° Memory 006 °
" Aku tak pernah sangka bahawa satu saat nanti, aku akan merasai perasaan cinta yang sebenar. Cinta memerlukan pengorbanan. Dan ini adalah pengorbanan terbesar aku, iaitu dengan melepaskan kau. "
➖
Jungkook rasa terganggu apabila rambutnya seperti disentuh. Perlahan - lahan dia membuka matanya. Wajah Hyuna yang tersenyum manis membuatkan dia juga tersenyum.
"Terima kasih untuk malam tadi." Kata Jungkook.
Hyuna memeluk tubuh Jungkook dan berbaring di atas dada Jungkook. "Sama - sama."
"Cuma!" Hyuna tiba - tiba berubah menjadi serius.
"Cuma apa dear? Hmm?" Jungkook mengerutkan muka.
"Jangan tinggalkan saya pula lepas saya dah serahkan segalanya kepada awak. Awak orang pertama yang sentuh saya." Kata Hyuna.
"Dan saya juga akan jadi lelaki terakhir yang sentuh awak. Awak milik saya. Saya tak akan benarkan awak tinggalkan saya." Jungkook mencuit hidung Hyuna.
Memang kau yang pertama dan yang terakhir.
"Kita dah lambat pergi sekolah! Macam mana ni?!" Hyuna tiba - tiba menjerit.
Hyuna cuba untuk bangun, tetapi terbaring semula apabila Jungkook menariknya lalu memeluknya.
"Hyun, kita skip je lah. Lagipun dah lambat sangat." Kata Jungkook.
"Tapi..."
"Tak ada tapi - tapi! Temankan saya tidur! Saya mengantuk.." Jungkook merengek.
"Ok.. Ok.." Hyuna akhirnya mengalah.
• • •
"Kau dah dapat informasi pasal budak tu?" Tanya tuan Kim.
"Belum tuan. Budak tu macam dilindungi seseorang. Saya tak boleh dapatkan maklumat peribadi dia." Jelas Black.
"Bodoh! Kerja senang macam tu pun tak boleh nak buat!" Maki tuan Kim.
"Maaf tuan." Black menunduk. Sememangnya dia gerun akan tuan Kim. Orang kedua paling kaya di Korea. Jangan dilupakan juga kekejamannya.
"Sudah! Nama budak tu apa?" Tanya tuan Kim.
"Jeon Jungkook tuan." Kata Black.
"Jeon Jungkook? Jeon?!"
"Ya tuan. Ada apa - apa masalah ke?" Tanya Black.
"Panggil budak tu esok juga!"
"Baik tuan!"
'Jeon?! Adakah budak itu seorang ahli Jeon? Tak mungkin!'
• • •
"Jungkook! Asal kau tak balik rumah semalam?" Tanya Namjoon.
"Aku tidur rumah Hyuna."
"Apa?!" Serentak itu, hyungnya berkumpul di sekeliling Jungkook.
"Kau.. Kau tidur rumah HYUNA!" Jerit Hoseok.
"Jangan jeritlah hyung! Pekak telinga aku! Dan iya, aku tidur rumah Hyuna." Marah Jungkook.
"Kau tidur keeee atau kau ehem ehem sekali dengan dia?" Tanya Jimin.
Melihatkan muka Jungkook yang memerah sahaja sudah membuatkan hyungnya tahu akan jawapan Jungkook.
"Ecehhh... Advance gila kau. Hmm, dah dewasa rupanya kau ni." Usik Taehyung.
"Ehh... Dahlah! Aku nak naik atas! Kisah atas katil mana boleh cerita!" Jungkook terus melarikan diri dari disoal oleh hyungnya.
"Jin hyung, Yoongi hyung! Apasal senyap je?" Tanya Namjoon.
"Aku tak kisah kalau Jungkook nak buat benda tu dengan Hyuna. Tapi kalau Hyuna mengandung? Macam mana?" Kata Jin.
"Betul tu. Lagipun diorang masih muda. Aku tak rasa hubungan diorang akan berkekalan. Sampai satu masa, diorang pasti akan jemu antara satu sama lain." Kata Yoongi sebelum meninggalkan ruang tamu itu.
Namjoon, Hoseok, Jimin dan Taehyung terdiam memikirkan kebenaran kata - kata Jin dan Yoongi.
Memang betul kata Yoongi hyung.
Tapi ajaibnya, aku tak pernah bosan dengan kau.
Hari demi hari, cinta aku bertambah.
Sampai satu tahap, aku sanggup buat apa sahaja untuk kau..
Termasuklah meninggalkan kau..
Maafkan aku sayang..
Sungguh, aku terpaksa..
Dan aku tak rela..
• • •
"Tunggu saya dekat luar. Saya nak kemas kejap." Kata Hyuna kepada mereka bertujuh. Ketika itu sudah tamat waktu persekolahan, mereka bercadang untuk menemani Hyuna hingga sampai ke rumah.
"Ok.. Jom hyung." Kata Jungkook.
Setelah selesai berkemas, Hyuna bergegas menuju ke pagar hadapan. Dilihat Jungkook melambaikan tangan ke arah Hyuna.
Hyuna hanya tersenyum tetapi tidak lama apabila sebuah van hitam berhenti di hadapan Jungkook dan menariknya masuk ke dalam van tersebut.
"JUNGKOOK!!" Hyuna menjerit sekuat - kuatnya. Segera dia berlari mengejar van hitam tersebut.
"Hyuna! Tunggu! Jangan kejar!" Jerit Jin.
Hyuna kemudiannya terjatuh bergolek. Jimin segera mengangkat tubuh Hyuna.
"Aku cakap jangan kejar! Kau degil!" Marah Jin.
"Jungkook.. Jungkook.. Jungkook.." Hyuna berulang kali menyebut nama Jungkook.
"Dah.. Aku rasa ni kes culik. Aku dengan Namjoon akan pergi ke balai polis. Yang lain temankan Hyuna balik." Arah Jin. Kesian pula dia melihat Hyuna berkeadaan seperti itu.
• • •
"Bangun!" Pipi Jungkook ditampar - tampar kuat. Kepala Jungkook seperti berpusing. Kepalanya terasa sangat pening.
Terlihat seorang lelaki bermisai tebal dan bermuka bengis di hadapannya sambil ditemani oleh seseorang yang berkulit hitam.
"Kau tahu siapa aku?" Tanya lelaki itu.
"Tak.." suara Jungkook begitu perlahan. Tenaganya seperti sudah disedut.
"Aku ayah Hyuna." Kata tuan Kim.
"Kenapa kau culik aku?" Tanya Jungkook.
"Cuma satu. Putuskan hubungan kau dengan Hyuna!" Tegas tuan Kim.
"Kenapa pula?" Tanya Jungkook lagi.
"Kau tak layak untuk anak aku, Hyuna." Ujar tuan Kim.
"Kenapa pula?" Jungkook menanyakan soalan yang sama lagi kepada tuan Kim.
"Kenapa? Heh, biar aku tanya kau. Kau ada duit ke? Kau ada kuasa ke?" Tanya tuan Kim.
"Tak ada." Kata Jungkook. Air matanya hampir mengalir.
'Aku dah agak dah! Budak ni tak mungkin seorang Jeon!' Gumam tuan Kim di dalam hati.
"Jadi, kau rasa yang kau tu layak untuk anak aku, Jeon Jungkook?"
Jungkook tidak menjawab. Air matanya sudah mengalir.
"Kau menangis? Lemah." Tuan Kim tersenyum sinis.
"Aku tak akan tinggalkan dia!" Jungkook bertegas.
"Kalau kau tak tinggalkan dia, aku akan pastikan hidup dia tak bebas. Kau tahu? Ramai yang mahukan jadi Hyuna sebagai isteri." Ugut tuan Kim.
"Kenapa kau buat anak kau macam ni?! Kenapa kau bagi dia derita?!" Jungkook menjerit geram.
"Dia anak kepada erempuan simpanan aku. Diorang tu mainan aku. Aku boleh buat apa je dekat diorang." Kata tuan Kim.
"Kejam!" Bentak Jungkook.
"Kejam? Aku memang kejam." Suara tuan Kim kedengaran begitu tajam.
"Aku tak nak buang masa lagi. Kau tinggalkan dia atau tidak?" Tanya tuan Kim.
"Aku tak akan tinggalkan dia!!" Jerit Jungkook.
"Ok.. Itu pilihan kau, Jungkook. " Tuan Kim berjalan pergi. Jungkook menjadi gelisah.
"Tunggu! Tunggu! Aku akan tinggalkan dia!" Kata Jungkook.
"Tapi bagi aku masa seminggu." Sambung Jungkook lagi. Air matanya sudah mencurah - curah. Dia tak dapat berhenti menangis. Hatinya terlalu rawan.
"Satu minggu dan hubungan engkau dengan dia akan terputus. Dan ingat, tiada polis yang terlibat. Kalau kau buat laporan polis, aku boleh rasuah diorang. Jadi, jangan bersusah - payah." Kata tuan Kim sebelum meninggalkan Jungkook yang masih lagi menangis.
Maafkan aku sayang..
Aku terpaksa memungkiri janji aku.
Betul kata kau...
Yang saat itu akan tiba..
Saat aku memungkiri janji aku..
• • •
"Tenanglah Hyuna. Jungkook kan kuat. Dia boleh hadapi semua ni." Pujuk Hoseok.
"Hati aku rasa tak sedap. Macam sesuatu akan berlaku dekat dia." Hyuna resah.
Aku dapat rasakan saat itu akan tiba tak lama lagi..
Saat mimpi ngeri kau dan aku bermula...
_________________________________________
Tbc..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro