° Memory 003 °
“ Aku sepatutnya dah bersedia. Tapi kenapa hati aku masih lagi sakit bila aku mendapatkan reaksi yang sudah aku jangkakan? Dari awal lagi aku tahu, sudah pasti kau tak mahukan aku. ”
➖
"Lol.. Dia ni memang tak serik ke datang sekolah?"
"Perempuan ni memang tak tahu malu."
"Muak aku tengok muka anak perampas tu!"
Seperti biasa, Hyuna menghiraukan segala kata makian yang ditujukan khas untuk dirinya.
"Hello!" Hyuna terkejut apabila ada seseorang yang bercakap atau lebih tepatnya menjerit di telinganya. Bahunya pula dijadikan sandaran.
Wajah lelaki yang mempunyai senyuman petak menyapa wajahnya.
"Kita berjumpa lagi Hyuna."
Hyuna diam. Sebolehnya dia tidak mahu terlibat dengan tujuh orang lelaki itu. Lebih - lebih lagi lelaki bernama Jeon Jungkook.
Hyuna berjalan tanpa menghiraukan mereka bertujuh yang berada di hadapannya. Sebentar lagi pasti akan ada gosip liar berkenaan dirinya. Pelajar di situ memang pantang melihat Hyuna bersama seorang lelaki hatta mamat skema sekalipun. Pasti digosipkannya.
• • •
"Class, today we will have seven new students. Please be nice with them. Come in." Kata sir Jonghyuk, guru Inggeris mereka.
Serentak dengan itu kedengaran para wanita menjerit suka manakala para lelaki mengeluh.
Hyuna melihat ke hadapan. Keluhan berat dilepaskan.
Kenapa kita mesti bertemu?
"Introduce yourself." Arah sir Jonghyuk.
"My name is Kim Namjoon. You can call me Namjoon."
"Kim Seokjin."
"Min Yoongi."
"Jung Hoseok."
"Park Jimin."
"Kim Taehyung."
"Jeon Jungkook."
"Ok. You guys can take your seat at the back and Jungkook, you can seat beside Hyuna. Hyuna, please raise up your hand."
Hyuna lambat - lambat mengangkat tangannya. Berat hati sebenarnya.
Takdir seakan mempermainkan kita.
Menguji sejauh mana kita boleh bertahan...
• • •
"Hyung, ikut aku pergi rooftop." Kata Jungkook.
"Kenapa? Ada apa dekat sana?" Tanya Yoongi.
"Ada dia." Senyuman manis Jungkook bertukar menjadi tawar.
"Ok. Jom kita pergi." Hoseok tanpa berlengah menarik tangan Jungkook dan menuju ke rooftop.
Sesampai sahaja di rooftop, Jungkook mengeluh. Wanita itu tidak pernah gagal membuatkan hatinya risau.
Kedudukan Hyuna sama. Di penghujung rooftop.
"Hyung tunggu sini eih." Kata Jin.
Jungkook tidak menjawab tetapi hanya mengangguk. Perlahan - lahan dia mendekati Hyuna.
"Kenapa awak menjauh dari saya?" Tanya Jungkook. Hyuna tersentak.
"Kau tak tahu lagi identiti aku yang sebenarnya. Jadi menjauhlah sebelum kau dan aku terluka." Kata Hyuna tanpa menoleh ke arah Jungkook. Panggilan awak-saya telah ditukar kepada kau-aku.
"Beritahu saya identiti sebenar awak. Saya ada dengar khabar berita awak ni anak perempuan simpanan. Semua tu palsu kan?" Jungkook tidak mempercayai khabar angin tersebut.
Salah.
Sebenarnya dia sendiri tak mahu dan tak nak mempercayai khabar angin itu.
Hati Hyuna terasa sakit. Dia sudah agak perkara ini akan berlaku. Dia hanya mendiamkan diri.
"Semua tu tak benarkan? Semua tu hanya palsu, bukan?" Jungkook mendesak Hyuna untuk memberi jawapan. Dia sangat berharap Hyuna tidak terlibat dengan perkara yang berkaitan perempuan simpanan.
"Benar." Kata Hyuna perlahan.
"Apa yang benar?" Tanya Jungkook.
"Khabar angin yang kau dengar itu semuanya benar. Mak aku perempuan simpanan dan aku merupakan anak perempuan simpanan. Kau dah dengar kebenarannya." Kata Hyuna dengan tegas sekali.
"Jadi..." kata Hyuna terhenti.
"Terpulang pada kau. Tinggal atau pergi. Apa pun keputusan kau, aku terima." Suara Hyuna kedengaran begitu sayu. Dia memandang ke hadapan semula.
Tidak lama, kedengaran bunyi tapak kaki berjalan pergi membuatkan hatinya remuk.
Hyuna memejamkan matanya rapat - rapat.
Saat itu, kau lukakan hati aku...
Saat itu, hati aku remuk dan hancur.
Hyuna mengangkat telefonnya yang berbunyi.
Makcik Rin
'Kenapa makcik Rin call aku ni?' Saat itu, hati Hyuna mula rasa tidak senang. Dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello makcik Rin. Kenapa call Hyuna ni? Ada masalah ke?" Hyuna cuba untuk menceriakan suaranya.
Sedikit demi sedikit, senyuman di wajahnya menghilang.
Saat itu, aku tak pernah terfikir aku akan tersenyum lagi...
Semuanya berlaku dalam satu masa.
Terlalu banyak untuk aku hadapinya dalam masa yang singkat...
Gangg!
Telefon Hyuna berderai jatuh. Segera dia berlari meninggalkan sekolah.
"Hyuna balik sekarang ya nak. Mak kamu dah mati. Makcik minta maaf."
Saat itu, aku tak boleh menerima kenyataan...
• • •
"Jungkook sudahlah tu. Maafkan je lah dia. Lagipun Hyuna tak ada kena mengena pun dengan keluarga kita." Kata Jin.
"Hyung, kau faham tak?! Aku benci dengan perempuan yang bergelar perempuan simpanan atau apa - apa sahaja yang berkaitan dengannya." Jungkook memejam matanya. Bayangan Hyuna yang sering bermain di mindanya cuba dihalau.
"Disebabkan perempuan tu, kau nak korbankan kebahagiaan kau? Sedarlah Jungkook. Ini hanya membuatkan kau dan Hyuna sakit. Keduanya." Nasihat Namjoon.
Jungkook terdiam. Jikalau dia yang berdendam, kenapa harus Hyuna yang menjadi mangsa? Ini semua salah.
"Cadangan terbaik aku. Lupakan Hyuna atau kau pergi dengan dia. Ingat Jungkook, peluang kedua tak semua orang boleh dapatkannya." Kata Yoongi pula.
Benar kata Yoongi hyung.
Peluang kedua jarang datang...
Dan aku hampir sahaja melepaskan peluang kedua itu...
Kalau tidak, pasti aku akan menyesal...
Saat itu, itulah keputusan yang terbaik bagi aku...
Iaitu bersama dengan kau...
Lupakan tentang perempuan simpanan...
Jungkook segera berlari ke arah rooftop namun tiada sesiapa di situ. Matanya tertumpu ke arah telefon yang berada di atas lantai.
Telefon itu segera diambil dan ternyata talian pemanggil masih belum terputus.
"Hyuna.. Hyuna dengar tak ni?"
"Hello? Hyuna tak ada dekat sini." Kata Jungkook.
"Owh maaf. Agaknya Hyuna terus lari balik rumah kot. Kesian budak tu."
"Apa yang terjadi makcik?"
"Maknya mati."
Jungkook terperanjat. "Boleh tak makcik beritahu alamat rumahnya? Saya nak bantu Hyuna."
"Owh.. Boleh.." Makcik Rin terus memberikan alamat rumah Hyuna kepada Jungkook.
"Terima kasih makcik." Jungkook sempat berterima kasih sebelum mematikan talian.
"Hyung, hari ni lepas balik sekolah pergi rumah Hyuna. Ni alamat rumah dia." Jungkook memberikan sehelai kertas kepada Jimin.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Taehyung yang pelik melihat Jungkook menyiapkan beg sekolahnya.
"Aku akan pergi sekarang. Dia perlukan seseorang."
Jungkook melangkah pergi sementara hyungnya tersenyum.
Bukan yang manis.
Tetapi tawar.
• • •
Hyuna menangis semahunya melihat mayat emaknya. Sangat tenang.
Aku berharap aku boleh jadi setenang itu.
Mayat puan Lee sudah siap sedia diangkat untuk dihantar ke pusat pembakaran mayat.
Tiba - tiba Hyuna merasa seseorang meletakkan tangan di atas kepalanya. Tangisannya semakin menjadi apabila dia tahu siapa orangnya.
Kehangatannya.
Bau wangiannya.
Aku kenal semua itu...
Jungkook, kau seakan tahu saat aku memerlukan kau...
Kau pasti hadir di sisi aku dan menenangkan aku...
Kepala Hyuna ditolak kebelakang sehingga mengenai dada bidang Jungkook. Hyuna semakin kuat menangis.
Sehinggakan kakinya lemah. Jungkook memeluk pinggang Hyuna supaya Hyuna tidak jatuh.
Saat itu, kau bagaikan tiang...
Mengukuhkan aku saat aku hendak jatuh...
Jeon Jungkook, tahniah...
Kau berjaya buat aku jatuh cinta dengan kau...
_________________________________________
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro