° Final Memory °
“ Kehadiran kau saja sudah cukup melengkapkan aku. ”
➖
4 tahun kemudian...
"Mak, hari ni Jungna ada latihan sukaneka tau. Cikgu suruh mak ambil dalam pukul 3.30 petang." Kata Jungna yang kini sudah berumur sembilan tahun.
Walaupun baru berumur sembilan tahun, pemikirannya lebih matang dari kanak - kanak yang lain. Pengalamannya yang sering diejek kerana tiada bapa membuatkan Jungna tahu erti kesabaran dan ketabahan.
"Ok. Kalau mak tak sempat, mak suruh Chanyeol hyung untuk ambil kamu." Kata Hyuna sambil mengucup dahi Jungna.
"Baik. Jom mak." Sudah rutin harian Hyuna menghantar Jungna ke sekolah. Baginya, itulah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa dia menyayangi Jungna walaupun dia seringkali sibuk.
Hyuna kini sudah menjadi salah satu usahawan wanita termuda yang terkenal dan terhangat. Dia juga dikenali kerana mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat Jeon.
"Jungna, esok mak ada majlis untuk syarikat tau. Jungna ikut sekali ya sayang. Nanti dapat makan sedap - sedap." Kata Hyuna semasa berada di dalam kereta.
"Esok? Malaslah. Kalau Jungna tak ikut tak boleh ke?" Tanya Jungna. Sebenarnya Jungna mempunyai sebab kenapa dia tidak mahu mengikuti emaknya ke majlis formal.
Setiap kali dia mengikuti Hyuna, pasti pandangan jijik akan dilemparkan kepadanya. Dia tidak tahu kenapa? Mungkin kerana dia tidak mempunyai 'bapa'. Tidak ramai yang tahu bahawa Jungna merupakan anak Jungkook.
Tetapi Hyuna tidak mengetahui tentang hal itu kerana Jungna akan berpura - pura gembira dan puas hati. Sedangkan waktu itu Jungna terasa seperti mahu menangis.
Dia menginginkan Jungkook.
Dia menginginkan ayahnya.
Ayah dekat mana?
Jungna rindu ayah...
Jungna tak sanggup kena ejek lagi...
Tak sanggup kena pandang hina lagi...
Jungna perlukan ayah...
Ayah, baliklah...
• • •
"Mr Jeon, you'd been perfectly cured. You can go back to Korea anytime you want." Kata Mr Smith, doktor peribadi yang merawat Jungkook sepanjang Jungkook berada di UK.
"Mr Smith, thank you very much for your help. I appreciate that." Ucap Jungkook lalu memeluk Mr Smith. Dia sudah menganggap Mr Smith seperti bapanya sendiri.
"It's a small matter. It's my job." Ujar Mr Smith.
"You can contact me if you want any help. I hope we can see each other as soon as possible." Kata Jungkook.
"Alright. Don't forget me son. Take care of your health ok!"
"Thanks again Mr Smith." Kata Jungkook kemudian mereka berpelukan sekali lagi untuk kali yang terakhir.
Jungkook melangkah keluar dari pejabat Mr Smith dengan penuh keterujaan. Jimin yang menemaninya dipeluk erat.
"Hyung! Aku dah sembuh sepenuhnya!" Kata Jungkook sedikit kuat membuatkan orang yang lalu lalang melihat mereka berdua dengan pandangan pelik.
"Aishhh... Jangan cakap kuat - kuat!" Marah Jimin sambil cuba untuk meleraikan pelukan Jungkook.
"Ahh. Maaf hyung." Ucap Jungkook.
"So, maknanya kita dah boleh balik Korealah ni?" Tanya Jimin sambil mengangkat - ngangkat keningnya.
Jungkook yang sudah tenang kembali teruja. Tangannya ditepuk - tepuk seperti anak kecil mendapat hadiah. "Yes! Tak sabar aku nak jumpa Hyuna dengan Jungna. Aku pun rindu dekat Yoongi hyung, Namjoon hyung dan Hoseok hyung. Oh god! I miss them so much!"
"Aigoo... Jom. Kita balik lusa. Hari ni kita tempah tiket." Kata Jimin. Jungkook mengangguk - ngangguk teruja.
• • •
"Encemnyeee anak mak ni!" Kata Hyuna sambil mencuit hidung Jungna. Jungna hanya tersenyum tawar. Dia perlu melalui satu malam yang menyakitkan lagi.
Hyuna yang perasan akan perubahan anaknya berasa risau. "Hey sayang, ada apa - apa tak kena ke?" Tanya Hyuna dengan lembut.
"Tak ada pape. Jungna ok." Jungna tersenyum lagi.
"Are you sure? Jungna rasa tak sihat ke sayang?" Tanya Hyuna lagi. Dia risau akan Jungna.
Jungna diam seketika. "Mak..."
"Yes dear."
"Mak tak malu ke ada anak macam Jungna ni?" Air mata Jungna mengalir setitik demi setitik.
Hyuna terkejut. Tidak sangka ini yang dirasakan oleh Jungna selama ini. "Jungna, mak tak pernah malu ada anak macam Jungna. Malah mak rasa bangga sebab Jungna anak yang mendengar kata, tak banyak kerenah, tak pernah menyusahkan mak. Mak sayang Jungna sangat - sangat tau. Jangan pernah ragu kasih sayang mak terhadap Jungna lagi. Mak tak suka!"
Hyuna mengelap air mata Jungna dengan lembut. Pipi Jungna kemudiannya dicium diikuti dahi.
"Maaf mak. Jungna janji Jungna tak akan cakap macam tu lagi. Jungna sayang mak." Ucap Jungna lalu mencium dahi Hyuna.
Hyuna tersenyum manis. "I love you too son."
• • •
Jungna tertunduk memandang lantai apabila pandangan jijik diberikan kepadanya. Sementara Hyuna tersenyum manis kepada tetamu - tetamu yang menghadir majlis annual dinner itu.
Hyuna kemudiannya duduk di meja VVIP yang disediakan khas untuk dirinya. Jungna duduk di sebelahnya. Pelayan itu memberi jus oren kepada Hyuna dan Jungna.
"Jungna nak makan apa? Nak mak ambilkan ke? Atau Jungna nak ambil sendiri?" Tanya Hyuna.
"Jungna ambil tapi mak temankan." Kata Jungna.
Hyuna mengusap kepala Jungna sebelum berdiri. "Jom. Mak temankan. Jungna ambil makanan banyak - banyak tau. Mak nak kongsi dengan Jungna je."
Annual dinner tersebut hanya menyediakan buffet sahaja. Jungna mengambil pinggan dan Hyuna mengekori dari belakang. Apa yang Jungna mahukan, dia akan ambil.
"Cik Hyuna, pengerusi syarikat Diamond ingin berjumpa dengan cik." Kata Hani yang tiba - tiba menghampiri Hyuna.
"Ok. Kamu tolong tengokkan Jungna sekejap." Kata Hyuna kepada Hani. Kemudian dia berpaling ke arah Jungna pula.
"Jungna, mak nak jumpa kawan mak sekejap ya." Jungna hanya mengangguk. Hyuna terus berlalu pergi untuk bertegur sapa dengan pengerusi syarikat Diamond.
"Jungna, noona tunggu dekat meja sana tau. Nanti dah habis ambil makanan, Jungna datang meja situ." Kata Hani sambil menunjukkan ke arah meja yang dimaksudkannya. Jungna sekali lagi mengangguk membuatkan Hani tersenyum dan mengusap kepala Jungna.
Hampir penuh satu pinggan dengan makanan untuk dirinya dan Hyuna. Tanpa Jungna sedar, dia terlanggar seseorang lalu makanan itu tertumpah di atas baju orang itu.
"Heyy!" Jerit wanita itu. Suaranya tidak begitu kuat kerana dia mengetahui Jungna adalah anak kepada Hyuna.
"Ma--ma--maaf noo--noona." Kata Jungna tergagap - gagap. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya.
"Maaf! Maaf! Kau ingat baju aku ni murah?! Dahlah tak ada bapak! Mana entah bapak kau lari?! Kau pun tak tahu kan?! Kesian betul!" Jerkah wanita itu. Jungna mula menangis tersedu - sedu. Rasa sayu hatinya apabila hal ayahnya dibangkitkan.
"Jungna ada ayahlah! Jungna ada ayah!" Jerit Jungna. Dia sudah tidak tahan dihina.
"Kau tak ada ayah. Buktinya ayah kau tak ada dekat sinikan?" Wanita itu tersenyum sinis. Tangisan Jungna semakin kuat. Orang ramai mula mengerumuni mereka berdua.
"Excuse me?" Terdengar satu suara yang membuatkan mereka semua berpaling ke arah suara itu.
Terkejut besar mereka semua apabila melihat tujuh orang itu. Lagi terkejut mereka tika melihat empat orang yang sudah lama menghilang sejak empat tahun lepas.
"Ayah!" Jungna terus berlari mendapatkan Jungkook. Jungkook segera mendukung Jungna dan mencium dahi Jungna berkali - kali.
Terbuntang mata wanita itu. Dia sudah mencari pasal dengan orang yang salah. Jungkook kembali melihat ke arah wanita itu.
"Siapa yang kau kata takde ayah? Aku ayah dia." Orang ramai mula terkejut. Memang nampak persamaan di antara Jungkook dan Jungna.
"Maafkan saya." Kata wanita itu sambil menunduk memandang lantai.
"Kau dari syarikat mana?!" Tanya Jungkook tegas.
"Sya--sya--syarikat Jeon."
"Hmm... Syarikat Jeon ya? Mulai dari sekarang, aku pecat kau." Kata Jungkook.
Wanita itu terkejut lalu berlari sambil menangis. BTS mula mengerumuni Jungna. "Aigoo. Jungna dah besar." Kata Jin.
"Jeon... Jungkook?" Aktiviti Jungkook terhenti apabila mendengar suara itu. Suara yang paling dirinduinya. Jungna diserahkan kepada Jin.
"Hyuna..." Ujar Jungkook perlahan lalu berjalan mendekati Hyuna. Hyuna masih lagi terkejut akan kedatangan insan yang disayanginya.
Hyuna diam sehinggalah Jungkook mencium bibirnya. Saat itulah, air mata mereka berdua jatuh dan Hyuna membalas ciuman Jungkook.
Jin terus menutup mata Jungna. Bunyi - bunyi kamera yang kedengaran tidak dihiraukan. Jungkook melingkarkan tangannya di pinggang Hyuna.
Jungkook kemudiannya melepaskan ciumannya lalu meletakkan dahinya ke dahi Hyuna. Tubuh Hyuna ditarik rapat.
"Saya cintakan awak, Jungkook." Ucap Jungkook sambil mengesat air mata Hyuna. Hyuna turut mengesat air mata Jungkook dengan lembut.
"Saya pun cintakan awak, Hyuna." Balas Hyuna seraya tersenyum.
Dan itulah pengakhiran memori kita...
Pengakhiran kisah cinta kita...
_________________________________________
The end...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro