Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 36-Oh My Brian!

Misi Membuka Mulut¤MYG

👄👄👄

"Yoongi,tolong benarkan Brian lindungi Yoongi macam dulu."

👄👄👄

Amaran:Siapa yang jantung tak kuat tu jangan baca seorang diri chapter ni.Takut jantung luruh nanti.👻

¤ ¤ ¤

"Hai,Yoongi.Good morning."sapa suara seorang perempuan betul-betul di tepi telinga aku.

Mata aku terbuka serta merta apabila aku mendengar suara perempuan itu.

Alangkah terkejutnya aku apabila aku membuka mata,Nana berada betul-betul di hadapan muka aku.Hampir-hampir sahaja aku mahu mencarut.

Aku menggulingkan badan secara automatik kerana terlalu terkejut dengan Nana.Guling punya guling akhirnya aku terjatuh katil.Sakit badan seketul Yoongi di pagi hari.

"Yoongi,awak mesti terkejut tengok saya tiba-tiba ada dalam bilik awak kan?Saya datang ni sebab saya nak ajak awak pergi satu tempat yang best."kata Nana yang berada di depan aku pula.

Tangan aku meraba-raba mencari telefon di bawah katil.Jangan tanya macam mana telefon aku boleh ada di bawah katil.

Ini semua salah Mak Su Yoonji dan Pak Ngah GD.Bukan main seronok lagi Mak Su Yoonji feat Pak Ngah GD menggusti aku dan Woozi malam tadi.Mahu melepas rindu katanya.😧

Aplikasi Whatsapp aku tekan.Tangan aku menaip laju di papan kekunci.Sebuah chat aku hantar kepada Nana.

Macam mana awak boleh masuk bilik saya?✔✔

"Tadi appa dan adik awak dah kejutkan awak tapi awak tak bangun-bangun juga.So,appa awak suruhlah saya kejutkan awak pula.Yoongi,cepatlah bangun.Nanti kita terlambat."

Nana menarik tangan aku untuk membangunkan aku yang sedang tidur di tepi katil.Aku bangun juga walaupun aku malas sebenarnya.

Tangan aku menaip lagi di papan kekunci.Sebuah chat aku hantar lagi kepada Nana.

Terlambat?Kita nak pergi mana?✔✔

"It's a suprise.Awak pergi mandi dan bersiap dulu.Saya tunggu awak kat bawah.Cepat sikit tau.Takut nanti orang ramai."

Nana terus berjalan keluar daripada bilik tanpa sempat aku bertanya kepadanya lagi.

"Nana,boleh awak tunggu Yoongi?"ujarku tanpa sengaja.

Nana yang sedang berjalan itu terhenti.Dia memusingkan kepalanya menghadap aku.Segaris senyuman terukir di wajahnya.

"Mestilah Nana boleh tunggu.Yoongi,thank you."balas Nana lalu dia menyambung langkahnya semula.

Ya Tuhan,macam mana aku boleh terlepas cakap tadi?Ini tak lain tak bukan mesti kerja...

"Brian.Kenapa Brian buat Yoongi bercakap tadi?Kenapa Brian suka masuk campur dalam urusan hidup Yoongi?"

Soalan aku lontarkan kepada Brian yang sedang duduk di atas katil.Dia duduk membelakangi aku.

"Brian bukan masuk campur dalam urusan hidup Yoongi.Brian cuma tolong Yoongi je.Brian tahu Yoongi nak sangat bercakap dengan Nana tapi Yoongi tak mampu.Jadi,Brian tolong la Yoongi.Takkanlah itu pun salah?"balas Brian lalu dia tiba-tiba menghilangkan diri.

Mata aku melilau mencari kelibat Brian.Aku mencari Brian di seluruh bilik tetapi Brian tiada.Ini mesti Brian merajuk dengan aku kalau dia tiba-tiba hilang macam ni.

"Brian?Brian.Brian kat mana?Janganlah merajuk dengan Yoongi.Brian."Aku memanggil nama Brian sambil mencarinya.

Langkah aku terhenti apabila tangan seseorang melingkari pinggang aku.Kepala aku tundukkan sedikit.Pandangan aku jatuhkan kepada tangan itu.Tangan yang putih dan pucat bak mayat.

"Yoongi,tolong benarkan Brian lindungi Yoongi macam dulu.Brian dah tak sanggup tengok Yoongi disakiti lagi.Please."pinta Brian di belakang telinga aku.

Tangan Brian aku jatuhkan daripada pinggang aku.Badan aku kalihkan menghadap Brian.

"Brian tak perlu lindungi Yoongi.Yoongi nak lindungi diri sendiri.Yoongi tak nak jadi lemah.Yoongi dah penat jadi lemah.Yoongi nak jadi kuat macam Agust D."ujarku lalu aku menarik Brian ke dalam pelukan aku.

👄👄👄

"Yoongi,welcome to Daegu Scream House.Inilah suprise yang saya cakap tadi.Awak suka tak suprise saya ni?"tanya Nana sambil memandang aku.

Kami sekarang berada di Daegu Theme Park.Lebih tepat lagi kami berada di depan Scream House atau nama lainnya rumah hantu.

"Tak."Aku terlepas cakap lagi.Mulut aku tekup dengan tangan.Ini mesti kerja Brian.

"Saya tak kira awak suka ke awak tak suka ke awak tetap kena masuk Scream House dengan saya.Saya teringin nak dengar suara jeritan awak.Mesti comel kan."balas Nana lalu dia mencubit kedua-dua belah pipi aku.

Staf Scream House yang menjaga di pintu masuk memberi isyarat kepada kami untuk masuk.Maka seketul Yoongi yang malas dan Nana yang terlebih excited masuklah ke dalam Scream House.

"Yoongi,jom kita masuk.Kita tengok siapa yang jerit lagi kuat.Awak atau saya?Saya tahu mesti awak kan.Nanti awak jerit tu jangan kuat sangat eh.Malulah kalau orang dengar.Hihi."

Nana cuba mem'provoke' aku.Aku pula hanya menayangkan muka malas nak layan depan dia.

Kami berdua sama-sama memasuki Scream House.Keadaan di dalam Scream House sangat gelap.

Kawasan dalam Scream House hanya disinari dengan lampu merah yang malap.

Aku berjalan seiringan dengan Nana.Kami melalui sebuah laluan yang kelihatan seperti tidak berpenghujung.

Langkah penuh yakin tanpa sebarang rasa takut aku buka.Nana yang berada di sebelah aku juga berjalan dengan beraninya.

Krekk

Tingkap kayu yang berada di sisi aku dan Nana tiba-tiba terbuka dengan sendirinya.

Sebuah kepala tanpa badan tiba-tiba terjegul keluar daripada tingkap yang terbuka itu dengan suara yang mengerikan.

Kepala yang terkeluar itu aku tolak kembali ke dalam tingkap kerana menghalang laluan aku.Nana pula menumbuk kepala itu dengan teknik judonya.

"Kau ingat aku akan takut dengan keala mainan macam ni?Aku ni kepala abang aku sendiri pun aku dah sepak tahu.Kepala mainan macam ni patut kena terajang je.Hiyarghhh."ujar Nana sambil menerajang kepala itu setelah menumbuknya.

Tangan Nana segera aku tarik menjauhi kepala itu.Kalau dibiarkan,nanti tak pasal-pasal dengan tingkap tu sekali dia terajang.

"Yoongi,kenapa awak tarik saya?Saya tak puas lagi terajang kepala tu tadi.Eh,kejap.Awak tarik tangan kanan saya.Habis tu,siapa yang tarik tangan kiri saya?"soal Nana sambil memandang mata aku.

Aku juga memandang mata Nana.Kami sama-sama memandang ke arah belakang.

Sebuah kelibat tanpa kepala sedang memegang erat tangan kiri Nana.Nana mencuba sedaya upaya untuk menarik tangannya daripada terus dipegang oleh kelibat itu.

Tangan yang memegang tangan Nana itu tercabut daripada badannya.Tangannya yang lagi satu pula memaut kaki Nana.

Muka Nana sekarang jangan cakaplah.Muka dia antara nak nangis campur nak pengsan campur nak jerit.

"Yoo...ngi.Yoongi.Awak rasa kita patut lari ke?Ya kita kena lari.Yoongi,cepat lari.Cepat lari,Yoongi."

Nana terus memecut lari sambil menarik tangan aku untuk mengikutinya.Aku di belakang mengikuti sahaja walaupun sebenarnya aku dah penat ni.

"Dasar hantu tak ada kepala tak guna.Ada ke patut dia pegang tangan saya yang bersih suci murni ni?Apa dia ingat dengan dia pegang tangan saya,saya akan takutlah?Saya tak takut langsung.Yoongi,awak jangan ingat saya takut tadi.Saya cuma terkejut je."kata Nana cuba menutup ketakutannya walaupun dah jelas dia takut.

Riak muka malas aku pamerkan kepada Nana.Nana pula masih mengurut dadanya.Takut lagi ler tu.

Langkah aku teruskan menuju ke sebuah ruangan yang kelihatan seperti pagar sesat.Dinding pagar sesat ini diperbuat daripada cermin.

Beberapa cermin disimbah dengan cairan berwarna merah.Darah palsu mungkin.

Di hadapan aku dan Nana sekarang terdapat tiga pintu.Satu pintu di tengah.Dua lagi pintu di kanan dan kiri.

"Yoongi,kita nak masuk pintu yang mana?"tanya Nana yang berada di belakang aku.

Tidak sempat aku mahu berfikir,Nana menggoncangkan badan aku dengan kuat sekali.

"Yoongi,cepatlah pilih.Tu ada hantu Sadako feat Zombie Train to Busan tengah jalan ke arah kita.Yoongi,cepatlah.Diorang dah semakin dekat.Saya takut ni.Cepatlah,Yoongi."gesa Nana yang cemas.


"Yoongi,run.Run.Run.Run.They're coming after us.Run,Yoongi,run."arah Nana yang panik sambil menarik aku untuk lari bersamanya.

Lari punya lari akhirnya kami secara tidak sengaja memasuki pintu kiri.Seperti biasa,aku jugalah yang kena berjalan di depan.

Nana sedang sibuk bersembunyi di belakang aku.Kalau dah namanya perempuan,mesti akan takut kalau masuk rumah hantu.

Sepanjang laluan yang bercermin ini,tiada apa-apa yang menakutkan sangat bagi aku.Cuma aku rasa macam ada seseorang sedang memerhatikan aku.

"Yoongi,Yoongi.Cepat lari,Yoongi.Ada...ada hantu cina tengah kejar kita."teriak Nana bingit.

Sekali lagi aku terpaksa berlari mengikut Nana.Alahai penatnya.Sekarang aku menyesal aku setuju ikut Nana pergi theme park.

Setelah puas berlari,kami akhirnya sampai di sebuah laluan.Laluan itu membawa kepada jalan mati.

Di hadapan aku dan Nana terdapat seorang lelaki sedang berdiri membelakangi kami.Di belakang kami,hantu cina yang terloncat-loncat semakin menghampiri kami.

Lelaki yang membelakangi kami mula mengalihkan badannya menghadap aku.

Wajah lelaki itu dirias dengan solekan Joker sehingga menyukarkan aku untuk mengenal pasti pemilik di sebalik wajah itu.

Tetapi kenapa aku rasa macam aku kenal lelaki ni?

"Welcome to my world,Min Yoongi."ujar lelaki itu sambil merenung aku.

Suara lelaki ini.Aku kenal lelaki ni.Sampai ke sini dia ikut aku hanya semata-mata untuk sakitkan aku.Dasar syaitan.

Lelaki itu mengangkat panah.Dia menyasarkan anak panah berapi itu betul-betul di hadapan aku.Anak panah itu kemudiannya dilepaskan tepat ke arah aku.

Seorang lelaki berbaju biru tiba-tiba melindungi aku dengan badannya.

Anak panah berapi itu ditukarkan kepada anak panah ais lalu dihantar semula kepada lelaki yang memanah aku tadi.

Lelaki itu terus lesap setelah lelaki berbaju biru menyerangnya kembali.

Aku cuba melihat wajah lelaki berbaju biru melalui pantulan cermin.Imej lelaki itu tidak terpapar di hadapan cermin.Tetapi lelaki itu berada di hadapan aku.

Ini bermakna hanya aku seorang sahaja yang boleh nampak lelaki berbaju biru.Nasib baiklah Nana tak nampak lelaki berbaju biru ni.

"Yoongi,awak okay?Anak panah tu kena awak ke?Yoongi,awak hidup lagi kan?"tanya Nana yang risau akan keadaan aku.

Kepala aku anggukkan kepada pertanyaan Nana.Nana serta merta memegang tangan aku setelah mengetahui yang aku okay.

"Jomlah kita cepat-cepat keluar daripada Scream House ni.Saya rasa macam ada benda yang tak kena dengan tempat ni."kata Nana lalu dia menarik tangan aku untuk mengikutinya keluar daripada rumah hantu ini.

👄👄👄

"Yoongi,nah lollipop untuk awak.Awak hisaplah dulu lollipop tu.Kadar glukosa dalam badan awak mesti dah berkurang lepas lelaki Joker tu nak panah awak tadi."

Nana menghulurkan sebatang lollipop bulat besar berwarna warni kepada aku.Aku segera mengambil lollipop di tangan Nana.

Plastik yang membaluti lollipop pantas dibuka.Lollipop yang besar itu aku jilat dengan gembirnya.Aku memang hantu lollipop.

"Yoongi,boleh tak kalau saya nak tanya sesuatu pada awak?"kata Nana memecahkan kesunyian antara kami yang sibuk menghisap lollipop.

Aku hanya menganggukkan kepala kepada pertanyaan Nana kerana aku sedang sibuk menghisap lollipop sekarang.

"Kenapa ada banyak rama-rama biru berterbangan di belakang awak masa lelaki tu panah awak?"

Pertanyaan Nana membuatkan aku terkedu.

To be continued...👄

A/N:👄

Dah dapat teka ke siapa Brian tu?😆

Kalau Yoongi ajak korang pergi rumah hantu,korang nak pergi tak?😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro