Bab 28:Cigarette date👫
Misi Membuka Mulut¤MYG
👄👄👄
What if i choose you as my favourite cigarette?
👄👄👄
¤ ¤ ¤
"Terima kasih appa tolong bukakan pintu untuk Irene."ucap Irene kepada appanya sebaik sahaja dia keluar daripada kereta.
"Sama-sama,anak kesayangan appa."ujar appa Irene lalu kepala Irene dibelai penuh kasih.
Setelah Irene keluar daripada kereta,Irene dan appanya berjalan bersama-sama menuju ke kawasan bangunan sekolah.Mereka siap berjalan sambil berpimpinan tangan lagi.
Hati aku panas membara melihat perlakuan mesra dua beranak itu.Tangan aku genggam cuba untuk menahan marah yang membuak-buak setiap kali mata aku menyaksikan bibit-bibit mesra antara ayah dan anak itu.
"Aku yang sepatutnya jalan berpimpinan tangan dengan pengetua.Kepala aku yang seharusnya pengetua belai.Bukan kau,Irene.Kau tak layak terima kasih sayang daripada pengetua."ujarku lalu air mata yang bergenang di tubir mata jatuh setitis demi setitis.
👄👄👄
Rokok aku hisap buat beberapa saat lalu dihembus keluar.Kepulan asap putih keluar daripada mulut aku saat aku menghembuskan nafas.
"Kenapa?Kenapa pengetua mesti bermesra-mesraan dengan Irene depan aku?Dia tak tahu ke aku cemburu tengok dia dengan Irene mesra-mesra macam tu.Dahlah dia tak mengaku aku ada hubungan dengan dia.Eii,bencilah macam ni."
Air mata yang aku tahan sejak tadi akhirnya gugur jua.Setiap kali aku melihat pengetua bermesraan dengan Irene,mesti aku akan menangis.Aku terlalu cemburukan kemesraan pengetua dengan Irene sampai menangis aku dibuatnya.
"Nasib baiklah ada kau,rokok.Kalau kau tak ada,aku tak tahu dengan siapa aku nak luahkan masalah aku.Kau sahaja yang faham masalah aku.Kau selalu ada dengan aku bila aku ada masalah.Tak macam pengetua."
Rokok yang masih separuh terbakar aku hisap lagi.Semakin deras air mata aku keluar,semakin aku menghisap rokok.Bila aku hisap rokok,aku rasa semua masalah aku dihembus keluar bersama asap rokok saat aku menghembus keluar asap rokok.
Rokok yang dikemam di hujung mulut aku tiba-tiba diambil oleh seseorang.Aku terus menoleh untuk melihat siapakah yang telah mengambil rokok aku.
"Yo...Yoongi?"ujarku tergagap-gagap setelah melihat Yoongi yang sedang menghisap rokok di mulut aku tadi.
"Yoongi.Ini bukan macam apa yang awak sangkakan.Saya memang hisap rokok tapi saya..."
Yoongi menyumbat rokok di mulutnya ke mulut aku.Niat aku ingin meneruskan percakapan terus terhenti apabila dia menyumbat rokok ke mulut aku.
Setelah itu,Yoongi mengeluarkan sekotak rokok dan pemetik api daripada poket seluarnya.
Pemetik api yang tertulis Oseo&Ongi di badan pemetik api itu dinyalakan.Yoongi mencucuh rokok yang dikemamkan di mulutnya pada pemetik api itu.
Yoongi menghisap rokok lalu dia menghembus keluar asap rokok daripada mulutnya.Wajah Yoongi yang sedang menghisap rokok daripada sisi membuatkan aku ingin terus memandangnya.
Tangan aku tiba-tiba berasa sakit tanpa sebab.Rasa macam ada orang cubit-cubit tangan aku.Aku menoleh ke arah Yoongi.Mata aku menjeling tajam Yoongi yang sedang duduk di sebelahku.
"Yoongi,awak dah kenapa cubit tangan saya ni?Awak geram dengan saya ke apa?"tanya aku sambil menjeling Yoongi.
Vroom!
Telefon aku berbunyi menandakan ada chat masuk.Telefon yang aku simpan di dalam poket blazer aku ambil.Apps Whatsapp aku buka untuk melihat chat yang masuk.
You got 1 new chat from my silent boy,Yoongi
Aku cubit kau sebab aku nak kau berhenti✔✔
Berhenti?Berhenti apa?✔✔
Berhenti pandang aku✔✔
Aku tahulah aku handsome tapi tak perlulah kau pandang aku macam nak terkeluar biji mata✔✔
Pukk!
Kepala Yoongi aku ketuk dengan kotak rokok.Yoongi juga membalas kembali perbuatan aku mengetuk kepalanya dengan kotak rokok.Dia mengetuk kepala aku dengan pemetik api.
"Yoongi,awak ni jangan nak perasan handsome sangat walaupun awak memang handsome.Eh,apa aku cakap ni."getusku lalu aku mengetuk dahi kerana tersilap puji Yoongi.
Vroom!
You got 3 new chat from my silent boy,Yoongi
Kesimpulannya,aku memang handsome.Hujah ini disokong dengan bukti iaitu kau sampai boleh tersilap cakap sebab kau terpesona dengan kehenseman aku.Titik✔✔
Kau....✔✔
Kenapa kau hisap rokok?✔✔
Aku tertawa kecil melihat chat pertama yang dihantar oleh Yoongi namun senyuman di bibirku mati ketika mata aku melihat chat terakhir.
"Awak rasa kenapa saya hisap rokok?"
Pertanyaan Yoongi aku balas dengan soalan.Yoongi hanya tersenyum tawar apabila mendengar soalan aku.Dia kemudiannya menaip sesuatu di telefonnya.
Vroom!
You got 2 new chat from My silent boy,Yoongi
Kau hisap rokok sebab kau stress kan?✔✔
Kalau tak,takkanlah kau berani hisap rokok dalam kawasan sekolah✔✔
"Pandai awak teka.Setiap kali saya stress,saya akan hisap rokok.Bagi saya,bila saya hisap rokok,stress saya semua akan hilang.Awak pulak?"tanyaku kembali lalu sepuntung rokok yang baru aku ambil daripada dalam kotak rokok.
Vromm!
You got 1 new chat from My silent friend,Yoongi
Aku pun sama macam kau✔✔
Hanya rokok je yang dapat hilangkan semua stress aku✔✔
Tak sempat aku nak bercakap dengan Yoongi,mata aku menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang tinggi lampai sedang berdiri di tepi aku.Lelaki itu sangat aku kenali.Lelaki yang pernah menyanyangi aku dulu.
"Pengetua Na Gong Yoo."ujarku sambil mata aku tepat memandang mata pengetua.
"Na Yumi dan Min Yoongi,ikut saya masuk bilik saya sekarang."arah pengetua Na Gong Yoo dengan nada marah.
👄👄👄
"Na Yumi,Min Yoongi.Awak berdua tahu kan merokok dalam kawasan sekolah satu kesalahan yang besar."sembur pengetua tanpa sempat aku dan Yoongi duduk.
Punggung aku labuhkan ke atas kerusi di hadapan pengetua.Kedudukan aku betulkan sehingga selesa.Anak mata aku tepat memandang mata pengetua tanpa sebarang rasa takut mahupun gentar.
"Saya tahu.Jadi?"balasku acuh tak acuh.
Kedua-dua belah kaki aku letakkan di atas meja pengetua.Sepuntung rokok yang aku sembunyikan di dalam stokin aku keluarkan.Rokok itu kemudiannya aku nyalakan dengan pemetik api yang berada di tangan aku.
"Saya tengah merokok depan pengetua ni.Pengetua tak nak buang saya daripada sekolah ke?"getusku sengaja mahu mencabar kesabaran pengetua.
Ekspresi muka pengetua Na Gong Yoo mula berubah.Muka dia jelas menunjukkan dia sangat marah dengan aku sekarang.Bukan main merah lagi muka pengetua.
Yoongi kelihatan terkejut dengan tindakan aku yang terlalu berani ini.Dia juga kembali menghisap rokok seperti aku.Sama-sama hisap rokok di hadapan pengetua.
"Na Yumi.Kenapa awak kurang ajar sangat ni?Awak tak tahu ke awak tengah bercakap dengan siapa sekarang.Awak tengah bercakap dengan pengetua.Mana adab awak?Awak tak reti hormat orang langsung.Mesti mak awak tak reti nak ajar cara nak beradab dengan orang.Kesian."kata pengetua membuatkan telinga aku panas.
Rokok yang masih sedikit terbakar aku buang ke lantai.Kaki aku jatuhkan daripada meja lalu aku menuju ke arah pengetua.
Tali leher pengetua aku tarik ke arah aku.Mata pengetua membulat tatkala aku menarik tali lehernya.Aku tersenyum melihat pengetua yang sekali lagi terkejut dengan tindakan berani aku.
"Omma saya yang tak reti nak ajar atau pengetua yang tak reti nak ajar?"kataku sambil keningku dijungkitkan.
"Kamu ni..."ujar pengetua namun aku lebih pantas memotong percakapannya.
"Ops,saya tersilap ayat.Omma saya yang tak reti nak ajar atau appa saya yang tak reti nak ajar?"getusku lalu tali leher pengetua aku lepaskan.
Perkataan appa aku tekankan sambil anak mata aku memandang tepat ke mata pengetua.Pengetua melarikan pandangannya ke arah lain.Takut mahu bertentang mata dengan aku barangkali.
"Kenapa pengetua tak berani nak pandang mata saya?Takkanlah pengetua takut nak pandang mata anak sendiri?"
Ayat terakhir yang aku ucapkan membuatkan pengetua bangun daripada kerusinya.Dia berjalan berulang-alik di dalam bilik pejabat.
"Pengetua mungkin boleh sorokkan daripada semua orang yang saya,Na Yumi anak kandung kepada Na Gong Yoo.Tapi pengetua tak boleh nafikan kenyataan bahawa darah yang mengalir dalam badan saya ni darah pengetua.Tak kira apa yang terjadi,saya tetap anak pengetua."
Pengetua terus berpaling memandang aku apabila aku mendedahkan bahawa aku ialah anaknya di hadapan Yoongi.
Yoongi kelihatan terkejut apabila mengetahui aku ialah anak pengetua.Dia kembali menyambung menghisap rokok yang kedua seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Na Yumi,kau dengar sini baik-baik.Sampai ke hari aku menghembuskan nafas aku yang terakhir,aku tak akan mengaku kau sebagai anak aku.Aku tak sudi nak mengaku kau sebagai anak aku.Aku hanya ada seorang anak iaitu Irene.Kau bukan anak aku."
Pengetua berjalan melepasi aku.Dia berhenti di sebelah aku.Dia mendekatkan dirinya dengan aku sehingga bahu kami saling bersentuhan.
"Walaupun nama kau Na Yumi,kau tetap akan jadi Kozume Yumi di mata aku.Aku tak akan anggap kau sebagai anak aku walaupun nama kau bermula dengan Na.Kau anak Kozume Yumi.Bukan anak Na Gong Yoo.Ingat tu sampai mati,Kozume Yumi."bisik pengetua di telinga aku.
"Lagi satu,kamu berdua tak payah masuk kelas hari ni.Saya gantung persekolahan awak berdua untuk hari ni.Kalau kamu berdua masuk belajar dalam kelas pun,macamlah kamu berdua akan jadi pelajar pandai.Pelajar yang pandai tak hisap rokok."
Pengetua melangkah pergi meninggalkan aku dan Yoongi di dalam bilik pejabat.Kata-kata pengetua yang menyakitkan hati itu membuatkan aku bertambah benci terhadap dirinya.
Air mata yang aku tahan agar tidak gugur akhirnya jatuh berderai.Aku sedaya upaya menahan diri supaya tidak menangis di hadapan pengetua tadi.Aku tak nak dia anggap aku lemah macam dia anggap omma aku lemah.
Bahu aku terasa seperti disentuh oleh seseorang.Telefon aku yang diletakkan di dalam poket skirt bergetar menandakan ada chat masuk.Telefon aku keluarkan daripada poket skirt untuk melihat chat.
Vromm!
You got 1 new chat from my silent boy,Yoongi
Do you want me to hug you?✔✔
Tidak sempat aku mahu membalas chat yang dihantar oleh Yoongi,bahu aku dikalihkan ke hadapan menghadap Yoongi.
Yoongi menarik aku ke dalam pelukannya.Muka aku tersembam di dada bidang Yoongi.Belakang badan aku ditepuk perlahan oleh Yoongi.
Walaupun Yoongi tidak menuturkan sebarang perkataan untuk menenangkan aku yang sedang menangis,tetapi pelukannya cukup untuk membuatkan aku tenang.
Sometimes when mouth can't say anything,action will say it better than words.
👄👄👄
"Yoongi,ini rumah siapa?"tanyaku kepada Yoongi yang sedang membuka pintu rumah.
Yoongi membuka pintu rumah.Dia mengajak aku masuk ke dalam rumah.Aku mengikut sahaja tanpa banyak tanya.
Sebenarnya,aku pun tak tahu kenapa aku ikut Yoongi pergi rumah yang aku sendiri pun tak tahu rumah siapa.
Yoongi menaip sesuatu di skrin telefonnya.Beberapa saat kemudian,telefon aku berbunyi menandakan ada chat masuk.Aku segera memeriksa telefon.Pasti itu chat daripada Yoongi.
Vroom!
You got 1 new chat from my silent boy,Yoongi
Ini rumah kita✔✔
"Ishh,Yoongi.Janganlah main-main.Apa hal pulak ni rumah kita?Kita kahwin pun tidak lepas tu awak kata ni rumah kita.Cepatlah beritahu saya.Ini rumah siapa sebenarnya?"tanyaku sekali lagi kepada Yoongi setelah melihat jawapan mengarut Yoongi.
Yoongi tidak mempedulikan jawapan aku lagi.Dia pantas menaip sesuatu di skrin telefon.Tidak lama selepas itu,aku menerima chat daripada Yoongi.
Vroom!
You got 1 new chat from my silent boy,Yoongi
Wanna see something interesting?✔✔
Why not?✔✔
So show me✔✔
I show you✔✔
Yoongi bangun daripada sofa lalu dia berjalan ke dapur.Aku juga mengikutnya ke dapur.Mahu melihat apalah benda yang ingin ditunjukkan oleh Yoongi.
Pintu kabinet dapur di bahagian atas Yoongi buka dengan cermat.Sebaik sahaja Yoongi membuka pintu kabinet dapur,aku melopong melihat barang-barang yang terdapat di dalam kabinet dapur.
"Wah,Yoongi.Banyaknya.Awak ke yang beli semua ni?"tanyaku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang.
Yoongi menganggukkan kepala kepada pertanyaan aku.Aku seperti tidak percaya bahawa Yoongi yang membeli semua barang di dalam kabinet dapur ni.
Kotak-kotak rokok pelbagai jenama tersusun kemas di dalam kabinet dapur.Ada jenama Dunhil,John,White John,British dan banyak lagi.Di kabinet sebelah pula,vape disusun rapi dengan pelbagai botol perisa vape.
"Saya tak sangka awak yang tak berani buka mulut untuk bercakap ni berani buka mulut untuk hisap rokok dan vape.You're such an interesting boy,Yoongi.I don't expect this."ujarku yang kagum dengan Yoongi.
Yoongi menaip sesuatu lagi di telefon.Telefon aku berbunyi menandakan Yoongi sudah menghantar chat kepada aku.
Vroom!
You got 3 new chat from my silent boy,Yoongi
There's more about me which is beyond your expectation✔✔
I will show you more about me but after we have our cigarette date✔✔
Cigarette date?✔✔
Yes,darling✔✔
We will have our cigarette date✔✔
You and me will smoking for our date for today✔✔
Just you and me in this house✔✔
Come on,baby✔✔
Choose your favourite cigarette✔✔
I choose my favourite cigarette?✔✔
Hmmmmmm✔✔
What if i choose you as my favourite cigarette?✔✔
As you wish,sweet heart✔✔
Bibir aku terus dikucup pantas oleh Yoongi.Aku tak sempat nak cakap apa-apa Yoongi terus cium aku.Duh,aku nak main-main je kut dengan Yoongi.
Tak sangka pulak dia nak cium aku betul-betul.Yoongi sejak kebelakangan ni makin bahaya.Aku kena lebih berhati-hati dengan Yoongi.
👄👄👄
"Yoongi,ini rumah siapa sebenarnya?Kenapa awak bawa saya datang sini?"tanyaku lalu aku menghembus keluar asap rokok daripada mulut.
Yoongi yang duduk di sebelah aku terus menghisap rokok seperti dia tidak mendengar soalan aku.Rokok yang berada di mulutnya aku ambil.
Yoongi terus merenung aku tajam setelah aku mengambil rokoknya.Tak dapat rokok,dia hisap vape pulak.Eh,ada jugak vape orang aku nak hempuk ni.
"Yoongi,cepatlah beritahu saya ni rumah siapa.Kenapa susah sangat awak nak beritahu saya?Beritahu jelah."
Aku menggesa Yoongi untuk memberitahu tentang rumah ini.Yoongi akhirnya menaip sesuatu di telefonnya.Mesti dia nak beritahu aku tentang rumah ni.
Vrommm!
You got 1 new chat from my silent boy,Yoongi
Ini rumah Hoseok✔✔
Hoseok?✔✔
Siapa Hoseok?✔✔
Aku bertanya kepada Yoongi mengenai Hoseok walaupun aku telah mengetahui siapa Hoseok.Aku tak nak Yoongi syak apa-apa.
Hoseok ialah sahabat baik aku✔✔
Aku bawa kau ke sini sebab aku nak kenalkan kau dengan Hoseok✔✔
Kalau awak nak kenalkan saya dengan Hoseok,mana Hoseok?✔✔
Saya tak nampak Hoseok pun✔✔
Memanglah kau tak nampak dia✔✔
Hoseok dah mati✔✔
"Hoseok dah mati?Kalau Hoseok dah mati,macam mana awak nak kenalkan saya dengan dia?"tanyaku dengan nada suara sedikit bergetar kerana aku sudah mulai berasa takut apabila Yoongi berkata begitu.
Kau tak perlu risau✔✔
Aku ada cara untuk seru Hoseok✔✔
Yoongi mengeluarkan pemetik api daripada poket seluarnya.Dia menyalakan pemetik api.Di hadapan api pemetik api itu,mulutnya terkumat-kamit seperti sedang membaca mantera namun sebarang suara daripada Yoongi langsung tidak kedengaran.
Setelah Yoongi selesai membaca mantera,dia meniup api pemetik api sehingga terpadam.Dia menyimpan pemetik api di dalam poket seluar.
Yoongi menepuk tangannya sekali.Dia memetik jarinya dua kali.Dia menutup matanya dengan kedua-dua belah tangannya.
Tap
Tap
Tap
Bunyi tapak kaki seperti orang sedang berjalan menuju ke arah aku dan Yoongi kuat kedengaran.
Namun,hanya bunyi tapak kaki sahaja yang kedengaran.Tiada sesiapa yang sedang berjalan.Entah daripada mana datangnya bunyi tapak kaki.
Bunyi tapak kaki itu tiba-tiba hilang.Kelibat seorang lelaki berpakaian sekolah mula muncul di hadapan Yoongi.Lelaki itu memandang Yoongi yang sedang menutup mata.
Lelaki itu memegang tangan Yoongi yang sedang menutup mata.Dia menjatuhkan tangan Yoongi.Yoongi dan lelaki itu saling bertentangan mata.
"Hai,Yoongi.Hoseok dah datang."ujar lelaki yang membahasakan dirinya sebagai Hoseok itu lalu dia tersenyum ceria di hadapan Yoongi.
Yoongi membalas kembali senyuman daripada Hoseok.Dia kemudiannya mendekatkan diri dengan Hoseok.Dia membisikkan sesuatu di telinga Hoseok.
Selepas sahaja Yoongi berbisik di telingan Hoseok,Hoseok mula melangkah ke arah aku.
Aku sebenarnya tengah takut sekarang kerana Hoseok sedang berjalan ke arah aku.Cuba beritahu aku siapa yang tak takut bila ada hantu tengah berjalan ke arah dia.Kaki aku dah mula terketar-ketar ni.
Walaupun aku takut dengan Hoseok,namun aku tetap memandang Hoseok.Hoseok tidaklah kelihatan menakutkan seperti hantu yang aku biasa lihat dalam movie.
Cuma ada sesuatu yang pelik pada Hoseok.Di leher Hoseok,terdapat tali gantung.Muka Hoseok juga kebiru-biruan seperti orang tak cukup nafas.
"Awak Na Yumi kan?Saya Jung Hoseok.Selamat berkenalan."ucap Hoseok sambil menghulurkan tangan kepada aku.
To be continued...👄
A/N:👄
Yoongi pun dah pandai seru-seru roh ni.Bukan Taehyung seorang je yang pandai.😏
What do you think about Yoongi and Na Yumi in this chapter?😂
Kalau Yoongi ajak korang pergi cigarette date dengan dia,korang nak pergi tak?😶
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro