Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Memory 021 °

Kau berbahaya. Mencintai kau bermaksud malang bagi aku. Indah, namun sayang sekali, busuk.

"Cik. Cik. Bangun cik." Hyuna terbangun apabila dirasakan bahunya ditepuk - tepuk perlahan.

"Ya? Ada apa?" Tanya Hyuna.

"Cik tak nak balik rumah ke? Saya kasihan tengok anak cik." Kata nurse itu.

Pandangan Hyuna beralih ke arah Jungna yang tidur beralaskan pehanya dan puan Park yang terlantar di atas katil.

Hyuna kemudiannya tersenyum memandang nurse itu. "Terima kasih kerana kejutkan saya. Tolong jaga ibu saya baik - baik ya nurse."

"Baiklah." Nurse tersebut membalas senyuman Hyuna.

Hyuna mendukung Jungna yang masih lagi tidur. Sebelum dia keluar, dia memandang lagi ke arah puan Park.

• • •

"Hyuna, kamu okay tak? Nampak macam tak sihat je." Tegur makcik Shin.

Hyuna menggeleng - gelengkan kepalanya. "Tak ada apalah makcik. Cuma tak sedap badan je."

"Kamu rehatlah dulu. Pastu baru buat kerja. Makcik risaulah." Kata makcik Shin.

"Tak payahlah makcik. Saya okay je." Hyuna masih memberi alasan.

"Oklah kalau macam tu. Ni. Makcik nak tanya. Kamu ada anak ya Hyuna?" Tanya makcik Shin.

"Ya. Saya ada anak." Hyuna hanya menjawab secara jujur sahaja.

"Semalam kamu ambil anak kamu dalam pukul 1 petang kan? Sekarang ni dah pukul 12.30 tengah hari." Tegur makcik Shin.

Hyuna yang seperti mahu terlelap itu membesarkan matanya. Jam di tangan segera dipandang.

"Makcik! Saya nak ambil anak saya dulu! Terima kasih sebab beritahu!" Hyuna terus berlari tanpa menunggu balasan dari makcik Shin.

"Aigoo. Jangan lari!" Jerit makcik Shin dari jauh. Hyuna hanya menunjukkan tanda ok tetapi masih lagi berlari.

• • •

"Jungna tidur dekat bilik sini dulu. Mak ada kerja. Nanti mak kejut." Kata Hyuna sambil tersenyum.

"Ok..." Jungna sudah mengesat matanya kerana mengantuk.

Hyuna mengusap kepala Jungna sebelum keluar dari bilik rehat yang dikhaskan untuk cleaner di situ. Kerjanya masih belum selesai. Dia perlu mengelap tingkap di tingkat 20.

"Hyuna nak bersihkan tingkap dekat tingkat 20 ye?" Tanya pekerja cleaner yang lain. Rata - ratanya sudah berusia.

"Ya makcik." Balas Hyuna.

"Owh... Hati - hati." Kata makcik itu.

Hyuna hanya mengangguk lantas mengambil peralatan untuk membersih.

Tingkap di tingkat 20 agak luas dan tinggi untuk dibersihkan. Boleh patah tangan dibuatnya. Mungkin mengambil dalam masa 2 jam.

Sampai sahaja di tingkat 20, Hyuna terus menjalankan tugasnya. Kain lap yang dipegangnya dicampur dengan pencuci. Bagi tempat yang lebih tinggi, dia akan menggunakan alatan.

Hyuna mengeluh berat. Badannya terasa sungguh lemah. Rasa ingin menangis datang kembali apabila teringatkan puan Park yang terlantar di hospital.

Hyuna juga teringat akan Chanyeol. Lelaki yang ditolak cintanya suatu ketika dahulu. Bukan tidak mahu, tetapi dia masih mencintai lelaki itu.

Jungkook, lelaki yang meninggalkan dia. Sekarang mereka dipertemukan kembali. Hyuna tertawa kecil.

Takdir apakah ini?

Hyuna menggelengkan kepalanya untuk menghalau pelbagai masalah. Dia kembali fokus.

Selepas 1 jam, Hyuna berehat seketika. Peluh di dahi dilap menggunakan lengan baju. Perlahan - lahan dia mula mengelamun.

Tanpa sedar, manik jernih jatuh dari tubir matanya. Hyuna diam tanpa berniat untuk mengesatnya. Dia penat. Penat dengan segalanya.

Seketika pandangannya teralih ke arah dua orang yang amat dikenalinya berada di hadapan lif. Jungna dan.... Jungkook? Mata Hyuna membulat. Segera dia mendekati mereka berdua.

"Jungna! Jungna buat apa dekat sini?!" Tanya Hyuna sambil melutut.

"Jungna cari mak." Jawab Jungna sambil tersenyum.

"Hyuna?" Hyuna terdiam apabila namanya dipanggil. Terlupa seketika dengan makhluk itu.

"Mak! Bolehkan Jungna panggil hyung ni ayah? Hyung ni baik. Jungna suka dia!" Kata Jungna sambil menunjuk ke arah Jungkook.

Jungkook tersenyum tawar. Dia tahu siapa itu Kim Jungna. Dia sudah mengumpul pelbagai maklumat tentang Hyuna dan Jungna.

Jungkook turut melutut di sebelah Hyuna. Pekerja yang lain hanya diam melihat majikan mereka.

Hyuna menarik nafas sedalamnya. Dia tahu saat ini akan tiba. Sedaya upaya dia cuba untuk mengukir senyuman.

"Jungna-ah, maafkan mak. Tapi Jungna tak boleh panggil hyung ni ayah. Dia bukan ayah Jungna." Kata Hyuna lembut.

"Tapi.. Dia kata dia ayah Jungna." Kata Jungna. Mukanya kelihatan sedih.

"Ayah Jungna dah tinggalkan kita. Dia dah.... tiada." Hyuna menelan air liurnya. Dia tahu apa yang dia katakan itu sangat melampau, tapi dia perlu katakan juga.

"Ayah dia masih di sini, Hyuna." Kata Jungkook yang terasa sedikit marah dengan ayat Hyuna.

"Mak tipu! Mak kata ayah sibuk. Sebab tu ayah tak ada dengan kita. Nenek pun cakap yang ayah akan cari kita." Jungna mula menangis.

Hyuna juga menangis. Dia tertekan. Sangat tertekan. Dia cuba untuk mendekati Jungna, tetapi Jungna berlari lalu memeluk Jungkook.

"Jungna benci mak! Mak tipu Jungna! Benci!" Tangisan Jungna makin lebat.

"Jungna, mak minta maaf." Hyuna bersandar di dinding bagi menahan badannya yang semakin lemah.

Jungkook mendukung Jungna lalu diserahkan kepada Hyo. Kemudian dia mendekati Hyuna. Bahu Hyuna disentuh. "Hyuna..."

"Tepi! Jangan sentuh aku! Aku benci kau! Kenapa kau kena muncul dalam hidup aku?! Kenapa?!" Hyuna menjerit sekuatnya. Hatinya perit. Parut lama berdarah kembali.

"Hyuna..."

"Jangan sebut nama aku! Aku benci kau!" Hyuna menarik - narik rambutnya. Keadaannya seperti orang gila ketika itu. Fizikal dan mentalnya penat dan sakit.

Jungkook menggigit bibirnya. Perlahan - lahan dia mencangkung menghadap Hyuna.

"Tolong. Tolong jangan benci aku." Air matanya mengalir perlahan. Pipi Hyuna diusap lembut.

"Jungkook..." Panggil Hyuna lemah.

"Hmm..."

"Kau muncul dalam hidup aku ni hanya untuk sakiti aku lagi ke? Jujur aku katakan. Aku penat. Tolong jangan seksa aku lagi. Jangan kacau aku dan Jungna. Aku merayu." Mata Hyuna memandang Jungkook dengan penuh harapan.

"Tak. Tak." Jungkook menggeleng - gelengkan kepalanya. Dia tak dapat menerima kenyataan. Dialah punca kesengsaraan Hyuna. Dialah puncanya.

"Jungkook, aku merayu. Tinggalkan hidup aku dan Jungna." Hyuna merayu lagi.

Jungkook hanya mampu diam dan menangis. Tangisannya semakin deras. Dadanya terasa sesak.

"Aku minta maaf." Ucap Jungkook perlahan.

Hyuna mengeluh perlahan. "Aku muak dengan maaf kau, Jungkook." Hyuna kemudiannya bangun dan menuju ke arah Jungna. Tangannya cuba dihulur tetapi Jungna masih tidak mahu mendekatinya.

Hyuna menurunkan tangannya. Air matanya mengalir lagi. "Jungkook, aku harap kau boleh jaga Jungna dengan baik. Aku hanya bagi peluang sekali ini sahaja." Kata Hyuna terhenti seketika.

Hyuna berpaling ke belakang menghadap ke arah Jungkook. "Selepas itu, aku dan Jungna akan pergi dari sini. Manfaatkan peluang ini sebaik yang mungkin." Ujar Hyuna kemudian berlalu pergi dari situ.

Pandangan Jungkook semakin kabur. Sakit. Hanya itu yang dirasakan saat itu. Air matanya masih tak berhenti mengalir. "Hyuna, maafkan aku."

Hyuna, tolong jangan benci aku...

Maafkan aku...

Kerana menjadi punca kesengsaraan kau...

Maafkan aku...

Kerana hadir di dalam hidup kau...

Maafkan aku...

Sebab aku tak boleh melepaskan kau...

Aku akan cuba buat kau cintakan aku kembali...

Kerana...

Aku tak boleh hidup tanpa kau...

Maafkan aku atas segalanya...

_________________________________________

Tbc...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro