Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 38:Gainsboro Devil🔪

Misi Membuka Mulut¤MYG


L

uahan hati seorang Lucid:Aku rasa macam aku buat ff MMM ni aku syok sendiri ja.Kalau aku unpub MMM,mesti tak ada orang kisah pun kan😌☺

¤ ¤ ¤

Seminggu kemudian

Setelah dua minggu aku dan Yoongi berlatih untuk persembahan akhir tahun,akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Hari ini hari persembahan akhir tahun.

"Yoongi,cantik tak saya?Ada nampak macam Miss Korea tak?"tanyaku kepada Yoongi tanpa segan silu.

Yoongi berhenti mengikat tali lehernya.Dia memandang aku atas bawah.Segaris senyuman manis diukirkan setelah dia melihat aku.

Yoongi mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya.Tangannya bergerak-gerak di skrin telefon.

Tidak lama selepas itu,telefon aku berbunyi menandakan ada chat masuk.

Vroom!

You got 2 new chat from my silent boy,Yoongi

Jeongmal yeppo,yeppo,yeppo😍✔✔

Awak nampak macam Mrs Yoongi✔✔

"Mrs Yoongi?"ujarku hairan sambil memandang Yoongi yang sudah tiada di hadapanku.

Aku mencari Yoongi yang tiba-tiba hilang.Sengihan terbit di bibir aku saat mata aku menangkap kelibat Yoongi.

Yoongi rupa-rupanya sedang mengintai orang ramai yang berada di dalam dewan sekolah di sebalik tirai.

Khusyuk sungguh dia mengintai sampai dia tak perasan yang aku dah ada di belakang dia.

"Yoongi,awak intai siapa tu?Awak intai jodoh awak eh?"sergahku sambil menepuk bahu Yoongi.

Yoongi yang terlalu khusyuk mengintai itu terkejut apabila aku menepuk bahunya.

Hampir-hampir sahaja dia mahu jatuh ke belakang akibat terkejut.Mujur aku sempat sambut.

Wajah Yoongi aku pandang.Wajahnya yang putih pucat itu kelihatan lebih pucat.Bibirnya juga pucat seakan-akan tiada darah.

Peluh mengalir di dahinya.Kedua-dua belah tangannya juga terketar-ketar.

Faham dengan keadaan itu,aku segera memeluk Yoongi.Yoongi membiarkan sahaja aku memeluknya.Dia merehatkan dagunya di bahu aku.

"Awak takut sebab ada ramai orang di dalam dewan?Awak mesti rasa nak lari daripada  semua ni kan?Awak rasa rimas bila awak tengok ada ramai orang dalam dewan?"

Yoongi hanya menangis.Walaupun aku tidak dapat melihat sama ada Yoongi mengangguk atau menggelengkan kepala terhadap jawapan aku,aku tahu pasti dia menganggukkan kepala terhadap semua soalan aku tadi.

"Awak jadi takut macam ni sebab SAD awak.Awak tak perlu takut.Saya ada dengan awak.Kita boleh tempuh benda ni bersama-sama.Saya boleh  hapuskan ketakutan awak.Saya boleh lindungi awak daripada semua orang."Aku cuba menyalurkan semangat kepada Yoongi.

Yoongi meleraikan pelukannya dengan aku.Dia mengelap air matanya yang berbekas di wajah dengan hujung lengan baju.Tangan aku digapainya lalu digenggamnya erat.

"Sekarang mari kita mempersembahkan Na Yumi dan Min Yoongi daripada kelas 4A untuk membuat persembahan.Mereka akan mempersembahkan lagu Breath daripada Lee Hi.Dengan ini saya mempersembahkan Na Yumi dan Min Yoongi."ucap pengacara majlis setelah semua hadirin berada di dalam dewan.

Yoongi memandang aku.Aku memandang Yoongi.Dia tersenyum kepada aku.Aku juga tersenyum kepadanya.

"You can count me.I can count you.We can do this together.Just bear in your mind that i'll always be with you.Let's do this."Aku menarik tangan Yoongi untuk mengikuti aku kawasan pentas.

Yoongi membelai-belai kepala aku sambil berjalan mengikuti aku.Dia mengambil tempat duduk di hadapan piano.Aku berdiri di hadapan mic stand.

Tirai merah yang memisahkan aku dan Yoongi dengan penonton di dalam dewan akhirnya dibuka.

Suasana menjadi senyap tanpa bunyi alunan piano daripada Yoongi.Aku menoleh sedikit memandang Yoongi.

Tangannya masih lagi terketar-ketar seperti tadi.Dia mencuba sedaya upaya untuk bermain piano walaupun tangannya terketar-ketar.

Ting,ting,ting~

Bunyi alunan piano mula kedengaran.Nampaknya Yoongi dah mula bermain piano.

D

ia dah berjaya mengatasi SAD dia.Dia berani untuk bermain piano di hadapan semua orang.

Aku menunggu melodi yang tepat untuk aku mula menyanyi.Nafas perlahan aku tarik dan hembus sebelum aku mula menyanyi.

"Sumeul keuge swieobwayo.Dangsinui gaseum yangjjogi jeorige.Jogeumeun apaol ttaekkaji.Sumeul deo baeteobwayo.Dangsinui ane nameun ge eoptdago.Neukkyeojil ttaekkaji."

Yoongi Pov

Lampu di dalam dewan tiba-tiba terpadam.Suasana di dalam gelap menjadi gelap gelita.

Tiada langsung sebarang sumber cahaya yang menerangi kegelapan di dalam dewan.

Suara hadirin yang panik dengan kegelapan mula kedengaran.Aku tenang sahaja di tempat duduk kerana aku sudah biasa dengan kegelapan.

Sedang semua orang cemas dengan kegelapan itu,rambut aku tiba-tiba ditarik dengan kuat oleh seseorang daripada belakang.Rambut aku dicengkam dengan kuat sekali.

"Arghh.Sakit."aduhku sambil aku cuba untuk melepaskan rambut aku daripada terus dicengkam.

Tidak cukup dengan mencengkam rambut aku,rambut aku ditariknya kuat sehingga aku terjatuh daripada kerusi.Rambut aku dicengkamnya lalu dia menyeret aku.

Aku bergelut untuk melepaskan diri daripada orang yang menarik rambut aku itu.

Tapi,usaha aku hanya menemui jalan buntu kerana aku tidak berdaya melawan dia.Kekuatan aku tidak setanding dengannya.

Badan aku ditolak kasar ke lantai.Aku bingkas bangun untuk melarikan diri namun dia lebih pantas.Dia memijak dada aku untuk menghalang aku.

Dada aku terasa sesak.Nafasku terasa pendek.Aku sukar untuk bernafas.Dada aku mula berombak mencari nafas.

"Min Yoongi.The son of Cygnus A."ujar suara seperti suara seorang lelaki di dalam gelap.

Suara yang aku pasti suara lelaki itu aku dengar dengan teliti.Suara lelaki itu bergema kuat.Aku rasa macam aku pernah dengar suara ni.

Baru aku perasan akan sesuatu.Suara penonton di dalam dewan tidak lagi kedengaran.

Suasana di dalam dewan  menjadi sunyi sepi tanpa sebarang suara mahupun bunyi.

"What makes you think you can be with my girl?!Step over my broken horn first,bastard!"

Lelaki itu menengking aku.Dia tidak lagi memijak dada aku.Leher aku dicekiknya pula.Dada aku turun naik mencari oksigen untuk disedut.

"Aku penguasa alam Nova.Aku tak akan benarkan kau bahagia dengan Nana.Nana milik aku seorang sahaja.Lagipun,anak Cygnus A macam kau tak layak untuk bahagia.Appa kau dah banyak kacau urusan alam Nova."ujar lelaki itu lagi membuatkan aku keliru.

Alam Nova?Anak Cygnus A?Appa aku Cygnus A?Apa benda semua ni?Aku betul-betul tak faham.

Sedang aku masih lagi keliru dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu,dada aku tiba-tiba berasa pedih.Pedih yang amat mendalam rasanya.

Aku memegang dada aku yang pedih.Sesuatu yang keras dan sejuk terpacak di atas dada aku.Jangan-jangan benda yang terpacak atas dada aku ni...

"Arghhhhh!"

Aku mengaduh kesakitan saat lelaki itu menarik benda yang aku pasti pisau daripada dada aku.

Dada aku ditikam lagi dengan pisau.Bukan sekali.Bukan dua kali.Tapi berkali-kali.Dada aku ditikam berkali-kali oleh lelaki itu.

"To...long berhenti.Tolong."Aku merayu kepada lelaki itu supaya dia berhenti menikam aku.

Rayuan aku tidak dipedulikan oleh lelaki itu.Setelah menikam dada kanan aku,dia menikam dada kiri aku.

Aku mencuba untuk menghalang lelaki itu daripada terus menikam aku walaupun aku tidak dapat melihat apa-apa.

Lelaki itu berhenti menikam dada aku apabila sekumpulan rama-rama biru terbang laju ke arahnya lalu mengenainya.

Dia mengaduh kesakitan.Mungkin akibat diserang oleh rama-rama biru itu.

Aku pasti lelaki itu sudah pergi.Tiada sebarang bunyi pergerakan daripada lelaki itu.

Baru sahaja aku ingin menarik nafas lega kerana memikirkan lelaki itu sudah pergi,tangan kiri aku tiba-tiba berasa sakit.Rasa seperti tangan aku ditoreh dengan pisau.

"Kau ingat aku akan pergi tanpa aku perkenalkan diri aku dahulu pada kau?Kau kenalah tahu siapa yang dah tikam kau.Aku taklah kejam sangat sampai nak buat kau tertanya-tanya tentang identiti aku."kata lelaki itu yang sedang memegang tangan aku.

Lebih tepat lagi lelaki itu sedang menoreh tangan aku.Aku cuba untuk menghentikannya namun aku tidak mampu.

Kesakitan yang aku rasai di dada akibat ditikam oleh lelaki itu membuatkan aku lemah.

Jangankan ingin mengangkat tangan untuk menghalang lelaki itu.Mahu bernafas pun terasa seperti ada beribu duri di dada aku.

"Cantiklah nama aku di tangan kau.Pandai aku toreh.I like it."

Lelaki itu berhenti menoreh tangan aku.Dia kemudiannya bercakap dengan seseorang.Suara mereka bercakap semakin lama semakin perlahan.

Kepala aku mula berasa pening.Mata aku juga menjadi berat.Berat dan semakin berat.

"Evan.Harry.Tolong Yoongi."

Aku meminta bantuan daripada Evan dan Harry melalui suara hati.Hanya mereka berdua yang boleh menolong aku di saat-saat genting seperti ini.

Dalam kesakitan yang aku rasai akibat ditikam,bibir aku bersentuhan dengan sesuatu yang lembut.Ada orang cium aku ke?

"One kiss from me will make your soul die.May we kiss again in 2025."bisik suara seorang perempuan di telinga aku.

"Jane,jom kita pergi.Terima kasih sebab dah cium dia.Biar racun Andromeda meresap masuk dalam jiwa dia."bicara lelaki itu kepada perempuan yang dinamakan Jane.

"No problem,Lord Simon.I love doing that.By the way,his lip is so soft.I love it."balas Jane lalu dia tertawa suka.

Sebuah cahaya merah muncul tidak jauh daripada aku.Di hadapan cahaya merah itu,terdapat sebuah cermin berbentuk segi tiga.

Dua kelibat berjubah kelabu sedang berjalan menuju ke arah cermin itu.Mereka berjalan menembusi cermin itu dan terus hilang daripada pandangan.

"Yoongi."panggil sebuah suara yang aku sangat kenal.

Suara yang memanggil aku ialah suara Nana.Suaranya sayup-sayup kedengaran.Telinga aku mendengar namun aku tidak mampu menyahut panggilannya.

Mata aku tertutup rapat.Nafas aku tarik namun denyutan jantung tidak berdenyut.Nafasku semakin pendek dan pendek.

To be continued...👄


A/N:👄

Do anyone miss MMM and me?😝

Aku rindu nak baca komen korang kat MMM.Hmmmm😔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro