Bab 34-Brown Piano🎹
Misi Membuka Mulut¤MYG
Sorry guys kalau bab ni hambar😢
👄👄👄
¤ ¤ ¤
Piano berwarna coklat di hadapan aku dipandang kosong.Fikiran aku menjadi bercelaru apabila memandang piano ini.
Tangan aku mulai terketar-ketar tanpa sebab.Air liur juga terasa berat untuk ditelan.Mata aku tidak berkelip memandang piano ini.
"Yoongi,kenapa awak tengok je piano tu?Kenapa awak tak main piano?Bukannya awak cakap awak reti main piano?"tegur Nana menyedarkan aku daripada lamunan panjang.
Sebuah keluhan berat dilepaskan.Kalau tak disebabkan Agust D yang pandai-pandai nak wakilkan diri nak buat persembahan dengan Nana,mesti aku tak payah nak hadap semua benda ni.
Piano ini aku renung.Mata aku mula berkaca mengaburi pandangan.Tangan aku angkat mendekati piano.
Semakin dekat jarak tangan aku dengan piano,semakin terketar-ketar tangan aku.
Ini merupakan kali pertama aku ingin bermain piano setelah kali terakhir aku bermain piano untuk mendiang Hoseok.Itu pun dah beberapa bulan lepas.
Aku menguatkan diri untuk cuba bermain piano semula walaupun aku lemah.
Ting!
Jari aku menyentuh papan kekunci piano.Bunyi dentingan piano apabila jari aku bertemu dengan papan kekunci piano membuatkan air mata yang aku tahan sejak daripada tadi gugur.
Air mata aku mengalir laju menuruni tubir mata.Punggung aku angkat daripada kerusi.Aku terus berlari keluar daripada bilik muzik.Nana yang memanggil aku tidak dihiraukan.
👄👄👄
Flashback to 20 January 2005
"Yoongi,mari sini sekejap sayang.Omma ada toy baru nak bagi kat Yoongi."
Min Yoori yang sedang duduk di kerusi berhadapan dengan piano sedang memanggil anak lelakinya yang sedang sibuk.Sibuk mengejar adiknya yang baru pandai berjalan itu.
"Toy baru?Toy apa tu?Nak.Nak.Nak."ujar Yoongi dengan puting susu dikemamnya kemas di mulut.
"Yoongi datang kat omma dulu.Baru omma tunjuk.Yoongi tak datang,omma tak nak tunjuk.Yoongi tak nak ke toy ni?"
Yoori cuba mengumpan Yoongi untuk datang kepadanya.Tetapi Yoongi masih lagi sibuk.Sibuk mengusik adiknya pula.Sampai menangis budak itu dibuatnya.
"Omma,cengok abang ni.Abang tetuk ala Woji.Omma,epat ukul abang.Abang ahat."adu Woozi dengan suara tersekat-sekat.
"No.no.no.Yoongi tak ketuk pun kepala adik.Adik tipu."ujar Yoongi cuba mempertahankan dirinya.
Yoori menggelengkan kepala melihat perlakuan dua anak lelakinya itu.Dia bangun daripada kerusi lalu berjalan menuju ke arah Yoongi dan Woozi.
Woozi yang sedang menangis itu didukungnya dahulu.Baru sahaja dia mahu mendukung Yoongi,suaminya,Min Yoongu mendukung Yoongi yang merengek minta didukung juga.
Yoori berjalan menuju ke piano berwarna coklat bersama Woozi yang berada di dalam dukungannya.Yoongu yang sedang mendukung Yoongi pula hanya mengikut daripada belakang.
"Thanks sayang tolong dukungkan Yoongi yang berat ni.Sayang pergilah makan dulu.Makanan dah ada kat atas meja tu.Saya nak ajar budak-budak ni main piano."kata Yoori kepada suaminya setelah dia meletakkan Yoongi di sebelahnya.
"Okay,darling.Yoongi,jangan nakal-nakal ye.Kalau Yoongi nakal,appa babap Yoongi pakai Kumamon nanti."pesan Yoongu kepada Yoongi lalu dia mula melangkah pergi.
"Okay,hari ni omma nak ajar Yoongi dan Woozi main piano."kata Yoori sambil memandang Yoongi dan Woozi.
"Omma,piano tu apa?Piano tu nama dinosor ke?Yoongi tak fahamlah."tanya Yoongi sambil menggaru kepalanya.
"Taklah,sayang.Piano..."
. . .
"Yoongi."
Kepala aku tolehkan ke arah suara yang memanggil namaku.Nana sedang berdiri di sebelah aku.Dia memayungkan aku dengan payungnya.
"Kalau awak tak mampu nak main piano,saya tak paksa.Saya tahu,Yoongi.Awak tak mampu nak main piano sebab setiap kali awak main piano,awak akan teringatkan omma awak."
Aku tersentak mendengar bicara yang keluar daripada mulut Nana.Macam mana dia boleh tahu aku tak mampu nak main piano sebab omma?Aku tak pernah ceritakan pada sesiapa pun tentang hal ni.
"Awak belajar main piano daripada omma awak.Awak mula belajar main piano masa awak berumur 5 tahun.Piano pertama yang awak gunakan untuk belajar dengan omma awak ialah piano coklat."
Aku rasa ada sesuatu yang tak kena.Nana tahu terlalu banyak tentang diri aku.Cuma ada satu persoalan dalam fikiran aku sekarang.Macam mana Nana boleh tahu semua ni?
Tangan Nana yang tidak memegang payung aku pegang.Aku menarik tangannya bertujuan untuk mengajaknya duduk.
Kami duduk di tengah-tengah rooftop dengan disirami hujan yang menitis ke atas payung yang memayungi kami.Diringkaskan cerita,aku dan Nana duduk di tengah hujan tetapi berpayung.
Telefon pintar aku keluarkan daripada poket seluar.Aplikasi Whatsapp aku tekan.Tangan aku menaip laju di papan kekunci.Sebuah chat aku hantar kepada Nana.
Macam mana awak boleh tahu tentang saya dan omma saya?✔✔
Awak dah lupa ke?✔✔
Awak sendiri yang beritahu saya 2 hari lepas✔✔
Aku sendiri yang beritahu Nana dua hariepas?Seingat aku,aku tak jumpa Nana pun dua hari lepas.Ini tak lain tak bukan mesti kerja Agust D.
Agust D ni memang suka betul cari pasal dengan aku.Ada ke patut dia bocorkan rahsia aku pada Nana.Melampau betul Agust D ni.Aku akan suruh kakak Agust D ajar dia sikit.
"Saya tahu bukan Yoongi yang beritahu saya tentang awak dua hari lepas.Orang yang beritahu saya tentang awak tu Agust D.Personaliti kedua awak.Agust D akan keluar bila awak ter..."
Chup!
Bibir Nana aku cium.Nana terkejut dengan tindakan aku yang tiba-tiba menciumnya tetapi dia tidak pula menolak aku.
Tujuan aku mencium Nana sebenarnya supaya dia berhenti bercakap perkara yang dia tahu tentang aku.
Separuh diri aku ingin mengakhiri ciuman dengan Nana tetapi separuh lagi diri aku ingin terus bercium dengan Nana.
Lagipun,tak salah kan kalau aku terus bercium dengan Nana.Ini salah satu cara untuk aku ajar Agust D sikit.Dia kacau aku.Aku kacau girlfriend dia.
Payung yang dipegang oleh Nana perlahan-lahan terlepas daripada genggamannya.Aku dan Nana masih lagi bercium walaupun kami berdua sudah basah kuyup akibat ditimpa hujan.
"Yoongi,awak yang cium saya kan?Bukan Agust D kan?"tanya Nana dengan suara yang tidak berapa jelas setelah kami mengakhiri ciuman kami.
Kepala aku anggukkan kepada pertanyaan Nana.Nana tersenyum setelah mengetahui aku yang menciumnya dan bukannya Agust D.
Kepala aku tiba-tiba berasa sakit.Kepala aku terasa berdenyut-denyut.Penglihatan aku mulai kabur.Penglihatan aku yang kabur perlahan-lahan menjadi gelap.
"Yoongi.Yoongi.Kenapa awak tiba-tiba pengsan ni?Yoongi,bangunlah.Yoongi."
Nana cemas apabila melihat Yoongi yang tiba-tiba pengsan.Mujurlah dia sempat menyambut Yoongi sebelum Yoongi jatuh ke belakang.
"Jadi,itulah perempuan yang kau cakapkan?Cantik.Pandai kau pilih."ujar seorang lelaki tinggi lampai kepada rakannya di sebelah.
"Mestilah.Tengoklah siapa yang pilih.Ini Kim Taehyung okay.Masalahnya sekarang bukan pada perempuan tu.Tapi pada lelaki tu."
Taehyung menunjukkan jari telunjuknya ke arah Yoongi.Kai mengukirkan senyuman jahat apabila melihat Yoongi setelah ditunjukkan oleh Taehyung.
"Aku dah cuba cara halus untuk hapuskan lelaki tu tapi dia tak mati-mati juga.Agaknya dia ada 9 nyawa kut.Boleh kau tolong aku?"ujar Taehyung sambil mengalihkan pandangannya ke arah Kai.
"Anything for you,my best friend.Kau nak aku tolong apa?"tanya Kai kembali kepada Taehyung.
"Aku nak kau tolong aku hapuskan Yoongi.Aku nak kau bunuh dia dengan cara kau.Cara kumpulan HT4.Boleh kau buat macam tu?"kata Taehyung lalu dia menyalakan api pada rokok yang dikemam di mulutnya.
"Of course i can.Kalau kawan dia pun aku boleh bunuh,inikan pula dia.Small matter,bro."balas Kai dengan penuh yakinnya.
Taehyung dan Kai mula beredar meninggalkan kawasan tangga yang berhampiran dengan rooftop.Mereka memerhatikan Yoongi dan Nana sejak Nana mengejar Yoongi lagi.
To be continued...👄
A/N:👄
Okay aku tau bab ni hambar kan kan kan....
Hmmmmmmmmmm
Sorry sebab bab ni hambar😢
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro