° Memory 002 °
" Kasih, cinta, sayang dan perasaan. Semuanya membuatkan aku serabut. Lebih teruk lagi apabila aku tidak mendapatkan kasih yang sepatutnya aku dapatkan. Disebabkan itu, cinta dan ikatan adalah perkara yang paling menakutkan bagi aku. "
➖
Panggg!
"Perempuan bodoh! Aku hantar kau ke sekolah untuk belajar! Bukannya bergaduh!" Jerit tuan Kim sambil menunjal kepala Hyuna.
Hyuna diam tanpa reaksi. Dia sudah dapat meramal bahawa perkara seperti ini akan berlaku. Emaknya sakit. Jadi siapa lagi yang boleh melindungi dirinya kalau bukan dia sendiri?
"Kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau nak jadi anak kurang ajar pulak ke sekarang?!" Tuan Kim terus menerus memukul kepala Hyuna.
Lagi.
Dan lagi.
Dan lagi.
Dan lagi.
Hyuna segera menepis tangan tuan Kim. Dia sudah muak.
"Ya! Saya dengar. Saya tak akan bergaduh lagi di sekolah. Dan... saya tak nak jadi anak kurang ajar." Kata Hyuna dengan sekali nafas.
Ibu tirinya dan adik tirinya memandang sinis.
"Kalau tak ada apa - apa lagi, saya akan keluar sekarang. Terima kasih kerana melayan saya dengan begitu baik." Hyuna terus keluar tanpa mempedulikan jeritan tuan Kim yang memanggilnya.
"Dasar anak kurang ajar!"
Air matanya tumpah.
Hyuna hanya membiarkannya tanpa berniat untuk mengesatnya.
Tanpa mempedulikan orang yang pelik melihatnya, Hyuna terus dan terus menangis. Tetapi... orang tidak pelik akan perkara itu.
Yang peliknya...
Mukanya tiada reaksi. Seperti dia tidak mengetahui bahawa dirinya sedang menangis hiba.
Langkah Hyuna terhenti apabila tangannya dipegang oleh seseorang. Dia berpaling dan terlihat tujuh orang lelaki sedang memandangnya.
"Jungkook?"
Dan pandangan Hyuna gelap. Badannya terasa ringan. Tubuhnya seperti disambut sesuatu.
"Hyun!"
Ini pertemuan ketiga kita...
Adakah...
Kita mempunyai jodoh?
Itu berkemungkinan kan?
• • •
Hyuna cuba untuk membuka matanya. Berat. Dan susah.
"Jungkook! Dia dah sedar!" Terdengar laungan seseorang.
'Jungkook?'
'Kenapa Jungkook?!'
'Kenapa bukan mak?'
Hyuna membuka matanya. Ada dua orang jejaka kacak di situ.
"Hello. Saya Park Jimin."
"Saya Kim Taehyung."
Hyuna diam. Masih lagi blur. Tiba - tiba pintu bilik dibuka menyerlahkan lima jejaka lagi.
Salah seorangnya dia kenal iaitu Jungkook.
"Hyun, awak ok? Saya risau dengan awak. Awak tiba - tiba saja pengsan." Kata Jungkook.
"Cukup! Saya nak keluar!" Kata Hyuna tegas.
Dirinya seperti dipanah dengan realiti. Dia hanyalah anak perempuan simpanan. Lambat laun pasti Jungkook akan menjauhinya.
Realiti itu tidak seindah fantasi...
Dia tak nak semua itu berlaku apabila dia sudah menyayangi Jungkook. Bayangan Jungkook yang menjauhinya setelah mengetahui status dirinya yang hina itu. Pasti hatinya akan lebih sakit.
Bertambah sakit..
Dan..
Hancur.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati, bukan?
"Tunggu! Apa salah saya?" Tanya Jungkook. Dia mengejar Hyuna. Hyungnya hanya melihat drama tersebut.
Apabila Hyuna tidak mempedulikannya, Jungkook mengambil keputusan untuk membalikkan tubuh Hyuna supaya menghadapnya.
Jungkook terkejut melihat mata Hyuna yang berair. Dia memegang dadanya. Entah kenapa, hatinya terasa sakit melihat air mata Hyuna.
"Tak, tak. Tolong jangan menangis." Kata Jungkook sambil mengesat air mata Hyuna.
Hyuna pantas menepis. "Jangan bagi saya harapan!"
Hyuna mengesat air matanya dengan kasar.
"Dan jangan sakiti hati saya!" Sambung Hyuna lalu berlalu keluar dari kediaman Jungkook.
Sementara Jungkook jatuh melutut. Dadanya dipegang kejap. Hyungnya mendapatkan Jungkook.
"Jungkook, kau okay tak?" Tanya Jin.
"Hyung?" Jungkook memanggil hyungnya.
"Ya?" Serentak mereka berenam menjawab.
"Perasaan apa ni? Kenapa aku rasa sakit bila tengok air mata dia? Kenapa hyung? Kenapa?" Air mata Jungkook jatuh satu - persatu.
Hyungnya mengeluh berat. Nampaknya adik mereka sudah terjerat dalam satu permainan yang amat menyakitkan jika tidak dikendalikan dengan betul.
Cinta.
Cinta itu manis tetapi berbahaya.
Seperti bunga ros.
Baunya amat harum.
Tetapi awas!
Jangan sampai terkena durinya.
Sangat menyakitkan.
"Kau sudah jatuh cinta Jungkook." Yoongi menepuk perlahan bahu Jungkook lalu naik ke biliknya.
"Hati - hati." Kata Namjoon pula.
"Esok hyung akan pindah ke sekolah Jungkook." Kata Hoseok.
"Urusan hyung dah selesai?" Tanya Jungkook.
"Dah. Esok kitaorang dah boleh pindah sekolah kau!" Kata Taehyung dengan cerianya.
"Hmm... Kau janganlah nangis lagi. Buruk weyh muka kau!" Usik Jimin.
"Hyung!" Jungkook memuncungkan mulutnya.
"Hehe.. Hyung gurau jelah." Kata Jimin lagi.
• • •
"Mak, Hyuna dah balik!" Hyuna melemparkan senyuman ke arah emaknya yang terbaring lemah di atas katil.
"Anak mak dah balik?" Tanya emaknya dengan lembut.
"Dah. Hyuna minta maaf sebab balik lambat sangat. Hyuna pergi rumah kawan kejap." Hyuna menggenggam erat tangan emaknya.
"Hyuna.."
"Ya mak."
"Mak minta maaf." Puan Lee memandang sayu ke arah Hyuna. Sayangnya dia bukanlah isteri tuan Kim yang sah. Dia hanyalah perempuan simpanan. Jadi nama keluarganya tetap Lee manakala Hyuna merupakan Kim kerana tuan Kim ialah bapanya.
"Kenapa mak minta maaf? Mak tak buat salahlah." Dahi Hyuna berkerut.
"Mak minta maaf sebab buat hidup Hyuna menderita. Mak tahu Hyuna kena kutuk sebab ada emak macam mak ni. Mak minta maaf." Air mata puan Lee mengalir perlahan.
"Mak tak salah. Mak cuma mencintai orang yang salah. Cinta itu hadir tanpa dipinta. Lagipun kalau mak tak kenal ayah, Hyuna tak akan wujud dalam dunia ni."
"Terima kasih Hyuna. Mak sayang anak mak ni."
Mak hanya mencintai orang yang salah.
Kalaulah aku tak lahir di dunia ini.
Mungkin mak tak akan menderita macam ni. Mak menderita disebabkan aku.
Ayah buang mak sebab aku.
Kalaulah aku tak lahir di dunia ini.
Mak tak akan menderita.
Oh tuhan, kalaulah masa boleh berputar kembali. Aku akan membuatkan mak tak pernah kenal ayah.
"Hyuna? Sayang?" Hyuna tersedar dari menungannya.
"Ya mak."
"Hyuna fikir apa? Sampai menangis ni?" Puan Lee mengusap pipi Hyuna.
"Tak ada papelah mak. Mak tidur ya. Dah lewat malam ni."
"Hyuna tidur dengan mak boleh? Mak takut mak tak dapat tengok Hyuna esok." Kata puan Lee.
"Apa mak ni! Jangan cakap macam tu lagi. Hyuna tak suka. Malam ni, Hyuna temankan mak." Hyuna terus berbaring dan memeluk emaknya.
Puan Lee perlahan - lahan menutup matanya bersama linangan air mata. Air mata yang bercampur bahagia dan juga kekesalan yang tiada sudahnya. Tiada pengakhirannya.
'Hyuna, maafkan mak ya nak. Mak sayang Hyuna.'
• • •
"Huwarghh.. Dah pukul berapa ni?" Hyuna menguap seluasnya.
Matanya tertancap ke arah jam di dinding yang menunjukkan pukul tujuh pagi.
"Alamak! Aku dah lambat!" Hyuna bergegas berlari keluar dari bilik puan Lee dan menuju ke biliknya. Mandi kerbaulah jawabnya.
Seusai itu, Hyuna menyiapkan sarapan untuk emaknya sahaja. Dia tidak sempat untuk bersarapan. Selepas itu, seperti biasa Hyuna membawa sarapan itu ke bilik emaknya.
Makanan tengah hari pula jirannya akan uruskannya. Nasib baik mereka mendapat jiran yang sebaik makcik Rin.
"Mak, Hyuna pergi sekolah dulu. Mak makan tau sarapan ni."
Senyap.
Tiada jawapan dari puan Lee.
Hyuna mula merasa tidak sedap hati.
Lantas dihalau ketidaksenangan di dalam hatinya. Dia mengucup dahi puan Lee.
Sejuk...
'Mak demam ke? Hmm balik nanti aku belikan ubat.' Katanya di dalam hati sambil membetulkan selimut yang dipakai puan Lee.
"Hyuna pergi sekolah dulu mak."
'Selamat tinggal anakku.'
_________________________________________
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro