Bab 18:Teacher Yoongi📚
Misi Membuka Mulut¤MYG
👄👄👄
"Saya nak awak ajar saya guna mulut."
👄👄👄
¤ ¤ ¤
[THIS IS MIN YOONGI TERRITORY]
[NO TREPASSING]
[NO ENTRY]
[KEEP OUT]
[INTRUDERS WILL BE SUE]
[YOU ENTER,YOU DIE]
[SHUT YOUR FUCKING MOUTH
CUZ I WANT TO SLEEP]
[LEAVE ME ALONE]
[GO AWAY]
Satu persatu papan tanda kecil yang diletakkan di hadapan pintu bilik Yoongi aku perhatikan.Bukan main banyak lagi papan tanda yang Yoongi letakkan di depan pintu bilik dia.
Aku tertanya-tanya akan sesuatu perkara.Apasal dark semacam je makna papan -papan tanda tu?Semua ini berpunca daripada kemurungan yang Yoongi alami ke?
Lamunan aku terhenti apabila bahu aku dicuit oleh Yoongi.Dia memberi isyarat kepada aku supaya aku mengikutnya masuk ke dalam biliknya.
Rancangan asalnya Yoongi nak mengajar aku di ruang tamu tapi Jihoon pulak tengah main video game kat situ.
So,atas sebab itulah Yoongi mengajar aku di dalam bilik dia.Kami belajar sahaja dalam bilik.Korang jangan memandai fikir lain pulak.
Mata aku disapa dengan suasana bilik Yoongi yang serba hitam.Cadar tilam,langsir,warna dinding semuanya hitam.
Sebuah lukisan berwarna putih yang dilukis dengan pensel yang dilekatkan di dinding hitam menarik pandangan mata aku.
Lukisan dua tangan sedang menggenggam erat antara satu sama lain.Apa agaknya maksud di sebalik lukisan itu?
Aku yakin mesti ada maksud yang mendalam di sebalik lukisan itu.Kalau tak,takkanlah Yoongi nak lekatkan lukisan tu dalam bilik dia.
Ktok!
Yoongi mengetuk perlahan meja kotatsu yang sedang aku duduki sekarang.Aku serta merta menoleh ke arah Yoongi.
Seperti yang anda semua sedia maklum,Yoongi sedang menulis sesuatu ke atas sticky note lalu sticky note itu diserahkan kepada aku.
Can we start now?
"Of course we can start now.I can't wait for you to be my teacher."balas aku girang sambil tersenyum simpul.
Buku teks Sains aku ambil daripada beg sandang lalu aku letakkan di atas meja.Lebih tepat lagi di hadapan Yoongi.
Muka surat aku selak pantas sehingga sampai kepada tajuk yang aku tidak fahami.
"Saya tak berapa nak faham sangatlah bab 4:Nukleus.Saya tak faham cara pereputan nukleus berlaku.Awak boleh tolong ajar saya tak?"
Tajuk mata pelajaran Sains yang aku tidak faham aku tunjukkan kepada Yoongi.Dia mengambil cermin mata berbingkai bulat miliknya yang dia sangkutkan di antara belahan V baju pijama di dadanya.
Dia memakai cermin mata sambil menelaah tajuk yang aku beritahu tadi.Yoongi menulis sesuatu di atas sticky note lalu sticky note itu diserahkan kepada aku.
Macam mana awak nak faham kalau awak tidur dalam kelas?Saya boleh je ajarkan.Ilmu kan perlu dikongsi.Awak dengar betul-betul apa yang saya nak cakap ni.
Segaris senyuman tersungging di bibir saat aku membaca sticky note daripada Yoongi.Awak dengar betul-betul apa yang saya nak cakap ni.Aku tak silap tengok kan?
Yoongi nak buka mulut dia untuk bercakap ke?Takkanlah Yoongi nak buka mulut untuk bercakap semata-mata untuk ajar aku?
Tangan putih pucat Yoongi persis mayat menari-nari di atas kertas.Dia melukis beberapa bulatan.Ada bulatan yang terpisah.
Ada bulatan yang bercantum dan kelihatan seperti gugusan-gugusan buah anggur.Garisan-garisan anak panah dilukis menunjuk ke arah bulatan-bulatan itu.
Selepas dia selesai menulis sesuatu di atas kertas,dia menulis pula di atas sticky note lalu diserahkan kepada aku.
Dalam kertas ni saya dah siap lukis cara pereputan dan penerangan tentang pereputan nukleus.Baca dan hadam sampai faham.Tak faham tanya saya.
Kertas yang dilukis dengan bulatan-bulatan itu aku tenung.Gugusan-gugusan bulatan beserta dengan anak panah dan penerangan di bawah bulatan itu aku baca perlahan.
Pembelahan nukleus
Pembelahan nukleus ialah proses pemecahan satu nukleus berjisim besar kepada dua nukleus yang lebih ringan disertai dengan pembebasan tenaga.
Nukleus -nukleus ringan itu jisim yang hampir sama antara satu sama lain.Pembelahan biasa berlaku apabila satu nukleus berjisim besar dihantam oleh satu neutron.
Pelakuran nukleus
Pelakuran nukleus berlaku apabila dua nukleus bercantum untuk menjadi satu nukleus yang lebih berat.
Pelakuran berlaku pada suhu yang sangat tinggi supaya nukleus-nukleus mempunyai tenaga kinetik yang cukup besar untuk mengatasi tolakan elektrik antara satu dengan yang lain.
Tindak balas pelakuran sentiasa berlaku di permukaan matahari kerana terdapat banyak gas hidrogen dan suhunya yang amat tinggi.
Pereputan nukleus
Reputan radioaktif,keradioaktifan atau radioaktiviti ialah proses yang melibatkan kehilangan tenaga nukleus atom yang tak stabil melalui pancaran zarah terion atau pancaran radiasi.
Pancaran ini berlaku secara rawak, tanpa melibatkan pelanggaran dengan zarah-zarah lain. Pereputan ini, atau kehilangan tenaga, terjadi pada suatu atom yang dinamakan nuklid induk, lalu menghasilkan atom jenis lain yang dinamakan nuklid anak.
Sebagai contoh, satu atom karbon-14 (atom induk) memancarkan sinaran (radiasi), lalu bertukar menjadi satu atom nitrogen-14(atom anak).
Mata aku tidak berkelip melihat nota yang ditulis oleh Yoongi.Mulut aku ternganga luas apabila membaca betapa banyaknya nota yang Yoongi tulis.
Jujur aku cakap aku rasa macam aku tengah baca buku teks Sains sekarang.
Muka diangkat sedikit memandang Yoongi.Dia sedang menulis sesuatu di atas sticky note.Mesti dia nak tanya aku faham ke tak apa yang dia dah tulis atas kertas tadi.
Dah habis baca?Awak faham tak apa yang saya ajar?
"Eh,awak ajar saya ke?Saya ingatkan saya baca buku teks Sains tadi."perli aku sinis sambil mataku mengerling memandang Yoongi.
Yoongi menulis sesuatu lagi di atas sticky note lalu sticky note berwarna biru itu diserahkan kepada aku.
Awak nak saya buat apa supaya awak faham apa yang saya ajar?
Aku suka soalan Yoongi.Apa yang aku nak Yoongi buat supaya aku faham apa yang dia ajar?
Aku tahu apa yang aku nak Yoongi buat supaya aku faham apa yang dia ajar.Aku ada idea yang sangat bernas.
"Saya nak awak ajar saya guna mulut."
《Yoongi POV》
Peluh dingin mula memercik di dahi.Tangan aku terketar-ketar.Jantung aku berdenyut kencang seperti aku sedang berada dalam ketakutan.
Perasaan aku berbolak-balik sekarang.Kalau aku tak ajar Yumi guna mulut,nanti apa pulak dia fikir tentang aku nanti.Tapi,kalau aku nak ajar dia guna mulut,aku takut.
Aku bukannya takut nak buka mulut.Aku cuma takut tekanan yang aku hadapi setiap kali aku terpaksa buka mulut untuk bercakap akan membuatkan diri aku hilang kawalan.
Bila aku dah hilang kawalan,aku takut aku akan cederakan orang di sekeliling aku.Aku tak nak cederakan sesiapa.
Cukuplah aku cederakan diri aku sendiri selama ini.Aku tak nak libatkan orang lain.
"Yoongi."
Suara halus Yumi memanggil aku menyedarkan aku yang sedang mengelamun.Kening diangkat sebelah untuk aku menanyakan "apa" kepada Yumi.
"Yoongi,saya suruh awak ajar saya guna mulut bukannya mengelamun.Cepatlah ajar saya.Saya dah tak sabar nak belajar dengan awak."getus Yumi yang tidak sabar-sabar.
Aku tengah berfikir ni.Macam mana aku nak ajar Yumi tanpa aku perlu membuka mulut?Korang ada cadangan tak?Meh sumbang idea kat aku sikit.
Aha!Aku tahu macam mana nak ajar Yumi tanpa membuka mulut.Aku yakin seratus peratus Yumi akan faham apa yang aku ajar kalau aku guna cara ni.
👄👄👄
Papan putih yang diletakkan di atas bingkai besi aku sorong masuk ke dalam bilik.Lebih tepat lagi aku sorongkan papan putih itu tepat di hadapan Yumi.
Pen marker hitam yang terletak di panel plastik yang disambungkan dengan bingkai besi aku ambil lalu penutupnya aku buka segera.
Sebuah gugusan bulatan aku lukis di tengah-tengah papan putih.Satu bulatan aku lukis berdekatan dengan gugusan bulatan itu.
Satu anak panah aku lukis daripada satu bulatan tadi menunjuk ke arah gugusan bulatan tadi.
Nama untuk cara pereputan nukleus untuk gugusan bulatan yang aku lukis tadi aku tulis di bawah bulatan-bulatan itu.
Pembelahan nukleus=Satu nukleus berjisim besar dihentam oleh satu neutron.
Bila nukleus berjisim besar ni kena hentam oleh neutron,nukleus berjisim besar ni akan terbelah menjadi dua nukleus yang lebih ringan.Tenaga juga terbebas hasil daripada pembelahan nukleus.
Awak faham tak?
Aku bertanya sama ada Yumi faham atau tidak apa yang aku sedang ajar dengan cara aku menulis di papan putih.
"Tak.Saya tak faham."beritahu Yumi penuh berterus terang.
Segala tulisan dan bulatan yang aku tulis di papan putih aku padam sehingga bersih.
Awak pernah main boling?
"Pernah.Kenapa awak tanya?Awak nak ajak saya main boling ke?"tanya Yumi kembali setelah melihat soalan aku di papan putih.
Cuba awak bayangkan pin-pin boling tu ialah nukleus berjisim besar.Bola boling pula ialah neutron.Bila bola boling menghentam pin boling,mesti pin boling akan terbebas dan terpisah.
Macam itu jugalah dengan pembelahan nukles.Bila neutron menghentam nukleus berjisim besar,nukleus berjisim besar akan terpisah menjadi dua nukleus yang lebih ringan.
So,do you understand now?
Aku menanyakan lagi soalan yang sama kepada Yumi setelah aku selesai mengajar menggunakan cara yang sama.
Senyap.
Krohhhhhhhhhhhh~
Bunyi dengkuran seseorang menjengah deria pendengaran aku.Aku memalingkan kepala untuk mencari pemilik bunyi dengkuran itu.
Yumi sedang tidur berbantalkan lengannya di atas meja.Mulutnya juga ternganga luas.Air liur sudah mula menitik keluar daripada mulutnya.Dia juga berdengkur kuat seperti pak cik-pak cik berdengkur.
"Tch.Comel."ujar aku spontan secara automatik ketika aku sedang memandang Yumi yang sedang tidur.
Aku seakan-akan tidak mempercayai apa yang baru berlaku tadi.Aku buka mulut untuk bercakap?Adakah aku bercakap tadi berpunca daripada Yumi?
Tapi kenapa dia jadi punca aku bercakap?Apa yang tak kena dengan aku ni?
👄👄👄
《Nana aka Yumi POV》
"Yoongi,terima kasih sebab sudi ajarkan saya tentang bab 4 tu.Sorry sebab saya tertidur masa awak tengah mengajar tadi.Hehehehe."
Sebuah ucapan terima kasih aku ucapkan kepada Yoongi lalu aku tertawa kekok untuk menyembunyikan rasa malu.
Yelah tadi aku tertidur masa Yoongi tengah mengajar.Dahlah aku minta dia ajar aku tapi aku pulak tertidur masa dia mengajar.Gila tak malu.
Yoongi menulis sesuatu di atas sticky note lalu diserahkan kepada aku.
Sama-sama.Saya tahu Sains memang ubat tidur untuk awak.Buktinya,kalau setiap kali waktu mata pelajaran Sains mesti awak tidur.
"Hehehehe.Saya dengan Sains memang musuh abadi.By the way,kalau lepas ni saya tak faham,saya nak minta awak ajarkan saya lagi boleh?"tanyaku tanpa segan silu lalu anak mata Yoongi yang berwarna biru kehijau-hijauan itu aku pandang.
Yoongi menulis di atas sticky note dan sticky note itu diserahkan kepada aku.
Boleh jer.Tapi kalau awak nak saya ajar awak lagi,awak kena janji satu benda dengan saya.Boleh?
"Janji?Janji apa?"soalku setelah membaca sticky note yang diberikan Yoongi.
Yoongi mengambil sticky note yang berada di tangan aku.Dia menulis di atasnya lalu sticky note itu diserahkan kembali kepada aku.
Awak kena berjanji dengan saya yang awak tak akan tidur masa saya tengah mengajar.Yang paling penting sekali awak tak boleh suruh saya ajar awak guna mulut.Can you promise me?
Yoongi mengangkat jari kelingkingnya.Dia memandang aku lalu kening kirinya dijungkitkan sedikit.
Menunggu aku untuk mentautkan jari kelingking aku dengan jari kelingkingnya tanda kami berjanji mungkin.
"Saya Na Yumi atau nama manjanya Nana berjanji tidak akan tidur ketika Min Yoongi sedang mengajar dan tidak akan menyuruh Min Yoongi mengajar saya guna mulut.Promise."ucap aku sambil menkaitkan jari kelingking aku dengan jari kelingking Yoongi.
Yoongi hanya tersenyum nipis ketika kami sama-sama mengkaitkan jari kelingking.
Dia kemudiannya mengeluarkan sebuah buku nota kecil berukuran tapak tangan bercorak kucing daripada poket pijamanya.Dia menyerahkan buku nota itu kepada aku.
I hope you will read it.Dalam buku ni,saya dah buat nota tentang bab 4:Nukleus untuk awak.Kalau awak tak faham,awak boleh tanya saya.
Sticky note yang dilekatkan di atas buku nota ini aku baca.Yoongi yang sedang berdiri statik di hadapan aku terus aku peluk.
"Thank you very much,Yoongi.Dah 18 tahun saya hidup tapi tak ada seorang pun yang pernah buatkan nota untuk saya.
Awaklah orang pertama yang buat nota untuk saya.Awak ni buat saya rasa terharulah.Huhuhu."ujar aku sambil menangis penuh keharuan.Eh,terharu.
"Okay,bye Yoongi.Saya balik dulu ye.Terima kasih sekali lagi untuk buku nota ni.Saya pasti akan baca nota yang awak buat.
Kalau lepas ni saya pandai Sains,saya akan give credit untuk awak tau.Bye."
Pelukan dileraikan dengan Yoongi.Aku sepantas kilat berlari masuk ke rumah aku yang terletak di hadapan rumah Yoongi sambil menutup muka dengan tangan.
Aku malu.Aku malu sebab aku peluk Yoongi tanpa berfikir tadi.
"Sayang,aku nak tahu apa yang kau buat kat rumah Yoongi sampai dua jam.Kau dah mencabar aku,Yoongi.
Berani kau ajak Nana pergi rumah kau.Min Yoongi,you better watch out.Kau tak tahu dengan siapa kau sedang cabar sekarang."
Seorang lelaki berjaket kulit hitam dan mukanya bertutup dengan mask hitam yang hanya menampakkan matanya yang besar itu sedang memerhatikan Yoongi dan Yumi.Dia memerhatikan mereka berdua sejak daripada tadi lagi.
Hatinya panas membara melihat perlakuan mesra Yoongi dan Yumi,gadis yang amat dicintainya sejak kali pertama dia melihat Yumi ketika mereka mula-mula berkenalan sejak 4 tahun lalu.
"Kau tak nak buka mulut sangat kan,Yoongi?Aku akan pastikan aku 'buka' mulut kau esok dengan tangan aku sendiri,Yoongi."tekad lelaki itu lalu segaris senyuman jahat terukir di bibirnya sambil dia melihat ke arah rumah Yoongi.
To be continued...👄
A/N:👄
Sorry segunung sebab aku dah lama tk update MMM.
Vibe Yoongi hilang daripada otak aku😂
Btw,budak-budak f5 mesti tahu cara pereputan nukleus ada dalam bab mana kan.
Jujur aku cakap aku rasa macam aku buat nota sains f5 masa aku type chap ni😅
Ada sesiapa rindukan scene sweet Yoongi dan Yumi tak dalam Misi Membuka Mulut?❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro