° Memory 007 °
“ Terima kasih kerana wujud dalam hidup aku. Aku sangat hargainya. ”
➖
"Ambil dia di taman Hongdae pada pukul tujuh pagi." Tangan Hyuna terketar - ketar menerima panggilan daripada 'penculik' Jungkook.
Air mata kesyukuran laju mengalir. Dia rasa sangat berterima kasih. Kakinya lemah. Hanya bergantung kepada meja belajarnya.
"Terima kasih."
"Terima kasih tuhan." Hyuna tak henti - henti menangis.
Dia mengambil baju sejuknya dan terus berlari menuju ke taman Hongdae walaupun ketika itu baru pukul sebelas malam. Hyuna tidak peduli. Yang penting dia mahu berjumpa dengan Jungkook sesegera yang mungkin.
Malam itu, Hyuna tidur di bangku yang berada di taman itu. Entah kenapa, dia langsung tidak takut akan kepekatan malam walaupun hanya dia seorang di taman itu. Perasaan risaunya mengatasi segala - galanya.
Hyuna terbangun apabila terdengar bunyi alarm dari telefonnya. Sudah pukul tujuh pagi. Tetapi kelibat Jungkook masih belum kelihatan.
Tepat pukul 7.15 pagi, sebuah van hitam berhenti di hadapan Hyuna dan mencampak Jungkook di atas tanah. Bergolek - golek Jungkook dibuatnya.
"Jungkook!!" Hyuna bergegas mendapatkan Jungkook. Jungkook dalam keadaan sedar. Dia hanya tersenyum.
Hyuna meletakkan kepala Jungkook di atas pehanya. Dengan tangan yang terketar - ketar, Hyuna mengusap pipi Jungkook.
"Ma--maaf Jungkook. Saya minta maaf." Ucap Hyuna berkali - kali.
"Kenapa awak minta maaf?" Suara Jungkook kedengaran begitu lemah. Sehari suntuk dia tidak makan dan minum.
"Saya tak tahu. Saya tak nak awak rasa kesakitan ni. Patutnya saya yang rasa. Sepatutnya saya!" Hyuna semakin kuat menangis. Dia rasa cukup bersalah.
"Awak tak salah. Kita balik jom. Saya lapar." Jungkook sempat lagi bergurau.
"Jom." Hyuna cuba untuk membantu memapah Jungkook tapi tak sampai berapa langkah, Jungkook terjatuh.
Hyuna mengambil keputusan untuk mendukung Jungkook.
"Awak naik atas badan saya. Biar saya dukung awak." Ujar Hyuna.
"Tak apa. Saya berat." Kata Jungkook.
"Cepatlah. Saya nak balik rumah ni." Hyuna menggesa Jungkook. Jungkook yang tiada kudrat itu akhirnya mengalah.
Memang berat. Tapi Hyuna tak akan sekali - kali meninggalkan Jungkook di situ. Kerana itu janjinya. Tak akan pernah tinggalkan antara satu sama lain.
Tanpa disedari, air mata Jungkook tumpah perlahan - lahan. Perasaannya bercampur baur. Berat dan kesal. Sehinggalah esakan kecil terkeluar dari mulutnya.
"Awak sakit ke?" Tanya Hyuna. Dia berasa risau apabila mendengar Jungkook menangis.
"Hmmm... Sakit. Sakit sangat."
Maafkan aku Hyuna..
Aku terpaksa memungkiri janji aku..
Ianya memang sakit..
Maafkan aku...
Aku harap semua ini mimpi..
Tapi realiti itu sangat pahit..
• • •
Hyuna segera merebahkan tubuh Jungkook di atas katilnya. Dahi Jungkook di pegang. Malangnya, lelaki itu demam panas.
Hyuna terus membuka baju sekolah yang dipakai Jungkook. Kemudian, dia pergi ke bilik air untuk mengambil tuala kecil dan besen kecil berisi air.
Badan Jungkook dilap dengan berhati - hati sementara Jungkook hanya memerhati. Air matanya turun lagi. Memikirkan dia akan meninggalkan wanita yang dicintainya.
Hyuna yang perasan bahawa Jungkook sedang menangis juga menyebabkan air matanya mengalir.
"Kenapa awak menangis ni? Awak buat saya risau." Rintih Hyuna.
"Saya sakit." Jawab Jungkook. Suaranya bergetar hebat.
Hyuna hanya diam lalu dia mengambil tindakan drastik. Bibir Jungkook dikucup lama. Hati Jungkook semakin hiba.
Kenapa kau buat aku macam ni Hyuna?
Kau buatkan aku semakin susah untuk meninggalkan diri kau..
Aku pasti akan merindui kau..
Suara kau..
Wangian kau..
Dan ciuman dari kau..
Aku pasti akan merindui segala - galanya dari kau..
"Jungkook.." suara Hyuna menggigil memanggil Jungkook.
"Ya sayang.." Jungkook memeluk Hyuna dengan erat sekali.
"Awak tak akan mungkir janjikan? Awak akan sentiasa di sisi sayakan?" Tanya Hyuna. Jungkook terpana. Sekarang dia tidak boleh mengotakan janjinya.
"Saya nak awak tahu yang awak segalanya bagi saya." Jungkook tidak berjanji. Dia hanya ingin memberitahu Hyuna tentang perasaannya.
Jungkook, saat itu aku pelik kenapa kau tak berjanji dengan aku seperti kebiasaannya..
Sebaliknya, kau hanya menaburkan kata - kata manis kau..
Bodohnya aku..
Rupanya mimpi ngeri kita hampir bermula..
"Jungkook.." panggil Hyuna sekali lagi.
"Hmm?"
"Tolong jangan buat saya menangis. Saya tak nak kehilangan awak." Kata Hyuna.
'Maafkan saya. Maafkan saya sangat - sangat sayang.' Kata Jungkook di dalam hati.
Jungkook hanya diam membisu. Tiada apa yang boleh dia lakukan. Semua ini untuk kebaikan Hyuna.
Dan juga untuk kebahagiaan dia.
"Hyun, weekend nanti kita dating lagi jom." Kata Jungkook.
"Jom."
• • •
Jungkook dan Hyuna pergi ke sekolah sambil berpegangan tangan. Jungkook tidak mahu mensia - siakan tempoh masa seminggu itu walaupun sesaat.
"Hyung, polis ada kata ada apa - apa tak?" Tanya Yoongi kepada Jin.
"Tak ada apa - apa. Mesti Hyuna risau." Kata Jin. Sesekali kepalanya dipicit.
"Aku risaukan maknae." Kata Taehyung. Mukanya cemberut.
Bunyi pintu kelas dibuka tidak dipedulikan oleh mereka berenam. Masing - masing sibuk memikirkan tentang nasib Jungkook.
"Hyung! Korang tengah fikir pasal apa ni? Senyap semacam je." Tegur Jungkook. Hyuna hanya duduk di tempatnya sambil memerhatikan gelagat Jungkook dan hyungnya yang pasti kecoh tidak lama lagi.
"Ehh.. Bisinglah kau! Tak nampak kitaorang tengah pikir pasal kau ni!" Marah Hoseok kemudian menepis tangan Jungkook di bahunya.
Namun tidak lama, mata Hoseok mula membesar dan menjerit tanpa dapat dikawal lagi. Tapi jeritannya tidak lama apabila mendapat tamparan khas dari Yoongi.
"Jungkook! Macam mana kau boleh ada dekat sini?!" Jimin dan Taehyung memeluk Jungkook dengan sekuatnya. Aura keterujaan meluap - luap.
"Hyungg... Ok.. Syi.. Ghennn.." Jungkook seperti nyawa - nyawa ikan dihimpit oleh dua orang hyungnya itu.
"Ahh.. Maaf." Jimin dan Taehyung cepat - cepat melepaskan pelukan.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini?!" Tanya Namjoon.
"Aku tak tahu. Aku sedar je tengok Hyuna ada dekat depan mata." Jungkook menyembunyikan perkara yang sebenarnya.
"Hyuna, meh sini jap!" Arah Jin.
"Kenapa?" Tanya Hyuna.
"Macam mana kau jumpa Jungkook?" Tanya Jin.
"Penculik tu telefon aku semalam. Dia suruh ambil Jungkook dekat taman Hongdae pukul tujuh pagi. Aku pun terus pergilah." Jelas Hyuna.
"Asal kau tak inform dekat kitaorang sekali?" Rungut Namjoon.
"Aku gelabah sangat masa tu. Fikiran aku blank. Aku tak boleh nak fikir apa - apa." Kata Hyuna.
"Tapi kenapa penculik tu call kau?" Tanya Yoongi.
Hyuna terdiam. Betul juga apa yang dikatakan Yoongi. Kenapa penculik tu menelefon dirinya sedangkan yang lain mengenali Jungkook lebih lama dari dirinya.
Adakah penculik itu mengenali dirinya?
Aku rasa aku seperti orang bodoh..
Kenapa aku tak terfikir bahawa ayah aku yang menculik kau?
Hanya manusia kejam itu yang selalu membuat aku derita..
Jadi tak mustahil untuk dia menyuruh kau supaya meninggalkan aku..
Kenapa aku begitu bodoh?
_________________________________________
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro