Bab 2:Nightmare👻
"Hyung."
Kedua-dua belah pipiku terasa seperti ditepuk dengan kuat oleh seseorang.Aku pasti geng pembuli itu yang menepuk kuat pipiku.Untuk memastikan perkara itu,aku membuka mata dan melihat ke hadapan.
Rupa-rupanya
Seorang lelaki berambut putih berada betul-betul di hadapan mukaku.Aku yang terkejut besar dengan kehadiran lelaki itu tanpa berfikir panjang terus menampar kuat pipinya.
"Omma,tolong.Ada ahli sihir jahat dalam bilik yoongi.Tolong!"jeritku sekuat hati sambil bersembunyi di dalam selimut.
"Arrgh,sakitlah hyung."
Lelaki itu mengaduh kesakitan akibat daripada tamparan aku tadi.
Hyung?
Aku tahu siapa lelaki itu.Selimut tebal yang menutupi seluruh tubuh segera ditarik olehku.Oh,mangkuk hayun ni rupanya.Buat terkejut aku je tadi.Ingatkan ahli sihir manalah yang dah ceroboh masuk bilik aku.
"Padanlah dengan muka.Apa kau buat dalam bilik hyung pagi-pagi buta ni?Kacau orang tidur jelah."balasku kepada lelaki itu lalu menarik semula selimut dan kembali tidur.
Hyung?
Mesti korang pelik kan kenapa aku bahasakan diri aku hyung kat lelaki tu.Meh aku nak bagitahu.Lelaki berambut putih tadi tu sebenarnya adik lelaki aku.
"Appa suruh woozi kejutkan hyung.Tadi appa dah ketuk pintu bilik hyung tapi hyung tak bangun-bangun jugak.Tu yang woozi masuk kejutkan hyung dalam bilik yang serupa macam reban chicken tak siap ni."beritahu woozi berserta sebuah sindiran kepada aku.
"Apa kau kata tadi?Reban chicken tak siap?You wanna die?"balasku kembali sambil merenung tajam woozi yang sudah menjarakkan dirinya daripada katilku.
Budak ni macam tahu-tahu je apa aku nak buat kat dia lepas ni.
"Min Jihoon,jangan lari.Wolverine Min Yoongi dah bersiap sedia nak menyerang ni.Shing."
Aku bingkas bangun daripada katil dan berlari menuju ke arah woozi yang kelihatan sudah bersiap sedia untuk melarikan diri.
Dengan berbekalkan 3 jari di tangan kanan dan kiri,aku pantas mengejar woozi yang sedang berlari-lari anak mengelilingi bilikku.3 jari tu sebenarnya acah-acah jadi wolverine je.
"Ha,dapat pun.Kan wolverine min yoongi dah pesan jangan lari.Terimalah balasannya.Shing."
Badan kecil seorang lelaki bernama Min Jihoon aka Woozi akhirnya dapat ditangkap olehku.Memang silap besarlah kalau woozi fikir dia boleh lari daripada hyung dia yang handsome mengalahkan Suga BTS tu.
Aku segera menggeletek Woozi tanpa sebarang belas kasihan.Woozi ketawa macam orang gila menahan kegelian apabila badannya digeletek oleh aku.
Well,aku memang pakar menggeletek orang.Tambah-tambah lagi kalau geletek adik aku.Lagilah aku pakar.
"Hyung,berhenti.Woozi dah tak larat nak gelak ni.Hahaha."teriak woozi yang sudah mengalirkan air mata kerana digeletek olehku.
"Hyung baru geletek manja je kot.Tak geletek betul-betul lagi.Baru geletek sikit dah keluar air mata.Hati tisu betul adik hyung ni."kataku sambil menampar perlahan lengan adikku.
Woozi mengelap air mata yang mengalir sebelum mula bercakap semula dengan aku.
"Yelah tu geletek manja.Urat perut Woozi rasa macam nak pecah dah ni tau.By the way hyung,boleh tak kalau Woozi nak tanya satu soalan?"beritahu woozi sambil memandang tepat ke mataku.
"Boleh je.Tanyalah."balasku ringkas.
Woozi menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia kelihatan teragak-agak untuk bercakap.Serius sangat ke soalan yang dia nak tanya kat aku sampai macam tu sekali keadaan dia.
Aku pulak yang rasa berdebar-debar sebab nak tahu apa soalan yang woozi nak tanyakan tu.
"Ermm,hyung mimpikan pasal kejadian yang berlaku 5 bulan lepas ke?"tanya Woozi sambil anak matanya yang berwarna merah itu memandang aku dengan pandangan redup.
Sebuah keluhan kecil dilepaskan.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab pertanyaan daripada adikku itu.
Kalau boleh aku dah tak nak ingat langsung pasal kejadian 5 bulan lepas tu.Tapi dah adik aku tanya terpaksalah aku jawab jugak.
"Ya."balasku ringkas sebelum...
Tanpa diduga,titisan-titisan jernih air mata keluar daripada tubir mataku.
Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan menangis lagi.Rasanya dah 5 bulan berlalu sejak kali terakhir aku menangis.
Aku ingatkan aku kuat.Rupa-rupanya tak langsung.Adik aku baru tanya sikit pasal kejadian 5 bulan lepas aku dah nangis.
Kau tak kuat,Min Yoongi.Kau lemah.Kau pengecut.Sebab tulah mereka boleh buli kau.Sebab tu jugaklah mereka dapat pukul adik kau.Semuanya sebab kau lemah.
Aku tidak dapat menahan diriku daripada terus menangis.Bahuku terhinggut-hinggut akibat daripada menangis.Air mata sudah sekian lama membasahi mukaku.
"Hyung,sorry.Woozi tak sepatutnya tanya soalan tu kat hyung.Woozi minta maaf sangat-sangat."
Woozi mendekatkan diri lalu memeluk aku yang semakin rancak menangis ini.Dia menepuk perlahan belakangku untuk menenangkan aku.Aku pula menangis semahu-mahunya di dalam pelukan adik lelaki aku ini.
"Hyung yang sepatutnya minta maaf kat woozi.Kalaulah hyung tak lemah,mesti mereka tak dapat pukul woozi.Kalaulah hyung tak pengecut,mesti hyung dapat lindungi woozi daripada kena pukul dengan diorang.Hyung gagal lindungi woozi sebagai seorang abang.Hyung minta maaf."ucapku kepada woozi sambil air mataku terus mengalir sewaktu berada di dalam pelukkannya.
"Semua tu tak betul.Hyung yang woozi kenal tak lemah.Hyung yang woozi kenal bukan pengecut.Woozi kena pukul dengan diorang pun bukannya salah hyung pun.Kalaulah hyung tak beritahu kat cikgu disiplin masa tu,mesti woozi dah separuh mati kena belasah diorang.Terima kasih sebab hyung buka mulut untuk beritahu cikgu disiplin.Terima kasih hyung."balas woozi lalu meleraikan pelukkan antara kami berdua.
Dia juga tidak lupa untuk mengelap air mata yang mengalir di mataku.
"Tapi,hyung tak lin..."
Tak sempat aku nak habiskan ayat,Woozi cepat mencelah percakapanku.
"Dah tak payah bertapi sangat pagi-pagi ni.Daripada hyung nak terus menangis ni,baik hyung pergi mandi pastu kita boleh bakar roti sama-sama.Dah gi mandi sana.Dah busuk macam kuda ni."
Woozi mula membebel mengalahkan mak opah sambil mendorongku masuk ke kamar mandi.
Tangan kananku sempat mencapai tuala yang disangkutkan di rak tuala sebelum kakiku betul-betul masuk ke dalam bilik air.
"Kalau hyung lambat siap,woozi ngap sesorang ye roti bakar tu."pesan woozi sebelum keluar daripada bilik dengan sengihan sunshine.
"Kalau berani,ngaplah seseorang.Nanti hyung ngap woozi pulak."laungku dari dalam bilik air.
Akhirnya,yoongi berjaya melepaskan diri daripada kumpulan HT4 tu walaupun hanya dalam mimpi.Mohon jangan marah author ye.😂
Mesti korang nak tahu kan kenapa ff ni diberi nama misi membuka mulut?Siapa yang nak kena buka mulut?Nak tahu?Stay tune till the end of this story okay.
Enjoy reading chapter 2
Take care
Love you❤
Till we meet again in the next chapter
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro