Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31-L+M÷YM=K🍭👄💋

Misi Membuka Mulut¤MYG

👄👄👄

"Orang luar?Awak anggap saya  sebagai orang luar?"

👄👄👄

¤ ¤ ¤

"Daiki.Daiki.Daiki.Daiki.Gambatte,Daiki.Gambatte.Kozume Daiki.Make Kozume family proud of you.Gambatte,Kozume Daiki.Gambatte."

Nana melaungkan-laungkan nama Daiki merangkap atlet Judo Jepun yang sedang berlawan dengan atlet Korea di gelanggang Judo sekarang.

Dia turut mengangkat sepanduk besar yang terpampang nama Daiki.Siap ada gambar muka Daiki lagi di sepanduk tu.

Aku yang duduk di sebelah Nana sedaya upaya menutup muka dengan buku.Malu kerana orang di sekeliling aku sudah mula memandang pelik aku dan Nana.Ini mesti sebab Nana terjerit-jerit panggil nama Daiki.

"Yoongi,kenapa awak tak join saya sokong Daiki?Saya kan dah bagi sepanduk pada awak tadi.Lagi satu,awak dah kenapa baca buku falsafah Lucidlassie dalam ni?Ini tempat untuk tengok perlawanan Judo.Bukannya perpustakaan."bebel Nana sambil mencekakkan pinggangnya.

Nana mengambil sepanduk yang aku letakkan di paha.Sepanduk itu kemudiannya diserahkan kepada aku semula.

"Yoongi,awak kena ikut saya sokong Daiki tau.Ikut cara saya gerakkan sepanduk.
Atas,bawah,atas bawah.Kanan,kiri,kanan,kiri.Atas,bawah.Masa awak gerakkan sepanduk tu,awak wajib ucap kata sokongan untuk Daiki.
Ikut kata sokongan saya. Daiki.Daiki.Daiki.Daiki.Gambatte,Daiki.Gambatte.Kozume Daiki.Make Kozume family proud of you.Gambatte,Kozume Daiki.Gambatte."arah Nana sambil memaksa aku untuk mengambil semula sepanduk.

Maka dengan ketidakrelaan,aku terpaksa mengambil sepanduk.Nana turut memaksa aku untuk bangun.Aku menggerakkan sepanduk dengan malasnya.

"Yoongi,kenapa awak gerakkan sepanduk macam orang tak makan nasi lagi?
Yoongi,bersemangatlah sikit macam saya.Saya tengok awak tak keluarkan suara.Awak langsung tak buka mulut.Cuba awak buka mulut sikit untuk berikan sokongan pada Daiki."

Nana cuba untuk merangsang aku untuk membuka mulut.Supaya aku bercakap.Aku bukannya sengaja tidak mahu bercakap cuma aku belum bersedia untuk bercakap.

Aku belum bersedia untuk bercakap dengan orang luar selain daripada keluarga aku dan Doktor Suran.Maaf Nana sebab aku gagalkan lagi misi kau untuk membuka mulut aku.

"Yoongi,kenapa awak senyap?Yoongi,awak..."

Bicara Nana terhenti kerana dia tiba-tiba rebah ke lantai.Nasib baiklah tindakan refleks aku cepat.Sempatlah juga aku sambut dia.

Pipi Nana aku tepuk-tepuk perlahan untuk membangunkannya.Botol mineral segera dibuka lalu airnya direnjis-renjiskan ke muka Nana.Namun,Nana langsung tidak memberikan sebarang tindak balas.

"Aku rasa Nana pitam ni.Orang pitam perlukan glukosa dengan kadar segera.Tapi,kat mana aku nak cari glukosa dalam saat-saat genting ni?"ujarku cemas di dalam hati sambil aku masih lagi berusaha untuk menyedarkan Nana.

Mulut aku bergerak-gerak mengulum lollipop.Lollipop?Lollipop!Aku baru teringat yang aku tengah kulum lollipop.Lollipoplah sumber glukosa yang ada dengan aku sekarang.

Lollipop yang berada di dalam mulut aku keluarkan.Lollipop itu aku masukkan ke dalam mulut Nana untuk menyalurkan glukosa kepadanya dengan kadar segera.Haraplah Nana sedar bila badan dia dah dapat sedikit glukosa.

Jika difikirkan kembali,perbuatan aku memasukkan lollipop daripada mulut aku ke mulut Nana dikira sebagai ciuman tak langsung.

Mungkin ini ciuman pertama Min Yoongi kepada Nana tetapi Agust D dah 3 kali cium Nana kan.

Aku perlu buat sesuatu agar Agust D tak mencium Nana lagi.Aku tak nak Nana jatuh cinta dengan Agust D.Nanti keadaan akan bertambah buruk.

3 minit kemudian

"Arghh,kepala aku.Sa..saya kat mana ni?"ujar Nana sebaik sahaja dia tersedar daripada pitam.

Nana mengangkat kepalanya yang disandarkan di bahu aku.Dia memicit-micit kepalanya.Mesti kesan daripada dia pitam tadi tak habis lagi.

Sekeping sticky note berwarna biru aku keluarkan daripada beg sandang.Tangan aku laju menulis di atas sticky note.Sticky note itu kemudiannya diserahkan kepada Nana.

Nana menyambut huluran sticky note daripada aku sambil tangannya masih memicit-micit kepalanya.

"Saya pitam ke tadi?Saya ingatkan saya dah mati tadi.Keadaan sekeliling tiba-tiba jadi hitam.Lepas tu,saya dapat dengar suara orang di sekeliling saya tapi saya tak dapat nak buka mata.Pitam tak sama eh dengan pengsan?"tanya Nana setelah dia membaca sticky note yang aku berikan.

Kepala aku gelengkan laju kepada pertanyaan Nana.Aku menulis sesuatu lagi di atas sticky note lalu sticky note itu diserahkan kepada Nana.

"Kalau awak pitam,awak masih dapat dengar suara orang dan bunyi di sekeliling awak walaupun awak tak dapat nak buka mata.Kalau awak pengsan,awak tak dapat dengar apa-apa bunyi pun di sekeliling awak."

Sekeping sticky note aku serahkan kepada Nana setelah dia selesai membaca info tentang perbezaan pitam dan pengsan yang aku tulis di sticky note.

"Mestilah saya dah faham kalau Yoongi yang ajar.Terima kasih Yoongi tolong ajarkan saya perbezaan antara pitam dan pengsan.Terima kasih juga untuk lollipop awak ni sebagai sumber glukosa saya walaupun awak dah kulum lollipop ni."ucap Nana lalu dia menutup mulut seperti malu-malu dengan aku.

Tangan aku laju menulis di atas sticky note lalu sticky note diserahkan kepada Nana.

"Macam mana saya tahu awak masukkan lollipop yang ada dalam mulut awak ke dalam mulut saya?Saya boleh tahu sebab tadi kita mula-mula sampai di sini,saya ada minta lollipop kat awak tapi awak kata awak cuma ada satu lollipop.Sebab yang kedua ialah..."

"Perlawanan telah tamat.Berdasarkan keputusan daripada juri,saya dengan ini mengumumkan Kozume Daiki sebagai johan Kejohanan Judo Negara-Negara Asia bagi kategori umur bawah 23 tahun."umum pengadil setelah perlawanan Judo tamat memberhentikan bicara Nana.

"Yoongi,sepupu kesayangan saya menanglah Kejohanan Judo.Jom ikut saya ucapkan tahniah pada Daiki kat bilik rehat atlet Judo.Jomlah,Yoongi."

Nana bingkas bangun daripada kerusi setelah dia mendengar pengumuman tentang kemenangan Daiki.Dia turut mengajak aku menemaninya untuk mengucapkan tahniah kepada Daiki.

Tapi aku tak rasa dia sedang ajak aku.Dia sedang paksa aku sebenarnya ni.Buktinya,dia tengah tarik-tarik tangan aku sekarang.

"Yoongi,kenapa awak tak bangun lagi daripada kerusi?Jomlah teman saya ucapkan tahniah pada Daiki.Awak takut kita tak dapat masuk ke bilik atlet Judo?Sebab tu awak tak bangun?"soal Nana sambil memandang aku.

Aku hanya menganggukkan kepala kepada pertanyaan Nana.Nana pula mencuit hidung aku dengan tangannya yang sebelah lagi.

"Awak janganlah risau,Yoongi.Saya dengan Daiki tu rapat.Saya beritahu je yang saya ni Kozume Yumi,sepupu kepada Kozume Daiki,mesti kakitangan yang uruskan bilik rehat atlet Judo benarkan kita masuk.Jomlah,Yoongi.Jom."ajak Nana lagi tidak berputus asa.

Aku akhirnya mengalah dengan ajakan Nana.Aku bangun daripada kerusi.Kami berdua beredar keluar daripada kawasan tempat duduk penonton untuk menuju ke kawasan billik rehat atlet.

👄👄👄

"Kozume Daiki,tahniah Yumi ucapkan sebab dah berjaya memenangi Kejohanan Judo merangkap johan Kejohanan Judo.Mimi tahu mesti Iki akan menang punyalah.Tak sia-sia Yumi datang tengok perlawanan Iki hari ni.Nah,bunga tanda ucapan tahniah Yumi atas kemenangan Iki."

Nana menyerahkan sebuah jambangan bunga ros biru kepada Daiki.Daiki mengambil jambangan bunga ros itu lalu tangan Nana ditariknya ke arahnya.

Daiki menarik Nana ke dalam pelukkannya.Aku yang berdiri di sebelah Nana hanya mampu menjadi pemerhati sahaja kepada babak manis Nana dan Daiki.

"Arigatou gozaimas,Yumi-san."ucap Daiki sambil tangan menepuk-nepuk belakang badan Nana.

"Daiki,onisan ada bawakan makanan Korea kesukaan awak.Jom kita makan sam..."

Seorang lelaki lengkap berpakaian hitam tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik.Lelaki yang membahasakan dirinya sebagai onisan dan mempunyai pipi yang sedikit tembam itu menoleh ke arah aku.

Dia merenung aku tajam.Dua bungkusan plastik makanan yang dijinjitnya di kedua-dua belah tangan dilepaskan ke lantai.

Lelaki itu terus  meluru ke arah aku.Badan aku ditolaknya kuat ke dinding.Kolar baju aku juga direntapnya kuat seperti tidak mahu lepas.

"Aku dah beritahu kau hari tu.Aku tak nak tengok kau rapat dengan adik aku.Kenapa kau rapat juga dengan adik aku?Kau ni memang jenis tak faham bahasa.Mari sini aku ajar orang tak faham bahasa macam kau."

Bukk

Mulut aku terasa amat pedih.Lelaki yang langsung aku tak kenal itu telah menumbuk mulut aku.Dia cuba untuk menyepak aku namun sempat dihalang oleh Nana.

"Jimin onisan,apa onisan buat ni?Kenapa onisan pukul Yoongi?Apa salah dia pada onisan sampai onisan tumbuk dia?"ujar Nana cuba untuk menghalang lelaki itu daripada menumbuk aku.

"Dia memang ada buat salah pada onisan.Salah dia ialah dia rapat dengan baby.Onisan tak suka dia rapat dengan baby.Onisan tak suka mana-mana lelaki rapat dengan adik onisan."balas lelaki itu kembali sambil dia mencuba untuk menyerang aku lagi.

"Itu bukan salah Yoongi.Dia tak pernah cuba nak rapat dengan baby pun.Baby yang selalu cuba nak rapat dengan dia.Onisan tak ada hak untuk tumbuk dia semata-mata sebab dia rapat dengan baby.Onisan tak ada hak untuk larang dia rapat dengan baby."kata Nana lagi berbaur marah.

Nana menolak lelaki itu agar menjauhi aku.Dia terus menuju ke arah aku yang sudah jatuh terduduk akibat tumbukan kuat lelaki itu.

"Yoongi,saya tahu awak tak okay.Mari ikut saya.Tempat ni tak selamat untuk awak.Saya akan bawa awak ke tempat yang lebih selamat."ujar Nana yang cuba membantu aku untuk bangun.

Nana memegang tangan aku untuk mengikutinya sebaik sahaja aku bangun.Kami berdua berjalan melewati lelaki itu yang sedari tadi tidak habis-habis menjeling kami.

👄👄👄

Nana cuba untuk mengelap mulut aku yang berdarah namun aku menepis tangannya.Dia mencuba lagi dan aku menepis tangannya lagi.


"Yoongi,awak kan tengah tercedera ni.Bagilah saya lap darah kat mulut awak tu.Janganlah tepis-tepis."ujar Nana setelah aku berkali-kali menepis tangannya.

Telefon pintar yang aku letakkan di dalam beg kocek seluar aku keluarkan.Setelah itu,tangan aku menaip laju di papan kekunci.Sebuah chat aku hantar kepada Nana.

Saya tak suka orang luar sentuh muka saya✔✔


"Orang luar?Awak anggap saya sebagai orang luar?"

Nana memandang tepat ke mata aku untuk menanti jawapan daripada aku.Aku menganggukan kepala kepada pertanyaan Nana.

"Baiklah,saya tak akan ganggu awak lagi.Saya tak ada kena mengena dengan awak.Saya minta maaf kalau awak tak selesa dengan saya selama ni.Saya kan orang luar."ujar Nana lalu dia mula bangun daripada bangku taman dan mula melangkah.

"Tapi,kalau masih ada walau sekecil zarah nilai persahabatan kita selama ini di hati awak,saya nak awak tahu tangan saya sentiasa ada untuk awak pegang bila awak terjatuh.Saya pergi dulu."

Nana terus melangkah pergi setelah dia mengucapkan kata-kata terakhirnya.Aku memerhati kelibatnya yang sedang berjalan.Dia mengelap matanya dengan hujung kolar baju.

Aku rasa mesti dia menangis sebab dia sedih aku kata dia orang luar.Siapa je yang tak sedih kalau orang yang kita dah bersahabat selama beberapa bulan anggap kita orang luar.

Maaflah Nana tapi ini sahaja cara yang aku ada untuk jauhkan kau dengan aku.Aku terpaksa buat semua ni agar bila Agust D tiba-tiba keluar nanti,dia tak dapat jumpa kau.

Aku tak nak Agust D jatuh cinta dengan lebih dalam pada kau,Nana.Agust D terlalu bahaya untuk kau.

"Yoongi.Min Yoongi."tegur suara seorang lelaki daripada belakang membuatkan aku menoleh ke belakang.

Mata aku membulat melihat pemilik suara lelaki tadi.Aku tidak menyangka aku akan berjumpa lagi dengan lelaki ini setelah kejadian buli yang menimpa aku 5 bulan lalu.

Lelaki yang berdiri di belakang aku sekarang ialah Hwang Minhyun,salah seorang ahli HT4 yang membuli aku.

To be continued...👄




A/N:👄

L+M÷YM=K 👈 ni sebenarnya satu formula tau..Formula Yoongi dan Nana😘

Aku ada bagi jawapan untuk formula L+M÷YM=K kat part Yoongi bagi Nana lolipop tu

Kalau korang dapat teka apa perkataan di sebalik formula tu,aku ambil korang jadi watak tambahan dalam ff ni

By the way,sorry lama tak update.Aku tak sihat sangat😷

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro