Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6: Truth or Dare

"Masalahnya sekarang ni, kau yang masuk campur urusan aku dengan dia. Salah ke aku bagi penumbuk dekat kau?" Sinis sahaja ayat lelaki itu. "Hei, Jin! Apa masalah kau? Sekarang ni kau ada masalah dengan aku! Bukan dengan dia!" Hye yang marah mencekak kolar baju Jin. "Memang masalah aku dengan kau. Tapi apa hak dia nak masuk campur? Dia tak kenal kau pun." Hye melepaskan cekakannya. "Siapa kata? Dia lebih jauh kenal aku daripada kau. Kau tau apa?" Air muka jin berubah . "Dia tahu?" Jin bagai tak percaya. "Dia tahu." Hye tiada semangat ingin berlawan cakap lagi.

"Ikut kaulah. Nak bergaduh, nak bertumbuk, pergi luar. Aku tak kuasa dah nak halang." Hye menghilangkan diri dan masuk ke dalam biliknya. Jin ketawa lepas. "Kau tahu rupanya pasal Hye. Haha. Tak sangka." Hao memberikan satu tumbukan padu pada muka Jin. "Jangan salahkan aku tumbuk kau. Kau mula dulu." Jin mengelap bibirkan yang berdarah itu. "Aku sayangkan dia. Walaupun aku tahu aku dah buat salah besar, aku nak tebus balik. Aku cintakan dia." Nadanya perlahan. "Kenapa kau terfikir untuk buat dia macam tu? Dia bukan perempuan murah ataupun perempuan simpanan yang kau boleh guna pakai bila kau nak. Dia manusia, dia perempuan, dia ada hati , dia ada perasaan. Dia bukan patung." Hao agak panas hati tapi di kawal kemarahannya.
"Sebab tu aku nak tebus balik. Aku tahu aku salah, aku tau aku tak patut buat dia macam tu. Aku.. Aku cintakan dia!" Jin meramas rambutnya. "Cinta datang dari hati. Bukan dari perkataan. Kalau kau cintakan dia, kau takkan duakan dia. Kalau kau sayang dan cintakan dia, takkan pernah wujud nama orang lain selain dia. Dah! Baik kau blah dari kedai ni sebelum aku sendiri yang buat kau keluar." Hao menunjuk ke arah pintu. Tanpa sepatah kata Jin keluar dari kedai. Hao mengambil nafas dalam. Dia pergi menjenguk Hye yang berada di dalam bilik. Tiada sesiapa. Hye tiada di dalam bilik. Kemudian, Hao mengetuk pintu tandas dan pintu tersebut terbuka. Hye menangis.

"Yah. Dah la tu. Tak payah menangis sebab seorang lelaki. Lagipun , buat apa kau nak menangis untuk lelaki macam dia?" Hao memapah keluar Hye dari tandas dan Hye duduk di katil yang khas disediakan. "Sebab dia terlampau kejam dan sebab dia permainkan aku. Pergi dengan membenci aku, datang tanpa aku nak. Datang kononnya bawak balik cinta yang dulunya dia tak perasan. Aku muak." Hye mengelap air matanya. "Menangislah. Tapi jangan harap aku bagi kau nangis lagi lepas ni." Hao memegang tangan Hye. Hye memandang Hao. "Kau ada aku. Mungkin kita baru kenal dan aku lebih muda, tapi aku sentiasa ada untuk kau bercerita. Bila-bila kau rasa sesak dada, kau sakit, datang dekat aku. Aku teman kau. Aku akan tolong kau ubat luka tu. Aku sambung kerja dulu?" Hao melepaskan genggaman kejapnya pada tangan Hye. Dia menyambung semula kerjanya.

"Macam mana kau nak ubat kalau aku masih cintakan dia?" Hye berkata perlahan. Hye baring di atas katil sehingga terlelap. Hao mengambil alih tugas yang tertunggak. Masa berjalan cukup pantas. Kini sudah pukul 10 malam. Hye masih belum bangun. Setelah kedai kosong, Hao menjenguk Hye. Letih gamaknya. Dia mengambil tempat di sebelah Hye. "Aku benci, aku tak suka, aku muak tengok perempuan menangis. Tambah-tambah sebab lelaki. Air mata kau cukup mahal, kenapa bazirkan? Cukuplah aku bersabar bila tengok Hani menangis. Aku tak nak bersabar lagi bila ada orang buat kau menangis. Kalau aku bersabar, nanti kau tinggalkan aku. Sama macam Hani." Hao bangun dari duduknya. Dia menapak ingin keluar dari bilik tersebut. "Siapa Hani?" suara serak Hye membuatkan Hao terkejut. Dia menoleh kebelakang. Senyuman kosong diberikan. "Orang pertama yang berjaya buatkan aku menangis. Orang pertama yang dah buat aku bercerita siapa aku. Orang pertama yang kenalkan aku dengan erti cinta dan bahagia dan orang terakhir yang tinggalkan aku. Tinggalkan aku sebab tak boleh terima siapa aku. Kau dah tahu siapa aku. Tak nak pergi sama macam diorang?" Hye agak terkelu. "Buat apa aku nak pergi? Kau pun manusia sama macam aku. Kisah hidup, masa silam tak penting bagi aku. Aku sendiri ada kisah hitam. Yang penting, kau jadi diri kau dan yang berdiri depan aku adalah diri sebenar kau. Bukan ciptaan manusia yang nakkan kesempurnaan. Faham?" Hao ketawa kecil. "Nae! Aku sambung kerja dulu.." Hao terus berjalan tanpa memandang belakang. Tangannya di lambai.

"Aku tak kisah kau siapa. Semua orang ada kenangan pahit. Hao, apa jadi kalau aku masih cintakan dia? Apa aku nak buat? Aku tak nak kecewa dua kali. Aku tak nak nampak bodoh mengharapkan cinta yang cuma satu penipuan. Apa aku nak buat?" Hye kembali menyambung tidurnya. Hao duduk di kaunter. Sepi dan sunyi. Dia melihat sekeliling. Lampu yang suram dan malam yang sangat senyap. Seorang lelaki dan perempuan masuk ke dalam kedai. Mereka nampak mesra sekali. Pasangan mungkin. Hao tidak perasaan akan kehadiran mereka akibat menungnya yang sudah sampai ke London. "Encik? Encik?" Tangan lelaki tersebut dilayangkan ke hadapan mukanya. "Ya?" Hao baru tersedar. "Kami nak bayar." Hao mengangguk dan mula mengimbas dan mengira semua barang yang diletakkan di atas meja. " Oppa, kenapa baju kotor ni? Aigoo, macam budak kecil je." Hao terhenti seketika. Suara wanita itu diamati. Suara yang sangat dia rindui. Suara yang boleh menukarkan kewarasannya kepada gila. Hao menunduk dan menyambung kerjanya. "Yah, Hani-sshi, ani ani, yeobu-ah, kan tadi oppa dah cakap. Baju ni kotor sebab jatuh. Lupa eoh?" Hani mengetuk dahinya. "Haah! Lupa pulak. Hehe. Mian. Ah! Berapa semua ni?" "10 won". Hani menghulurkan wang. Hao menatap muka bekas kekasihnya. Senyuman diukir. Hani kaku. Langsung dia tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Hao lagi. Mereka berdua berlagak seperti tidak mengenali satu sama lain. "Ni duit baki." Selepas itu, mereka berdua beredar.

"Hani-ah, kau makin cantik. Tapi sayang, kau bukan lagi milik aku. Hidup dengan baik eoh?" Hao hanya boleh berkata sendiri. "Tadi tu ke Hani?" Hao mengangguk. Hye tidak dapat tidur semula. Jadi dia mengambil keputusan untuk bangun dan dia ternampak semuanya tadi. "Lawa lah dia." Hao tersenyum. "Lawa kan? Lawa, baik, pandai. Aku mana layak dengan dia." Hye mencebik. "Kau pun ok ape? Ada rupa, baik, boleh diharap. Ok la tu." "Hye, lupakan apa yang kau nampak. Lupakan muka dia, lupakan semuanya. Aku tak nak ingat dia. Aku pergi tandas kejap." Hao berjalan dan masuk ke dalam tandas. Terduduk dia disitu. "Bogosippeo." Air panas keluar dari matanya. Menangis? Tak. Dia cuma rindu. Rindu yang amat sangat. Hao membasuh mukanya dan dia menjaga kaunter semula.

  Lama mereka senyap. Hye memulakan perbualan. "Weh, nak main tak? Aku bosan tahap gaban ni." Hao memandang pelik. "Kau nak main apa tengah malam ni?" Hye mula tersenyum lebar. "Jom main Truth or Dare." "Hmm.. Jomlah." Hao dan Hye membetulkan duduknya. Mereka menghadap satu sama lain. "Peraturan dia, kena jujur dan tak ada limit untuk apa yang aku suruh kau buat. Kalau kau pilih dare, aku boleh suruh kau buat apa je. Keol?" "Keol." Hye sudah menyengih. "Kau tak mandi eh pagi tadi? Aku bau busuk semacam." Hao membuat muka tak percaya. Apa punya soalan minah ni tanya? "Truth" Malas dia ingin bertekak. Siapa je yang tak mandi pagi? Weh, aku mandi ok! Hye sudah menutup hidungnya. " Padan bau bangkai! Tak mandi rupanya!" Hye ketawa sakan. "Dia ni lah. Aku pulak. Hmm.. Kau nampak hodoh macam kodok yang aku jumpa tepi jalan lepas hujan turun bila kau buat muka. Kadang-kadang aku tak cam kau manusia ke kodok. Truth or dare?" Kali ini Hao pula yang ketawa sakan. "Kuang hajo! Kau kata muka aku macam kodok tepi jalan? Aku mengaku, muka aku macam kodok. Truth." Hye memikirkan soalan KBAT aras tinggi untuk dikenakan pada Hao. "Okay! Pembalasan dendam. Kau nampak gengster tapi sebenarnya kau tengok cerita barbie doll sambil main anak patung bila kau balik rumah. Kau belajar balet sebab barbie doll main balet. Kalau kau bosan, kau akan tengok cite barbie doll sungguh-sungguh sebab kau minat gila barbie doll. Warna pink memang kau minat gila. Kalau boleh kau nak pakai cekak pink, t-shirt pink, siap print gambar barbie doll kat depan. Kau ada full set barbie doll dengan baby alive. Truth or dare?" Hao menganga. "Kau gila apa aku nak main benda tu? DARE!!!" Hye gelak sampaikan rasa nak pecah perutnya sebab gelak melampau. Kau yang nak sangatkan? Nah aku bagi! Kaw kaw punya!

" Aku cabar kau, esok datang kerja pakai full set baju, seluar, kasut, dengan cekak pink. Pakai lipstick skali. Lupa pulak, kalau boleh handbag sekali. Baru ada gaya barbie dia. Kalau tak ada, aku boleh pinjamkan. Ada beran?" Hao bagaikan ingin menelan Hye hidup-hidup! Kurang asam betul minah ni. Kau tunggu kejap lagi. Aku balas balik. " Ok, aku buat. Aku kan?..." Hye mengangguk. Sisa tawanya masih berbaki. "Kau cintakan aku?" Terus tawa Hye berhenti. "Dare." Hao tahu Hye akan menjawab dare. "Lusa, cutikan? Keluar date dengan aku untuk sehari. Aku akan tanya soalan yang sama hari tu. Masih dare, atau truth. Kau sahut?" Hye berfikir sejenak. Permainan yang lawak bertukar kepada permainan mencari kebenaran. "Aku sahut." Hao tersenyum riang. "Inilah satu-satunya peluang yang aku ada. Gila. Tak sampai seminggu aku jumpa dia, tapi hati aku kuat katakan yang aku sayang dan cintakan dia. Aku sayangkan kau. Dan aku akan tuntut jawapan kau nanti. Aku harapkan jawapan tu, 'Aku cintakan kau'."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro