Bab 9 : Hurt and Love
Hao tiba di rumah sewanya. Dengan pantas dia menuju ke almari untuk mengambil ubat tambahan yang perlu dimakan. Tadi, selepas menghantar Hye, sakit di dadanya sudah hilang. Setibanya di depan rumah, sakit itu kembali. "Aku tak sangka sakit ni bagi kesan lebih cepat dari apa yang aku sangka. Neo pabonie? Asal kau pergi terima cinta dia? PABO! Jinjja paboya!" Hao duduk dan bersandar di dinding. Kepalanya dihantukkan berkali-kali di dinding.
Hao sedaya upaya dia cuba bangun kembali tetapi setiap anggota badannya menjadi kebas dan dia langsung tak boleh bergerak. Kesakitan melampau membuatkan dia menahan kesakitan tanpa mampu untuk berkata-kata. Selepas 5 minit, badannya yang kejang sudah kembali normal. "Otteokhae.... Jinjja appeo.. Sakit ni datang balik.. Hye-ah, dowajeo.." Selepas penat menahan sakit dadanya, dia tertidur dalam keadaan begitu sehingga pagi.
Dalam pukul 8.00 pagi, Hao terjaga dan sejurus itu terus dia berlari ke tandas. Darah merah pekat mengalir dari tekaknya. Muntah darah. Amat menyakitkan. Dia membasuh mulutnya dan terbaring lemah di tilam. "Wae?!! Kenapa mesti sekarang?!" 4 bulan yang lepas semasa Hao berada di China, Hao mengalami simptom yang sama tetapi lebih ringan. Dia mengambil keputusan untuk mengecek keadaan kesihatannya. Berita paling mengejutkan diterima. Dia menghidap penyakit barah hati. Sudah di tahap yang kedua. Hao tidak mampu untuk melalui sebarang pembedahan kerana pembedahan memerlukan kos yang tinggi. Jadi, dia hanya mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.
Malang, ketika dia kecil, dia pernah menjadi penjual dan penagih dadah. Jadi, ubat-ubatan tidak memberi kesan. Ubat tersebut hanya boleh dimakan sebagai painkiller sahaja. Tetapi, ubat tersebut tidak berfungsi untuk merawat barah yang dihadapinya. Selama 3 bulan dia hidup seperti biasa. Penyakitnya tidak membawa kesan-kesan sampingan. Entah mengapa hari ini, sakitnya terasa bagaikan tiada lagi esok untuknya. Hao memandang cermin yang berada berdekatan dengannya. Rambutnya di pegang perlahan-lahan. Hampir segumpal rambut yang gugur.
"Ini rupa sebenar aku. Hodoh. Teruk betul hidup aku! Dah la hina, siap ada penyakit lagi. Jalhaesseo!" Hao membaling cermin tersebut. Berderai kepingan kaca tersebut. Dia kembali melelapkan matanya. Dia tertidur sehingga pukul 9.30 pagi. Melihat jam yang sudah menunjukkan 9.30 pagi, Hao bergegas meskipun sakit di dadanya masih belum hilang sepenuhnya. Hao bergegas mandi dan bersiap. Hao menuju ke kedai serbaneka dan bekerja seperti biasa.
Pejam celik, pejam celik sudah hampir 6 bulan Hao bekerja di sana. Di pagi yang indah, aman dan damai, mereka berdua keluar bersiar-siar. Kali ini, seperti pasangan kekasih yang sebenar, mereka pergi ke seoul selama seminggu. Jarak dari Pohang ke Seoul sememangnya menganbil masa yang panjang. Jadi, mereka memutuskan untuk bercuti selama seminggu di Seoul. Apa salahnya? Selama ini, mereka berdua yang berpenat lelah menjaga kedai dan hakikatnya, Hye masih tidak tahu mengenai penyakit yang di hidapi oleh Hao.
"Hao, kalau dah sampai dekat Seoul nanti, jom pergi Namsan Tower?" Hao merenung Hye. Mereka menaiki bas jadi, mereka duduk bersebelahan. "Kiss dulu." Hao menunjukkan pipinya. "Eiiiiiii.. Mengada! Tak naklah!" Hao mengekek ketawa. "Eummm.. Jebal, satu kiss je. Boleh laaaa... Boleh laaaaa.." Hao mula berperangai keanak-anakan. "Andwae!! Takmau!" Hao berpusing kononnya merajuk. "Tak nak pergi Namsan. Hye pergi sorang-sorang. Hao sedar, Hao ni siapa..." Hye tergelak. "Mengada betul! Macam aegy je!" Hye memusingkan badan Hao. Hye menghadiahkan sebuah kiss di pipi Hao. Hao memuncungkan bibirnya. "Kiss sini." Hao mengetuk perlahan bibirnya. "Malulah dalam bas buat perangai aegy dia! Mengada!" Satu tumbukan pada bahu dihadiahkan kepada Hao. "Orang nak manja-manja sikit pun tak boleh. Kalau Hye tak nak, Hao tetap nak" Hao mencium bibir Hye pantas. Kemudian Hao menyegih. Hye menganga. Ingin ditelan saja Hao hidup-hidup! "Neomu yeppo! Aigoo yeppeo!" Hao mencubit pipi Hye.
Hao terkadang bersikap kebudak-budakan dan suka sangat bermanja dengan Hye. "Nak tangan.." Hye menghulurkan tangannya. Hao menggenggam tangan Hye erat sekali. Mereka bermain jari. Hao menggenggam erat tangan Hye dan mencium tangannya. Sebagai tanda cinta pada si kekasih. "Hye, Saranghae! Mani-mani!" Hye tersenyum riang. "Nado, mani, mani, mani, mani saranghae!" Mereka merenung muka satu sama lain. Hao mencuit hidung Hye. Hao tersenyum gembira. Hye merapatkan telinga Hao dengan bibirnya kemudian dia berbisik, "Saranghae... Yeongwonhi." Hao ketawa dan membalas ke telinga Hye, "Nado-ya, saranghaeyo! Mori butteo balkeukaji. Yeongwonhi ( i love you too. From hair to leg. Forever.) " Hye tersenyum dan mengenyitkan matanya. Hao turut mengeyitkan matanya. Kemudian, mereka sama-sama ketawa. Hye melentokkan kepalanya pada bahu Hao yang bidang. Tangan mereka berdua masih melekap antara satu sama lain. Hao seakan-akan tidak membenarkan tangan mereka berdua berpisah.
"Hao, kenapa Hao suka Hye? Hye kan kasar, macam lelaki. Lagipun Hye lebih tua. Waeyo??" Hao tersenyum lebar. "Sebab Hye dah tawan hati Hao masa kita jumpa untuk pertama kali. Sebab Hye kasar, macam lelaki, lagi Hao suka. Lagipun, Hye comel sangat, macam princess. Hao suka gila pegang tangan Hye. Kecik je. Comel sangat. Dan yang paling Hao suka, Hye milik Hao seorang je. No one can take you from me. Only God can saperate us." Hao mencium lembut rambut Hye. Hye memeluk lengan Hao dengan lebih erat. "Hye, kalau Hao ditakdirkan pergi dulu, Hye nak buat apa?" Hye memandang muka Hao."Hajima!! Janganlah cakap benda mengarut!" Hao menarik nafas dalam. "Arrasseo, arraseo. My sleeping beauty, sleep tight eoh? Hao akan jaga Hye. So, don't worry and keep sleeping." Hye membalas. "Arrasseo." Kemudian satu kucupan diberikan pada pipi Hao. "Gumawo." Hao tersenyum manis.
Hao masih berjaga sementara Hye sudah lena di bahunya. Rambut Hye yang jatuh dikuak. Raut wajah yang amat dia sayangi. Dia membelai rambut Hye. Sebuah kucupan pada rambutnya ikhlas diberikan kepada Hye. Wajah yang mungkin dia bakal tinggalkan tidak lama lagi. Selagi dia boleh berikan kasih sayang dan cinta, selagi itu dia akan terus bertahan dan mencintai seorang wanita yang bernama Park Shin Hye. Hao turut terlelap. Mereka kelihatan sangat bahagia bersama. Selepas hampir 4 jam terlelap, mereka bangun. Mereka sudah sampai di Seoul, bandaraya Korea Selatan.
"Uwahhhh!!! Daebak jinjja!!" Hye melihat sekeliling dengan mata yang terbuka luas. "Aigoo, nae yeochin! Tutup sikit mulut tu. Nganga besar sangat! Karang ada lalat masuk baru tau!" Hao memegang bibir Hye kemudian dia melepaskannya. "Alah... Bukan selalu. Serius gila daebak, jjang, perfect, seugoi, thorbaik ah Seoul! Lawa gila tempat dia!" Hye yang terlampau teruja membuatkan Hao ketawa. "Suka?" Hye mengangguk berkali-kali. Hari sudah lewat petang jadi mereka ke kedai makan untuk menjamu selera.
"Hye nak makan apa?" Hao bertanya lembut. "Emmmm.... Naengmyun,jjampong , fried rice, dengan jajang. Ha!! Kalguksu sekali!! " Hao membeliakkan matanya. "Nak makan semua?!" Hye menantikan rekasi dari Hao. Kemudian tawanya meletup. "Main-main je lah. Takkan nak makan semua tu! Nak jjampong je. Hao?" Hao mengurut dada kerana lega. "Hmm.. Jajanglah." Mereka berdua memesan makanan di restoran Cina tersebut. "Jinjja mashida.." Hye makan dengan agak gelojoh. Habis comot! "Yah!! Makan lah elok-elok! Habis comot!" Hao mengelap bahagian yang comot dengan menggunakan tisu. Hye tersenyum manis. "Ahhhh..." Sesudu jjampong disuakan. Hao makan dengan berselera. "Wahh! Mashida! Sebab Hye yang suap lagi bertambah sedap!" Hye dan Hao makan dengan berselera.
Selepas makan, mereka berdua menuju ke Namsan Tower. Mereka menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak. Hye dan Hao langsung tidak berenggang. Sebelum ke atas, mereka telah membeli 2 buah mangga. Satu untuk Hye dan satu lagi untuk Hao. Setibanya mereka di atas, udara segar dihirup. Pemandangan yang amat cantik!
"Pemandangan ni cantik. Tapi cantik lagi orang yang berada depan aku. Aku tau masa aku tak lama. Aku tau, bila-bila je aku mungkin akan tinggalkan kau. Percaya pada aku, sampai akhir nafas, hanya ada nama kau. Hanya kau. Aku akan rindukan anak mata hitam tu, aku akan rindukan senyuman yang berjaya menggetarkan hati aku. Saranghae, yeongwonhi. Only you for me. Just you, and forever it will be you. Gumawo, for everything."- Hao berkata sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro