Bab 32-Last Day With You👬
Misi Membuka Mulut¤MYG
👄👄
"Yoongi jangan pergi lama-lama tau.Nanti Hoseok rindu Yoongi."
👄👄👄
18 Febuari 2018
"Hahhhhhhh,letihnya."
Aku dan Hoseok mengeluh sambil membaringkan badan ke atas katil bersama-sama.Katil bersaiz king milik Hoseok menjadi tempat kami melepaskan penat setelah seharian bersekolah.
"Hoseok,Hoseok."
Aku memanggil Hoseok yang sedang melelapkan matanya.Dia membuka kembali matanya lalu mengalihkan badan menghadap aku.
"Iya,iya,Yoongi.Nak apa?"balas Hoseok kembali lalu dia tersengih.
"Yoongi laparlah.Hoseok lapar tak?"ujarku sambil membuat suara comel.
"Hoseok pun lapar juga.Jom kita masak sama-sama,Yoongi.Lepas tu,kita makan sama-sama ye."kata Hoseok juga dalam suara comel lalu dia menarik tangan aku untuk bangun daripada katil.
"Hoseok,boleh tak kalau kau masak dulu?Aku nak kena jumpa orang kejap ni.Sekejap je.Lepas aku dah selesai jumpa orang tu,aku datang balik rumah kau."beritahu aku sambil memandang wajah Hoseok yang kelihatan agak lain daripada kebiasaan.
Hoseok tiba-tiba menarik aku ke dalam pelukkannya.Dia memeluk aku erat.Cara dia memeluk aku seperti ini kali terakhir kami akan berjumpa.Pelik betul Hoseok hari ni.
"Yoongi,jangan pergi lama-lama sangat tau.Nanti Hoseok rindu Yoongi.Yoongi jaga diri elok-elok ye.Hati-hati dalam perjalanan.Jumpa lagi nanti."kata Hoseok lalu dia meleraikan pelukan dengan aku.
"Okay.Yoongi janji Yoongi pergi sekejap je.Tak lama pun.Hoseok,Yoongi pergi dulu ye.Hoseok tunggu Yoongi tau.Bye,Hoseok."
Aku mempamitkan diri sambil melambaikan tangan kepada Hoseok.Hoseok juga membalas kembali lambaian tangan aku.
Dia mengukirkan senyuman paling manis kepada aku.Senyuman yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.
"Bye,Yoongi."
👄👄👄
Kek coklat yang ditulis dengan tulisan Happy Birthday Hoseok di atasnya aku pandang.Kotak yang berisi dengan kek ini aku tutup.Aku tersengih-sengih gembira sambil memandang kotak kek.
"Kalau Hoseok tahu aku buat belikan kek untuk dia,mesti dia happy kan.Lepas tu,mesti dia menangis macam birthday dia tahun lepas.Aku juga nak kena tenangkan dia nanti.Haih,Hoseok,Hoseok."bicaraku sendirian sambi kakiku mula menapak masuk ke dalam rumah Hoseok.
Suasana di dalam rumah Hoseok menjadi sunyi sepi tidak seperti kebiasaannya.Selalunya,Hoseok akan pasang radio.Ini kali pertama dalam 3 tahun aku datang rumah Hoseok,rumah dia sunyi macam ni.
Hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.Bimbang dengan keselamatan Hoseok,aku cepat-cepat melangkah menuju ke bilik Hoseok.
Pintu bilik Hoseok ditutup rapat.Ini sesuatu yang pelik.Selalunya kalau aku datang melepak rumah Hoseok,dia tak akan tutup pintu bilik dia.
"Hoseok?Hoseok?"
Aku memanggil-manggil nama Hoseok sambil memulas tombol pintu.Hoseok tidak menyahut panggilan aku.
"Yo...ongi.To...long... aku.To...long.Yoo..ngi.Yoongi."
Kotak kek yang dijinjing jatuh ke lantai.Aku terus meluru ke arah Hoseok. Dia sedang digantung di kipas oleh beberapa orang lelaki.
"Lepaskan Hoseok.Lepaskan dia.Lepaskanlah.Lepaskan."ujarku sambil cuba melepaskan Hoseok yang sedang dikerumuni oleh beberapa orang lelaki yang aku kenali.
Lelaki-lelaki yang mengerumuni Hoseok itu merupakan ahli-ahli kumpulan HT4.Kumpulan yang selalu membuli aku di sekolah.
"Kau tak payah nak sibuklah,budak lembik.Jangan kacau urusan aku.Tepilah."marah Kai sambil menolak aku ke tepi.
Badan aku terjatuh ke tepi namun aku cepat-cepat bangun semula untuk menolong Hoseok.Aku cuba untuk melepaskan Hoseok yang sedang digantung oleh mereka.Mereka tidak membenarkan aku mendekati Hoseok langsung.
Minhyun dan Lucas menghalang aku daripada menolong Hoseok.Mereka menolak aku setiap kali aku cuba untuk mendekati Hoseok.
Hoseok meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada Kai dan Sehun.Kai mengikat tali di leher Hoseok lalu disambungkan ke kipas.Sehun pula memegang Hoseok agar dia tidak dapat melepaskan diri.
"Yoo...ngi.Yoongi."
Hoseok memanggil aku lagi.Dia meminta pertolongan daripada aku.Aku berusaha untuk pergi kepada Hoseok untuk menolongnya tetapi dihalang oleh Minhyun dan Lucas.
"Lepaskan Hoseok.Tolonglah lepaskan Hoseok.Aku merayu sangat.Tolonglah lepaskan dia.Lepaskan dia.Tolonglah."ujarku sambil aku masih mencuba untuk menolong Hoseok.
"Kau diam boleh tak,tak guna?Aku nak gantung dia ni pun tak senanglah.Kau jangan sampai aku gantung kau sekali."marah Kai sambil menjeling tajam aku.
Kai dan Sehun turun daripada kerusi setelah menggantung Hoseok di kipas.Kai mengalihkan kerusi yang menjadi tempat bagi Hoseok berdiri.
Setelah Kai mengalihkan kerusi,tali yang digantung di leher Hoseok terus menjerat lehernya.Hoseok bergelut untuk melepaskan dirinya daripada tali yang menggantung lehernya.
Aku ingin pergi menolong Hoseok tetapi aku dihalang oleh mereka.Jika tadi aku hanya dihalang oleh Minhyun dan Lucas.Sekarang,aku dihalang oleh Kai dan Sehun pula.
"Yoo..ngi.Yo...ongi."panggil Hoseok dengan suara yang tersekat-sekat.
"Yoongi.Yoongi."panggil Minhyun menyedarkan aku daripada lamunanku tentang kejadian yang mengorbankan nyawa Hoseok 8 bulan yang lalu.
Air mata yang mengalir tanpa aku sedari segera dihapus.Aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Minhyun.Di hadapan orang yang telah membuli aku.
"Aku tahu mesti kau pelik kenapa aku datang jumpa kau lepas apa yang aku dan ahli HT4 dah buat pada kau dan Hoseok.Mesti kau benci nak tengok muka aku lepas apa yang aku dah buat pada kau kan.Aku sebenarnya..."
Aku mengangkat punggung daripada bangku.Langkah mula dibuka meninggalkan Minhyun.Aku tak sanggup melihat muka Minhyun selepas kejadian 8 bulan lalu.
Aku benci dia.Setiap kali aku tengok muka dia,aku akan ingat balik apa yang dah jadi pada aku dan kejadian aku menyaksikan Hoseok dibunuh depan mata aku sendiri.
"Aku sebenarnya nak tolong kau.Aku nak tolong kau tegakkan keadilan untuk mendiang Hoseok."
Langkah aku terhenti apabila Minhyun berkata dia mahu membantu aku menegakkan keadilan untuk Hoseok.Mana mungkin orang yang bersepakat membunuh Hoseok ingin menegakkan keadilan buat Hoseok pula.
"Aku datang ni juga sebab aku nak bagi amaran pada kau.Hati-hati dengan lelaki yang bernama Kim Taehyung.Taehyung tu kawan baik Kai.Daripada apa yang aku dengar,Taehyung dan Kai tengah buat rancangan untuk bunuh kau.Jadi,aku nak kau lebih berhati-hati dengan Taehyung."pesan Minhyun membuatkan aku menoleh menghadapnya.
👄👄👄
Sejambak bunga kekwa putih aku letakkan ke dalam ruangan segi empat yang menempatkan abu mayat mendiang Hoseok.
J
ambangan bunga itu aku letakkan di tepi bingkai gambar.Bingkai gambar yang memaparkan gambar aku meletakkan tangan di pipi dan Hoseok membuat tanda peace.
Bingkai gambar yang memaparkan gambar aku dan Hoseok itu aku tenung.Segaris senyuman tawar terukir di bibir saat aku mengingati kembali kenangan-kenangan indah aku bersama Hoseok selama 3 tahun.
"Hoseok,kau nak tahu tak?Tadi,Minhyun datang jumpa aku.Dia minta maaf pada aku sebab dia dah buli aku.Aku tak tahulah dia betul-betul minta maaf atau dia ada niat lain.Aku pun tak maafkan dia lagi.Tapi,dia ada kata dia nak bantu aku tegakkan keadilan untuk kematian kau.Kau rasa patut ke aku terima bantuan dia?"
Aku berbicara sendirian sambil memandang bingkai gambar kedua yang memaparkan gambar Hoseok.Gambar Hoseok sedang tersenyum riang.
"Kau patut terima bantuan dia."
Suara seseorang yang aku amat kenali menjawab pertanyaan aku kepada Hoseok.Kepala aku toleh memandang pemilik suara itu.Senyuman ceria terbit di bibir saat mata aku memandang lelaki yang sedang berdiri di tepi aku sekarang.
"Hoseok."getusku sambil mataku tidak lekang memandang wajah Hoseok yang pucat itu.
"Yoongi.Dah lama kita tak berjumpa kan.Yoongi rindu Hoseok tak?"tanya Hoseok dengan nada suara comelnya itu.
"Mestilah Yoongi rindu Hoseok.Hoseok rindu Yoongi tak?"tanyaku kembali kepada Hoseok juga dalam nada comel.
"Hoseok rindu Yoongi sangat-sangat.Rindu nak usik Yoongi.Rindu nak makan dengan Yoongi.Rindu nak cakap dengan Yoongi.Rindu nak selfie dengan Yoongi.Yang paling penting sekali,Hoseok rindu nak peluk Yoongi."ujar Hoseok lalu dia mendepakan tangan seluas-luasnya ke arah aku.
Aku berjalan kepadanya lalu badannya aku peluk erat.Kami berdua berpelukan erat untuk melepaskan rindu terhadap masing-masing.
Mata aku pejam untuk menahan air mata yang ingin mengalir keluar.Aku terlalu rindukan Hoseok sampai menangis dibuatnya.
Mata aku buka semula.Saat aku membuka mata,aku baru menyedari yang aku hanya memeluk diri sendiri sahaja.Hoseok tiada di hadapan aku.
Mungkin Hoseok yang muncul tadi hanya imaginasi aku.Aku rindukan Hoseok sehingga aku betul-betul sangka dia datang berjumpa aku walaupun sebenarnya tidak.
Baru sahaja aku ingin melangkah,mata aku tertumpu kepada sekuntum bunga yang terletak di lantai.Bunga itu terletak betul-betul di hadapan kaki aku.
Badan aku bongkokkan untuk mengambil bunga itu.Bunga berkelopak putih dan mempunyai kelopak bulat berwarna oren di bahagian tengahnya aku pandang dengan penuh persoalan.
"Macam mana bunga ni boleh ada kat sini?Tadi masa aku berdiri kat sini bunga ni tak ada pun kat sini.Siapa yang letak bunga ni kat sini?Takkanlah Hoseok yang..."
Tap
Tap
Aku terus menoleh ke belakang apabila telingaku menangkap bunyi derapan kaki seseorang.Namun,tiada sesiapa pun yang berjalan di belakang aku.
Tetapi,bunga yang sama berada tepat di belakang kaki aku.Aku segera mengambil bunga itu.Kedua-dua bunga yang sama itu aku tenung.
"Bunga-bunga ni ialah bunga Narcissus Romance.Bunga Narcissus Romance melambangkan kelahiran dan harapan.Kenapa bunga yang kedua ni boleh muncul lepas bunyi tapak kaki tu?Hoseok ke yang bagi bunga ni?Kalau Hoseok yang bagi,adakah ini bermakna Hoseok berharap untuk lahir semula?"getusku sendirian sambil memandang bunga itu.
"Yoongi,aku rindukan kau."ujar seseorang yang memerhatikan Yoongi sejak daripada tadi di sebalik dinding.
To be continued...👄
A/N:👄
Agak-agaknya siapa yang letakkan bunga kat kaki Yoongi tu?
Siapa yang cakap dia rindukan Yoongi?
Macam yang aku kata,aku akan mula bongkarkan apa yang terjadi pada Yoongi.
Ini juga menandakan MMM dah tak lama....nak tamat...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro