° Memory 010 °
" Merayu. Melutut. Menangis. Semua itu telah aku lakukan. Yang aku minta hanya satu pandangan dari kau. Hanya satu. "
➖
Yoongi yang terbangun kerana haus berasa pelik apabila mendengar bunyi tangisan. Segera dicari sumber suara tersebut. Ketika itu baru pukul dua pagi.
"Jungkook?"
Jungkook yang berusaha mengesat air matanya mendongak. Rambutnya kusut - masai. "Hyung..." suaranya bergetar.
"Bila kau balik?" Tanya Yoongi.
"Baru je tadi." Jawab Jungkook. Yoongi diam seketika sebelum tangannya mengusap belakang badan Jungkook.
"Kau kena tinggalkan Hyuna, kan?" Tanya Yoongi tiba - tiba.
Jungkook terperanjat. "Macam mana kau tahu hyung?"
"Sejak kebelakangan ni, kau selalu sedih. Kau siap menangis lagi. Aku kenal kau dah lama Jungkook. Kau tak akan menangis melainkan perkara itu berkaitan dengan orang yang kau sayang." Jelas Yoongi.
"Ayah Hyuna beri aku masa seminggu." Kata Jungkook.
"Untuk tinggalkan Hyuna?" Teka Yoongi lagi. Jungkook hanya mengangguk.
"And tomorrow is the last day. Sebab tu, kau menangis macam ni?" Sememangnya Yoongi pandai meneka.
"Aku tak sanggup tinggalkan dia hyung. Tapi, aku terpaksa!" Jungkook menaikkan suara.
"Jungkook, ayah Hyuna adalah orang kedua paling kaya di Korea ni. Kalau kau nak kalahkan ayah Hyuna, kau kena minta tolong dia." Nasihat Yoongi.
"Jangan sebut nama dia hyung! Aku benci dia! Dia menyebabkan kita semua sengsara. Dengan perempuan tak guna tu!" Jungkook mengepal tumbukan.
"Terserah kau. Aku hanya bagi nasihat. Ingat! Hanya dia yang boleh kalahkan ayah Hyuna!" Kata Yoongi.
"Terima kasih hyung." Ucap Jungkook.
"Sama - sama. Hyung nak tidur dulu. Bersedialah untuk hari esok. Harap kau tabah." Seusai itu, Yoongi keluar dari bilik tidur Jungkook.
Manakala Jungkook menangis dan terus menangis. Hatinya terlalu sedih. Terlalu kesal. Terlalu marah. Terlalu rawan. Seperti mahu gila dirasakannya.
Aku seperti mahu gila..
Emosi aku tak stabil..
Aku tak pernah berniat untuk meninggalkan kau..
Kalaulah aku boleh memberitahu segalanya kepada kau..
Atas alasan apa aku meninggalkan kau..
Pasti perkara itu tidak menjadi rumit..
Tapi itu semua kisah dongeng..
Kisah kita kisah benar..
Yang penuh penantian dan penyeksaan..
Maafkan aku Hyuna..
• • •
Hari terakhir |D-Day|
"Awak nak bawa saya pergi mana?" Mata Hyuna ditutup oleh Jungkook. Malam itu merupakan malam terakhir mereka bersama. Jadi, Jungkook menyediakan sesuatu yang istimewa untuk Hyuna.
Itupun selepas dia bersusah payah menyediakan kejutan itu bersama hyungnya. Memang kecoh. Nasib baik sempat disiapkan tepat pada masanya.
Sampai sahaja di situ, Jungkook mengalihkan tangannya daripada menutup mata Hyuna.
Hyuna terpegun melihat gambar polaroid mereka yang digantung. Sedar tak sedar, sudah hampir 100 hari mereka bersama.
Langkah Hyuna terhenti pada gambar polaroid yang terakhir sekali. Gambar itu diambil pada hari ini.
100 days with you
Ayat itu tertulis pada gambar itu. Hyuna mencongak - congak berapa hari mereka bersama. Pelik. Selalunya perempuan yang mengingati tarikh - tarikh penting. Tapi ini sudah terbalik.
"100 hari?" Tanya Hyuna. Mukanya kelihatan keliru.
"Sayang, hari ni hari keseratus kita." Jungkook bersabar dan masih tersenyum. Ikutkan hati mahu merajuk. Tetapi memandangkan itu adalah hari terakhir mereka, Jungkook membatalkan niatnya.
"Maaf. Saya lupa." Hyuna tersengih.
"Tak apa. Jom kita makan." Ajak Jungkook. Hyuna hanya akur.
"Awak." Panggil Hyuna.
"Hmm.."
"Terima kasih sebab selalu ada untuk saya. Lepas mak mati, saya tak ada sesiapa kecuali awak dan hyung - hyung awak. Saya bersyukur sangat sebab awak hadir dalam hidup saya. Kalau awak tak ada, maybe saya dah ikut mak saya ke sana." Ucap Hyuna. Air mata yang mengalir dikesat.
"Hyun, jangan cakap macam tu. Awak kena teruskan hidup walaupun saya mungkin dah tak ada nanti." Kata Jungkook.
"Awak mesti ada di sisi saya. Jangan mungkiri janji atau saya akan musnah." Kata Hyuna. Jungkook semakin risau.
Selesai makan, mereka hanya berjalan - jalan sekitar itu. Jam dipandang sekilas. Pukul 11.55 malam.
Jungkook berhenti secara tiba - tiba lalu memeluk tubuh Hyuna dengan erat sekali. Seperti tidak mahu dilepaskan.
Tepat pukul 12.00 tengah malam, Jungkook meleraikan pelukan.
"Hyuna.."
Hati Hyuna mula rasa berdebar - debar. Kerana Jungkook memanggilnya dengan nama Hyuna dan bukan Hyun.
"Maafkan saya." Kata Jungkook perlahan.
"Untuk apa?" Hyuna semakin takut.
"Kita putus.."
Saat itu, hati aku benar - benar remuk..
Dan diri aku sendiri sudah musnah disebabkan kau...
Hanya dua patah perkataan sahaja mampu membuatkan aku meraung..
"Tapi.... kenapa?" Suara Hyuna mula menggigil.
"Maaf.. Aku dah mula benci kau." Jungkook melepaskan keluhan berat.
'Aku tak bencikan kau. Aku tak nak kita putus. Aku tak nak!' Jungkook menjerit di dalam hati.
"Awak tipu saya je kan?" Hyuna cuba untuk ketawa tapi ianya begitu.. susah.
"Aku tak tipu kau. Aku dah mula jemu dengan kau." Hati Jungkook mula berdarah. Setiap perkataan yang dikeluarkan memakan dirinya sendiri. Ingin menangis tetapi ditahan.
"Diam! Diam! Aku tak nak dengar! Kau tipu aku! Kau penipu!" Hyuna mula menjerit seperti orang gila. Hatinya terlalu sakit. Sama sakitnya seperti hati Jungkook.
Ingin sahaja Jungkook memeluk dan menenangkan Hyuna seperti kebiasaannya. Tapi dia sedar, dia tidak boleh berbuat seperti itu.
Hyuna mula tenang. Dia mendekati Jungkook dan memeluk Jungkook seeratnya.
"Tolong jangan tinggalkan aku. Aku mohon. Kau segalanya bagi aku Jungkook. Jangan tinggalkan aku." Rayu Hyuna.
"Maafkan aku." Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Jungkook.
Hyuna terduduk. Telinganya ditutup. "Tak. Tak. Ni semua tipu. Ni semua tipu! Ni hanya mimpi." Itulah yang diulang oleh Hyuna.
Jungkook mencangkung menghadap Hyuna dan menarik tangan Hyuna perlahan - lahan.
"Maafkan aku. Tapi ni bukan mimpi. Ini adalah realiti. Sebuah dunia yang sangat kejam." Bisik Jungkook di telinga Hyuna.
Hyuna lemah. Dipukul dada Jungkook berkali - kali.
"Kau penipu! Kau tipu aku! Aku benci kau! Aku benci kau Jeon Jungkook!" Bentak Hyuna.
"Aku memang seorang penipu." Kata Jungkook.
Aku memang penipu paling besar..
Aku kata aku mahu memutuskan hubungan kita berdua..
Padahal aku masih mahu meneruskan hubungan dengan kau..
Aku kata aku benci dengan kau..
Padahal aku masih cintakan kau..
Aku kata aku sudah jemu bersama dengan kau..
Padahal aku terlalu menginginkan diri kau saat itu..
Maafkan aku Hyuna..
Kerana menjadi seorang penipu..
Jungkook berdiri membiarkan Hyuna yang masih terduduk itu. Saat dia berpaling, air matanya tumpah. Tak boleh dibayangkan betapa retaknya sekeping hati itu saat ini.
Dia berjalan pergi tanpa mempedulikan Hyuna. Air matanya laju mengalir.
Sementara Hyuna masih lagi terduduk. Dia tidak boleh menerima kenyataan. Dadanya terasa sesak. Sesak dengan pelbagai rasa yang hampir membuatkan dirinya menjadi gila.
Kau kejam Jungkook..
Kau hancurkan diri aku..
Kau tinggalkan aku tanpa alasan kukuh..
Mulai dari hari itu, aku sudah menjadi orang baru..
Kim Hyuna..
Wanita yang tidak pernah tersenyum lagi..
Kerana sekeping hatinya yang telah tersakiti..
Cinta membuat diri aku binasa..
Saat itu, aku mulai membenci lelaki..
Lebih - lebih lagi lelaki bernama Jeon Jungkook..
Lelaki paling kejam.
_________________________________________
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro