Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7 : Lagu

"Serius apa aku kena pakai macam ni?!!!!!!"

Hye sudah berguling-guling ketawa di lantai. Nasib kau lah Hao!! Hye memandang Hao sekali lagi dan ketawanya makin kuat. "Weh, serius kau nampak macam Miss Korea!! Terbaik doh!! Serius!!" Hye kembali menyambung tawanya. Saat ini siapa sahaja yang melihat Hao pasti mengatakan Hao ni dua alam dan bengkang-bengkok. Weh!! Aku straight la!!!! "Kalau aku tau jadi macam ni, tak adanya aku nak main benda alah tu. Semua sebab game semalam. Sakitnya hati aku..." Hao menutur perlahan. Inilah bahananya! Seperti yang dijanjikan, dia perlu memakai baju, seluar, kasut, cekak, handbag serta lipstick pink! Dah rupa nyah pun hadoo!

"Serius terbaik gila!! Aku yang pompuan pun tak percaya kau lelaki! Nampak girlish gila!! Ahh.. Sakit perut aku!!" Ketawa tak ingat dunia, tulah padahnya!! "Weh, tak nak ahh aku pakai macam ni. Geli lah! Semua pink, siap lipstick bagai. Kalau aku pergi lalu depan nyah, diaorang ingat aku nak join Persekutuan Nyah Kebangsaan. Tak nak weh!" Makin galak Hye ketawa. "Ahh, takde takde! Siapa suruh kau sahut? Jom pergi kedai. Lambat dah ni. Kaulah ni!" Hao mengetap bibirnya. "Kau yang suruh aku bersiap macam ni, aku pulak yang salah? Nasiblah kau tu Park Shin Hye. Kalau orang lain dah aku terajang sampai London!" Hao berkata dalam hati.

Mereka kini berada di rumah Hye. Nenek Hye keluar dengan rakannya. Jadi, rumah itu kosong. Dia tahu Hao tidak mempunyai set baju berwarna pink. Dia pinjamkan bajunya yang muat dengan saiz Hao. Nasib baiklah ada lagi baju dan barang-barang yang seangkatan dengannya. Dulu, dia memang memakai semua itu. Cuma, selepas dikecewakan, dia mengambil keputusan untuk mengubah penampilannya supaya nampak seperti lelaki. Hye sudah memakai kasut dan menunggu di hadapan. Hao masih ragu-ragu untuk keluar. "Cepatlah!!!!! Dah lambat dah ni!! Apa kau buat lagi tu??" Hye sudah terjerit- jerit di luar. "Aish!!! Aku keluar lah ni!!!!" Hao tidak dapat berfikir apa-apa. Dia keluar dengan memakai kasut pink yang sudah tersedia.

Hye ingin ketawa tapi ditahan tawanya. "Jomlah.." Hao mengangguk. Sepanjang jalan mereka ke kedai, semua orang memandang Hao dalam pandangan pelik dan kemudian mereka ketawa. Hao hanya boleh mengeluh. Dia yang gatal sangat pergi cakap dare siapa suruh? Hambik kau! "Jaaa, dah sampai!" Hye mencari kunci dan dia membuka pintu kedai. Mereka berdua masuk dan mula membuat kerja seperti biasa. Hao lebih dingin daripada hari-hari yang biasa. Hari ini sudah genap seminggu mereka kenal satu-sama lain. Seminggu boleh diibaratkan seperti sudah 10 tahun mereka mengenali satu sama lain. Mereka rapat hanya dalam masa sehari. Mana tidaknya, depan, belakang, kiri, kanan, meloncat, meniarap, bergolek, tidur, bangun, dalam kedai itu pasti mereka melihat muka satu-sama lain sahaja. Almaklumlah, satu-satunya pekerja dan satu-satunya majikan. Itulah jadinya.

Seorang lelaki masuk dengan membawa bunga. "Shin hye-ah, aku bawak bunga untuk kau." Jin masuk dengan senyuman. Hye sudah mula membuat menyampah. "Kau ada nak beli apa-apa ke? Kalau tak ada, tolong keluar!" Jin melihat sekeliling kedai. "Hmmm... Aku nak beli... Aku nak beli hati kau lah! Boleh?" Jin tersenyum manis. Malangnya, Hye sedikit pun tidak cair. Hao yang sedang berapi mendapat idea bernas. Dia sakit hati bila Jin yang tak faham bahasa tu datang lagi. Kacau buah hati pengarang jantungnya pula tu. Alang-alang dah pakai macam ni, apa salahnya menabur bakti. Ye dak? Hao meregang-regang badannya. Dengan elegannya, dia berjalan ke arah Hye. "Oppa!!!! Kata nak keluar jalan-jalan. Ppalli!!" Hye memandang ke arah Hao. "Dah kenapa budak seorang ni? Terencat?" Dia berkata dalam hati.

Hao mengenyit mata sebagai isyarat ingin menghalau Jin dengan berlakon mereka ini sepasang kekasih. Hye sudah faham. "Yeobu!! Mianhae! Oppa lupa gila pasal tu!" Hye berjalan ke arah Hao. Pinggang Hao dipeluk bagaikan pasangan kekasih. Mata mereka bertaut dan masing-masing tersenyum dengan idea jahat berlegar-legar dalam otak masing-masing. "Oppa, rindu dekat oppa! Oppa pergi mana?" Hye mencubit pipi Hao. "Rindu? Oppa pun rindu yeobu. Kaja!" Mereka berdua bersiap-siap untuk keluar dari kedai. "Kau tunggu apa lagi? Blah la!! Tak nampak aku dengan awek aku nak dating?" Hye menghalau Jin. Jin yang kelu seribu bahasa keluar dari kedai dengan muka yang cukup terkejut. "Dia suka perem...puan? Ni memang gila! Aku takkan datang atau tuntut cinta lagi! Aku takkan suka perempuan yang minat kaum sejenis!! Geli!!" Jin memang terkejut habis.

Hye dan Hao sudah bertepuk tampar. Seronok dapat mengenakan Jin. Mesti Jin ingat Hye suka kaum sejenis. Hello Encik Jin, aku straight la! Aku cuma nak kau blah dari hidup aku. Itu je. Lagipun, tadi tu lelaki ok? "Terbaiklah Hao! Aku yakin, esok dan hari seterusnya dia takkan datang! Gumawo!" Tanpa sedar Hye telah menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Hao. Hye baru sedar akan perilakunya. Mereka berdua sama-sama tercengang. "Aa..aku sambung kerja dulu." Hye beredar. Hao masih kaku sebegitu. Terkejut atau teruja? Kedua-duanya mungkin? "Dia kiss pipi aku?" Hanya ayat itu sahaja yang berlegar di dalam kepalanya. Mereka berdua kembali menyambung kerja masing-masing.

Masa berlalu dengan cukup pantas. Dari pukul 10 pagi, kedai dibuka, kini sudah pukul 3 pagi. Sejam lagi sebelum kedai ditutup. Hye yang menjaga kaunter sedari tadi sudah tidur dengan nyenyaknya. Hao mengambil tempat di sebelah Hye. Muka Hye ditenung lama. Raut wajah yang cukup cantik. Malah lebih cantik daripada Hani. Perwatakan kasar dan itu yang membuatkan Hye semakin menarik. Bukan sekadar perwatakan, penampilan juga seperti lelaki. Hao menguak rambut yang menutupi wajah Hye. Hye memegang tangan Hao dalam keadaannya masih tertidur. "Kenapa kau baik dengan aku?" Hao tersenyum manis. "Entah. Tapi aku tak sanggup lukakan kau." Hye melepaskan tangan Hao dan kembali tidur dengan nyenyak.

"Sleeping beauty betul dia ni. Ada je masa lapang, tidur. Tak ada kerja je, tidur. 24 jamlah kau tidur." Hao menggeleng kepalanya. "Aku dengarlah." Hao menelan liurnya. Tak sangka Hye rupanya tak tidur. Hye bangun. "Aku serius ni, kenapa kau baik dengan aku?" Hao menggaru kepalanya. "Entahlah.." Hye memandang anak mata Hao tajam. "Waeyo? Aku serius ni.. Kenapa?" Hao merenung anak mata Hye dalam. "Kau akan tahu jawapannya esok." Hye menghembus nafasnya. "Tak boleh ke bagitau sekarang?" Hao menggeleng kepala. "Andwae. Kau tanyalah 1 000 kali pun, kau tetap akan dapat jawapannya esok." Hao senyum dan mencuit hidung Hye. "Yeppo. Yah, kaja! Balik!!! Aku dah tak larat nak pakai menatang ni! Rimasssssss!" Hye tergelak kecil. "Eoh, kaja!"

Kedai sudah ditutup. Seperti biasa, Hao menemani Hye pulang seperti biasanya. Hye menyanyi lagu Sad Song yang dinyanyikan oleh We are the kings.

You, and I,
We're like fireworks and symphonies,
Exploding in the sky.
With you, I'm alive,
Like all the missing pieces of my heart that finally collide.
So, stop time right here in the moonlight,
Caused I don't ever wanna closed my eyes.

Without you,
I feel broke like I'm half of a whole,
Without you, I've got no hands to hold.
Without you, I feel torn like a sail in a storm.
Without you I'm just a sad song.
I'm just a sad song.

Lagu tersebut dinyanyikan dengan penuh perasaan hingga habis. Hao menyanyikan lagu yang khas dituju untuk Hye. Lagu yang sangat bermakna.

B1A4 - Only one

ulgo sipeul ttae ureoyo seulpeumdeureul aesseo chamji marayo
geudaega dasi useul su itge naega anajulgeyo

himi deul ttaemyeon jamsi swieogal su itdorok naui eokkaereul billyeojulgeyo

I pray no tears in your dreams
I know you'll fly high in your life

i sesangeun jageun nuneuro tto geudael boryeogo hajiman
boran deusi dangdanghage malhal su isseo You're the only one

jogangnan kkumeul chajayo an doendaneun mareun haji marayo
geu kkumeul dasi irul su itge naega dowajulgeyo

sumi chaoreul ttaemyeon jamsi nuneul gamgoseo geudae miraereul sangsang haebwayo

I pray no tears in your dreams
I know you'll fly high in your life

i sesangeun jageun nuneuro tto geudael boryeogo hajiman
boran deusi dangdanghage malhal su isseo You're the only one

Uh jikyeojulge nunmul heullineun geudae gyeoteseo
amu geokjeong malgo swieo ijen nae pumeseo
nungae maechin tteoreojiji annneun seulpeum
kkumsoge geochin boiji annneun meokgureum but
neoneun utji mwo apeum ttawin deo chamji malgo
jeo haneullo nopi nallyeobeoryeo ijen kkeuteul hyanghae gallae
jeobeodwotdeon nalgae pyeolchyeojwo Take my hand

dasin ulji marayo

I pray no tears in your dreams
I know you'll fly high in your life

chagapge byeonhan maeumdeureun geudaereul alji motajiman
nuguboda meotjin geudae nae gyeote isseo You're the only one

I pray no tears in your dreams
I know you'll fly high in your life

Translation

Cry when you want to cry. Don't purposely hold in your sadness
I'll embrace you so that you can smile again

When you're tired, I'll lend you my shoulder so that you can rest for a bit

I pray no tears in your dreams
I know you'll fly high in your life

Although this world tries to look at you with a small view
I can confidently say you're the only one

Find your broken dreams again. Don't say that you can't
I will help you to make that dream come true

When you feel like you can't breathe, close your eyes for a bit and think about your future

I pray no tears in your dreams
I know you'll fly high in your life

Although this world tries to look at you with a small view
I can confidently say you're the only one

Uh I'll protect you and stay by your side as tears flow
Just rest without any worries in my embrace

The sadness formed in your eyes that won't fall
In your dreams there are rough dark clouds that don't show but
you smile. Don't hold back your hurt anymore
Just throw it high into the sky. I want to go towards the end now
Open up the wings that were folded away. Take my hand

Don't cry again

I pray no tears in your dreams
I know you'll fly high in your life

Although hearts that changed coldly may not know you,
who is cooler than anyone, stay by my side. You're the only one

I pray no tears in your dreams
I know you'll fly high in your life

Hye menepuk tangan mendengar alunan suara Hao yang merdu. "Hye, inilah lagu yang aku teringin nak nyanyi pada sesiapa yang dah tawan hati aku. Aku tak sempat nak nyanyikan pada Hani. Mungkin itu petunjuk aku dan dia tak lama. Dan aku dah nyanyikan lagu ni pada kau dalam tempoh perkenalan 1 minggu. Kau istimewa.. - Hao

....................................................................................
[Author]

Okay, Hi readers !! Nak ucapkan banyak-banyak terima kasih, kamsahabnida, gumawo, she-she, arigatou, kepada semua yang sudi baca dan sudi vote. Okay, ngaku cite ni memang boring dan agak baku sebab dah biasa penulisan cerita style karangan. Pfffttt. Haha. First of all, nak bagitau, ni first time buat cerita dalam benda alah ni. "Whatppad". Kalau kat fb tu, ade la jugak cite-cite. Semua biasa and almost tak best. Hahahhaha. For your information, I'm me. So, spe pernah jumpa cerita yang tersorok celah tang hujung nun jauhhh nun, tu diaa punya jauh, haha, jangan ingat aku copy cite hampa. Cek buat sendiri naaa. Penat perah kepala otak nak pikiaq apa dia nak tulihh. Masa akan datang, nanti aku akan post karya-karya dulu, and hope so dapat galakan dari hampa. Hehe, saje nak berucap pepanjang sikit. Kahkah! Dan tujuan sebenar, sebenarnya, nak bgitau kat korg yang lagu only one tu merupakan satu lagu yang sangat penting utk aku. Serius, tak tipu. Lagu tu lah yang dah bawa banyak maksud. So, ada pape yang korang nak bgitau, idea ke ape ke, kasi cerita bagi gempak, dipersilakan. Nak komen, nak bgi nasihat ke kutuk ke, dipersilakan. Aku jenis ok. Wat lek wat piss. Haha. And one more, cerita ni jalan cerita act baru nak start. Memang lembab sikit. Haha. Sebarang jalan cerita adalah rahsia.. Hoho. Aku berangan macam ada je yang nak baca. Pffttt.. Klah, chaww. Thanks a lot yaa.. Aku sokong penulis kat luar sana. Sama ada yang baru, yang lama, yang ingin mencuba, atau dalam apa saja keadaan, aku harap hampe tak putus asa. Menulis ni memang menyakitkan hati. Kena type panjang-panjang, macam apa je. But trust me, once you start writting, forever you don't want to lose the chance to keep writting. Segala typo, bahasa, yang mana part logik ke tak logik ke, mohon ampun maaf. Please support me cause i'm already support all of u! Good luck to me, and everyone. Hehe. "

....................................................................................

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro