Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23:Lip Balm Kiss💄💋

Misi Membuka Mulut¤MYG

👄👄👄

P/s:Untuk lebih feel lip balm kiss,sila dengar lagu yang aku letakkan kat atas tu.Sebab lepas ni Yoongi akan buat korang rasa apa itu 'lip balm kiss'🌚💋

👄👄👄


I close my eyes because i know what you're gonna do to my lips

¤ ¤ ¤

Sinar matahari yang memasuki segenap ruang di dalam bilik aku melalui tingkap membangunkan aku daripada tidur yang lena.

Katil empuk yang menjadi tempat aku beradu aku tinggalkan.Cadar dan selimut yang agak berselerak aku kemaskan betul-betul sehingga kemas.

Meow~

Bunyi kucing secara tiba-tiba itu menandakan ada chat masuk.Telefon yang diletakkan di tepi meja kecil katil aku ambil.App Whatsapp aku buka untuk melihat chat yang dihantar kepada aku.

You got 4 new message from Nana Creepy

Good moaning,Yoongi✔✔

Eh,sorry.Saya tertypo secara sengaja pulak.✔✔

Good morning,Yoongi✔✔

Awak dah bangun ke belum?✔✔

Good morning too,Nana✔✔

Biasalah typo tu✔✔

Orang yang berjari gemuk memang selalu typo✔✔

Kalau saya belum bangun lagi,habis tu siapa yang tengah chat dengan awak sekarang?✔✔


😑✔✔

Jari saya kuruslah✔✔

Yoongi,Yoongi,Yoongi✔

👉👈✔✔


Ye,ye,ye✔✔

Awak dah kenapa buat tangan macam tu?✔✔

Kalau awak nak pergi tandas,pergi jelah✔✔


Saya buat tangan macam tu bukan sebab nak pergi tandaslah✔✔

Saya buat tangan macam tu sebab saya nak tanya sesuatu kat awak.✔✔

Awak nak tanya apa?✔✔

Tanyalah✔✔


Pagi ni awak free tak?✔✔


Free je✔✔

Kenapa awak tanya?✔✔


Saya ingat nak ajak awak pergi berjoging kat taman dengan anjing awak dan anjing saya✔✔

Awak nak tak jogging dengan saya?✔✔


App Whatsapp aku tutup.Aku sengaja bagi red tick kat Nana.Aku sengaja tak nak balas chat dia.Biar dia tertunggu-tunggu jawapan daripada aku.

Tuala yang disangkutkan di panel besi aku gapai dengan tangan kanan sambil aku menari-nari menuju ke bilik air.


👄👄👄


Penampilan diriku yang sudah lengkap berpakaian sukan berwarna pink aku pandang di hadapan cermin.Rambut yang sedikit berserabut aku kemaskan dengan jari.


"Apa lagi yang tak lengkap kat diri aku?Tak cukup handsome lagi ni."ujarku sambil melihat imej diri di hadapan cermin.

"Aku tahu apa yang tak lengkap.Lip balm Nivea perisa tembikai.Aku terlupa nak pakai lip balm."

Lip balm yang terletak di meja solek aku ambil lalu penutup segera dibuka.Mulut aku dimuncungkan sedikit setelah aku memakai lip balm untuk meratakan lip balm ke seluruh mulut.

"Ini baru lengkap.Barulah nampak handsome.Ini baru Minmin namanya."pujiku terhadap diri sendiri lalu sebuah senyuman lebar hadir di bibir.

"Aku dah siap.Sekarang aku nak siapkan anak aku pulak."

Klik,klik,klik~

Jari dipetik-petik bertujuan untuk memanggil anak aku.Anak aku tak datang-datang walaupun aku dah petik jari banyak kali.

Selalunya kalau aku dah petik sekali macam ribut anak aku datang.Aku ada cara kedua untuk buat anak aku datang.

"Min Hollyyyyyyyyyyyyyyyy.Min Holly anak jantan Min Yoongi.Min Holly oh Min Holly.Min Holly yang coklat lagikan berbulu-bulu.Min Hollyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy."

Jeritan suara aku yang memanggil nama Min Holly bergema kuat di dalam bilik.Bagai nak pecah tingkap bilik aku jerit tetapi anak aku tetap juga tidak datang.

"Nampaknya cara kedua tak berkesan.Kalau macam tu,aku terpaksa gunakan cara ketiga."

Aku berjalan keluar daripada bilik.Mata aku meninjau kawasan ruang tamu yang berada di bawah sebelum aku mula membersihkan tekak.

"Min Hollyku comel.Bulunya lebat.Selalu sihat dibela Min Yoongi.Min Holly,yeah,yeah,yeah."

Lagu rasmi untuk memanggil Min Holly aku nyanyikan dengan kuat sekali.Nampaknya aku menyanyi kuat sangat sampai adik aku yang susah nak bangun awal pagi boleh terbangun awal.

Buktinya sekarang dia tengah berjalan keluar daripada bilik dia dengan muka tomato masam.Tapi adik aku tidak keluar daripada bilik berseorangan.Dia keluar bersama 'sesuatu.'

"Min Holly,my son.Come to papa."ujarku teruja apabila anjing berwarna coklat keluar bersama dengan Woozi berlari-lari ke arah aku.

Awuf

Awuf

Awuf

Tangan didepakan untuk menyambut Min Holly ke dalam dakapan aku.Min Holly melompat laju ke dalam pelukan aku sehingga membuatkan aku terbaring ke belakang.Min Holly menjilat-jilat muka aku tanda dia teruja dapat berjumpa dengan aku.

"Min Holly,stop it.Janganlah jilat muka papa.Nanti habis keluar foundation yang papa pakai."

Muka ditutup dengan tangan untuk menghalang Min Holly daripada terus menjilat muka aku.Eh tak dapat muka aku tangan aku pula dijilatnya.Nakal betul Min Holly ni.Ikut perangai siapalah agaknya nakal sangat ni.

"Hyung,boleh tak hyung jaga anak hyung tu baik-baik sikit?Kalau hyung nak tahu,anak hyung tu suka-suka hati dia je masuk dalam bilik Woozi.Dia gigit-gigit kaki Woozi masa Woozi tengah tidur.Woozi tak boleh nak tidur lena.Baru je Woozi dapat tidur,hyung pulak menyanyi-nyanyi.Bising tahu tak.
Kalau suara hyung sedap tak apalah juga.Ini suara hyung macam ayam tercekik dedak ada hati nak menyanyi.Dahlah malam tadi Woozi tidur lambat sebab nak siapkan kerja kursus.Eii,streslah macam ni.Stress.Stress.Stresss.Arghhh."

Woozi memarahi aku dan Min Holly.Aku hanya terdiam tanpa suara.Dia kemudiannya berjalan ke biliknya sambil menghentak-hentakkan kaki.Pintu bilik turut dihempas kuat tanda dia marah dengan aku.

"Dia marah siapa sebenarnya?Dia marah aku ke marah Yoongi?Aku kelirulah."kata aku sambil menggaru-garu kepala.


👄👄👄


Ding dong~

Kasut sukan berjenama Puma yang terletak di dalam rak aku ambil.Kasut sukan aku sarungkan ke kaki dengan kadar segera kerana loceng rumah sedang berbunyi.Aku berlari-lari anak bersama-sama anjing aku,Mai untuk membuka pintu.

Tombol pintu dipulas.Pintu rumah dibuka.Mai terlebih dahulu keluar daripada aku.Seorang lelaki berambut putih sedang berdiri di luar pintu pagar dengan seekor anjing coklat.

"Yoongi?"

Aku memanggil lelaki berambut putih yang lengkap berpakaian sukam berwarna pink daripada topi sehinggalah ke kasut sukan.

Lelaki itu yang berdiri membelakangi aku memalingkan badannya ke hadapan setelah mendengar panggilan aku.

"Saya ingatkan awak tak nak jogging dengan saya.Awak tak balas pun chat saya lepas saya ajak awak jogging.Hmmph."

Tangan disilangkan di dada tanda merajuk dengan Yoongi.Eh,gedik je aku ni.Yoongi menekan-nekan sesuatu di skrin telefonnya.

Vromm~

Telefon aku berbunyi menandakan ada chat masuk.Aku segera mengambil telefon di dalam poket seluar lalu app whatsapp dibuka untuk melihat chat.

You got 6 new chat from My Silent Boy,Yoongi

Kenapa saya perlu balas chat awak kalau saya boleh datang jumpa awak?✔✔

Jomlah kita pergi jogging✔✔

I'm excited✔✔

One✔✔

Two✔✔

Three✔✔

"One?Two?Three?"ujarku penuh tanda tanya sambil memandang Yoongi yang berada di hadapan aku.

Eh,mana Yoongi?Tadi baru dia ada depan aku.Sekarang dah tak ada.Dia ni selalu hilang tiba-tiba.

Awuf

Awuf

Suara anjing menyalak kedengaran dari jauh.Aku melihat dari mana datangnya suara anjing itu.Yoongi rupa-rupanya sudah berlari jauh di hadapan bersama-sama anjingnya.

"Kenapa Yoongi selalu tinggalkan aku?Haih,dia ni memang suka tinggalkan orang ke apa?Cis."rungutku seorang diri lalu aku berlari bersama Mai untuk mengejar Yoongi dan anjingnya.


👄👄👄


"Yoongi,saya perkenalkan ini Mai,anjing saya.Mai ni berjantina betina dan berbaka anjing akita,baka anjing Jepun.Mai,say konichiwa to uncle Yoongi."

Aku memperkenalkan Mai kepada Yoongi lalu aku mengarahkan Mai untuk mengucapkan 'konichiwa' kepada Yoongi.

Mai berjalan menuju kepada Yoongi.Mai mengangkat tangan kanannya sedikit untuk bersalam dengan Yoongi.

Awuff

Yoongi yang sedang berdiri terus mencangkungkan badannya untuk bersalam dengan Mai.Dia menggosok-gosok lembut kepala Mai.Pipi Mai dicubit-cubitnya manja.Hidung Mai dipicit-dipicitnya seperti tidak mahu lepas.

Aku melihat app Whatsapp.Yoongi tengah online.Dia sedang menaip sesuatu nampaknya.Apalah yang Yoongi tulis lama sangat ni?

Nana,saya perkenalkan anjing coklat bulu ruffle-ruffle yang comel ni saya namakan Min Holly✔✔

Min Holy ni berjantina jantan dan berbaka toy poddle✔✔

My Silent Boy,Yoongi
last seen at 8:30 p.m

Yoongi menekan-nekan sesuatu lagi di skrin telefonnya.Dia menunjukkam telefonnya kepada Min Holly yang asyik memandang Mai.

"Hello."

Telefon Yoongi mengatakan hello.Mesti Yoongi guna google speak tu.Dia ni buat dasar tutup mulut betul.Sampaikan nak arahkan anjing pun dia tak nak bercakap.

Min Holly berlari-lari ke arah aku.Aku mencangkungkan badan untuk menyambut Min Holly ke dalam dakapan.Min Holly terus melompat pantas kepada aku sehingga aku terbaring ke belakang.

"Min Holly,janganlah cium aunty Nana.Hilang first kiss aunty Nana nanti."ujarku setelah Min Holly yang agak nakal ini mencium mulut aku.


👄👄👄


"Yoongi,tunggulah saya.Janganlah lari laju sangat.Janganlah tinggalkan saya.Awak kata nak jogging sekali dengan saya.Sekarang awak tinggalkan saya lagi.Hmmph."

Aku berteriak daripada belakang memanggil Yoongi setelah ditinggalkan oleh Yoongi sekali lagi.Dahlah aku kena tinggal seorang kat belakang ni.

Mai pun Yoongi dah culik.Tiga ekor tu lari bukan main laju tinggalkan aku dekat belakang.

Yoongi menolehkan kepalanya sedikit ke belakang memandang aku.Dia berlari ke arah aku bersama-sama Mai dan Min Holly.Kesian tengok aku lari sorang-sorang kut.

"Eh,kenapa awak tak lari je terus?Awak kan suka tinggalkan saya.Pergilah lari lagi."

Bibir aku cemberutkan.Muka aku palingkan ke arah lain.Aku tidak mahu memandang Yoongi.Aku tengah merajuk dengan Yoongi sekarang.

Yoongi memegang pipi aku.Dia mengalihkan muka aku menghadapnya.Pipi aku diusap-usapnya lembut.

Yoongi mendekatkan dirinya dengan aku.Aku hanya berdiri kaku di tempat aku berdiri.Jarak antara kami semakin dekat sehinga helaan nafas Yoongi dapat aku dengari.

Mata Yoongi meneroka ke segenap wajah aku sehinggalah matanya terhenti di bibir aku.Dia menggigit bahagian bawah bibirnya.Bibir aku disentuh oleh jari jemarinya.

Yoongi bergerak semakin dekat,semakin dekat dan dekat.Aku menutup mata kerana aku tahu apa yang Yoongi nak buat.Aku malu sebenarnya.

Bibir aku terasa seperti disentuh oleh sesuatu yang lembut.Aku malu nak buka mata sebab aku tahu apa yang Yoongi tengah buat kat bibir aku sekarang.

Eh,kejap,kejap.Apasal lama sangat Yoongi cium aku?Kenapa aku rasa macam bibir Yoongi bergerak ke seluruh kawasan bibir aku?Macam ada benda yang tak kena je.

Aku nekad untuk membuka mata.Perasaan malu aku buang jauh-jauh.Aku kena tahu apa yang Yoongi buat sebenarnya kat bibir aku.

R

U

P

A

-

R

U

P

A

N

Y

A

Yoongi sedang mengoleskan lip balm ke mulut aku.Patutlah aku rasa macam ada benda bergerak-gerak ke seluruh bibir aku.Aku mati-mati ingat Yoongi cium aku.Cis,aku dah kena tipu dengan Yoongi.

Vromm~

Telefon aku aku berbunyi.Aku membuka app Whatsapp untuk melihat chat yang masuk.

You got 1 new chat from My Silent Boy,Yoongi

Done✔✔


Apa yang done?✔✔


Done letakkan lip balm kat bibir awak✔✔

Saya tengok bibir awak kering dan pucat sangat sebab tu saya letakkan lip balm kat bibir awak✔✔

Tapi kenapa awak tutup mata tadi?✔✔

Awak ingat saya nak cium awak eh?✔✔

Iya kan iya kan bener kan✔✔

Aku tidak membalas chat daripada Yoongi.Tadi Yoongi bagi aku red tick sekarang aku pulak bagi red tick kat dia.Telefon aku masukkan ke dalam poket.

Aku terus berlari pecut meninggalkan Yoongi sambil menutup muka dengan tangan.Malu akibat tidak jadi dicium oleh Yoongi semakin terasa.

Lantaklah Yoongi nak kata apa pun kat aku.Yang penting aku kena lari daripada Yoongi.Aku malu.Malu gila biawak.

"Kenapa dia tiba-tiba lari?Aku ada tersalah cakap ke?Aku ada buat salah kat dia ke?Aku kelirulah."ujar Yoongi seorang diri sambil menggaru-garu kepalanya dengan penuh kebingungan.

"I'm glad he did'nt kiss you because your lip is mine."getus Taehyung yang sedari tadi hanya memerhatikan Yoongi dan Nana di sebalik pokok.

"Tangan aku terasa macam nak tikam-tikam patung Voodoo kaulah Yoongi.Should i stab your Voodo doll or should i send my demon to you?"ujar Taehyung lalu tersenyum sinis sambil memerhatikan Yoongi.

To be continued...👄



A/N:💄💋

I'm so sick of this fake kiss,fake kiss,fake kiss~😂

So,nampaknya Minmin dah debut dalam badan Yoongi.

What do you think about Minmin?

Do you like Agust D or Minmin more?

Anyway,thank you very much for 2.04K reads..

Aku tak sangka Misi Membuka Mulut akan cecah 2K reads.

Terima kasihlah kepada semua yang masih membaca dan suka ff MMM yg pelik ni.

Dear Luciders,I love you three thousand❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro