Bab 37-Blue Butterfly
Misi Membuka Mulut¤MYG
👄👄👄
"Saya tahu siapa awak di mata dan hati Yoongi."
👄👄👄
Amaran keras:Bab ini mengandungi scene yang acah2 macam 18+ so korang yang tak cukup umur tu disarankan jangan baca.Kalau nak baca gak,aku tak kisah.Jangan blushing sorang2 sudah.Aku yang type ni pun blushing😂
¤ ¤ ¤
"Gwaenchanhayo naega anajulgeyo.Jeongmal sugohaesseoyo."
Aku menyanyikan rangkap terakhir lagu Breath nyanyian Lee Hi.Yoongi masih menekan jubin piano hitam dan putih mengikut not muzik.Dia akhirnya berhenti menekan jubin piano.
Yoongi menundukkan kepalanya menghadap piano.Dia menundukkan kepala sehingga rambut hadapannya menutupi mata.
"Yoongi,are you okay?"
Aku menanyakan keadaan Yoongi setelah hairan melihat Yoongi yang tertunduk sebegitu rupa selepas bermain piano.
Yoongi hanya menganggukkan kepala kepada pertanyaan aku.Badannya tersengguk-sengguk seperti orang yang sedang menangis.
"Yoongi,awak okay tak ni?"
Yoongi sekali lagi menganggukkan kepala kepada pertanyaan aku.Tetapi aku tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Yoongi.
Tangan aku memegang dagu Yoongi.Kepalanya yang ditundukkan itu aku dongakkan dengan tangan aku.
Muka Yoongi basah dengan air mata.Air mata tidak berhenti mengalir daripada tubir matanya.Hidung dan matanya juga kemerah-merahan kerana menangis.
Yoongi menolak tangan aku.Dia menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.Dia kembali menangis.Tetapi kali ini dia menangis teresak-esak.
Tangan Yoongi yang menutupi mukanya aku jatuhkan perlahan-lahan dengan tangan aku.Kedua-dua belah tangannya aku genggam erat.
"Yoongi,tengok saya.Pandang mata saya.Saya tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak.Luahkan segalanya pada saya.Saya sedia mendengar walaupun tak ada siapa yang nak mendengar.Tangan saya sentiasa ada untuk awak pegang jika awak terjatuh."
Aku cuba menenangkan Yoongi dengan harapan dia akan berhenti menangis.Nampaknya pujukan aku tak menjadi.Dia semakin teruk menangis.
"Nana."panggil Yoongi dengan suaranya yang serak kerana menangis.
"Ya."balasku sambil memandang Yoongi yang juga sedang memandang aku.
Sebenarnya aku pelik dengan Yoongi.Dia sekejap bercakap.Sekejap dia tak bercakap macam biasa.Aku keliru dengan Yoongi.
Yang lagi buat aku pelik ialah bila Yoongi bercakap dengan aku,anak mata dia akan jadi warna merah.Macam sekarang.
"Do you want to see something?"tanya Yoongi lagi.
"Something?What is it?"soalku kembali kepada Yoongi.
Yoongi tersenyum nipis apabila mendengar soalan aku.Dia menarik tangannya yang digenggam erat oleh tangan aku.
Yoongi menutup kedua-dua belah mata aku dengan tangannya.Sebelum mata aku ditutup sepenuhnya dengan tangan Yoongi,aku dapat melihat seekor rama-rama biru berterbangan di belakang Yoongi.
"Selepas awak buka mata,awak akan jumpa seseorang.Get ready."ujar Yoongi membuatkan aku hairan.
Siapa pula yang aku akan jumpa lepas aku buka mata?Hanya ada aku dan Yoongi sahaja dalam bilik muzik.
Yoongi mengalihkan tangannya daripada mata aku.Aku membuka mata perlahan-lahan.
Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat orang yang sedang duduk di hadapan aku.
Seorang lelaki yang aku tidak kenali sedang duduk di hadapan aku.Yoongi pula hilang entah ke mana.
"Siapa kau?Mana Yoongi?Apa kau dah buat pada dia?"soalku cemas sambil mula mencari Yoongi di sekeliling bilik muzik.
Baru aku tersedar aku tidak berada dalam bilik muzik.Bilik ini disinari dengan cahaya berwarna biru.
Bilik ini juga tidak mempunyai tingkap.Hanya terdapat sebuah pintu hitam di hujung bilik.
"Saya Brian.Awak tak perlu risau tentang Yoongi.Dia ada je kat sini.Cuma awak tak nampak dia sebab dia berada dalam alam saya.Bukan alam manusia."balas lelaki yang membahasakan dirinya sebagai Brian itu.
"Apa maksud awak saya tak nampak Yoongi sebab dia berada dalam alam awak?Awak ni siapa sebenarnya?Awak syaitan ke?"
Aku menjauhkan diri daripada Brian.Bimbang kalau Brian ini sebenarnya ialah syaitan.
"Awak sekarang berada dalam alam Cosmo Red Shift 7.Saya bukan syaitan.Saya penjaga Yoongi.Awak mesti Nana kan?"tanya Brian sambil anak matanya yang merah itu memandang aku.
"Macam mana awak boleh tahu nama saya?"soalku kembali lalu aku menjauhkan diri lagi daripada Brian.
Brian hanya tersenyum manis memandang aku.Dia memetik jarinya.
Beberapa saat selepas itu,situasi di mana aku dan Yoongi mula-mula berkenalan di hadapan rumah aku dulu terpapar di atas siling putih.
"Saya sentiasa berada di sisi Yoongi.Cuma awak tak dapat nampak saya.Saya tahu siapa awak di mata dan hati Yoongi.Disebabkan itu jugalah,saya pilih awak."terang Brian lalu dia mula menangis.
Brian berjalan mendekati aku.Dia memegang tangan kedua-dua belah tangan aku.Lebih tepat lagi dia menggenggam tangan aku.
"Awak pilih saya?Apa maksud awak?"soalku pelik sambil cuba melepaskan tangan aku daripada Brian.Macam pelik semacam Brian ni.
"Saya pilih awak sebagai penjaga ketiga Yoongi.Saya tahu awak dapat jaga Yoongi macam mana saya jaga dia selama ni."kata Brian lalu dia tersenyum nipis walaupun sedang menangis.
Otak aku tidak dapat mentafsir apa yang dikatakan oleh Brian.Aku dipilih sebagai penjaga kedua Yoongi?Maksudnya?
"Saya akan beri separuh daripada kuasa Blue Butterfly saya pada awak.Awak hanya boleh guna kuasa Blue Butterfly untuk jaga Yoongi."ujar Brian lagi.
Cahaya biru mula bersinar di tangan Brian.Brian mengangkat tangannya daripada tangan aku.Seekor rama-rama biru berada di tapak tangan aku.
"Nana,tolong jaga Yoongi elok-elok.Saya dah tak dapat nak jaga Yoongi sebab dia dah tak perlukan jagaan saya.Dia dah tak nak saya jaga dia.Jadi,awak kena jaga Yoongi bagi pihak saya.Boleh?"tanya Brian sambil memandang tepat ke mata aku.
"Saya boleh jaga Yoongi.Tapi kenapa awak cakap Yoongi dah tak perlukan jagaan awak?"
Pertanyaan aku dibiarkan sepi oleh Brian.Brian mengelap air matanya yang berwarna biru itu.
Dia tersenyum tawar.Dia seperti menyembunyikan banyak rahsia di sebalik senyuman tawarnya itu.
"Awak tak perlu tahu tentang itu.Jaga Yoongi untuk saya."
Brian menutup mata aku dengan kedua-dua belah tangannya.Beberapa saat selepas itu,dia mengalihkan tangannya daripada mata aku.
Saat aku membuka mata,Brian sudah tiada di hadapan aku.Aku juga telah kembali berada di bilik muzik.Kelibat Yoongi masih tidak kelihatan.
"Huhuhuhuhuhu."
Telinga aku menangkap suara seseorang sedang menangis.Suara itu seperti suara seorang lelaki sedang menangis.Suara itu kedengaran dekat dengan aku.
"Yoongi,awak ke tu?Kalau betul tu awak,jawab la panggilan saya.Yoongi."
Aku memanggil nama Yoongi sambil mula mencarinya.Punggung aku angkat daripada kerusi piano.
Badan aku bongkokkan.Kepala aku tundukkan untuk melihat di bawah piano.
Yoongi duduk di bawah piano.Dia duduk di bawah piano dalam keadaan memeluk lutut.Kepalanya dibenamkan ke lutut.Suara esakannya yang halus itu kedengaran.
"Yoongi,awak buat apa kat bawah piano ni?Janganlah menangis lagi.Marilah keluar.Saya ada..."
Yoongi tiba-tiba menerpa ke arah aku.Badan aku ditolak kuat oleh Yoongi sehingga kepala aku sedikit terhantuk di lantai.
Yoongi menindih badan aku.Kedua-dua belah tangannya diletakkan di sebelah kepala aku.
Yoongi melihat aku atas bawah.Bibirnya terangkat membentuk senyuman senget.Dia menjilat bahagian atas bibirnya sambil matanya memandang tepat aku.
"Yoo..ngi.Kenapa awak pandang saya sambil jilat bibir?Awak lapar ke?"tanyaku sambil memandang Yoongi.
"Memang aku tengah lapar.Aku laparkankan kau."balas Yoongi membuatkan aku kecut perut.
"Kenapa pula awak nak laparkan saya?Saya bukannya makanan."ujar aku cuba berdolak dalih walaupun aku tahu apa yang dimaksudkan oleh Yoongi.
"Kau makanan aku seorang je.Tiada siapa boleh 'makan' kau kecuali aku."kata Yoongi lagi lalu dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.
Yoongi menggigit bahagian bawah bibirnya.Bibirnya mengukirkan senyuman seiring dengan wajahnya yang semakin lama semakin mendekati wajah aku.
Helaan nafas yang dihela oleh Yoongi dapat aku dengari.Wajah Yoongi betul-betul berada di hadapan wajah aku.Hanya beberapa cm sahaja jaraknya.
Yoongi tergelak kecil.Tangannya mula merayap ke wajah aku.Pipi aku diusap-usapnya.
"Aku dah lama tidur.Aku rindu sangat nak tengok muka kau.Aku rindu nak sentuh kau.Aku rindu nak buat benda jahat pada kau.Jadi,jangan halang aku untuk 'makan' kau hari ni.Hmmm?"
Dah lama tidur?Dah sah lagi disahkan lelaki yang berada di hadapan aku sekarang bukan Yoongi yang aku kenal.Tetapi Agust D yang aku perlu berhati-hati dengannya.
"A-agust D. A-awak ke ni?"tanyaku sambil memandang mata Yoongi.Eh silap Agust D.
"Yes,baby girl.It's me."
Agust D melagakan hidungnya dengan hidung aku.Muka aku mula berasa panas apabila Agust D melagakan hidungnya dengan hidungku.
"Kau blushing eh?How cute.Ini yang aku rasa makin berselera nak 'makan' kau."ujar Yoongi lagi lalu dia kembali menjilat bibirnya sambil merenung aku.
Muka aku terasa makin panas apabila Agust D berkata begitu.Muka aku tutup dengan tangan kerana malu.Malu dengan Agust D.
"Janganlah malu-malu dengan aku.Kau ni buat aku makin geram tengok kau.Rasa macam nak gigit-gigit je."
Agust D mengalihkan tangan aku daripada muka aku.Aku cuba melarikan diri daripada Agust D kerana aku bimbang.Bimbang dia akan melakukan benda yang bukan-bukan pada aku.
Saat aku mahu melarikan diri daripada Agust D,ekor mata aku menangkap kelibat seorang lelaki berjubah hitam dan bertopeng.
Lelaki berjubah hitam dan bertopeng itu sedang berdiri di hadapan pintu bilik muzik.
Tangannya seperti memegang sesuatu.Aku memerhatikan benda yang dipegang oleh lelaki itu.
"Anak panah?"getusku perlahan sambil memerhatikan lelaki itu.
Lelaki itu mengangkat anak panah berapi.Dia menyasarkan anak panah berapi itu tepat ke badan Agust D.
Mata aku membulat melihat lelaki itu telah melepaskan anak panahnya itu ke arah Agust D.
"Agust D.Hati-hati.Ada anak panah."jeritku bingit.
Agust D yang berada di atas badan aku terus aku tolak ke bawah.Secara tidak sengaja,aku menindih badan Agust D.Muka aku terbenam di dada Agust D.
"A-agust D.Awak okay?"tanyaku tersekat-sekat kerana terkejut dengan anak panah tadi.
"Aku okay.Tapi kau yang tak okay."ujar Agust D yang resah memandang kau.
"Apa maksud awak saya tak okay?Saya okay la."ujarku kembali sambil memandang pelik Agust D.Aku rasa aku tak tercedera sebab aku tak rasa sakit pun.
Agust D menolak aku kembali ke lantai.Matanya tidak memandang aku tetapi memandang lengan kanan aku.
"Ini kau kata okay?"kata Agust D sambil menunjukkan anak panah yang dipanah oleh lelaki tadi.
"Mana awak dapat anak panah tu?"soalku sambil melihat anak panah yang tercalit dengan darah itu.
Agust D tidak menjawab soalan aku.Dia terus mengoyak lengan baju panjang yang aku pakai.
"A-agust D.A-apa awak cuba buat ni?"ujarku tergagap kerana takut dengan Agust D yang tiba-tiba mengoyak lengan baju aku.
"Diam.Bangun."arah Agust D dingin.
Agust D bangun daripada terus berada di atas aku.Aku juga bangun seperti yang diarahkan oleh Agust D.
Lengan kanan aku yang terdedah cepat-cepat aku tutup dengan tangan.Semacam je Agust D tengok aku.Takut pulak aku.
"Kau pakai singlet tak?"tanya Agust D sambil memandang aku.Lebih tepat lagi dia memandang badan aku.
"Saya pakai.Kenapa awak tanya soalan macam ni?Awak buat saya takut."balasku sambil menjauhkan diri daripada Agust D.
Agust D tersenyum setelah mendengar jawapan daripada aku.Dia berjalan mendekati aku.
"Buka baju kau sekarang."arah Agust D selamba.
Aku serta merta menutup dada aku dengan kedua-dua belah tangan aku.Aku mengundur ke belakang setapak.Agust D yang berdiri di hadapan aku direnung tajam.
"Awak nak mati eh?Kenapa awak suruh saya buka baju?Awak nak rogol saya ke?Cubalah kalau berani."ujarku bersedia untuk menyerang Agust D dengan teknik judo yang aku pelajari.
Agust D menjeling tajam aku.Dia memetik jarinya.Tiba-tiba,pintu dan tingkap bilik muzik yang dibuka tertutup dengan sendirinya.Keadaan di dalam bilik muzik menjadi gelap.
"Kau nak buka sendiri baju kau atau kau nak aku bukakan?"kata Agust D lagi sambil berjalan ke arah aku.
"Cubalah buka baju saya kalau awak berani.Saya cabar awak."ujarku sengaja mahu mencabar Agust D.
"Okay.Kalau itu yang kau nak."
Agust D semakin lama semakin mendekati aku.Aku pula mengundur dan mengundur ke belakang sehingga badan aku akhirnya bersentuh dengan dinding.
Agust D berhenti betul-betul di hadapan aku.Dia membuka baju T-shirt yang dipakainya.Hanya singlet hitam dan juga seluar jeans yang menutupi badannya saat ini.
"Eh,tadi awak suruh saya buka baju.Kenapa awak pulak yang buka baju?Kepala awak dah biul eh?"soalku hairan sambil memandang Agust D.
Baru aku perasan sesuatu yang aneh pada Agust D.Mata Agust D.Anak mata Agust D berwarna pink.
Anak mata Agust D fokus memandang badan aku.Dia melarikan anak matanya ke arah lain.
Serta merta itu juga baju berlengan panjang yang disarung di badan aku tertanggal dengan sendirinya.
"Sejahat-jahat aku,aku tak akan rampas maruah perempuan yang aku sayang tanpa izin.Aku bukan jenis manusia yang hidup mengikut telunjuk syaitan.Kau tak perlu takut dengan aku."kata Agust D lalu dia menarik aku ke arahnya.
Dia memerhatikan lengan aku.Dia memegang bahagian atas lengan aku.Cecair berwarna merah terlekat di tangannya setelah dia memegang lengan aku.
"Darah?Lengan saya berdarah ke?Kenapa saya tak rasa sakit pun?"
Aku mula melihat lengan sendiri setelah melihat darah yang terlekat di tangan Agust D.Lengan aku memang betul berdarah.Darah aku keluar sampai menitik-nitik ke lantai tapi aku tak rasa sakit langsung.
Agust D menjilat darah aku yang terlekat di tangannya.Dia merasai darah aku seperti dia sedang merasai sesuatu makanan.
"Kau dah terkena anak panah beracun.Racun yang ada dalam badan kau sekarang ialah racun Sextans Dwarf Spheroidal.Racun ni boleh bunuh seseorang dalam masa 5 minit."
Agust D mengerling sekilas jam tangannya.Matanya membulat serta merta apabila melihat jam.
Dia terus menerpa ke arah aku.Lengan aku ditariknya kasar.Dia menghisap lengan aku yang terluka akibat terkena panahan.
"Apa awak buat ni?Kenapa awak tiba-tiba hisap lengan saya?Lepaskan saya.Lepaskanlah."
Aku cuba menarik lengan aku daripada Agust D tetapi tidak berjaya.Kuat betul dia hisap lengan aku.
Dia menghisap lengan aku lalu dia memuntah keluar darah aku yang dihisapnya.
"Nasib baik aku cepat keluarkan racun tu daripada badan kau.Kalau tak,mesti kau dah mati sekarang.Memandangkan racun dah tak ada dalam badan kau,aku boleh mulakan proses merawat kau."beritahu Agust D sambil mengelap sisa darah yang terlekat di hujung bibirnya.
"Terima kasih awak sebab dah keluarkan racun daripada badan saya.Tadi awak kata nak rawat saya kan?Kejap saya pergi ambil kotak first..."
Tidak sempat aku mahu melangkah untuk mengambil kotak first aid,Agust D menarik aku ke dalam pelukannya.Dia memeluk aku erat.
"Inilah proses rawatan yang aku kata tadi.Jangan bergerak.Duduk diam-diam.Biarkan rama-rama merah jambu merawat luka panahan kau tadi."bisik Agust D menyedarkan aku tentang sesuatu.
"Awak?"Aku memanggil Agust D.
"Hmmm?"jawab Agust D separuh berbisik.
"Kenapa awak suruh saya buka baju tadi?Kenapa awak pun buka baju?"tanyaku sekadar ingin tahu.
"Aku suruh kau buka baju sebab aku nak buat rawatan ni.Aku buka baju pun sebab aku nak buat rawatan ni.Rawatan macrolepidopteran clade Rhopalocera ni memerlukan kita saling bersentuhan dalam cara memeluk supaya rama-rama merah jambu dapat merawat luka dengan lebih senang."terang Agust D panjang lebar membuatkan aku faham tentang sesuatu.
"Awak?"Aku memanggil Agust D lagi.
"Yes,baby girl."jawab Agust D dalam nada berbisik.
"Awak bukan Agust D kan?"tebakku sambil mula melonggarkan pelukkan.
"Macam mana kau tahu aku bukan Agust D?"balas Agust D sambil memperketatkan lagi pelukan.
To be continued...👄
A/N:👄
Happy anniversary for Misi Membuka Mulut.
Tak sangka dah setahun MMM wujud kat muka bumi wattpad ni😂
What do you think about Agust D in this chapter? *Agust D smirk*
What do you think about this chapter?
Ini last update sebab aku nak exam stpm sampai hujung bulan 11.
Bulan 12 kita jumpa lagi eh😙
Macam mana korang boleh tahu tentang ff MMM?
Aku saja je tanya...Teringin nak tahu👉👈👉👈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro