selamatkan nyawa hyung?Bukan setakat kak Nana Woozi sanggup tipu.Woozi sanggup tipu semua orang asalkan keselamatan hyung terjamin.Kalau Woozi perlu membunuh untuk pastikan hyung selamat,Woozi sanggup."ujarku lalu air mata yang aku tahan sejak tadi akhirnya turun.

Mak Su Yoonji menarik aku ke dalam pelukannya.Dia menepuk-nepuk belakang aku untuk menenangkan aku yang sedang menangis teresak-esak.

Mak Su Yoonji cuba untuk mengawal dirinya yang sedang menangis tetapi esakan halusnya dapat aku dengari.

"Sayang betul Woozi pada Yoongi.Bertuah Yoongi ada adik macam Woozi.Nanti kalau Woozi terpaksa bunuh orang untuk selamatkan Yoongi,ajak Mak Su sekali tau.Biar Mak Su cucuk dia sampai mati dengan picagari."kata Mak Su Yoonji membuatkan tawa aku dan Mak Su Yoonji pecah.

Taehyung memerhatikan Woozi dan Mak Su Yoonji melalui tingkap kaca kecil di pintu bilik wad.Dia hairan melihat Yoongi yang terbaring di katil.

"Macam mana Yoongi boleh hidup lagi sedangkan dia dah kena serang dengan Lord Simon dan Lady Jane?Hanya anak Cygnus A sahaja yang masih boleh hidup selepas diserang dengan Lord Simon.Takkanlah Yoongi anak Cygnus A?Tak mungkin."kata Taehyung yang tidak percaya Yoongi masih hidup.


👄👄👄


"Nana baru balik daripada hospital kan?Macam mana dengan keadaan Yoongi?Keadaan dia dah stabil ke?"tanya omma bertubi-tubi sebaik sahaja aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah.

Pertanyaan omma aku biarkan sepi.Aku tidak mampu untuk menjawab pertanyaan omma.

Jangankan ingin menjawab pertanyaan daripada omma.Mahu melangkah pun aku tidak larat.

Kaki aku angkat juga menaiki anak tangga walaupun aku berasa sangat lemah.

Badan aku menjadi lemah dan tidak bermaya setelah mendengar berita kematian Yoongi tadi.

"Nana,omma tanya ni.Macam mana dengan keadaan Yoongi?Kenapa Nana senyap je?Ada apa-apa yang jadi ke?Yoongi masih hidup kan?"

Pertanyaan omma yang terakhir membuatkan aku berhenti di anak tangga terakhir.

Aku tidak mampu lagi untuk menahan perasaan sedih yang aku cuba tahan di hadapan omma.

"Omma,Yoongi dah....Yoongi dah..."

Aku tidak sanggup untuk meneruskan ayat aku.Mulut aku tidak bisa untuk menuturkan perkataan mati.

Hati aku berasa sakit setiap kali aku memikirkan yang Yoongi telah meninggalkan aku buat selama-selamanya.

Dada aku berasa senak apabila aku teringat yang Yoongi telah mati.

"Yoongi dah apa?Beritahu omma.Kenapa dengan Yoongi?"tanya omma lagi.

"Yoongi dah mati."

Kepala aku terasa berat.Kaki aku serta merta menjadi longlai.Kelopak mata aku tertutup dengan sendiri.

Badan aku terasa melayang di udara.Aku jatuh terdorong ke belakang.Jatuh menyembah deretan anak tangga.

To be continued...👄👄👄



A/N:👄

Ada yang marah dengan Woozi tak?

Btw,dah dapat nyahkod ke kod Lord Simon tu?😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro