Bab 10:Kiss Prank💋
Aku memandang Yoongi yang duduk di sebelahku.
Yoongi kaku di tempat duduknya.Dia langsung tidak bergerak.Sampai mata pun dia tak kelipkan.
Dia kelihatan sungguh terkejut.Muka macam baru nampak hantu je.
"Hello,Yoongi.Yoongi.Yoongi."
Aku memanggil nama Yoongi kerana dia kelihatan seperti sudah berada di dalam dunianya sendiri.
Berkat panggilan aku,dia tersedar daripada lamunannya.
Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah aku.
"Kenapa awak nampak terkejut sangat?Saya minta nombor telefon awak je.Bukannya saya ajak awak dating dengan saya pun."
Yoongi menulis sesuatu di atas sticky note.
Selesai menulis,dia menyerahkan sticky note kepada aku.
Itulah benda yang paling mengerikan yang pernah saya dengar sepanjang tahun ni.Kenapa awak nak nombor telefon saya?
Aku tergelak kecil melihat sticky note pemberian Yoongi.
Aku minta nombor telefon je kut dan dia kata itu benda yang paling mengerikan yang dia pernah dengar sepanjang tahun ni.
Wah,unik betullah Min Yoongi ni.Pertama kali aku jumpa orang yang kata minta nombor telefon merupakan benda yang paling mengerikan.
"Awak tanya saya kenapa saya nak nombor telefon awak?"
Aku memandang Yoongi.Dia mengangguk kepada pertanyaanku sebentar tadi.
Aku tersenyum nakal sambil diriku didekatkan dengan Yoongi yang duduk agak jauh daripadaku.
Aku mendekatkan diri dengan Yoongi sehingga lutut kami berdua saling bersentuhan.
Tak cukup dengan itu,aku turut mendekatkan muka aku dengan mukanya.
"Sebenarnya saya minta nombor telefon awak sebab saya nak berkenalan lebih rapat dengan awak.Kalau awak nak tahu,saya dah jatuh cinta pandang pertama pada awak masa awak hantar kek beras hari tu.Can i get your number?"tuturku manja sambil hujung rambut dipintal-pintalkan dengan penuh gediknya.
Riak wajah Yoongi jelas terkejut besar.Dia diam tidak berkutik di situ.
Kalau tadi muka dia macam nampak hantu,sekarang muka dia nampak macam dah kena sampuk hantu.Dia diam tidak berkutik di situ.
Kalau tadi dia kaku,sekarang dia dah beku jadi ais.
"Yoongi,saya tanya awak ni.Boleh tak saya nak minta nombor telefon awak?Boleh tak?"ujarku lagi dengan penuh manjanya.
Aku mendekatkan lagi mukaku dengan mukanya.
Semakin dekat dan dekat.
Dekat dan lebih dekat.
Yoongi yang hanya kaku sejak daripada tadi mula menjarakkan dirinya.
Aku tidak mudah mengalah.Semakin dia menjarakkan dirinya,aku pula semakin galak mendekatkan diri dengannya.
Muka Yoongi sekarang serius nampak sangat takut plus terkejut.
Tak sempat aku hendak berbuat apa-apa pada Yoongi,dia cepat-cepat menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya.
"HAHAHAHAHAHAHAHAHA"
Gelak ketawa yang aku tahan sejak daripada tadi akhirnya terburai.
Aku ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia sampaikan lengan putih Yoongi yang tak bersalah tu pun ditampar-ditampar olehku.
Yoongi pula sedang mengusap-usap lengannya yang sakit hasil tamparan kuat aku sebentar tadi.Riak mukanya jelas nampak keliru sekarang.
Aku yakin mesti dia tengah keliru sebab aku dah acah-acah macam nak kiss dia tapi tiba-tiba aku ketawa terbahak-bahak pulak.
"Kenapa awak tutup muka dengan tangan?Awak takut saya nak buat sesuatu kat awak eh?"tanyaku sambil kening kiri dijungkitkan.
Aku masih lagi ketawa terbahak-bahak.
Tindakan Yoongi yang menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya sebab takut aku buat sesuatu kat dia serius lawak.Bukan setakat lawak.Cute pun ada juga.
Yoongi menulis sesuatu di atas sticky note lalu dia menyerahkan sticky note itu kepada aku setelah dia selesai menulis.
Mana ada saya takut.Tadi kening saya tiba-tiba rasa gatal.Sebab tulah saya tutup muka dengan tangan sebab nak garu kening.
Aku tergelak kecil apabila melihat sticky note yang diberikan oleh Yoongi.
Apa punya alasan dia bagi ni?Yelah sangat nak garu kening.Padahal dia tutup muka sebab takut aku buat sesuatu kat dia.Macamlah aku tak tahu.
"Saya nak phone awak kejap."
Aku menghulurkan tangan untuk meminta phone Yoongi.
Yoongi pula sekali lagi menunjukkan riak muka keliru lalu dia menuliskan sesuatu ke atas sticky note sebelum sticky note itu sampai ke tangan aku.
Awak nak buat apa dengan phone saya?
Yoongi mengeluarkan phone daripada poket seluar jeansnya.
Tak sempat dia nak serahkan phone tu kat aku,tanganku lebih pantas merampas phone di tangan kirinya itu.
Tanganku menekan-nekan sesuatu di phone berjenama Iphone X berwarna hitam milik Yoongi.
"Okay dah siap.Nah,phone awak."
Selesai berbuat sesuatu di phone Yoongi,aku menyerahkan semula phone itu kepada Yoongi.
Yoongi menulis sesuatu lagi di atas sticky note lalu sticky note itu diserahkan kepada aku.
Awak buat apa kat phone saya?
"Nanti awak tahulah apa yang saya dah buat kat phone awak.By the way,boleh tak saya nak minta nombor telefon awak?"
Aku meminta nombor telefon Yoongi buat kali yang ke berapa entah aku pun tak ingat.
Yoongi menulis sesuatu lagi di atas sticky note.Dia kemudiannya menyerahkan sticky note kepada aku.
01xxxxxxxxx-Min Yoongi
Dia menyerahkan satu lagi sticky note kepada aku.
Awak nak buat apa dengan nombor telefon saya?
"Terima kasih sebab dah bagi nombor telefon awak.Awak tak payahlah risau sangat.Saya tak akan buat benda tak elok dengan nombor awak.Paling jahat pun saya jual nombor awak."ucapku kepada Yoongi.
Sempat lagi aku mengusik dia.
Yoongi merenungku dengan renungan tak berpuas hati.
Aku pula hanya tergelak kecil melihat renungan Yoongi itu.
"Awak ni serius sangat la Yoongi.Saya melawak je termasuklah yang pengakuan cinta tadi tu sekali.Takkanlah saya yang cantik lagikan baik hati ni nak jual nombor awak."kataku sambil tanganku secara automatik menampar kuat lengan Yoongi.
#RipYoongiArm2018😂
"Yoongi,saya balik dulu.Esok kita jumpa kat sekolah ye.Bye."ucapku sambil melambai-lambaikan tangan kepada Yoongi.
Yoongi juga membalas lambaian tangan aku walaupun lengannya sudah sakit ditampar olehku.
Aku bangun daripada bangku.
Langkah kakiku ditujukan terus ke arah rumah aku yang terletak hanya di hadapan rumah Yoongi.
Aku teringat akan sesuatu.Aku menghentikan langkah dan terus memandang Yoongi yang kelihatan seperti sedang termenung.
"Yoongi,jangan lupa check whatsapp malam ni."pesanku sebelum aku terus melangkah pergi menuju ke rumah.
***
Yoongi Pov
"Kenapa dia cakap jangan lupa check whatsapp?Dia ada nak hantar apa-apa kat whatsapp ke?"ujarku seorang diri sambil terus termenung merenung masa depan.
Meow~
Bunyi suara kucing secara tiba-tiba menyedarkan aku daripada terus termenung.
Aku segera melihat chat yang masuk di aplikasi whatsapp.Bunyi suara kucing tadi tu sebenarnya bunyi notification whatsapp aku.Hehehe.
#Yoongidankucingberpisahtiada😹
Nana Comel👸 added you to group Class 4A(budak-budak pandai sekalian)
"Patutlah dia pesan kat aku suruh check whatsapp.Dia add aku masuk dalam group kelas rupanya.Aku ingatkan apalah tadi."
Aku menscroll chat-chat yang terdapat di dalam group class 4A.Kebanyakan chat berkisarkan tentang nota-nota pelajaran dan bahan-bahan ilmiah.
Mataku tertumpu kembali kepada notification whatsapp sebentar tadi.
Nana Comel👸 added you to group Class 4A(budak-budak pandai sekalian)
"Nana Comel?Sejak bila pulak aku ada nama kenalan dengan nama Nana comel?Hmm,pelik."
Aku segera memeriksa senarai kenalan yang berada di dalam phone.
Aku scroll dengan penuh teliti daripada atas sampai bawah.Mataku akhirnya tertumpu kepada sebuah nama iaitu...
Nana Comel👸
"Patutlah bukan main lama dia guna phone aku tadi.Dia masukkan nombor telefon dia dalam phone aku rupanya.Siap letakkan gambar dia lagi kat caller id."
Aku memandang nama kenalan beserta gambar yang diletakkan oleh Na Yumi.
"Nama kenalan Nana Comel.Tapi gambar yang dia letakkan harom tak comel langsung.Sepatutnya kena tukar ke Nana Creepy.Baru kena dengan gambar."
Aku menukar nama kenalan yang diletakkan oleh Na Yumi daripada Nana Comel kepada Nana Creepy.
"Okay,I'm done.Aku tak pernah lagi jumpa perempuan macam kau,Na Yumi.Selalunya kalau perempuan masukkan nombor telefon beserta gambar dia dalam phone lelaki,mesti dia akan letakkan gambar yang paling cantik sekali yang dia ada.Tapi kau letakkan gambar muka yang hodoh plus creepy.Kau perempuan yang unik,Na Yumi."
Tanpa disedari,aku terus memandang gambar Na Yumi yang creepy itu.Apa dah jadi dengan aku ni?
Hello,ika kembali lgi.Sorry sbb ika agk lmbt update.
Apa pun,harap semua enjoy bca bab 10.
Jmpa lagi di bab seterusnya.Love you💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro