Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Memory 004 °

Hey Jungkook, kau istimewa. Istimewa kerana dapat ambil hati aku. Tapi aku takut. Mampu ke kau menjaganya dengan baik?

"Dah puas menangis?" Jungkook berbisik di telinga Hyuna.

Keadaan Hyuna ketika itu persis orang mabuk. Jalan pun terhuyung - hayang.

Hyuna hanya diam membisu. Sungguh dia tak larat nak menghadapi semua ini. Jungkook masih menjadi penyokong Hyuna.

Jungkook berjalan masuk ke dalam rumah Hyuna sekali gus mengheret Hyuna. Dia mendudukkan Hyuna di atas pehanya.

Kepala Hyuna kemudiannya disandarkan di bahunya. Hyuna berasa sebak serta merta.

Kenapa kau baik sangat dengan aku?

Saat itu, aku tiada sesiapa selain kau.

Hanya kau..

Hyuna melingkarkan tangannya di leher Jungkook. Mukanya disembamkan di dada Jungkook. Hyuna menangis lagi.

Saat itu, aku peluk kau dengan kuat.

Kau seperti nyawa aku.

"Jungkook?" Panggil Hyuna.

"Hmm?"

"Aku sukakan kau." Hyuna meluahkan rasa. Jungkook terpana.

Melihatkan Jungkook yang tiada respons membuatkan Hyuna terfikir yang dia hanya bertepuk sebelah tangan. Lantas, dia meleraikan pelukan.

"Kau tak sukakan aku?" Tanya Hyuna. Dia memandang sayu ke arah Jungkook. Jungkook masih terdiam.

"Maafkan aku." Hyuna mengesat air matanya lalu bangun dari pangkuan Jungkook.

"Kau boleh balik. Aku tak perlukan kau." Hyuna berkata dengan dingin. Dia malu. Mencintai orang yang tidak mencintai dirinya.

Ketika Hyuna hendak berlalu pergi, Jungkook pantas menarik Hyuna dan mencium bibir wanita itu.

Hyuna terkejut melihat muka Jungkook yang terlalu dekat. Perlahan - lahan dia menutup matanya untuk menikmati ciuman itu. Ciuman yang ringan tetapi begitu manis.

Itu ciuman pertama aku.

Hanya engkau lelaki yang berjaya mencium aku.

Aku terlalu cintakan kau sampai aku rasa aku boleh serahkan segala - galanya kepada kau.

Jungkook meleraikan ciuman itu untuk mencari nafas. Dahinya dilekapkan di dahi Hyuna. Mata Hyuna yang masih lagi terpejam dikucup lembut.

"Jangan menangis lagi hmm?" Kata Jungkook. Hyuna membuka matanya.

"Terima kasih." Ucap Hyuna dengan jujur. Dia sangat berterima kasih dengan lelaki di hadapannya itu.

"Untuk?" Tanya Jungkook lalu dia memeluk erat Hyuna.

"Sebab kau terima aku seadanya. Dan, sebab kau sukakan aku. Terima kasih Jungkook." Lafaz Hyuna. Kasihnya semakin menggunung.

Jungkook ketawa kecil. Dia cuba untuk mencium Hyuna lagi tetapi diganggu oleh hyungnya.

"Ehem.... Uhuk.. Ehem.." Hyungnya pura - pura batuk. Hyuna dan Jungkook lantas meleraikan pelukan. Muka mereka berdua menjadi merah disebabkan malu.

"Hahaha.." Jungkook ketawa kekok. Akhirnya Hyuna dan hyungnya ketawa.

Tanpa kita sedari, cinta kita berdua sangat berbahaya.

Sehingga boleh meragut nyawa kau dan aku.

Cinta kita membuatkan kita berdua sengsara.

Tetapi kita tetap memilih untuk mencintai antara satu sama lain.

• • •

"Ayah, ayah tinggallah lama sikit." Rayu Hyuna kepada tuan Kim. Ketika itu merupakan majlis persemadian puan Lee.

"Aku sibuk! Aku ada mesyuarat lepas ni. Kau ingat aku nak tinggalkan mesyuarat aku semata - mata untuk perempuan tak guna tu? Aku datang ni pun dah cukup bagus." Kata tuan Kim dengan dingin. Memang benar, selepas dia memberikan penghormatan terakhir kepada puan Lee, dia mempunyai mesyuarat penting.

Hyuna memejamkan matanya. Hatinya sakit.

"Dia perempuan yang ayah cinta selama ini. Sekurang - kurangnya bahagiakanlah dia untuk kali terakhir ini. Sekali ini sahaja. Roh mak mesti sedih bila ayah cakap macam tu." Hyuna merayu lagi. Dia hanya meminta masa. Mengapa begitu sukar?

"Cinta?! Heh.. Bullshit. Dia hanyalah perempuan simpanan aku. Dia tak layak untuk dicintai." Bidas tuan Kim.

"Lelaki tak guna!" Hyuna menyerang tuan Kim. Dia geram. Emaknya juga manusia biasa. Layak dicintai. Layak dikasihi.

Hyuna mencekik tuan Kim sekuat hati. Tetamu yang datang mula mengerumuni mereka berdua. Mereka cuba untuk meleraikan Hyuna dan tuan Kim.

Salah seorang tetamu lelaki berjaya meleraikan pergaduhan tersebut. Tubuh Hyuna yang kecil terpelanting ke belakang. Kepalanya terhentak.

"Terima kasih. Terima kasih. Awak semua boleh sambung makan. Dia ni ada masalah mental sedikit. Saya akan uruskan dia." Kata tuan Kim. Penipuan yang sempurna.

Tahniah tuan Kim, kau berjaya buat aku dan emak merana.

"Angkat dia!" Arah tuan Kim kepada dua orang pengawal peribadinya. Salah seorangnya mendukung Hyuna. Hyuna tidak terdaya untuk melawan. Dirinya bagai patung. Dicampak sesuka hati.

• • •

"Anak tak guna! Berani kau serang aku! Kau ingat kau siapa hah?!" Jerit tuan Kim.

Hyuna hanya memandang sinis. Dia puas dapat menyakiti lelaki kejam itu. Walaupun hanya sekejap, tetapi dia puas.

"Melutut! Sekarang!" Arah tuan Kim. Hyuna menurut perintah.

Selepas itu, tuan Kim masuk ke dalam sebuah bilik dan keluar bersama sebilah rotan sebesar ibu jari. Sangat besar.

"Kalau kau menjerit, siap kau!" Tuan Kim pantas merotan tapak kaki Hyuna. Hyuna memejamkan mata sekuatnya. Sakit.

Tuan Kim meninggalkan lima bekas rotan di tapak kaki Hyuna. Kaki Hyuna berdarah dan merah berbirat.

"Kau boleh balik sekarang. Dan jangan kau pakai kasut. Itu hukuman untuk kau!" Tuan Kim terus keluar tanpa mempedulikan Hyuna yang cedera itu.

Hyuna terjengket - jengket berjalan. Kakinya terasa berbisa apabila menjejak tanah. Setiap langkahnya meninggalkan darah.

Sehinggalah dia menjejak jalan tar di luar rumah, bisanya semakin menjadi. Hyuna hampir menangis.

Saat itu, aku sangat perlukan kau.

Jungkook, aku perlukan kau...

Hyuna ligat berfikir tentang kekejaman tuan Kim. Ayahnya telah mempermainkan cinta emaknya.

Habis madu, sepah dibuang. Pabila tuan Kim sudah bosan dengan puan Lee, puan Lee dibuang. Sedangkan saat itu, puan Lee dibuang keluarga kerana dianggap memalukan nama keluarga kerana rela menjadi perempuan simpanan tuan Kim.

Puan Lee tidak mengejar duit, tetapi cinta. Bertahun dia cuba untuk mendapatkan perhatian tuan Kim sehinggalah dia mati. Cintanya itu membuatkan dia sengsara.

Sedar tak sedar, Hyuna tiba di pusat persemadian mayat. Dia segera masuk. Sakit di kaki tidak terasa lagi. Kakinya kebas.

Dia melutut di hadapan gambar puan Lee yang sedang tersenyum itu.

"Mak.." air mata Hyuna mengalir.

"Mak.."

"Mak.."

"Mak, kenapa?"

"Kenapa?"

Malam itu, Hyuna hanya memanggil emaknya berkali - kali. Hatinya sayu.

Kalaulah mak tak mencintai orang yang salah, pasti mak bahagia.

Tanpa aku dan ayah.

"Mak, kenapa mak tinggalkan Hyuna?"

"Dunia ni kejam. Kejam sangat."

"Hyuna tak rasa Hyuna boleh tanggung semua ni."

"Hyuna rasa macam Hyuna nak ikut mak. Boleh tak?"

"Hyuna rasa Hyuna dah gila. Hyuna cakap sorang - sorang."

"Kenapa mak tak jawab? Jawablah! Hyuna sunyi tanpa mak."

Malam itu, Hyuna bercakap seorang diri. Berharap emaknya akan menjawab segala pertanyaannya.

Aku tahu itu mustahil, tapi aku tetap nak mencuba.

• • •

Hyuna membuka matanya perlahan - lahan. Wajah kesayangan di hadapan matanya membuatkan dia tersenyum.

Jungkook mengusap pipi Hyuna dengan lembut. "Masih sakit, sayang?"

"Huh?" Hyuna baru perasan bahawa air matanya mengalir. Dilihat kakinya sudah berbalut. Dia terharu dengan keprihatinan Jungkook.

"Jungkook, boleh tak kau janji dengan aku satu perkara?"

"Apa dia?" Jungkook masih leka bermain dengan rambut Hyuna.

"Kau akan sentiasa bersama akukan? Walau apa pun yang berlaku?" Aktiviti Jungkook terhenti.

Jungkook memandang Hyuna yang berbaring di atas pehanya dengan penuh kasih. Dia menunduk dan mengucup bibir Hyuna lama.

Jungkook meleraikan kucupan di bibir lalu mencium dahi Hyuna pula.

"Aku janji."

Itu detik paling menggembirakan dalam hidup kita.

Di mana kita berjanji untuk saling menyokong antara satu sama lain.

_________________________________________

Tbc...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro