° Memory 008 °
" Sakitkan bila kau perlu tinggalkan orang yang kau sayang. Beritahu aku, bagaimana cara untuk aku bernafas selepas ini? "
➖
Hari pertama |D-6|
Kringgg~~~
Bunyi loceng yang kedengaran membuatkan para pelajar lega. Setelah sekian lama berhempas pulas memerah otak, akhirnya mereka dapat makan juga.
Hyuna dan Jungkook lantas berdiri sambil diikuti oleh hyungnya. Mereka sudah menjadi kingka di sekolah itu. Well, kalau tengok pada rupa pun dah tahu kenapa diorang jadi kingka.
Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk menamakan grup mereka Bangtan Sonyeondan. Atau kata singkatannya BTS.
Setibanya di kantin, mereka mengambil meja yang berada betul - betul di bawah kipas. Entah sejak bila, meja itu menjadi meja rasmi mereka. Sejujurnya ramai yang cemburu dengan Hyuna.
"Awak nak makan apa? Saya belikan." Kata Jungkook sambil memandang muka Hyuna.
"Tak payahlah. Saya guna duit saya." Bantah Hyuna.
"Ok. Awak guna duit awak. Tapi saya belikan untuk awak." Jungkook tahu tiada gunanya bergaduh dengan Hyuna. Hyuna ni boleh tahan juga degilnya.
"Belikan saya nasi goreng kimchi dengan jus guava. Nah, ambil duit ni." Hyuna menghulurkan duit itu dengan gaya ala - ala diva.
"As you wish, my lady." Kata Jungkook sambil mencium tangan Hyuna lalu mengambil duit itu.
"Walah.. Walah.. Berdrama pulak dua ekor budak ni." Hoseok membuat muka meluat. Memang meluat pun!
"Bluerkkk.." Hyuna menjelirkan lidahnya.
"Hyung, jealous cakap." Kata Jungkook pula kemudian dia terus beredar untuk membeli makanan.
"Tak ada makna aku nak jealous lah budak gigi rabbit!" Jerit Hoseok. Geram pula kita!
Tidak lama kemudian, Jungkook kembali bersama dua pinggan di kiri dan kanan tangannya. Air kotak berisi jus guava digigitnya.
Hyuna segera membantu mengambil pinggan itu lalu diletakkan di atas meja. Kemudian Hyuna terus makan. Perutnya memang terasa lapar pula. Sejak dua menjak ini, selera makannya mati.
Jungkook mengambil sesuap dua nasi goreng kimchi itu. Selepas itu, dia menoleh ke arah Hyuna. Ditenung Hyuna dengan penuh kasih sayang dan juga sayu.
Ketawa Jimin terhenti apabila melihat anak mata Jungkook. Kesedihan dan... kesengsaraan. Semuanya terkandung di dalam anak mata Jungkook. Namjoon dan Taehyung yang perasan juga terdiam lalu mereka mengikuti perbuatan Jimin melihat maknae mereka.
Jin, Yoongi dan Hoseok yang berasa pelik kerana tidak mendengar suara Namjoon, Jimin dan Taehyung segera memandang ke arah mereka bertiga. Mereka juga turut melihat Jungkook.
Terkejut! Itu yang dapat digambarkan oleh mereka berenam apabila mereka melihat air mata Jungkook mengalir perlahan - lahan.
Jungkook yang bagai terpukau itu tersedar apabila tiba - tiba sahaja Taehyung mengesat air matanya menggunakan ibu jarinya. Hyuna masih sibuk menghadap makanan.
"Terima kasih." Jungkook berkata tanpa mengeluarkan suara. Hanya menggunakan isyarat mulutnya. Hyungnya mengangguk tanda faham.
Satu hari itu berlalu begitu sahaja.
Tinggal lagi enam hari sebelum tiba saat itu..
Saat aku akan meninggalkan kau..
Hari kedua |D-5|
Hyuna mengesat peluh sejuk di dahinya. Sakit di bahagian bawah rahimnya semakin mencucuk - cucuk. Seperti mahu berguling sahaja rasanya.
Period. Satu perkataan yang tidak asing lagi bagi seorang wanita. Hyuna mengalami senggugut yang agak teruk. Sehinggakan dia tidak boleh berjalan. Tapi dia sudah biasa akan keadaan begitu.
Dia hanya perlu tidur. Tetapi, nak tidur tu punyalah susah. Bayangkan, boleh ke kita tidur jika kita sedang dalam kesakitan? Pasti tidak, bukan?
Hyuna hampir menangis. Sakitnya begitu berbisa. Giginya diketap sekuatnya. Perlahan - lahan dia bangun menuju ke dapur untuk mengambil pain killer.
Belum sempat Hyuna hendak mengorak langkah, telefonnya berbunyi.
Jungkook
Segera dia menjawab panggilan tersebut. Memang dia memerlukan Jungkook ketika ini. Pergerakannya terlalu terbatas. Hendak ambil ubat di dapur pun mungkin akan mengambil masa yang lama.
"Hello Jungkook." Kata Hyuna dengan suara yang lemah.
"Hyun, kenapa tak datang sekolah lagi?" Jungkook resah.
"Saya period. Senggugut." Muka Hyuna semakin berkerut.
"Saya kena sana sekarang. Tunggu saya." Talian kemudiannya diputuskan.
Hyuna mengambil keputusan untuk menunggu di ruang tamu. Jadi, senang dia mahu membuka pintu untuk Jungkook nanti.
Hyuna berjalan terbongkok - bongkok sambil menekan perutnya itu. Setibanya di ruang tamu, Segera dia merebahkan tubuhnya di atas sofa. Meringkuk kesakitan di situ.
Tidak lama kemudian, bunyi loceng kedengaran membuatkan Hyuna terbangun. Segera dia membuka pintu.
"Jungkook.." Hyuna hampir rebah. Mujur Jungkook sempat menangkapnya. Didukung Hyuna secara bridal style lalu diletakkan di atas sofa.
"Awak perlukan apa - apa tak sayang?" Tanya Jungkook dengan lembut.
"Tolong ambilkan saya pain killer dekat kabinet yang kedua tu. Dengan air sekali." Kata Hyuna.
"Ok." Jungkook segera bangun dan mengambil pain killer bersama air dengan kadar pantas.
Jungkook membantu Hyuna untuk mengambil ubat itu. Selesai sahaja memakan ubat itu, Hyuna bersandar di sofa. Dia lega kerana sakit di perutnya sudah berkurangan sedikit.
"Jungkook." Panggil Hyuna.
"Ya? Ada apa - apa yang awak perlukan, sayang?" Jungkook mengusap kepala Hyuna.
"Saya nak tidur." Rengek Hyuna.
Jungkook menuruti kata Hyuna. Sekali lagi, dia mendukung Hyuna lalu dibawa ke bilik tidurnya. Hyuna berbaring di atas dada Jungkook. Jungkook bermain dengan rambut Hyuna sambil menyanyikan Hyuna lagu butterfly.
Hyuna akhirnya tertidur bersama iringan suara merdu milik Jungkook.
Saat itu aku terasa sebak..
Apa yang akan kau lakukan jika aku tiada di sisi kau?
Siapa yang akan jaga kau ketika kau sakit?
Siapa yang akan membelai kau?
Aku harap semua ni akan berkekalan sampai kita mati.
Ketika aku menjaga kau apabila kau sedang sakit.
Ketika aku membelai kau.
Tapi..
Takdir sudah menentukan segalanya..
Maafkan aku Hyuna..
Maafkan aku sayang..
________________________________________
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro