Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 35-He speak?!

Misi Membuka Mulut¤MYG

👄👄👄

"Yoongi nak dengar omma main piano."

👄👄👄

¤ ¤ ¤

Yoongi terbaring lemah di atas katil.Dahinya dilekatkan dengan pad penyejuk badan atau nama lainnya cool fever.

Mukanya pucat seakan-akan tidak berdarah.Bibirnya kering sehingga terdapat rekahan di atasnya.

"Uncle,kenapa badan Yoongi panas sangat?Dia demam panas ke?"tanyaku kepada Uncle Yoongu sambil memegang pipi Yoongi.

"Yoongi memang macam ni kalau demam.Dia bukannya boleh terkena hujan sikit.Kalau dia dah kena hujan,mulalah demam panas.Selsema pun datang sekali.Yang paling teruk sekali,dia pernah meracau-racau masa tidur."jawab Uncle Yoongu.

Uncle Yoongu meletakkan termometer ke celah ketiak Yoongi untuk memeriksa suhu badan Yoongi.Setelah beberapa saat,termometer dialihkan daripada ketiak Yoongi.

Uncle Yoongu melihat bacaan suhu badan Yoongi pada termometer.Dia menggelengkan kepala.Sebuah keluhan berat dilepaskan.

"Uncle ada kes penting nak kena kendalikan tapi suhu badan Yoongi makin meningkat.Pagi tadi uncle check baru 39.5 darjah Celcius.Sekarang dah 40 darjah Celcius.Takkanlah uncle nak tinggalkan Yoongi dalam keadaan dia tak sihat?"ujar Uncle Yoongu penuh resah.

"Uncle pergilah kerja.Nana boleh tolong jaga Yoongi.Lagipun,Nana tak buat apa-apa pun petang ni.Yoongi demam pun sebab Nana juga.Jadi,Nana akan rasa bersalah kalau Nana tak jaga Yoongi.Nana akan jaga Yoongi.Uncle jangan risau,okay?"

Aku menawarkan diri untuk menjaga Yoongi.Uncle Yoongu berfikir sebentar sambil memandang aku lalu pandangan dikalihkan kepada Yoongi.

"Okay,Nana jagalah Yoongi.Uncle pergi pejabat dulu.Kalau ada apa-apa,terus call uncle okay.Satu lagi.Kalau Nana rasa bosan jaga Yoongi,Nana mainlah piano yang ada kat ruang tamu tu.Terima kasih,Nana."

Uncle Yoongu memberi kebenaran kepada aku untuk menjaga Yoongi.Dia mula berjalan keluar daripada bilik.Tidak lama selepas itu,bunyi enjin kereta dihidupkan mula kedengaran.

"Yoongi,saya minta maaf.Awak demam teruk berpunca daripada saya.Kalau saya tak suruh awak main piano,mesti awak tak akan lari ke rooftop.Kalau awak tak lari ke rooftop,mesti awak tak kena hujan.Kalau awak tak kena hujan,mesti awak tak demam.Saya minta maaf sangat-sangat."ucapku sambil memandang Yoongi yang sedang terbaring lesu.

Sejak daripada aku datang tadi sehinggalah sekarang,Yoongi langsung tak bangun.Dia tidur sahaja sejak tadi.Nampak sangat dia demam teruk.

"Omma saya kata kalau kita demam,tak elok sangat pakai cool fever.Lagi bagus kalau kita guna cara lama.Letakkan tuala basah di dahi untuk hilangkan panas badan.Omma saya kata cara lama lebih berkesan.Yoongi,awak tunggu kejap eh.Saya nak pergi dapur.Nak ambil tuala dan air."

Punggung aku angkat daripada sisi katil Yoongi.Aku sempat memandang Yoongi buat kali terakhir sebelum keluar daripada bilik Yoongi.

Entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena pada Yoongi.

👄👄👄

Tuala dicelupkan ke dalam bekas yang berisi air dan ais.Tuala itu kemudiannya aku letakkan ke atas dahi Yoongi.


Yoongi merengek halus setelah aku meletakkan tuala basah ke atas dahinya.

"Hmmmmm.Sejuklah."rungut Yoongi perlahan namun cukup kuat untuk didengari oleh aku.

Kepala aku tolehkan ke kiri dan kanan.Tiada sesiapa di kiri dan kanan aku.Hanya ada aku dan Yoongi dalam bilik.Ini bermakna suara yang aku dengar tadi tu suara Yoongi.

"Yoongi,awak bercakap ke?Awak buka mulut untuk bercakap?Awak ke yang cakap tadi?Betul ke awak yang cakap?Saya macam tak percayalah."

Aku seakan-akan tidak percaya yang Yoongi telah bercakap.Akhirnya,setelah banyak misi dan tenaga yang aku curahkan,Yoongi bercakap juga.

Tak sia-sia aku doa pagi petang siang malam supaya Yoongi terbuka hati nak bercakap.

Yoongi masih kekal seperti biasa.Dia kembali senyap seperti sediakala.Dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia ingin bangun atau bercakap lagi.Dia tidur lagi.

"Yoongi,saya tak tahu kalau awak masih tidur atau tak.Kalau awak tak tidur,awak cubalah cakap lagi dengan saya.Awak baru cakap dua perkataan dengan saya.Awak cakaplah banyak lagi.Cakaplah.Yoongi,cakaplah."

Aku menggesa Yoongi untuk bercakap tetapi dia masih tidur.Dia seakan-akan tidak mendengar apa yang aku cakapkan tadi.Aku tak tahulah sama ada dia betul-betul tidur atau buat-buat tidur.

"Awak tak nak cakap ye.Saya nak merajuk dengan awak.Awak duduklah dalam bilik ni seorang diri.Biar hantu kacau awak.Saya tak nak teman awak.Saya nak pergi main piano kat bawah.Okay bye."

Aku terus bangun daripada katil.Langkah aku percepatkan menuju ke ruang tamu.Tak naklah aku duduk dalam bilik Yoongi lama-lama.Aku kan tengah merajuk dengan Yoongi.

👄👄👄

Kerusi kecil kayu aku sorong keluar daripada bawah piano kayu berwarna coklat.Piano coklat ini masih kelihatan baru walaupun rekaannya sudah lama.Pandai Uncle Yoongu jaga piano ni.

Mata aku meneliti setiap inci piano.Sedang aku leka meneliti piano,mata aku tertumpu kepada sebuah tulisan yang diukir di bahagian atas piano.

Terdapat ukiran Yoongi♡Omma Forever di bahagian atas piano.Aku tersenyum melihat ukiran itu.

Comelnya Yoongi dengan mendiang omma dia.Bertuah mendiang omma Yoongi dapat Yoongi sebagai anak dia.

"Mendiang omma Yoongi,saya Na Yumi merangkap sahabat baik Yoongi merangkap bakal menantu mendiang omma Yoongi nak minta kebenaran mendiang omma Yoongi untuk saya main piano ni.Izinkan saya main piano ni.Terima kasih.Semoga mendiang omma Yoongi  sentiasa bahagia tak kira di mana mendiang omma Yoongi berada."

Kepala aku tundukkan sedikit di hadapan piano sambil kedua-dua belah tangan disatukan tanda meminta keizinan.Keizinan daripada mendiang omma Yoongi.

Jari jemari aku mula menyentuh tile piano di tengah.

Ting!

Kedua-dua belah tangan aku kini mula berada di atas piano.Aku menggunakan kedua-dua belah tangan untuk bermain piano.

Pada awalnya,jari aku bergerak perlahan sahaja.Tetapi pergerakan tangan aku semakin lama semakin laju mengikut not muzik yang masih aku ingat di dalam otak.

Ketika aku asyik bermain piano,tangan seseorang mula melingkari pinggang aku.Orang itu menyandarkan kepalanya di belakang badan aku.

Tangan aku serta merta berhenti bergerak.Kaku membeku aku di sini.Aku langsung tidak berani untuk bergerak.

Bimbang kalau-kalau aku bergerak,orang yang sedang memeluk pinggang aku mungkin akan mencederakan aku.

"Omma,kenapa omma berhenti main piano?Omma,mainlah lagi.Yoongi nak dengar omma main piano.Yoongi tak puas dengar omma main piano.Omma,mainlah piano lagi.Mainlah lagi.Yoongi nak dengar ni."ujar suara itu lagi.

Orang yang memeluk pinggang aku akhirnya meleraikan pelukannya.Dia berjalan lalu duduk di sebelah aku.

"Yoongi,awak buat apa kat sini?Awak bukannya masih tak sihat lagi ke?Eh,kejap.Awak cakap ke?Awak betul-betul cakap ke?Yoongi,seriuslah awak yang cakap tadi?"ujarku tidak percaya walaupun aku sendiri mendengar suara Yoongi tadi.

"Yoongi datang sini sebab Yoongi dengar omma main piano.Omma,cepatlah sambung main piano.Yoongi dah tak sabar nak dengar omma main piano.Omma mainkan lagu Mirae tau.Lagu yang selalu omma mainkan untuk Yoongi."pinta Yoongi dengan penuh manja sambil memandang tepat ke mata aku.

Aku juga memandang Yoongi.Anak mata Yoongi yang berwarna biru kehijau-hijauan itu telah bertukar menjadi warna merah.

Perasaan pelik mula menjentik hati.Kenapa anak mata Yoongi boleh bertukar jadi warna merah?

"Yoongi,saya bukan omma awak.Saya Nana.Sahabat baik awak.Omma awak kan dah lama meninggal.Awak dah lupa ke,Yoongi?"soalku pelik sambil pandangan aku dengan Yoongi masih bertaut.

"Omma,apa omma merepek ni?Sejak bila pula omma kesayangan Yoongi ni mati?Omma Yoongi tak pernah mati.Omma Yoongi sentiasa hidup.Omma,kita kan dah janji yang kita nak mati sama-sama.Omma,cepatlah mainkan lagu Mirae untuk Yoongi.Penat Yoongi tunggu ni."

Yoongi melentokkan kepalanya ke atas bahu aku.Lengan aku dirangkulnya kemas.Cara dia bermanja dengan aku seperti cara seorang anak bermanja dengan ibunya.

Tapi aku bukan omma Yoongi.Omma Yoongi dah lama meninggal dunia.Apa yang tak kena dengan Yoongi ni?Takkan sebab dia demam dia terus hilang ingatan?

"Selamat petang.Good evening.Min Jihoon aka Min Woozi yang comel lagikan cute dah balik.Yoongi hyung,adikmu sudah pulang.Yoongi hyung."

Suara Woozi  berteriak memanggil Yoongi memenuhi segenap ruang tamu.Aku dan Yoongi sama-sama memalingkan muka melihat Yoongi yang sedang berjalan menuju ke arah kami.

"Eh,Kak Nana,Yoongi hyung.Korang buat apa ni berdua-duaan dalam rumah?I smell something fishy here."usik Woozi terhadap aku dan Yoongi.

Sebuah jelingan tajam aku hadiahkan kepada Woozi.Dia hanya tersengih memandang jelingan tajam aku.

"Yoongi hyung,demam hyung dah kebah ke?Kenapa hyung nampak sihat semacam ni?"tanya Woozi dengan pandangan penuh mesra.

Pandangan mesra Woozi itu tiba-tiba bertukar menjadi pandangan penuh kemarahan.

"Yoongi hyung..."

Tidak sempat Yoongi ingin meneruskan percakapannya,Woozi lebih pantas mencelah.

"Brian.Kau buat apa kat sini?Siapa suruh kau datang?"

Woozi tidak lagi menggunakan gelaran hormat dengan abangnya.Dia menanyakan soalan kepada Yoongi yang dibahasakannya sebagai Brian itu.

To be continued...👄👄👄



A/N:👄


Korang rasa siapa agaknya Brian tu?

Brian dah pernah muncul tau dalam ni.

Perasan tak kemunculan Brian?😆





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro