Bab 27:Henious Agust D💋🔞
Misi Membuka Mulut¤MYG
👄👄👄
🔞Amaran🔞:Henious bermaksud jahat.Bab ini mengandungi scene yang mungkin tidak sesuai untuk readers di bawah umur 19 tahun.So,if you're insisted to read this chapter,read it on your own risk.
#AKUDAHPESANAWALAWAL
#JANGANKATAAKUTAKPESAN
👄👄👄
Kau tak tahu apa aku boleh buat pada kau kalau aku dah hilang waras
¤ ¤ ¤
"Pak Ngah dah pesan banyak kali kat Yoongi.Tak kiralah kita ni sibuk macam mana pun,kita kena sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan.Kita kena selalu baca kitab agama kita.Tak kiralah kita ni menganut agama Kristian,Islam,Buddha,Hindu atau apa agama sekalipun,kita kena selalu baca kitab agama kita.Kita kena selalu dekatkan diri dengan Tuhan.Selalu berdoa pada Dia.Yoongi sampai muntah keluar paku,jarum dan rambut berpunca daripada sikap Yoongi sendiri.Yoongi dah jarang pergi gereja.Kitab jarang sekali nak baca.Yoongi dah jauh dengan Tuhan.Sebab tulah hantu syaitan iblis semua boleh dekatkan diri dengan Yoongi.Nak tahu sebab apa?Sebab Yoongi tak ada perlindungan daripada Tuhan.Orang yang selalu dekatkan diri dengan Tuhan pasti akan sentiasa berada dalam lindunganNya."
Pak Ngah Gd membebel-bebel bingit di tepi aku.Bantal aku ambil lalu kedua-dua belah telinga aku tutup dengan bantal.Meluat mahu mendengar bebelan Pak Ngah GD.Buat semak otak aku je dengar.
"Dah habis membebel?Keluar."arahku sambil menunjukkan jari ke arah pintu kepada Pak Ngah GD.
"Kau suruh aku keluar?Aku ni Pak Ngah kau tahu.Kurang ajar punya budak.Aku libas muka kau dengan rantai emas 24 karat ni baru kau tahu erti hormat orang tua.Eii,geram aku dengan budak Yoongi ni.Small big small big je aku tengok kau."marah Pak Ngah GD setelah aku menghalaunya keluar daripada bilik aku.
"Pak Ngah GD,banyakkan bersabar.Pak Ngah tahu kan Yoongi hyung yang tengah bercakap dengan Pak Ngah ni bukan Yoongi hyung yang kita kenal.Sabar Pak Ngah GD sabar."tutur Woozi cuba untuk menenangkan Pak Ngah GD yang marah.
"Nasib baik Woozi ada.Kalau tak,dah lama Yoongi eh silap Agust D ni Pak Ngah belasah sampai lunyai.Dahlah jom kita keluar.Biar Agust D ni duduk seorang diri.Kita tak payah kawan dengan dia.Jom,Woozi."kata Pak Ngah GD lalu derapan tapak kaki Pak Ngah GD dan Woozi berjalan keluar daripada bilik mulai kedengaran.
"Ada aku kisah kau tak nak kawan dengan aku?Shit.Pergi matilah."ujarku menyampah sambil aku masih berselubung di dalam selimut.
"Hyung.Hyung."
Baru sahaja aku ingin melelapkan mata,adik Yoongi memanggil-manggil aku pula.Ada juga adik orang aku hempuk nanti.
"Hmmmm.Nak apa?"balasku malas.
"Kawan hyung datang nak melawat hyung."beritahu Woozi.
"Lelaki ke perempuan?"tanya aku untuk kepastian.
"Lelaki.Dia beritahu nama dia Kim Taehyung."beritahu Woozi membuatkan aku terus bangun daripada berbaring.
"Suruh dia masuk."arah aku sambil bangun daripada katil.
Woozi terus keluar daripada bilik untuk memanggil Taehyung.Bahagian bawah tilam aku segera angkat.'Hadiah' pemberian Hoseok aku ambil daripada bawah tilam lalu dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Akhirnya,hari ini aku dapat guna hadiah daripada Hoseok.Dah lama aku teringin nak guna."ujarku sambil bibirku mengukirkan senyuman sinis.
👄👄👄
"Apa khabar,Yoongi?Macam mana dengan keadaan kau?Kau dah bertambah sihat ke?"
Taehyung menanyakan tentang keadaan diri aku namun aku langsung tidak mempedulikan soalannya itu.
"Aku ada bawa buah untuk kau.Nanti kau makan ye.Nah."bicara Taehyung lagi setelah aku tidak menjawab soalannya tadi.
Taehyung menghulurkan sebakul buah-buahan kepada aku.Bakul buah-buahan itu aku ambil lalu aku letakkan di meja tidur bersebelahan katil.
Ketika Taehyung tidak memerhatikan aku,butang lock door aku tekan pantas di alat kawalan jauh.Setelah itu,bakul buah-buahan yang Taehyung berikan aku ambil semula.
Sebaik sahaja sampai di hadapan Taehyung,bakul buah-buahan itu aku baling ke lantai.Taehyung kelihatan terkejut dengan tindakan drastik aku itu.
"Kenapa kau baling buah tu?Kalau kau tak suka aku datang melawat kau,kau cakap jelah.Tak perlulah sampai baling-baling buah macam ni.Kesian buah ni."kata Taehyung dengan nada sedikit marah sambil merenung aku.
Kedua-dua belah tangan aku genggam dengan perasaan marah meluap-luap.Iris mata kiri aku perlahan-perlahan bertukar menjadi warna merah.Tangan aku mula terketar-ketar kerana aku terlalu marah sekarang.
Taehyung yang berdiri berhampiran dengan dinding aku renung tajam.Badannya aku tolak kuat ke dinding sehingga kepalanya sedikit terhantuk.
Sejurus itu,pisau yang aku sembunyikan di dalam poket seluar aku hunuskan ke perut Taehyung.Darah merah daripada perut Taehyung tersembur keluar sehingga mengenai baju aku.
"Arghh,sakit.Yo...Yoongi.A..apa kau buat ni?Ke..na..pa kau ti...kam a...ku?Arghh."aduh Taehyung yang sedang berada dalam kesakitan setelah ditikam oleh aku.
Pisau yang aku hunuskan ke perut Taehyung aku tikam dan tikam dengan lebih dalam lagi.Taehyung merintih kesakitan apabila aku berbuat begitu.
Aku tersenyum suka melihat keadaan Taehyung yang sedang sakit itu.Aku gembira tengok Taehyung sakit.Hati aku rasa puas bila aku tengok dia terseksa.Akhirnya,kemarahan aku terhadap Taehyung terbayar juga hari ni.
"Yoongi,aku dah balas dendam bagi pihak kau."getusku di dalam hati sambil melihat Taehyung yang sudah tersandar lesu.
"HAHAHAHAHAHAHAHAHA."
Taehyung yang tersandar kesakitan itu tiba-tiba tertawa.Dia ketawa terbahak-bahak seperti baru sahaja mendengar benda lawak.
Taehyung mengeluarkan pisau yang tercucuk di perutnya.Dia mengeluarkan pisau itu seperti dia langsung tidak berasa sakit setelah ditikam.
"Kau ingat dengan tikam aku kau dah boleh bunuh aku?Kau tersilap,Yoongi.Kau tak akan dapat bunuh aku walupun kau gilis aku dengan lori."ujar Taehyung setelah dia bangun.
"Nak tahu kenapa aku kata kau tak boleh bunuh aku?Aku kebal.Tiada apa dan sesiapa yang dapat bunuh aku termasuklah Tuhan.Syaitan macam aku jauh lebih berkuasa daripada Tuhan."
Perut Taehyung yang ditikam dengan pisau kembali pulih seperti sediakala.Tiada langsung kesan darah mahupun luka tikaman di perutnya.
Darah Taehyung yang terlekat di pisau Taehyung jilat sedikit.Darah yang dijilatnya itu kemudiannya dicalitkan di pipi kanan aku.
"Bye-bye,Yoongi.Kali ni,aku bunuh kau separuh dengan jarum,paku dan rambut.Nanti aku bunuh kau lagi ye."kata Taehyung lalu dia mencalitkan lagi darah yang dijilatnya di pipi sebelah kiri aku pula.
Taehyung terus berjalan keluar daripada bilik.Pintu yang aku kunci tadi dibuka begitu sahaja oleh Taehyung.
"Kau yang tersilap,Taehyung.Biar racun yang aku sapu di pisau tu meresap masuk dalam badan kau.Aku nak tengok kau mati perlahan-lahan dengan racun yang 'sahabat' aku buat."ujar aku sambil memandang sahabat aku yang berdiri di hadapan aku.
"Hai,Yoongi."ucap sahabat aku lalu bibirnya mengukirkan senyuman manis.
"Hai,Hoseok."ucapku kembali kepada Hoseok sambil membalas senyumannya.
"Kau apa khabar?Sihat?Kau rindu aku tak?"tanya Hoseok lalu dia berjalan mendekati aku.
"Sihat?Aku tak pernah 'sihat' bila kau hilang daripada hidup aku.Aku tak kuat tanpa kau.Aku rindukan kau sangat-sangat."balasku lalu aku juga berjalan mendekati Hoseok.
Hoseok berjalan menuju ke arah aku.Dia terus memeluk aku.Aku juga membalas pelukannya.Kami saling berpelukan.
Namun sayang walaupun aku dan Hoseok saling berpelukan,realitinya aku hanya memeluk diri aku sendiri.Roh mana boleh bersentuhan dengan apa-apa pun di alam manusia.
"Hyung,kak Nana datang nak melawat hyung."beritahu Woozi sambil membuka pintu bilik.
Sebaik sahaja Woozi memasuki bilik aku,Hoseok serta merta lesap daripada pandangan mata.
"Suruh dia masuk."balasku pendek.Malas mahu bercakap dengan adik Yoongi.
Tidak lama selepas itu,bunyi derapan tapak kaki berjalan mendekati bilik aku mula kedengaran.
"Hai,Yoongi."ucap Nana sebaik sahaja dia memasuki bilik aku.
Nana yang berdiri di hadapan aku dipandang.Nana memakai baju berlengan panjang berwarna putih dan seluar pendek paras paha.
Walaupun pakaian yang dipakai Nana itu tidaklah terlalu menjolok mata,aku tidak tahu kenapa mata aku ingin terus memandangnya.
"Yoongi,saya ada bawa belon dan teddy bear untuk awak ni.Nah,ambillah."kata Nana sambil sebiji belon dan sebuah teddy bear kepada aku.
Belon dan teddy bear yang dihulurkan Nana aku ambil lalu aku letakkan di atas meja.Telefon yang terletak di atas meja aku ambil.Apps Whatsapp aku tekan lalu chat dihantar kepada Nana.
Pergi balik✔✔
Aku tak nak tengok muka kau✔✔
"Balik?Saya baru sampai.Duduk pun tak sempat lagi.Bagilah saya melawat awak dulu."ujar Nana sambil matanya tidak lepas daripada memandang aku.
Tangan aku menaip di skrin telefon.Butang send aku tekan setelah aku selesai menaip.
Kau dah tengok muka aku kan✔✔
Kau dah melawat aku kan✔✔
Pergi balik sekarang✔✔
"Tak nak.Saya tak nak balik.Yoongi,bagilah saya melawat awak lama sikit.Saya tak puas pandang muka awak lagi.Biarlah saya pandang muka awak sampai puas dulu.Nanti bila saya dah puas pandang muka awak,saya baliklah."bicara Nana lalu dia terus menerus memandang aku.
Aku menaip sesuatu lagi di skrin telefon.Beberapa chat aku hantar kepada Nana.
Tak payah nak menggedik sangat✔✔
Pergi balik✔✔
"Tak nak.Tak nak.Tak nak.Tak nak.Tak nak.Saya tak nak balik.Saya tak nak balik.Saya tak nak balik.Saya tak nak balik."
Tangan aku menaip laju di skrin telefon.Sebuah chat aku hantar lagi kepada Nana.
Aku kata pergi balik sementara aku masih waras ni✔✔
Jangan sampai aku hilang waras✔✔
Kau tak tahu apa aku boleh buat pada kau kalau aku dah hilang waras✔✔
"Hilang waras?Apalah agaknya yang awak nak buat pada saya kalau awak dah hilang waras?Saya teringin nak tahu."balas Nana lalu kening kiri dijungkitkan seperti ingin mencabar aku.
Perasaan aku bercampur baur antara marah dan perasaan yang aku tak tahu.Aku rasa macam nak buat benda jahat sekarang.Aku menghantar chat lagi kepada Nana.
Tolong pergi balik✔✔
Jangan cabar kesabaran aku✔✔
"Tak.Saya tak nak balik.Cabar?Kenapa?Awak rasa tercabar ke?"balas Nana cuba untuk menguji kesabaran aku lagi.
Tangan aku menaip lagi di skrin telefon.Chat aku hantar kepada Nana.Ini akan jadi kali terakhir aku suruh dia balik.
Kalau dia berdegil tak nak balik juga,tengoklah benda jahat apa aku nak buat pada dia.
PERGI BALIKLAH PEREMPUAN✔✔
Aku dah start rasa lain macam ni✔✔
Kau pergi balik sekarang sebelum aku buat benda jahat pada kau✔✔
"Benda jahat?Awak berani ke buat benda jahat kat saya?Kalau awak berani,buatlah benda jahat kat saya.Saya cabar awak."ujar Nana lagi.
Nana menolak bahu aku sedikit bertujuan untuk mencabar aku.Ego aku sebagai lelaki mula goyah apabila Nana mencabar aku begitu.
Aku menaip lagi di skrin telefon untuk menghantar chat kepada Nana walaupun sebenarnya aku sudah malas.Malas mahu melayan perangai Nana yang mengada-ngada.
Aku beritahu buat kali terakhir✔✔
PERGI BALIK SEKARANG✔✔
Pergi balik sementara aku masih baik ni✔✔
Jangan sampai aku betul-betul buat benda jahat kat kau✔✔
Menyesal kau nanti✔✔
"Tak nak.Saya tetap tak nak balik.Saya tahu awak berani ugut je tapi awak tak berani buat kan.Buktinya,awak tak buat pun benda jahat pada saya.Kalau awak berani,daripada tadi lagi awak dah buat benda jahat pada saya."kata Nana membuatkan ego aku benar-benar tercabar kali ini.
Telefon yang berada di dalam genggaman aku lempar ke lantai.Aku terus meluru ke arah Nana.Badan genitnya aku tolak kuat ke katil.Aku menindih badannya.Mulutnya aku tekup dengan tangan kanan aku.
"Yo...ongi.A...pa.. awak buat ni?Yoongi."ujar Nana tergagap-gagap.
Aku tersenyum senget melihat Nana menggelabah begitu.Entah kenapa Nana nampak cantik sangat hari ini.Aku seakan-akan sudah tergoda dengan kecantikan Nana.
Tanpa sedar,tangan aku merayap di wajah Nana.Pipinya aku elus lembut.Jari jemari aku bermain-main dengan rambutnya.
"Yoo...ngi.Apa yang awak cuba buat ni?Tolong jangan buat saya macam ni.Lepaskan saya.Please."pinta Nana yang mula kelihatan takut.
Aku tidak mempedulikan Nana yang meminta aku untuk melepaskannya.Pisau yang berada di dalam poket seluar aku ambil dengan tangan kiri.
Pisau itu aku lalukan di wajah mulus Nana.Aku melalukan pisau itu di pipi terus ke bibir mungil Nana.Peluh mula memercik di dahi Nana.Ketara sangat dia takut bila aku lalukan pisau di mukanya.
"Yoongi.Awak nak bunuh saya ke?Kenapa awak tiba-tiba macam ni?Awak buat saya takut."
Nana menyuarakan ketakutannya.Air matanya bergenang lalu turun setitis demi setitis.Aku rasa semakin seronok mahu 'bermain' dengan Nana bila dia mula menangis.
Pisau aku angkat daripada muka Nana.Pisau aku lempar ke tepi.Leher jinjang Nana yang putih gebu itu menggoncangkan naluri kelakian aku.
"Yoongi,janganlah buat saya macam ni.Saya takut.Tolong berhenti.Tolong lepaskan saya.Saya merayu pada awak.Lepaskan saya.Please."
Nana merayu agar aku melepaskannya.Maaf sayang tapi rayuan kau dah terlambat.Kau yang cabar aku.
Aku dah beritahu tadi.Balik sebelum aku hilang waras.Sekarang aku dah hilang waras.Aku nak buat benda jahat pada kau.
Muka aku dekatkan dengan muka Nana.Sepasang mata milik Nana aku tatap.Nana juga memandang mata aku.Kami berdua sama-sama bertentangan mata.
Helaan nafas Nana dapat aku dengari.Pipi Nana aku usap manja.Tanpa aku duga,Nana juga mengusap manja pipi aku.
Tangan aku yang menekup mulutnya dijatuhkan perlahan-lahan olehnya.Dia mengangkat kepalanya sedikit agar lebih rapat dengan aku.
Bibir aku dipagut lembut oleh Nana.Bibir aku dan Nana bertaut agak lama sebelum aku meleraikan ciuman kami.
Setelah itu,aku pula yang memagut bibir Nana.Nana langsung tidak menolak aku malah dia memautkan tangannya di leher aku.Aku sedikit terkejut dengan perubahan sikap Nana yang tiba-tiba ini.
"Saya benarkan awak buat benda jahat pada saya.Buatlah."beritahu Nana lalu dia tersenyum menggoda.
Tempat persinggahan seterusnya bagi bibir aku setelah singgah di bibir Nana ialah leher jinjangnya.Bibir aku merapati leher Nana sehingga bersentuhan dengan lehernya.
Leher Nana aku gigit sedikit.Aku mengigit manja leher Nana bertujuan untuk membuat tanda.Tanda yang Nana ialah milik aku.
Badan aku terus ditolak oleh Nana setelah aku mengigit lehernya.Dia mengemaskan baju dan rambutnya yang sedikit berserabut sebelum mula melangkah ke pintu.
"Awak ingat awak seorang je yang boleh buat benda jahat pada saya?Saya pun boleh buat benda jahat pada awak."ujar Nana lalu dia memegang bibirnya.
"Yoongi,you better watch out.Hari ni awak gigit saya.Nanti saya gigit awak pulak.Beware."
Nana mengusap lehernya yang sudah berbekas merah akibat digigit oleh aku.Dia sempat mengukirkan senyuman buat aku sebelum dia melangkah keluar daripada bilik.
"Opps,i'm sorry,Yoongi.Aku dah 'rasmikan' bibir dan leher Nana dulu sebelum kau."ujarku lalu bibir aku yang masih hangat dengan ciuman daripada Nana aku sentuh.
To be continued...👄🔞
A/N:👄🔞
Jahat tak Yoongi eh silap Agust D dalam bab ni?🌚😂
Aku sebenarnya fikir banyak kali nak pub ke tak chap ni.
Yelah aku mana pernah buat chap macam ni🔞🌚
So,korang nak pilih siapa?
Yoongi yang innocent dan baik hati atau Agust D yang kurang ajar,kasar dan agak jahat?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro