Bab 24:Cutie Minmin feat Chef Minmin🎀🍗
Misi Membuka Mulut¤MYG
👄👄👄
"Oh my god,Yoongi.Apa yang awak buat ni?Saya tak pernah ajar awak buat macam ni."
👄👄👄
¤ ¤ ¤
Ding dong~
Loceng rumah Yoongi aku tekan berulang kali.Selagi Yoongi tak keluar rumah,selagi itulah aku akan tekan.Biar telinga dia pekak dengan bunyi loceng rumah.
Klakk
Bunyi pintu dibuka daripada dalam jelas kedengaran.Yoongi terkocoh-kocoh keluar daripada rumah.Itu tak apa lagi.Yang menarik perhatian aku ialah muka Yoongi dan baju yang dipakainya.Yoongi pakai skirt weh.Skirt weh skirt.
Muka Yoongi lengkap disolek.Mulutnya bergincu merah mak ngah.Pipinya berwarna merah jambu muda.Matanya bermaskara lebat dan garis kelopak matanya digariskan dengan eyeliner.
Kelopak matanya turut disapu dengan eye shadow berwarna merah jambu terang.Sepasang keningnya turut dilukis sempurna.
Hidung mancungnya di'shading'kan.Tidak cukup dengan itu,dia memakai rambut palsu berwarna coklat paras bawah bahu.Dia siap pakai reben rambut warna pink lagi.
"Hai,Yoongi.HAHAHAHAHA."ujarku cuba untuk menahan ketawa tetapi akhirnya tawaku terburai juga.
Yoongi mengambil telefon di dalam poket seluarnya.Dia kemudiannya menekan-nekan sesuatu di skrin telefonnya.
Vromm~
Telefon aku berbunyi menandakan ada chat masuk.Aku pantas membuka app Whatsapp untuk melihat chat yang dihantar kepada aku.
You got 2 new chat from My Silent Boy,Yoongi
Awak dah kenapa ketawa tanpa sebab?✔✔
Kenapa awak datang rumah saya?✔✔
Saya tak suruh awak datang pun✔✔
"Mulut saya suka hati sayalah nak ketawa ke apa ke.Yoongi,sejak bila awak bertukar jantina jadi perempuan ni?By the way,awak nampak cantik sangat make up macam ni.Kkaepjang gitu."Aku mengata Yoongi sambil cuba menahan ketawa.
Yoongi melihat wajahnya melalui cermin kucingnya.Dia mengeluh perlahan.Dia menekan-nekan sesuatu lagi di skrin telefonnya.
Vromm~
You got 6 new chat from My Silent Boy,Yoongi
So what✔✔
Do i look like i care?✔✔
Diri saya suka hati sayalah nak bertukar jadi perempuan ke jadi betina ke✔✔
Awak lama lagi ke kat sini?✔✔
Tak reti-reti nak balik lagi?✔✔
Saya nak sambung sesi make up dengan adik saya ni.✔✔
"Yoongi,sampai hati awak nak halau saya.Saya datang rumah awak ni sebab saya nak ajak awak dan keluarga awak makan malam kat rumah saya malam ni."beritahuku yang masih menahan ketawa.
Yoongi menekan-nekan sesuatu di skrin telefonnya.Tidak lama selepas itu,telefon aku berbunyi.
Makan malam?✔✔
Kenapa awak ajak saya makan malam?✔✔
"Hari tu kan awak dah ajak saya makan malam kat rumah awak.Sekarang giliran saya pula untuk ajak awak makan malam di rumah saya.Awak datang rumah saya pukul 8 malam.Okay saya balik dulu.Bye,bye."
Aku terus mempamitkan diri pergi daripada Yoongi tanpa sempat dia berkata apa-apa.Segaris senyuman terukir di bibir aku.Tidak sabar rasanya nak makan malam sekali dengan Yoongi.
"Bye,Nana.Comel je Nana ni.Patutlah Yoongi sukakan kau.Yoongi,you've made a good choice.Aku restui hubungan kau dengan Nana.By the way,boleh tahan cantik juga Woozi make up aku.Comelnya aku."
Aku memuji diri sendiri sambil melihat muka di hadapan cermin kucing.Aku terus berlari pecut masuk ke dalam rumah kerana selepas ini giliran aku pulak untuk make up Woozi.Hehehehe*gelak jahat*
👄👄👄
Sekotak kek coklat aku berikan kepada Nana sebaik sahaja dia membuka pintu pagar.Dia menyambut huluran kek coklat aku dengan pandangan penuh tanda tanya.
"Awalnya awak datang.Sekarang baru pukul 7 malam.Dahlah awak datang awal.Siap bagi kek cokla lagi.Buat menyusahkan awak je beli kek coklat ni."ujar Nana sambil matanya tidak lepas daripada memandang kotak kek coklat.
App Whatsapp aku buka.Aku menaip sesuatu di skrin telefon lalu sebuah chat dihantar kepada Nana.
Tak susah pun✔✔
Saya tak beli kek tu✔✔
Saya buat sendiri✔✔
"Wah,pandainya awak buat kek coklat.Malam yang saya pergi makan malam kat rumah awak pun awak yang masak.Bertuahnya siapa yang dapat jadi isteri awak nanti.Dapat suami pandai masak macam awak."puji Nana sambil senyuman manis terukir di bibirnya.
"Yang bertuah tu Yoongi.Bukannya aku.Aku cuma menumpang je dalam badan Yoongi.Bila Yoongi dah tak perlukan aku,aku akan pergi."bicara aku di dalam hati tanpa sedar.
"Yoongi,awak buat apa lagi berdiri kat luar tu?Jomlah masuk.Kita masak sama-sama ye."
Suara Nana mengajak aku masuk ke dalam rumahnya menyedarkan aku daripada lamunan.Aku segera mengikut Nana masuk ke rumahnya daripada belakang.
👄👄👄
"Okay,untuk makan malam malam ni saya nak masak ayam percik memercik dipercik terpercik bersama sos istimewa merecik-recik.Yoongi,awak boleh tolong saya masak tak?"tanyaku kepada Yoongi yang sedang menolong aku mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak daripada dalam peti ais.
Yoongi mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan dia setuju untuk membantu aku.Dia mula membasuh sayur-sayuran lalu memotongnya tanpa sempat aku menyuruhnya.
15 minit kemudian
"Saya dah siap buat bahan perapan untuk ayam percik ni.Boleh tak awak tolong perapkan ayam ni dengan bahan perapan sementara saya nak buat sos dia?Awak kena pastikan awak ratakan bahan perapan ke seluruh bahagian ayam.Boleh?"
Yoongi terus mengambil bekas yang berisi dengan ayam setelah mendengar arahan daripada aku.Aku pula mula membuat sos ayam percik sambil Yoongi memerap ayam.
10 minit kemudian
Susuk tubuh Yoongi yang sedang sibuk memerap ayam itu aku dekati.Aku mendekati Yoongi perlahan-lahan daripada belakang setelah aku siap membuat sos ayam percik.
"Yoongi,awak dah siap ke belum perap ayam tu?"tanya aku kepada Yoongi yang leka dengan ayamnya itu.
Yoongi menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tangannya masih ligat memegang-megang ayam itu.Aku yang pelik dengan Yoongi segera melihat Yoongi yang sedang memerapkan ayam sejak 10 minit yang lalu.Macam ada benda yang tak kena.
"Oh my god,Yoongi.Apa yang awak buat ni?Saya tak pernah ajar awak buat macam ni."ujarku spontan sebaik sahaja aku melihat apa sebenarnya yang Yoongi sedang lakukan sekarang.
Aku harapkan Yoongi ratakan bahan perapan ke seluruh bahagian ayam tetapi lain pula yang dibuatnya.Yoongi sedang mengurut-urut ayam itu dengan penuh lemah lembutnya persis seorang tukung urut mengurut pelanggannya.
"Yoongi.Saya suruh awak ratakan bahan perapan ke seluruh ayam.Saya tak suruh pun awak urut ayam tu.Ayam tu saya dah urut malam semalam."ujar aku sambil melibas dahi Yoongi dengan daun bawang.
Yoongi mencemberutkan bibirnya beserta jelingan tajam ditujukan kepada aku.Dia marah aku la tu sebab aku libas dahi dia dengan daun bawang namun dia masih mengurut ayam itu.
Klakk
Bunyi pintu dibuka daripada luar membuatkan aku menjengukkkan kepala sedikit untuk melihat siapakah yang telah membuka pintu.
Seorang lelaki yang memakai baju serba hitam daripada hujung rambut hingga hujung kaki sedang menolak daun pintu untuk memasuki rumah.
"Siapa pulak yang buka pintu rumah aku?Omma ada di dalam bilik.Habis tu,siapa yang buka pintu?Takkanlah perompak kut?"kataku perlahan lalu aku mengalihkan kepala memandang Yoongi.
Sebuah kuali dan senduk besi yang tersangkut di penyangkut kabinet dapur aku ambil secara perlahan-lahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.Aku segera menarik Yoongi yang masih sibuk mengurut ayam ke bawah meja dapur.
"Yoongi,awak jangan bercakap.Jangan buka mulut.Jangan buat bising.Saya rasa ada perompak dalam rumah saya sekarang."bisikku perlahan di telinga Yoongi.
Yoongi serta merta mengeluarkan kepalanya daripada bawah meja untuk melihat perompak yang aku katakan itu.Kepala Yoongi yang terjulur keluar daripada bawah meja itu segera aku tarik ke bawah meja semula.
"Yoongi,janganlah keluarkan kepala awak.Nanti perompak tu tahu kita ada kat sini.Saya tahu apa nak buat untuk tangkap perompak tu.Saya akan pukul badan perompak tu dengan senduk besi ni.Awak pulak ketuk kepala perompak tu dengan kuali ni.Setuju?"ujarku sambil menyerahkan kuali kepada Yoongi.
Yoongi menganggukkan kepala menandakan dia setuju dengan cadangan aku.Dia mengambil kuali daripada tangan aku lalu matanya teralih ke arah aku.Aku juga memandangnya namun aku pantas melarikan pandangan ke arah lain.
"Okay,saya ada rancangan.Dalam kiraan 3,bila perompak tu dah dekat dengan kita,saya nak awak pergi pukul kepala dia kuat-kuat.Lepas tu,saya pulak akan pukul badan dia dengan sudip besi ni."ujarku separuh berbisik sambil senduk besi aku pegang erat.
Kepala aku keluarkan sedikit daripada bawah meja untuk meninjau situasi terkini.Perompak itu sedang berjalan menuju ke dapur.Lebih tepat lagi perompak itu sedang berjalan menuju ke arah meja yang menjadi tempat persembunyian aku dan Yoongi.
"Perompak tu dah semakin dekat dengan kita.Yoongi,dalam kiraan 3,saya nak awak keluar daripada bawah meja dan pukul kepala perompak tu kuat-kuat.3,2,1.Yoongi,sekarang."
Aku mengarahkan Yoongi keluar daripada bawah meja untuk memukul kepala perompak itu.Yoongi yang sudah bersiap sedia dengan kuali di tangan segera meluru keluar daripada bawah meja dan berlari pantas ke arah lelaki itu.
Bukk
Satu bunyi pukulan kuali padu kuat kedengaran.Yoongi telah berjaya memukul kepala perompak itu.Aku yang berada di belakang Yoongi terus memukul badan perompak itu sekuat hati dengan senduk besi.
"Perompak tak guna.Berani kau masuk rumah Kozume?Kau ni memang cari nahas.Mari sini biar Kozume Yumi belasah kau cukup-cukup.Rasakan ni.Ambik ni.Yoongi,pukul kepala dia lagi.Kita pukul dia sampai pengsan."arahku kepada Yoongi yang masih memegang kuali.
"Yaa,baka.Adik bengap.Sakitlah kepala baby.Ini oni san(abang) la.Ini baby Kiki.Bukannya perompak.I'm Kozume Yuki aka Na Jimin.Takkanlah abang sendiri pun dah tak kenal?Dasar adik lupakan abang."bebel perompak itu yang mengaku sebagai abang aku.
"Oni san?Baby Kiki?Kozume Yuki?Na Jimin?Betul ke kau abang aku?Buktikan."kata aku yang tidak mempercayai kata-kata perompak itu.
Perompak itu membuka mask hitam yang menutupi mukanya.Sebaik sahaja muka perompak itu terdedah,aku terus berlari ke dalam pelukannya.
"Baby Kiki,baby Mimi rindu baby Kiki sangat-sangat.Kenapa baby Kiki dah lama tak balik?Baby Kiki rindu baby Mimi tak?"ujarku penuh manja lalu pelukan dileraikan dengan baby Kiki.
"Mestilah baby Kiki rindukan baby Mimi.Baby Mimi kan satu-satunya adik perempuan baby Kiki.Setiap saat dan setiap hembusan nafas baby Kiki rindukan baby Mimi tau.I miss you so much,baby."balas baby Kiki lalu dia mencuit hidung aku.
👄👄👄
"Baby Kiki,lelaki rambut putih yang duduk hadapan abang tu nama dia Min Yoongi.Yoongi,ini abang saya.Nama Jepun dia Kozume Yuki.Nama Korea dia Na Jimin."
Nana memperkenalkan abangnya kepada aku dan memperkenalkan aku kepada abangnya.Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Jimin namun Jimin hanya membalas salaman aku acuh tak acuh sahaja.
"Aku Na Jimin.Selamat berkenalan."kata Jimin ketika bersalaman dengan aku.
Aku hanya mampu tersenyum manis untuk membalas salam perkenalan daripada Jimin.Tiada sebarang kata perkenalan yang keluar daripada mulut aku.
Jimin merenung mata aku sedalam-dalamnya.Aku melarikan pandangan ke arah lain.Tidak berani aku mahu terus bertentang mata dengan Jimin.Jimin merenung aku seperti mahu menelan aku hidup-hidup.
"Sampai bila korang nak bersalaman ni?Nana dah laparlah.Ayam percik tu dah memanggil-manggil suruh makan dia."tegur Nana membuatkan aku dan Jimin serta menarik tangan masing-masing.
"Baiklah semua.Jemput makan.Selamat menjamu selera."ucap Nana lalu dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan.
Aku makan dengan penuh tertib tanpa sebarang suara.Nana pula makan sambil berbual-bual dengan abangnya.
Mereka berbual seperti aku tidak wujud di samping mereka.Aku hanya memerhatikan mereka berdua berbual dengan perasaan kesal.
"Aku baru ingat nak luahkan luahan hati Yoongi pada kau,Nana.Tak apalah.Biarlah Yoongi sendiri yang beritahu kau."bicaraku di dalam hati sambil memandang Nana.
👄👄👄
"Yoongi,boleh kita bercakap sikit?"tanya Jimin setelah kami bertiga selesai makan.
Aku menganggukkan kepala kepada pertanyaan Jimin.Jimin mula bangun daripada kerusi.Aku juga bangun daripada kerusi.
"Ikut aku.Kita bercakap di taman mini."beritahu Jimin lalu dia mula berjalan menuju ke taman mini.Aku pula hanya mengikutnya daripada belakang.
👄👄👄
"Macam mana kau boleh kenal dengan adik aku?Macam mana adik aku boleh kenal kau?Dah berapa lama kau berkawan dengan dia?Apa sebab kau berkawan dengan adik aku?"
Pertanyaan Jimin yang bertubi-tubi bak peluru itu membuatkan aku tidak tahu mahu menjawab soalan yang mana terlebih dahulu.
"Tak.Kau tak perlu jawab soalan aku.Aku tak nak tahu pun jawapan kau.Aku cuma nak kau dengar apa yang aku nak cakap ni."
Jimin bangkit daripada kerusi panjang.Dia berjalan ke hadapan aku lalu dia memusingkan badan menghadap aku.Mata aku ditenungnya lama.Dia kemudiannya mengeluarkan sekeping sampul berwarna coklat terang daripada poket jaketnya.
"Ambil duit ni.Aku tahu kau berkawan dengan adik aku sebab kau nak kikis duit dia sahaja kan.Aku nak kau ambil duit tu dan pergi jauh daripada adik aku.Aku tak nak tengok kau dekat dengan adik aku lagi.Aku tak suka tengok lelaki lain dekat dengan adik aku terutama sekali lelaki macam kau.Lelaki semua sama sahaja.Semua lelaki tak guna kecuali aku."
Jimin membaling sampul surat berisi duit itu tepat ke muka aku.Beberapa kepingan duit kertas terkeluar daripada sampul surat yang sudah terjatuh ke tanah.Aku membongkokkan badan untuk mengambil sampul surat itu.
"Aku dah agak kau sama sahaja dengan lelaki lain.Lelaki jenis pisau cukur.Buktinya,sekarang kau tengah kutip duit yang aku campakkan ke tanah.Dasar mata duitan.Materialistik."kata Jimin lagi untuk menyakitkan hati aku namun aku tetap bersabar.
Aku menegakkan badan semula setelah selesai mengambil sampul surat itu.Jimin yang berdiri di hadapan aku direnung sebentar.
Duit yang berada di dalam sampul surat aku keluarkan.Aku menggenggam kepingan duit itu dengan perasaan geram.Kepingan duit itu aku tayangkan di hadapan mata Jimin.
Crakk
Duit yang diberikan Jimin aku koyak satu persatu.Jimin jelas terkejut melihat perbuatan aku mengoyak duit yang diberikannya tadi.Matanya membulat melihat aku yang sedang mengoyak duit.
Duit yang sudah dikoyak itu aku baling semula ke muka Jimin.Jimin kelihatan seperti tidak menyangka aku akan berbuat begitu.
Tanpa membuang masa lagi,aku terus melangkah meninggalkan Jimin yang masih lagi terkejut dengan tindakan aku tadi.
"Aku mungkin nampak lemah tapi aku tak selemah yang kau sangkakan.Aku Minmin.Aku bukan Min Yoongi.Aku tak lemah macam Min Yoongi."getusku di dalam hati sambil tanganku digenggam kerana aku masih geram dengan Jimin.
To be continued...👄
A/N:🎀🍗
Ada yang rindukan Yoongi tak selama beberapa hari Yoongi hilang ni?
*Yoongi tanya sambil buat muka comel*
Ada yang geram dengan Jimin aka Baby Kiki aka Kozume Yuki?
Minggu depan mungkin aku tak update langsung ff ni sebab aku exam.
So,selama seminggu tu korang pandai-pandailah tahan rindu korang kat Yoongi ye.
Hehehehe*evil laugh*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro