Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17-Ongi?

"Bangun,terima kasih cikgu."ucap Namjoon lalu diikuti oleh semua pelajar.

Semua pelajar di dalam kelas 3A sedang sibuk mengemas barang masing-masing untuk pulang kecuali aku.

Aku sengaja tidak mahu mengemas barang kerana aku mahu menunggu Yoongi mengemas barangnya dahulu.Senang cerita aku nak balik sekolah sama-sama dengan Yoongi hari ni.

"Woi,makcik Nana.Kau tak nak balik lagi ke?Apasal kau tak kemas barang kau?Selalunya loceng tak bunyi lagi pun kau dah siap galas beg nak balik.Hari ni loceng dah bunyi kau tak reti-reti nak balik.Buang tabiat nak mampos ke apa ni?"

Pertanyaan Taehyung yang sedikit kasar itu membuatkan aku rasa macam nak pusing-pusing kepala dia buat maruku.

Dasar mulut loji.Tak reti nak tanya elok-elok ke?Aku basuh mulut kau pakai downy baru tahu.

"Kaki aku suka hati akulah nak balik ke tak.Apasal kau sibuk sangat ni?Kau nak balik kau baliklah.Tak payahlah tunggu aku.Aku tak nak balik lagi.Kau pergilah balik dengan Seokmin kesayangan kau tu.Kesian dia tunggu kau daripada tadi."balasku sambil mulutku dimuncungkan ke arah Seokmin yang sedang berada di hadapan pintu kelas.

Aku malas nak pandang muka Taehyung.Geram pun ada dengan dia.Dahlah aku ajak main PUBG kat rumah aku dia tolak mentah-mentah tapi bila crush dia, si Kim Seokmin tu ajak bukan main lagi dia setuju.

Betullah apa orang cakap.Kawan akan lupakan kawan bila dia dah ada kekasih atau crush dia ajak dia pergi mana-mana.

"Suka hatilah aku nak sibuk ke tak.Kau sibuk apa hal?Aku tahu.Kau sengaja tak balik lagi ni sebab kau nak dating dengan Yoongi kan?Betul tak apa yang aku cakap?Iya kan iya kan.Bener kan."usik Taehyung sambil bahuku ditolak lembut olehnya.

Dasar baebi kau Taehyung.Kalau ye pun kau nak usik aku,tak payahlah mention aku nak dating dengan Yoongi.Kan dah tak pasal-pasal Yoongi malu.Aku tak malu sebab aku memang tak tahu malu.

Muka Yoongi yang putih pucat itu dipandangku sekilas.Betullah apa yang aku cakap.Yoongi malu.Muka dia bukan main merah lagi.Blushing letuww.

"Suka hati akulah nak dating ke nak apa pun dengan Yoongi.Yang kau sibuk sangat apahal?Kau pergilah balik dengan Seokmin tu.Menyemak je kat sini.Meluat aku tengok."

Aku menghalau Taehyung dengan nada yang sedikit kasar agar dia lekas pergi daripada sini.Bahaya kalau Taehyung terus berada dengan aku dan Yoongi.Nanti entah kebabian apa pulak yang akan keluar daripada mulut loji Taehyung tu.

"Ha,yelah-yelah aku pergi.Lagipun,aku tak naklah kacau kau dengan Yoongi dating.Kau datinglah puas-puas dengan Yoongi.Kau jangan risau tentang omma kau.Nanti aku sendiri akan beritahu omma kau yang kau balik lambat sebab kau dating dengan Yoongi.Enjoy your date."

Taehyung terus berlari riang meninggalkan aku dan Yoongi.Tetapi tak sempat dia nak jejak kaki keluar dari kelas,dia tiba-tiba berlari ke arah Yoongi lalu badan Yoongi yang kecil itu dipeluknya erat.

Weh,Taehyung peluk Yoongi macam hero peluk heroine dalam drama.Aku melihat riak muka Yoongi.Jelas terpancar riak muka jijik di muka Yoongi setelah dipeluk oleh Taehyung secara tiba-tiba.


"Yoongi,kau jaga bff aku baik-baik tau.Kalau dia buat perangai tenuk dia tu,kau ketuk je kepala dia pakai buku-buku kau yang tebal tu.Aku risaulah kalau-kalau penyakit sawan babi dia tiba-tiba keluar bila dia terlalu excited dating dengan kau.
Kalau penyakit sawan babi dia keluar dan kau tengok dia macam sesak nafas,kau jangan buat cpr kat dia.Kau sembur je alat pemadam api kat mulut dia.
Confirm dia bangun.Aku dah cuba cara tu dan cara tu berkesan tau.Okay,tu je aku nak cakap.Aku pergi dulu.Bye,bye.Tatatititutu.Ingat,jaga bff aku baik-baik tau."pesan Taehyung perlahan di telinga Yoongi.

Aku memandang Taehyung yang sedang berpelukan erat dengan Yoongi.Yoongi pula kelihatan seperti sedang sesak nafas akibat dipeluk oleh Taehyung.

Setelah 2 minit 30 saat Taehyung memeluk Yoongi,dia meleraikan pelukkannya dengan Yoongi.Dia terus berjalan ke arah Seokmin yang sudah menunggu di hadapan pintu kelas.

Sempat lagi dia bisik something kat Yoongi.Agak-agaknya apalah yang dia bisikkan kat Yoongi tu eh?Teringin pulak aku nak tahu.

"Yoongi,awak okay tak?Taehyung ada buat apa-apa kat awak ke?Dia ada buat benda pelik-pelik ke kat awak?Awak betul-betul okay kan?"soalku bertubi-tubi kepada Yoongi.

Yoongi seakan-akan tidak mendengar apa yang aku cakap.Dia kaku di tempat dia berdiri.Riak muka dia nampak macam dia terkejut sangat.Ini mesti dia terkejut sebab Taehyung tiba-tiba peluk dia.

"Hello,Yoongi.Yoongi.Yoongi.Yoongi.Min Yoongi.Min Yoongi anaknya kepada Min Yoongu dan abangnya kepada Min Jihoon.Yoongi.Ongi."

Aku memanggil nama Yoongi berulang kali tetapi dia tetap tidak mendengar panggilanku.Yang anehnya,bila aku panggil Ongi baru Yoongi nampak macam dia dengar aku tengah panggil dia.Ada apa dengan Ongi agaknya?

Yoongi mengeluarkan sticky note daripada beg lalu dia menulis sesuatu di atas sticky note.Sticky note itu kemudiannya diserahkan kepada aku.

Awak cakap apa tadi?Sorry saya tak dengar.

"Saya tanya awak okay ke tak.Awak nampak macam tak okay je lepas Taehyung peluk awak tadi.Taehyung memang macam tu perangai dia.Suka-suka hati dia je nak peluk orang.Dia tu pelik sikit orangnya."

Aku mengulang semula apa yang aku dah cakap tadi siap berpakej dengan sebuah kutukan untuk Taehyung.

Yoongi menulis sesuatu lagi di atas sticky note lalu sticky note diberikan kepada aku.

Saya okay je.Saya cuma terkejut sikit sebab Taehyung tiba-tiba peluk saya.Kenapa awak tak balik lagi?Awak tunggu siapa?

Sebuah senyuman nipis terukir di bibir saat aku membaca ayat terakhir yang ditulis oleh Yoongi.Aku pun tak tahu kenapa aku senyum.

"Saya tunggu awaklah.Saya sengaja tak balik lagi sebab saya nak balik sekali dengan awak.Yoongi,lepas ni awak free tak?"tanyaku kepada Yoongi yang sedang memasukkan buku-buku ke dalam beg sekolah.

Yoongi menulis sesuatu di atas sticky note kemudian sticky note diserahkan kepada aku.

Saya free je.Kenapa awak tanya?

"Saya tak berapa nak fahamlah bab yang kita baru belajar hari ni.Bab 4-Nukleus tu susahlah.Saya ingat nak minta tolong awak ajarkan saya.Boleh?"pintaku kepada Yoongi sambil mukaku yang paling comel dipamerkan kepada Yoongi.

Haraplah Yoongi bersetuju nak ajar aku.Kalau dia nak ajar aku,barulah misi aku hari ni dapat dilaksanakan.

Yoongi menyerahkan sticky note kepada aku.Eh,cepat betul dia tulis.Aku tak perasan pun.

Saya boleh je ajarkan awak.Jom kita pergi library.Saya ajar awak kat sana ye.Kat library sejuk sikit.Sejuk-sejuk ni barulah ilmu cepat masuk dalam kepala hotak.

"Jom kita pergi library sekarang jugak.Lebih baik kita  pergi cepat sebelum library penuh.Yoongi cepatan dong."

Aku menggesa Yoongi untuk segera pergi ke library sambil aku berlari-lari anak meninggalkan Yoongi di belakang.Yoongi juga sedang berlari pantas mengikutiku daripada belakang.Kami berdua berlumba lari seperti kanak-kanak kecil ke library.

                            👄

Yoongi yang sedang bersandar di rak buku yang bertentangan denganku sambil membaca buku itu dipandangku sejenak.

Dia punya khusyuk baca buku tu sampai terlupalah yang dia sepatutnya ajar aku.Dasar ulat buku.

"Yoongi.Yoongi."panggilku separuh berbisik kepada Yoongi tetapi dia langsung tidak menoleh.

Raut wajah Yoongi yang sedang khusyuk membaca buku itu ditenungku lama.Comel juga eh muka Yoongi masa dia tengah khusyuk baca buku.Nampak macam budak pandai je dia ni.

Tapi,masalahnya sekarang apa aku patut buat supaya Yoongi dengar aku panggil dia?Aku dah buntu cari idea ni.Readers ada apa-apa idea tak untuk buat Yoongi notice yang aku tengah panggil dia?

Aku dah panggil dia 3 kali kut tapi dia masih tak dengar aku panggil dia.Dia betul-betul tak dengar atau dia buat-buat tak tak dengar?

Ha!Aku rasa aku tahu macam mana nak buat Yoongi perasan aku tengah panggil dia.Harap-haraplah cara aku ni berjaya.Hekhek.

Tanganku perlahan-perlahan menanggalkan cermin mata berbingkai bulat yang dipakai oleh Yoongi.Buku yang sedang dibacanya juga aku ambil lalu diletakkan ke tepi.

Yoongi hanya membiarkan sahaja aku melakukan itu kepadanya.Dia langsung tidak bergerak walaupun seinci.Dia kaku di tempatnya.Riak mukanya sekarang sama seperti riak mukanya selepas Taehyung memeluknya tadi.

"Yoongi,sudah-sudahlah baca buku tu.Saya ajak awak pergi library sebab nak suruh awak ajar saya.Kalau awak nak baca buku,awak bacalah di rumah.Yoongi,saya tunggu awak nak ajar saya daripada tadi tau.Saya betul-betul tak faham bab 4 tu.Awak ajarlah saya.Huhuhu."pintaku kepada Yoongi dengan nada yang agak sedih.

Aku tak sedih pun sebenarnya.Aku saja gedik buat nada sedih tu.Aku nak tengok apa reaksi Yoongi masa aku buat nada sedih macam ni.

Dia nak melayan aku yang 'sedih' ni atau dia nak terus blah daripada sini?Meh kita sama-sama tengok apa reaksi Yoongi.

Yoongi bergerak sedikit ke hadapan untuk mendekati aku.Setelah dia berada di hadapan aku,wajahku ditenung lama olehnya.Matanya meneroka ke setiap ruang mukaku daripada dahi sehingga dagu.

Cara Yoongi merenung muka aku seperti dia sedang cuba mengingat wajah seseorang yang dikenalinya.Siapalah agaknya orang yang dia tengah ingat tu sampai bukan main lama dia tenung muka aku ni?

Tanpa aku sangka-sangka,Yoongi tiba-tiba menarik aku ke dalam pelukannya.Badanku hampir-hampir hilang keseimbangan kerana dia menarik aku ke dalam pelukannya dengan agak kasar.

"Yo...yoo...Yoongi.A..pa...awak b..uat ni?Kenapa awak peluk saya?Kita ada dalam perpustakaan ni.Nanti tak pasal-pasal kena tangkap kering dengan pengawas perpustakaan.Yoongi?"

Aku bercakap dengan tergagap-gagap kerana terkejut dengan tindakan Yoongi yang tiba-tiba memeluk aku.Kenapa Yoongi tiba-tiba peluk aku?Aku tak jangka Yoongi yang senyap dan nampak macam malu-malu kucing tiba-tiba boleh peluk aku.

Dia dah buang tabiat atau dia dah terjangkit penyakit Taehyung yang sesuka hati peluk orang tu?Pelik betul Yoongi hari ni.

Ketika Yoongi sedang memeluk aku sekarang,aku dapat mendengar suara esakan Yoongi.Suara esakan halus milik Yoongi dapat aku dengar dengan jelas.Yoongi tengah menangis ke?

Aku cuba untuk mendengar sekali lagi.Manalah tahu kalau-kalau telinga aku ni tersilap dengar.Suara esakan halus itu masih kedengaran.Betullah apa yang aku dengar.Maknanya Yoongi tengah menangis sekarang.

Kenapa Yoongi menangis?Aku ada tersilap cakap ke sampai dia menangis?Takkanlah dia menangis sebab aku suruh dia berhenti baca buku?Macam pelik je kalau Yoongi menangis sebab aku suruh dia berhenti baca buku.

Suara esakan halus milik Yoongi kedengaran semakin perlahan.Dia meleraikan pelukannya denganku.

Tangan putih pucatnya itu memegang kedua-kedua belah pipiku.Pipiku turut dielus lembut oleh Yoongi.Dia memandang aku dengan pandangan yang aku tidak pernah tengok sebelum ni.

Cara dia pandang aku tu macam dia pandang orang yang dia rindu sangat-sangat.Dia pandang aku macam dia pandang orang yang dia dah lama tak jumpa.

Yang peliknya hari-hari dia jumpa aku.Takkanlah hari-hari jumpa pun dia boleh rindukan aku?Ini sangat pelik.Aku bukannya girlfriend dia pun sampai dia boleh rindukan aku.

Setelah Yoongi memegang pipi aku,dia mengusap-usap perlahan kepalaku.Dia mengusap-usap kepalaku sambil air matanya masih menuruni pipi.Sebuah senyuman manis terukir di bibir Yoongi saat dia mengusap-usap kepalaku.

Aku semakin hairan dengan Yoongi ni.Tadi dia tiba-tiba peluk aku.Lepas tu,dia pegang pipi aku dan sekarang dia usap kepala aku pula.Kenapa dia buat semua benda ni kat aku?Apa maksud di sebalik semua perbuatan dia yang terlalu tiba-tiba ni?

Yoongi berhenti daripada terus mengusap-usap kepalaku.Dia meletakkan buku yang dibacanya tadi di rak sebelahnya.

Dia menggalas beg sekolah lalu dia terus berjalan meninggalkan aku seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi.

Yoongi langsung tidak menoleh ke belakang walaupun sekali.Dia berjalan keluar daripada library seorang diri seperti dia sudah terlupa yang dia datang library ni dengan aku.

"Kau pergi macam tu je?Lepas kau dah peluk,pegang pipi aku dan usap kepala aku,kau boleh pergi senang-senang macam tu je?Kalau ye pun kau nak pergi,tinggalkanlah sticky note macam biasa.Ni tak kau pergi macam tak ada apa-apa yang berlaku.Kau ingat aku ni kucing ke kau suka-suka hati nak peluk,pegang pipi dan usap kepala?Aku ni manusialah.Eiii,ger..."

Vroom,vroom!

Bunyi mesej masuk menghentikan aku yang sedang membebel terhadap Yoongi.Telefon pintar yang berada di dalam beg sekolah segera dikeluarkan untuk melihat siapakah yang telah menghantar mesej.

2 new chat from from My Silent Friend,Yoongi

Yoongi hantar chat?Biar betul Yoongi hantar chat kat aku.Selama ni dia tak pernah pun hantar chat kat aku.Kenapa hari ni dia tiba-tiba hantar chat kat aku?Ini pelik.

Kenapa hari ni Yoongi tiba-tiba buat itu dan buat ini?Aku rasa ni mesti penangan pelukan Taehyung tadi.Lepas ni aku nak suruh Taehyung peluk Yoongi lagilah.

Manalah tahu Yoongi boleh buka mulut untuk bercakap kalau Taehyung peluk dia lagi selepas ni.

2 new chat from My Silent Friend,Yoongi

Aku melihat semula notification whatsapp.Betullah Yoongi hantar chat kat aku.Aku macam tak percaya je Yoongi hantar chat kat aku.Yelah selama ni asyik aku je hantar chat kat dia.Itu pun dia tak pernah reply.Dia selalu bluetick aku memanjang.

Aku membuka chat daripada Yoongi.Agaknya apalah yang chat yang Yoongi hantar kat aku eh?Gedik pulak hati aku ni nak tahu.Meh kita tengok.

Hai?✔✔

Datang rumah saya
pukul 8 malam kalau
awak nak saya ajar
awak tentang
bab 4:Nukleus.✔✔

Yoongi ajak aku pergi rumah dialah.Aku nak pergi ke tak?Readers rasa aku patut pergi ke tak?Aku rasa macam aku nak pergilah.

Kalau aku pergi,bolehlah aku belajar juga tentang bab 4 tu disamping aku jalankan misi aku.Lagipun,bukan senang Yoongi nak ajak aku pergi rumah dia.

             Mestilah saya nak awak
             ajar saya tentang
              bab 4 tu.✔✔

               Tepat pukul malam
                saya datang rumah
               awak tau.✔✔

           Jumpa pukul 8 nanti.✔✔
            

Aku tersenyum-senyum sendirian tanpa sedar sewaktu aku membalas chat daripada Yoongi.Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tersenyum seorang diri ni.

Perasaan gembira mula menjentik hati.Mulut aku ni asyik nak tersenyum je.Dah kenapa dengan aku ni?Kenapa aku rasa nak senyum memanjang?

Takkanlah dengan hantar chat kepada Yoongi pun boleh buat aku gembira?Aku ni bukannya jenis orang yang mudah gembira.Ini sangat pelik.

"Daripada aku senyum tak berhenti ni,baik aku balik rumah.Nanti tak pasal-pasal omma memekak pulak sebab aku balik lambat."

Aku mengambil beg sekolah yang disandarkan di dinding.Langkah kakiku diatur menuju ke pintu keluar perpustakaan yang terletak tidak jauh daripada rak buku aku dan Yoongi duduk tadi.

"Aku tak sangka kau berani peluk Nana.Kau tak layak untuk peluk,pegang pipi dan usap kepala perempuan aku.Hanya aku.Hanya aku yang layak untuk pegang Nana.Kau memang cari nahas dengan aku,Min Yoongi.Aku akan pastikan kau menyesal sebab kau dah berani pegang perempuan aku."kata seorang lelaki di sebalik rak-rak buku.

Seorang lelaki yang lengkap berpakaian sekolah berada di rak buku yang berdekatan dengan rak buku di mana Yoongi dan Nana berada tadi.Dia sebenarnya telah melihat semua perlakuan mesra antara Yoongi dan Nana.

"Min Yoongi,kau tunggu pembalasan daripada aku.Kau akan menderita sebab kau berani sentuh perempuan aku."


Hello,i'm back again.Sorry sbb eyka dah lama sangat tak update.Eyka busy study sbb khamis ni eyka exam STPM Sem 2.Minggu depan pun eyka exam lagi.Wish me luck okay😣

Korang rasa siapa lelaki yang tengok Nana dan Yoongi tu?

Kalau eyka nak panggil korang aka readers sebagai luciders,okay tak?Kalau eyka nak bahasakan diri eyka sebagai lucid,korang okay tak?






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro