Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12-Wuu,oppa Basketball!

Seorang lelaki tinggi lampai yang lengkap berkemeja putih dan bertali leher hitam sedang berdiri di hadapan pintu pagar dan berkira-kira mahu menutup pintu pagar.Dia sempat melihat jam tangannya sebelum dia betul-betul menutup pintu pagar.

"Cikgu Leeeeeeeeeeeee.Jangan tutup pintu lagiiiiiii.Kitaorang baru sampai niiiiiiiiii."laungku sekuat hati sebaik sahaja basikal yang ditunggang oleh aku dan Yoongi semakin menghampiri kawasan sekolah.

Cikgu Lee yang sedang menutup pintu pagar sekolah terus berpaling ke belakang setelah mendengar laungan kuat aku sebentar tadi.

Riak muka cikgu Lee sekarang sangat menakutkan.Muka cikgu Lee kelihatan seperti muka seekor singa yang sedang menanti masa yang sesuai untuk menerkam mangsanya iaitu aku.

"Muka awak lagi.Asal datang lambat je muka awak.Hari ini,alasan apa pulak awak nak bagi?Terbangun lambat lagi?"

Cikgu Lee menanyakan alasan aku datang lambat sambil menggoyangkan rotannya di hadapan aku sebaik sahaja aku dan Yoongi turun dari basikal.

"Cikgu Lee,saya bukannya sengaja nak datang lambat.Saya sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?Sebenarnya awak dah tak ada alasan nak bagi?Selalunya awak seorang je yang datang lambat.Nampaknya hari ni awak datang lambat berjemaah ye.Kejap.Awak ni budak baru kan?"tanya Cikgu Lee kepada Yoongi yang senyap diri sejak dari tadi.

Ewah,sesuka hati cikgu je nak memotong percakapan aku.Aku tak sempat nak habiskan ayat.

Mentang-mentanglah dia cikgu.Nasib baiklah cikgu.Kalau tak dah berbakul aku balas balik.

Yoongi hanya menganggukkan kepala kepada pertanyaan cikgu Lee.

"Awak ni berani betul kan.Awak baru je masuk sekolah ni tapi dah berani datang lambat.Awak nak tahu apa denda yang awak akan dapat kalau awak datang lambat?Awak kena lari..."

Tak sempat cikgu Lee nak habiskan ayat,giliran aku pulak untuk memotong percakapan cikgu.

"Cikgu Lee,Yoongi datang lambat disebabkan saya.Cikgu janganlah denda dia.Cikgu denda saya seorang sudah.Dia lambat datang ke sekolah sebab dia tolong saya yang tercedera."

Aku segera memberitahu alasan sebenar aku dan Yoongi terlambat sampai ke sekolah.

Aku tak naklah disebabkan aku,Yoongi kena denda lari keliling padang sekolah pulak.

Dia tu dahlah budak baru.Nanti tak pasal-pasal imej dia sebagai budak baru tercalar disebabkan aku.

"Awak tercedera?Macam mana awak boleh tercedera?"tanya cikgu Lee lagi.

"Saya..."

"Oh my god.Na Yumi,buku lali awak dah berdarahlah.Banyak darah yang keluar tu.Jom kita pergi bilik rawatan.Awak masuk dalam kelas.Cikgu nak bawa Na Yumi pergi bilik rawatan."arah cikgu Lee kepada Yoongi.

Yoongi menurut sahaja arahan daripada cikgu Lee.Dia terus berjalan menuju ke kelas yang terletak di tingkat dua.

"Na Yumi,awak boleh berjalan tak?Kalau awak tak boleh berjalan,cikgu nak tolong."tanya cikgu Lee dengan riak muka yang sedikit risau.

"Rasanya saya boleh berjalan.Kejap,saya nak cuba berjalan."

Aku cuba untuk berjalan.Sebuah langkah kecil dibuka.

Tetapi,tak sempat aku nak membuka langkah yang kedua,aku hampir-hampir jatuh tersungkur.

Nasib baiklah ada orang sempat pegang tangan aku supaya aku tak jatuh.Orang yang pegang tangan aku tu ialah cikgu Lee Jong Suk yang berdiri betul-betul di sebelah aku sekarang.

"Tulah tadi cikgu nak tolong bukan main awak tolak.Lain kali,kalau orang nak tolong,jangan tolak.Kalau tolak,macam nilah jadinya.Nasib baik cikgu sempat pegang tangan awak.Kalau tak,mesti awak dah jatuh tersungkur tadi."bebel cikgu Lee panjang lebar.

Memang semua cikgu disiplin suka membebel panjang macam cikgu Lee eh?Dah naik bernanah telinga aku dengar ni.

"Baiklah,cikgu Lee."balasku acuh tak acuh.

"Cepat letakkan tangan awak atas bahu cikgu.Cikgu nak papah awak pergi bilik rawatan sebelum kaki awak berdarah teruk."arah cikgu Lee sambil memandang aku.

Aku hanya mengikut sahaja arahan daripada cikgu Lee.Setelah itu,aku berjalan pergi menuju ke bilik rawatan dengan bantuan daripada cikgu Lee.

         
                           ☆☆☆

Aku memandang cikgu Lee yang sedang merawat kakiku.Niat di hati nak tegur apa yang cikgu tengah buat kat kaki aku sekarang tetapi aku tak cukup beranilah.

Dahlah dengan muka penuh serius dan garangnya cikgu rawat kaki aku.

Tapi kalau aku tak tegur aku juga yang sakit kaki nanti.Nak tegur ke tak ye?Ah,aku tak kisah.Aku nak tegur demi kaki kesayanganku.

"Cikgu Lee,bukan ke sepatutnya cikgu cuci luka saya dengan air dulu,lepas dah siap cuci dengan air tu cikgu letakkan dettol dan baru lepas tu balut luka dengan bandage kan?Tapi,cikgu terus balut kaki saya dengan bandage."

Aku menegur cikgu Lee dengan penuh beraninya.Dahlah cikgu Lee yang garang mengalahkan singa tu dah tolong rawatkan kaki aku.

Dia dah tolong rawatkan kaki aku pastu aku komen macam-macam pulak.Aku ni memang menempah keranda awal-awal.

"Alamak,cikgu dah tersilap rawat kaki awak la.Sekejap,cikgu ambil air untuk cuci buku lali awak yang berdarah tu."kata cikgu Lee tanpa sebarang unsur kemarahan.

Cikgu Lee terus pergi ke sinki untuk mengambil air.Cikgu Lee kemudiannya berlari-lari anak ke arah aku sambil membawa bersamanya sebesen kecil air.

Setelah cikgu Lee mencuci lukaku dengan air,dia membuka penutup  bottol dettol untuk mencuci lukaku dengan dettol.

Tetapi sebaik sahaja cikgu Lee ingin mencuci lukaku dengan dettol,botol dettol yang dipegang oleh cikgu Lee terjatuh dan dettol tertumpah sedikit.

Cikgu Lee kelihatan agak kalut ketika mengelap dettol yang sudah tumpah itu.

"Cikgu Lee perlu jumpa sesiapa ke sekarang?"tanyaku kepada cikgu Lee yang sedang mengelap dettol yang tumpah.

"Cikgu sebenarnya nak kena jumpa pengetua sekarang.Tapi tak apa.Lepas cikgu dah selesai rawat luka awak,baru cikgu pergi jumpa pengetua."beritahu cikgu Lee sambil mencuci lukaku dengan dettol.

Patutlah cikgu Lee kalut semacam je.Dia nak kena jumpa pengetua rupanya.Mesti cikgu Lee takut pengetua marah dia sebab dia terlambat jumpa pengetua.

Siapa je yang tak takutkan pengetua hantu galah tu?Semua pelajar termasuklah cikgu takut dengan pengetua tu hantu galah tu.

Tetapi ada seorang je pelajar dalam sekolah ni yang tak takut dengan pengetua hantu galah tu.

Pelajar itu ialah aku.Nak tahu kenapa aku kata aku seorang je pelajar yang tak takut dengan pengetua?

Kalau korang nak tahu,bilik pengetua tu dah macam rumah kedua aku.

Dalam seminggu,mesti 2 atau 3 kali aku akan masuk dalam bilik pengetua.Setiap minggu tau.

Aku pernah letakkan kaki aku lagi atas meja pengetua.Pengetua tak ambil tindakan apa-apa pun kat aku masa aku letakkan kaki tu.Marah pun tak.Dia tengok je.Hebat kan aku.

"Cikgu pergilah jumpa pengetua.Nanti cikgu terlambat pulak nak jumpa pengetua.Saya boleh rawat kaki saya sendiri.Luka sikit je ni."

Aku menyuruh cikgu Lee untuk pergi berjumpa dengan pengetua.

Aku tak naklah disebabkan aku nanti cikgu Lee kena marah dengan pengetua sebab lambat.

Pengetua hantu galah tu dahlah jenis suka marah orang tanpa usul periksa.

"Awak tak apa-apa ke kalau cikgu tinggalkan awak sorang-sorang kat sini?Dahlah petugas bilik rawatan ni tak sampai lagi.Awak betul-betul boleh rawat kaki awak sendiri tanpa bantuan cikgu?"tanya cikgu Lee untuk lebih kepastian sebelum dia pergi berjumpa pengetua.

"Cikgu pergilah jumpa pengetua.Saya boleh rawat kaki saya.Lagipun,saya dah biasa rawat kaki saya sendiri bila saya tercedera masa training judo."beritahuku kepada cikgu Lee.

Cikgu Lee mengambil kotak first aid yang terletak di atas meja kecil lalu kotak first aid itu diletakkan di atas katil.

"Kalau awak dah cakap macam tu,cikgu pergi jumpa pengetua dulu ye.Rawat kaki awak elok-elok.Jaga diri."

Cikgu Lee melangkah keluar daripada bilik rawatan.

Sebaik sahaja kelibat cikgu Lee menghilang di sebalik pintu,aku membuka kotak first aid dan mengambil sebotol iodin.

Tak sempat aku nak buka penutup botol iodin,kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar.

Klakk

Seorang lelaki yang memakai baju ahli kelab bola keranjang memasuki bilik rawatan.


Dia mengelap peluh yang mengalir di lehernya dengan menggunakan tuala kecil yang juga tersangkut di lehernya.

"Eh,Nana.Awak buat apa kat sini?Awak sakit ke?"tanya lelaki itu sebaik sahaja dia melihat aku yang sedang duduk di atas katil.

"Saya tak sakit pun.Kaki saya ni tercedera sikit je.Awak pulak buat apa kat sini,Jungkook?Awak sakit ke?"tanyaku kembali kepada Jungkook yang sudah berada di hadapanku.

Jungkook tidak menjawab pertanyaanku kerana dia sedang leka melihat kakiku yang tercedera.

"Nana,banyaknya darah yang keluar daripada kaki awak.Mari saya tolong rawatkan kaki awak."

Aku melihat kakiku yang berdarah seperti yang dikatakan oleh Jungkook.Memang banyak darah yang keluar.

Tanpa sempat aku berkata apa-apa,Jungkook terus mencuci lukaku dengan dettol.

"Jungkook,awak tak payahlah rawat kaki saya.Awak mesti nak selesaikan urusan awak dalam bilik rawatan ni.Saya boleh rawat kaki saya sendiri."

Aku menolak bantuan Jungkook yang ingin merawat kakiku.

Sebenarnya,aku segan dan takut bila Jungkook tawarkan diri untuk rawat kaki aku.

Aku takut sebab Jungkook merupakan pelajar lelaki paling handsome,hot dan menjadi pujaan hati kebanyakan pelajar perempuan di Daegu High School.Siap ada kelab peminat Jungkook lagi tau.

Nanti tak pasal-pasal aku kena serang dengan peminat-peminat Jungkook pulak bila diorang dapat tahu yang pujaan hati diorang ni tolong rawatkan kaki aku.

"Urusan saya ialah awak.Saya akan rawat kaki awak dulu lepas tu baru saya akan selesaikan urusan saya kat sini."

Selesai mencuci lukaku dengan dettol,Jungkook meletakkan iodin pula di buku laliku yang tercedera.

Aku hanya memerhatikan sahaja Jungkook yang sedang merawat kakiku.

Kenapa aku rasa sweet semacam je ayat Jungkook tu?

Aku rasa dia cakap macam tu mesti sebab dia dah terbiasa cakap sweet-sweet dengan peminat dia.Aku yakin mesti sebab tu.Tak ada sebab lain.

"Tapi,macam mana kalau pe..."

Tak sempat aku nak habiskan ayat,Jungkook lebih pantas memotong percakapanku.

"Macam mana kalau peminat saya serang awak kalau mereka ternampak saya tengah rawat kaki awak?Awak janganlah risau.Kalau diorang berani serang awak,saya akan protect awak dengan muscle lengan saya ni."

Jungkook menayangkan muscle lengannya di hadapanku dengan penuh bangganya.

"Issh,awak ni Jungkook.Saya cakap betul-betul awak buat lawak pulak.Kalau peminat awak tahu yang awak tolong rawat kaki saya,mesti saya masuk dalam wanted list diorang.Yang lebih teruk lagi,gosip tentang kita berdua pasti akan tersebar kalau geng mak cik bawang tahu tentang ni.

Tajuk gosip ialah Jungkook,lelaki paling handsome dan hot telah merawat kaki pelajar perempuan paling bermasalah dan dikehendaki oleh cikgu disiplin di Daegu High School."balasku acah-acah seperti seorang wartawan hiburan.

Jungkook hanya ketawa apabila mendengar percakapanku yang acah-acah seperti wartawan hiburan.

"Saya tak buat lawaklah.Saya maksudkan apa yang saya cakap tadi.Kalau saya dapat tahu diorang serang awak,saya akan pastikan diorang tahu siapa Jeon Jungkook yang sebenar.By the way,saya rasa awak ada bakat untuk menjadi seorang wartawan."

Jungkook membalut bandage di kakiku dengan penuh lemah lembut dan cermat.

Aku memandang Jungkook yang sedang membalut kakiku dengan bandage.

"Okay,kaki awak dah siap dirawat.Nah,ambil ni.Semoga kaki awak cepat sembuh."

Jungkook mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar pendeknya.Dia menyerahkan sebuah bungkusan plastik berwarna oren kepadaku.

Aku mengambil bungkusan plastik berwarna oren itu daripada tangan Jungkook.

Bungkusan plastik berwarna oren itu diperhatikan lama olehku.

"Vitamin c?Kenapa awak bagi vitamin c  kat saya?Saya masih sihat lagi.Kaki saya je yang sakit."

Aku tertanya-tanya tujuan Jungkook memberikan vitamin c kepada aku.Aku masih sihat lagi kut.Bukan ke orang makan vitamin c bila sakit je?

"Kita tak perlu tunggu sakit dulu baru kita nak makan vitamin c.Kita kena makan vitamin c setiap hari tau.Barulah badan kita sihat.Macam saya.Sebab tulah saya sentiasa sihat,handsome dan hot."jawab Jungkook sambil menolak rambutnya ke belakang.

Aku rasa aku dah tahu kenapa Jungkook boleh menjadi pujaan hati kebanyakan pelajar perempuan di sekolah ni.

Semua benda yang Jungkook buat nampak macho semacam je.Patutlah semua perempuan cair habis bila nampak Jungkook.

"Awak duduk sini diam-diam ye.Saya nak pergi ambil kotak first aid kejap."beritahu Jungkook lalu dia berjalan menuju ke rak atas yang menempatkan kotak first aid yang kedua.

Aku cuba untuk turun daripada katil dengan berpaut pada palang katil.

Langkah kecil dibuka dengan perlahan-lahan.

Sebaik sahaja kakiku menyentuh lantai,kakiku terasa sangat sakit.Badanku mula hilang keseimbangan lalu aku jatuh terduduk betul-betul di hadapan katil.

"Auchh."

Aku mengaduh perlahan tetapi cukup untuk membuatkan Jungkook yang sedang mengambil kotak first aid terus bergegas menuju ke arah aku.

"Macam mana awak boleh jatuh?Awak nak pergi mana ni?"tanya Jungkook sebaik sahaja dia sampai kepada aku.

"Saya nak masuk kelas la.Takkanlah saya nak duduk kat bilik rawatan ni sepanjang hari.Saya nak belajar juga."beritahuku kepada Jungkook.

Tanpa sebarang tanda,Jungkook terus memegang kedua-dua belah tanganku.

Mataku secara automatik memandang tepat Jungkook yang sedang memegang tanganku.

Jungkook sedang memandang tepat anak mataku.

1 saat

2 saat

3 saat

Aku hanya mampu bertentang mata dengan Jungkook 3 saat sahaja.

Tak beranilah aku nak pandang mata Jungkook lama-lama.Nanti tak pasal-pasal aku jatuh hati kat dia pulak.

"A-awak buat apa ni?"soalku kepada Jungkook dengan nada yang agak gugup.

"Saya nak tolong awak bangun la.Tadi kan awak kata awak nak masuk kelas."beritahu Jungkook sambil membantuku bangun dengan memegang kedua-dua tanganku.

Berkat bantuan daripada Jungkook,aku berjaya bangun dengan selamatnya.

Tetapi tak sempat aku nak menarik nafas dengan lebih dalam,pinggangku terasa seperti dipegang oleh seseorang.

Aku segera menoleh ke arah Jungkook.Tangan kanan Jungkook terletak elok di pinggangku.

Aku serta merta menjauhkan diri daripada Jungkok.

"Kenapa awak pegang pinggang saya?"soalku kepada Jungkook yang masih memegang pinggang aku.

Jungkook tidak menjawab pertanyaanku.Dia memegang tangan kiriku lalu diletakkan di atas bahunya.

"Saya pegang pinggang awak sebab saya nak tolong awak berjalan sampai ke kelas."jawab Jungkook sambil memandang aku.

"Awak tak payahlah tolong saya berjalan sampai ke kelas.Saya boleh berjalan sendiri.

Lagipun,saya tak naklah kena serang dengan peminat-peminat awak bila diorang ternampak pujaan hati diorang ni tolong saya berjalan sampai ke kelas."

Aku menolak bantuan Jungkook sekali lagi.Aku tak nak terlibat dalam masalah bila peminat-peminat Jungkook nampak Jungkook tengah tolong aku.

"Saya tak kisah kalau peminat-peminat saya nampak saya tengah tolong awak.Memang saya pujaan hati diorang tapi diorang bukan pujaan hati saya.Pujaan hati saya ialah..."

"Ialah?"

Aku menantikan apa yang Jungkook nak cakap.Agak-agaknya perempuan manalah yang dah berjaya jadi pujaan hati Jungkook ni?

"Saya akan beritahu siapa pujaan hati saya kalau awak benarkan saya tolong awak berjalan sampai ke kelas."

Nampaknya Jungkook beria-ia betul nak tolong aku berjalan sampai ke kelas.Aku nak fikir kejap.

Patut ke tak aku biarkan Jungkook tolong aku?

"Jom kita pergi ke kelas sekarang."balasku kepada Jungkook yang sedang memandang aku.

Segaris senyuman manis terukir di bibir Jungkook bila aku ajak dia pergi ke kelas.Dalam erti kata lain,dia gembira sebab aku benarkan dia tolong aku.

"Jom."

Aku dan Jungkook berjalan bersama-sama ke kelas yang terletak agak dekat dengan bilik rawatan.

Tangannya yang setia melingkari pinggang aku untuk membantuku berjalan telah berjaya membuatkan aku berasa sesak nafas.

Harap-haraplah aku masih bernafas bila aku dah sampai kat kelas nanti.

                           ☆☆☆

"Okay,kita dah sampai."beritahu Jungkook sebaik sahaja kami tiba berdekatan dengan kelas.

"Memandangkan kita dah sampai kat kelas,awak kena beritahu saya siapa pujaan hati awak tu."

Aku menuntut jawapan yang dijanjikan oleh Jungkook.Teringin jugalah nak tahu siapa pujaan hati Jungkook ni.

"Awak betul-betul nak tahu?"tanya Jungkook kepadaku.
Aku hanya menganggukkan kepala kepada pertanyaan Jungkook itu.

"Pujaan hati saya ialah awak."beritahu Jungkook ringkas tetapi cukup untuk membuatkan aku tercengang.

Jungkook ni buat lawak ke apa?Sejak bila aku jadi pujaan hati dia?Tak mungkinlah aku yang nakal lagikan jahat ni pujaan hati dia.Tak mungkin.

"Awak ni Jungkook suka sangat buat lawak.Beritahu jelah siapa pujaan hati awak tu."gesaku lagi kepada Jungkook yang sedang memegang kotak first aid.

"Saya tak buat lawak dan saya tak suka buat lawak.Saya dah beritahu awak siapa pujaan hati saya.Terpulanglah pada awak nak percaya atau tak.Kalau tak ada apa-apa,saya pergi dulu.Bye."balas Jungkook lalu dia  berjalan pergi meninggalkan aku.

Tak sempat aku nak kata apa-apa,Jungkook berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh langsung ke belakang.

"Takkanlah aku ni pujaan hati Jungkook.Tak mungkinlah.Mesti Jungkook main-main dengan aku je ni.Aku ni manalah layak nak jadi pujaan hati Jungkook."bicaraku seorang diri di koridor kelas.

Aku membuka langkah dengan perlahan-perlahan untuk menuju ke kelas yang terletak hanya beberapa langkah di hadapanku.

"Kau memang tak layak nak jadi pujaan hati Jungkook.Hanya aku seorang je yang layak jadi pujaan hati Jungkook.Aku akan pastikan kau terima balasan sebab kau dah berani dekat dengan Jungkook aku."

Seorang pelajar perempuan memandang Nana dengan pandangan penuh kebencian.

Pelajar perempuan itu sebenarnya sudah melihat segala perlakuan Jungkook dan Nana sejak di bilik rawatan lagi.

Hai,eyka kembali lagi.First of all,sorry sngt2 sbb dh lma tk update.

Ni eyka dh update jgn lpa baca dan vote tau.

Korang rasa siapa pelajar perempuan tu?

Betul ke Nana tu pujaan hati Jungkook?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro