° Memory 005 °
“ Senyuman kau seperti virus. Aku turut tersenyum saat melihatnya. ”
➖
Hari ini, Hyuna bersama Jungkook, Jin, Yoongi, Namjoon, Hoseok, Jimin dan Taehyung datang sekolah bersama - sama.
Hyuna gembira kerana mereka bertujuhlah yang sudi berkawan dengannya. Memang banyak orang yang memandang serong, tetapi bak kata Yoongi, "Kau nak bahagia, jangan pedulikan orang lain. Ni hidup kau."
Jujurnya, itulah yang menjadi sumber kekuatan Hyuna. Kata - kata Yoongi sungguh bermakna. Buktinya sekarang, dia tidak peduli jika orang salah faham tentang hubungannya dengan tujuh orang lelaki kacak itu.
Mereka berjalan bersama - sama hingga ke kelas. Satu kelas terdiam melihat Hyuna yang tampak begitu gembira bersama Jungkook dan yang lain.
"Ada masalah?" Tanya Hyuna dengan kuat. Berharap satu kelas akan mendengarnya.
Satu kelas juga menggeleng. "Bagus. Dan jangan cari pasal dengan aku!" Hyuna terus duduk di tempatnya.
"Hmm.. Garang." Bisik Namjoon.
"Hyung, that's my girl!" Kata Jungkook dengan bangganya.
Hyungnya seperti tangan di bahu, mata ke atas. (You know what I mean, right?)
Sepanjang pembelajaran dijalankan, Hyuna asyik tersengguk - sengguk kerana mengantuk. Dia tidak cukup tidur disebabkan kematian emaknya baru - baru ini.
Semuanya berlaku dengan cepat. Terlalu pantas. Nasib ada Jungkook dan hyungnya yang sentiasa memberinya semangat supaya tidak mudah berputus asa.
'Budak ni. Asyik buat aku risau je!' Bebel Jungkook di dalam hati. Risau pula melihat kepala Hyuna yang hampir terhantuk.
Melihatkan kepala Hyuna yang hampir mencecah meja kayu itu, Jungkook cepat - cepat meletakkan tapak tangannya di bawah dahi Hyuna.
'Huh.. Selamat. Nasib baik sayang aku ni tak cedera.' Jungkook lega.
Tetapi masalah barunya, Hyuna sudah tertidur. Jungkook hanya membiarkannya tanpa berniat untuk mengejutkan Hyuna.
Bersusah - payah Jungkook cuba untuk menyalin nota di papan putih. Supaya Hyuna dapat menyalinnya.
• • •
Mereka berlapan makan di rooftop. Tempat yang menyimpan pelbagai cerita mereka berdua.
Hyuna duduk tetapi kepalanya masih tersengguk - sengguk. Kemudiannya, kepalanya terasa ditarik sehingga dia terbaring di paha seseorang. Hyuna tersenyum.
"Mengantuk sangat ke?" Tanya Jungkook sambil mengusap rambut Hyuna.
Hyuna mengangguk.
"Hmm.. Tidurlah." Kata Jungkook lagi. Belaian Jungkook semakin membuatkan Hyuna mengantuk. Dan akhirnya Hyuna tertidur.
Aku sukakan belaian kau.
Sampaikan aku rasa aku ketagih.
Ketagih dengan belaian kau.
Aku harap benda ni akan berkekalan sehingga kita mati.
"Kau betul - betul sukakan dia Jungkook?" Tanya Jin. Jimin dan Taehyung yang berebut makanan dijeling tajam. Terdiam terus kau!
"Aku sukakan dia, hyung. Sangat - sangat suka." Kata Jungkook.
"Aku harap kau mampu bertahan. Kau mesti dah boleh agak apa yang akan terjadikan?" Ujar Namjoon.
"Aku tahu. Dan aku akan lindungi dia. Kau jangan risaulah hyung. Taulah macam mana aku nak deal dengan orang tua tu." Kata Jungkook.
"Aku just bagi nasihat. Cinta korang tak akan berjalan dengan mudah. Aku pasti banyak halangannya. Kau kena bersedia Jungkook." Nasihat Namjoon.
"Terima kasih hyung. Aku akan berhati - hati."
Tiba - tiba Hyuna mengiring dan memeluk pinggang Jungkook. Mukanya disembamkan di perut Jungkook. Jungkook ke belakang sedikit. Terkejut dengan aksi Hyuna.
"Hahaha..." Hyungnya mentertawakan Jungkook yang terkejut.
"Aishh.. Terperanjat aku!" Bebel Jungkook.
• • •
"Budak tu ada boyfriend?" tuan Kim tidak percaya. Dia tidak akan merestui cinta mereka berdua.
"Black!" Panggil tuan Kim.
"Ya tuan." Jawab Black.
"Aku nak kau cari latar belakang budak ni! Dan aku nak jumpa budak ni selepas aku balik dari Europe."
"Baik tuan." Black terus keluar dari pejabat mewah milik tuan Kim.
"Kau jangan harap nak bahagia Hyuna. Aku akan kahwinkan kau dengan kawan aku supaya business aku berkembang luas." Kata tuan Kim.
Itu permulaan kisah hidup perit kita.
Sakitnya tak tertahan..
Tak tertanggung...
• • •
"Hello sweetheart!" Jerit Jungkook. Hyuna ketawa menerima panggilan telefon dari Jungkook.
"Awak nak apa?" Tanya Hyuna.
"Cuba tengok kat luar tingkap."
Hyuna bergegas menuju ke tingkap dan terlihat Jungkook sedang terloncat - loncat sambil melambai ke arahnya.
"Nak date tak?" Tanya Jungkook.
Hyuna berfikir - fikir sebelum tersenyum. "Bagi saya lima minit."
Hyuna segera bersiap dan turun ke bawah. Dia hanya memakai seluar panjang dan t-shirt lengan pendek bersama sweater. Simple.
"Jom." Jungkook tersenyum dan menghulurkan tangan kepada Hyuna. Hyuna dengan senang hati menyambut huluran itu.
"Kita nak pergi mana?" Tanya Hyuna.
"Suprise."
Mereka terus berjalan sehingga mereka tiba di sebuah kawasan yang agak luas. Jungkook menarik Hyuna untuk duduk di bawah sebuah pokok yang rendang.
"Woah.." Hyuna kagum melihat bintang yang begitu banyak bertaburan di kaki langit.
"Cantikkan?" Tanya Jungkook. Dia asyik melihat wajah Hyuna yang kelihatan teruja itu. Comel.
"Cantik sa-" Kata Hyuna terhenti apabila Jungkook secara tiba - tiba menciumnya.
"Awak lagi cantik tau." Kata Jungkook kemudian mencium kedua belah tangan Hyuna.
"Jungkook.."
"Hmm?"
"Awak buat saya makin jatuh cinta dengan awak. Janji awak tak akan tinggalkan saya?" Hyuna menghulurkan jari kelingkingnya. Dan Jungkook setia menunaikan janjinya.
Saat itu, kau berjanji kau tak akan meninggalkan aku.
Tapi.. janji bermakna untuk dimungkiri, bukan?
Saat itu akan tiba..
Saat kau memungkiri janji kau..
Hyuna terkejut apabila merasakan rintik hujan membasahi mereka berdua. Dalam masa yang sekejap, mereka berdua basah lencun.
"Lari!!" Jerit Jungkook. Mereka berdua berlari berpegangan tangan.
Mereka terus masuk ke dalam rumah Hyuna selepas sampai. Jungkook dan Hyuna berpandangan mata sebelum ketawa.
"The best date ever!" Kata Hyuna.
"Awak pergi mandi dulu. Nanti demam susah." Arah Hyuna sebelum berlari masuk ke dalam bilik dan memberikan sehelai tuala bersih kepada Jungkook.
"Awak mandi dekat bawah." Sekali lagi Jungkook hanya mendengar arahan Hyuna.
• • •
"Hyun.. Ada ba-" Jungkook tergamam melihat Hyuna yang hanya berkemban. Salahnya juga kerana main masuk sahaja.
"Arghhh!!!" Mata Hyuna membulat. Jungkook segera masuk dan menekup mulut Hyuna.
"Shhh... Diamlah awak! Nanti jiran de-" Sekali lagi Jungkook terpana melihat kedudukan dirinya yang begitu rapat dengan Hyuna.
Wajah Hyuna yang menawan itu dipandang. Nafsunya berkocak melihat leher Hyuna yang putih bersih.
Perlahan - lahan Jungkook mencium bibir Hyuna. Hyuna merelakannya saat lidah Jungkook menyusup masuk ke dalam mulutnya.
Seketika, Jungkook meleraikan ciuman itu dan memandang Hyuna dengan rasa bersalah.
"Maafkan saya Hyun. Saya tak dapat kawal diri saya." Jungkook rasa cukup bersalah.
Hyuna hanya tersenyum. Kaki dijengketkan untuk menarik leher Jungkook mendekatinya.
"Jadikan saya milik awak, Jungkook." Bisik Hyuna di telinga Jungkook. Jungkook terpana apabila Hyuna menggigit telinganya.
Jungkook memandang Hyuna untuk mendapatkan kepastian. Dapat dicari tekad Hyuna di matanya. Perlahan - lahan dia melekapkan kembali bibirnya di bibir Hyuna.
Tubuh Hyuna diangkat secara bridal style lalu diletakkan di atas katil. Jungkook mengusap pipi Hyuna. "Thank you sayang." Dengan lembut, dia mencium hidung Hyuna.
Malam itu, aku serahkan segalanya kepada kau.
Aku serahkan segalanya kepada orang yang aku cintai.
Malam itu adalah kenangan terindah.
Malam aku sudah sah menjadi milik kau.
_________________________________________
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro