Bab 8 : Saranghae
Hari yang paling Hao nanti-nantikan. Cuti!! Oh yeah!! Dan ini bermakna, hari temu janji! Tak sabar Hao nak buat segalanya yang pasangan kekasih lakukan. Terutamanya.... Rahsia! Haha! "Bad,bad,bad,bet a bad,bad girl. Bad,bad,bad,bet a bad,bad girl. Haha! Jeoha!!!" Hao menyanyi sambil menari lagu infinite bad.
Hao berpakaian casual. Sneakers, jeans hitam, kemeja panjang yang dilipat lengannya dan sebuah beg galas. Hao nampak tampan walaupun hanya berpakaian sebegitu. Hao menjemput Hye di rumahnya. "Yah Park Shin Hye!!!! Keluar cepat!!!" Hye mencebik masam. "Masa-masa cuti macam ni lah sebok nak suruh aku keluar date bagai. Dah la perangai nenek macam tu lagi, dengan jiran lagi. Aihh! Sakit hati aku. Ni yang malas ni.." Hye membebel seorang diri sambil berjalan malas. "Kaja!!" Hao memegang tangan Hye. Hye masih berjalan malas.
Mereka pergi ke suatu tempat yang paling dijauhi dalam senarai pasangan kekasih ingin lakukan. "Weh, nak date dekat sini? Sini??" Hye ketawa lepas. Betullah budak seorang ni gila!! "Sinilah. Mana lagi?" Hao tersenyum penuh makna. Mesti tertanya-tanya dekat manakan? Diorang date dekat.......... Pasar tani. Pasar tani? Pasar tani?! Bagus pilihan kau Hao. Bagus sangat. Hye ketawa dan pada masa yang sama pelik. Sebelum ini dengan Jin sekalipun, tidak pernah mereka berdua berdating di pasar tani. Entah apa yang difikirkan Hao.
Mereka berdua berjalan di sekitar pasar basah. Banyak ikan-ikan yang menarik perhatian. Ada yang besar, ada yang kecil, yang pelik-pelik pun ada! Hao mengambil sotong kurita dan menyuakan pada Hye. "Nah, pegang!" Hye membuat muka. "Ingat aku takut pegang sotong kurita? Nah!! Ni aku bagi!" Hye menyuakan belut yang lebih kurang 12 inci panjangnya. "Arghhh!!!! Jangan bagi benda tu dekat aku!! Hajima!!" Hye pula yang ketawa. Nak kenakan aku sangatkan? Hambik kauuu! Mereka terus berjalan sehingga ke tempat pakaian. Mereka tidak membeli apa-apapun. Saja berjalan. Banyak baju-baju cantik yang menarik perhatian Hao. Antaranya baju bercorak tengkorak, baju kemeja lengan panjang dan pendek dan bermacam-macam lagi. Hye melihat-lihat cap yang menarik perhatiannya. "Ni berapa harga?" "15won,cik." "Hmm.. Takpelah." Hye beredar. Hao dan Hye kembali berjalan.
"Apa pasal kau bawak aku date dekat sana? Serius pelik gila. Selalunya kalau orang bawa pergi date, mesti dekat cafe ke, Namsan Tower ke, mana-mana ke, ni pasar tani? Serius? Hahaha." Hao tersenyum manis. "Biarlah. Apa salahnya date dekat sini? Ok apa? Ada ikan, ada sotong, ada kimchi, ulam, baju, oklah tu kan?" Hye tersenyum. "Arrasseo, arrasseo.. Ada belut....." Hao membuat muka. Nak kenakan aku lah tu! Mentang-mentang aku menggelupur masa tengok belut. "Bukan takut! Terkejut! Kau kena faham. Aduhhh, dia ni la.." Hye ketawa mengekek. Jarang dapat sakat Hao sebegini. Mereka berjalan sehingga masuk ke dalam sebuah bangunan. "Berhenti!" Hye memandang Hao. "Dah kenapa kau berhenti?" Hao tersenyum nakal. Dia mengambil sehelai kain dan menutup mata Hye. "Yah!! Apa pasal tutup mata aku ni?? Kau nak mati apa?!!" Hao membalas tenang. "Jangan banyak bunyi, ikut aje lah. Pot pet, pot pet dari tadi. Tak penat ke??" Hye akhirnya menurut. Mereka sampai di sebuah sungai. Entah bila masa wujud sungai itu pun dia tidak pasti.
"Sungai?" Hao mengagguk. Mereka berdua duduk di tebing sungai di sana. " Kenapa sungai?" Hao tersenyum kecil dan membalas, "Sebab sungai segalanya bagi aku. Permulaan dan pengakhiran." Hye agak keliru dan dia bertanya lagi, "Apa maksud kau?" Hao melihat jauh ke arah sungai yang jernih dan besar itu. Air yang berderas laju membuatkan Hao hilang dalam dirinya. "Kau nak tau satu benda? Janji jangan marah? Yakseok?" Hao menghulurkan jari kelingkingnya. "Nak, tapi apa? Tak, aku tak marah. Yakseok!" Mereka berdua telah membuat janji. "Aku tipu kau." Hye menjegil biji matanya. "Kau tipu apa?" Hao ketawa kecil. "Aku tipu tentang diri aku. Hapir kesemuanya bohong. Mesti kau bengangkan?" Hye ketawa. "Lah.. Aku ingatkan pasal apa tadi. Aku pun tipu kau." Kini Hao pula yang terkejut. Mereka berdua tertawa. Sama-sama menipu, sama-sama terkejut, sama-sama terkena, padan muka.
"Sungai ni tenangkan? Aku sukakan sungai. Tambah-tambah yang arus deras, lagi aku suka." Hao tersenyum riang. "Kenapa kau suka sungai?" Hye terus bertanya dengan soalan. "Sebab sungai satu-satunya kawan aku." Hye memandang ke arah Hao yang sudah berubah. Bukan lagi Hao yang kuat bermain, menyakat dan mengenakan orang. Kini dia berhadapan dengan Hao yang mempunyai 1001 kisah yang takkan mampu untuk diungkap. "Kalau kawan kau sungai, kawan aku batu. Haha." Hao memandang Hye pelik. " Dah kenapa pulak batu kawan kau?" "Sebab kalau aku kena marah, orang selalu cakap aku ni kepala batu, hati batu, badan batu, semualah batu! Tinggal betul-betul jadi batu je." Mereka mengamati keindahan sungai yang sangat cantik.
"Sin Hye-ah, kalau aku mati, apa kau akan buat?" Hye berfikir dalam-dalam. "Senyum." Hao ketawa. "Kau suka eh aku mati??" Hye mengukirkan sebuah senyuman. "Bukan sebab aku suka, mestilah aku sedih. Tapi aku nakkan kau pergi dengan tenang. Sebab tu aku senyum. Faham? Aigoo, pabo!" Hye menumbuk perlahan bahu Hao. "Pabo kau panggil aku? Jaga kau!!" Hao mengejar Hye dan mereka berdua berlari seperti kanak-kanak kecil. Semasa sedang berlari-lari, Hao tersadung batu kecil dan jatuh. "Appeo,appeo. Pinggang aku! Jinjja appeo! Rasa nak patah!" Dalam menahan sakit, sempat lagi dia ketawa. "Yah, apahal lembik sangat? Bangun lah weh! Kata jantan, tak gentle langsung. Apa kes??" Hao membuat muka. Hye menghulurkan tangannya untuk membantu Hao berdiri. Malang yang Hao menarik tangannya sehingga Hye berbaring di atas rumput. "Neo!!!!.." "Mwo? Mwo?" Kemudian mereka berdua ketawa.
Hao dan Hye berpaling menghadap satu sama lain. "Jeo..ha.. Jeoha!!jeotda!!" Hao menjerit kuat. Dia ingin menyatakan cinta, malang yang dia lupa dia tidak boleh berbuat sedemikian. Hye memandang Hao. "Jeoha-yo. Saranghae." Hao memandang ke arah Hye. " Saranghae." Sekali lagi bibir itu mengucapkan perkataan yang sama. Hao pantas berdiri dan membantu Hye berdiri. Muka Hao sangat masam dan tidak berperasaan. Hao mendekati Hye perlahan-lahan. Setapak demi setapak. Pandangannya langsung tidak berganjak. Anak matanya tepat memanah anak mata Hye. Selepas berdiri betul-betul dihadapan Hye, satu pelukan kejap dihadiakan. "Saranghae. Jinjja saranghae. Dari hari mula aku kenal kau, sampailah hari ini, dan selamanya. Gumawo." Hye mengucapkan kata lega. Hao mencari batang bunga yang lembut dan mematahkannya. Hao mengikat batang pokok tersebut sebagai tanda cincin mereka. Cincin kekasih. Hye pula mengikatkan sebatang batang bunga pada jari manis Hao. Kini mereka mempunyai cincin kekasih. "Gumawo"
Siang berganti malam. Lama betul mereka berdua meluangkan masa. Semasa dalam perjalanan untuk menghantar Hye pulang, mereka berdua melihat tahi bintang yang jatuh dengan laju. Mereka berdua jalan berpegangan tangan. "Hye, kau nampak tahi bintang tadi?" kata Hao. "Nampak." Hye membalas. "Kau tau tak aku ni ibarat apa? Aku ni ibarat orang yang selama ni hidup dalam gelap, dah berjaya jumpa cahaya."Hao berhenti berjalan dan menyambung lagi.
"Kau ibarat bintang yang sangat terang, yang dah berjaya tawan dunia aku. You are my LUCKY STAR. I'm the luckiest one, caused i've found you. Hye-ah, Saranghae." - Hao
"Kau ibarat langit. Hitam macam mana pun langit, gelap macam mana pun langit, langit yang sentiasa temani bintang. Aku tak kisah siapa kau dulu dan masa silam kau. Kalau kau sentiasa ada untuk teman aku, untuk jadi langit aku, aku cukup berterima kasih. Bintang dah bertemu langit. Kedua-duanya akan terang. Hidup kita akan berubahkan? Keutchi? Minghao-sshi, Saranghae." - Hye
Hao menghantar Hye sehingga ke muka pintu. "Jalja." Mereka berdua berpisah. Sampai sahaja di simpang jalan, Hao bersandar pada tembok. "Janganlah sakit sekarang. Tolonglah." Dia menekan-nekan dadanya. Ubat yang dibawa bersama, ditelan. "Ini sebabnya aku taknak mulakan dengan kau. Mianhae." Hao mencari kembali nafasnya dan pulang ke rumah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro