Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3 : Cerita dia

"Asal kau pandang aku macam tu? Semacam je? Apahal kau?" Hye yang sedang menyusun stok keropok yang baru tiba bertanya.

"Ha? Tak.. Tak ada apa" Hao agak terkejut. Banyak yang terlintas di fikirannya. Selepas perbualannya bersama Hye tadi dia agak tersentak.

Hye merupakan anak tunggal bagi keluarga park. Ayah dan ibunya memang langsung tidak menyukainya. Entah apa yang mereka tidak sukakan pun dia tak tahu. Semasa berumur 2 tahun, ibu bapanya menghantar dia ke rumah neneknya.

Menurut cerita neneknya, dia di hantar kerana ibu bapanya hendak menetap jauh dari Korea. Mereka tidak mampu menanggung beban bagi seorang kanak-kanak kecil berumur 2 tahun lagi. Gambar mereka diselitkan sekali.

Jadi neneknya dengan penuh belas menjaganya sehingga ke hari ini. Kenyataannya, semua itu bohong. Kejamkan?

Siapa kata dia ditinggalkan ketika berumur 2 tahun? Itu cuma rekaan. Dia dibuang sejak bayi lagi. Selepas lahir, di diletakkan di hadapan pintu rumah neneknya. Loceng ditekan dan.. Seorang bayi muncul!

Gambar yang diselitkan hanyalah gambar seorang wanita entah dari mana dan seorang lelaki yang juga tidak dapat dikenal pasti. Neneknya menjaga kerana terpaksa. Terpaksa bagaimana? Terpaksa apabila suami nenek yang memaksa. Kalau tak? Ke tong sampah , ke kita lah jawabnya.

Hye membesar dengan penuh sadis dan tragis. Kenyataan dia hanya cucu yang lahir depan pintu. Haha. Siapa saja yang gembira? Datuk yang sangat sayangkan dia pergi, dan nenek yang menjaganya kini amat benci lagi terseksa hanya dengan melihat mukanya dan kewujudannya. Ayat biasa, "menyusahkan", "menyakitkan hati", "kau patut mati" dan ayat yang paling suka diucap tetapi paling berbekas, "Kau lahir depan pintu. Jangan nak tunjuk lagak depan aku. Sedar diri."

Sebenci mana nenek dia pada dia, itulah hidup dia, itulah dia dan itulah takdir hidup dia. Ada sesiapa yang mampu ubah? Ada sesiapa yang boleh tukar ganti? Tak, takkan sesekali. Walau bagaimanapun dia nak sangat untuk mengubah takdir hidup dia, putarkan masa dan ubah segalanya, itu semua hanya mimpi.

" Sementara orang lain hidup dalam realiti, aku dilahirkan dalam realiti tetapi aku tak pernah berani untuk meninggalkan mimpi. Dunia mimpi adalah dunia aku. Realiti tak bermakna apa-apa. Cuma coretan hidup bagi aku, Park Shin Hye. Tak lebih dari tu." Itulah yang Hye selalu ucapkan. Gambar yang disimpan di dalam laci itu menjadj peneman. Walaupun gambat tersebut hanya bohong dan tipu, Hye tetap mempercayai itu mama dan papanya. Fantasi yang jauh dari jangkaan.

Pandangan dari orang luar bagi Hye semuanya indah belaka. "Hye budak baik." "Hye untung untuk memiliki nenek." "Hye cucu yang baik." Pandangan tu? Pandangan orang luar terhadap Hye tu di dunia mimpi. Tahu kehidupan realiti bagaimana?

"Cucu tak guna!" "Menyusahkan nenek kau je! Hidup menyusahkan! Cucu apa kau ni?" "Cucu nenek park? Hahaha. Kalau kau nak tau, dia tu teruk budaknya. Adab, bahasa, hancur entah ke mana! Tak reti nak jadi manusia ke apa? Perangai dah macam binatang." Cemuhan? Perkara biasa.

Kenapa dia tidak berpakaian sopan dan berambut panjang seperti orang lain? Sebabnya cuma satu, dia ingin menutup parut di bahagian kepalanya. Dia kasar? Sebab dia benci orang lain berkata buruk mengenainya. Tahu apa mereka? Tahu mengutuk! Tahu menghina! Mencaci!

"Kenyataan kejam adalah sebahagian dari hidup aku. Aku tak boleh lari. Aku tak boleh sembunyi. Mereka bagaikan zombi yang kebulur untuk meranapkan setiap urat saraf aku." Dia tidak pernah mengelak. Dia terima dan terima kesemuanya.

Hye bercerita hanya setakat itu kemudian dia menyambung kerjanya. Ada satu cerita yang paling kejam, tetapi dia tidak pernah buka kepada sesiapa. Hanya dia sahaja yang tahu cerita itu.

Dia pernah ke sebuah gudang lama. Disitulah segalanya bermula. Titik permulaan bagi kelahiran Park Shin hye. Dia melihat gudang tersebut dengan penuh jijik dan benci. Satu per satu air matanya menitis. "Sini ke tempat aku lahir?"

Dia berjalan dengan penuh sedih dan kecewa. "Good work!! Woii semua!! Sinilah tempat aku lahir!! Sinilah manusia binatang macam aku lahir!! Tengoklah aku!! Tengoklah betapa jijiknya aku!"

Dia memandang tempat itu di dengan penuh rasa marah dan sakit. Dia menuju ke arah sebuah bilik kecil yang kini menjadi stor. Dia terduduk di lantai. Dia menangis dan meraung sepuas hati. Dalam dia menangis dia ketawa.

"Apa keji sangat aku ni? Betina tu dapat aku masa dia tengah puaskan nafsu dalam tu? Dah la dengan berpuluh jantan dalam tu. Hahahaha. Dasyatlah aku! Bapak aku mana satu pun aku tak tau." Dia tersenyum sambil air matanya menitis laju.

"Layaklah aku kena panggil binatang. Betina tu pun perangai macam tu, memang binatanglah yang lahir kalau macam tu. And congratz Hye! You're the luckiest one!" Sempat lagi dia mengetawakan dirinya. Dengan penuh jijik dia masuk ke dalam bilik itu.

"Jadi sinilah kau bersuka ria ya? Bagus-bagus. Tempat macam tong sampah ni ya? Aku suka cara kau. Pandai gila bhai kau pilih tempat. Dah macam loji kumbahan pun ada. Best betullah perjalanan hidup aku ni. Lahir dekat gudang, jadi baby dalam bilik aka loji kumbahan. Respect diri sendiri beb!" Dia keluar dari bilik itu dengan tangisan yang berbaki.

Dia keluar dari gudang itu dengan jiwa yang cukup terseksa. "Aku takkan datang lagi. Aku takkan jejakkan kaki aku lagi. Thanks Ma sebab bagi alamat ni. Aku terharu dapat tengok tempat lahir aku. Terharu gila sampai rasa nak bunuh je diri aku. Terharu gila sampai rasa aku ni manusia paling jijik. Terima kasih ehh?" Dia beredar ke tempat mandi orang ramai dan bermalam untuk beberapa hari disitu.

Sebelum terciptanya kisah dia di gudang itu, dia sebenarnya berjumpa dengan ibu kandungnya. Mengetahui dia anak dari berpuluh lelaki, lahir di gudang lama, dan sebab dibuang sangat membunuhnya hidup-hidup.

"Mama.." Itulah kata-kata yang terucap sebaik sahaja pintu rumah Puan Jang diketuk. "Kau jumpa jugak aku? Kau mesti anak akukan? Heh.. Masuklah. Aku nak cerita dekat kau perkara sebenar."

Hye mencari mamanya sudah bertahun dan akhirnya dia jumpa. Teruja? Ya. Sangat teruja kerana dia dapat berjumpa dengan ibu kandungnya. Hye duduk di kerusi begitu juga dengan mamanya.

"Aku cerita senanglah. Kau tak payah gembira jumpa aku sebab kenyataan yang kau akan tahu akan hancurkan hidup kau. Jadi siap sedia. Lepas aku habis cakap, habis cerita, dengan rela hati tolong keluar dari rumah aku. Boleh?" Shin hye mengangguk kepalanya. Mungkin berjumpanya dia dengan mama kandungnya akan merubah hidupnya. Siapa tahu?

"Ok. Kau ni anak luar nikah. Aku dah buat benda tu dengan berpuluh lelaki dan mungkin mencapai ratus? So, aku tak tau kau anak lelaki yang mana satu. Kau lahir dalam gudang lama dekat Paju dan kau mula hidup pun dalam gudang dekat Paju. Sebenarnya aku dah cuba gugurkan kau banyak kali. 50 kali ada? tapi tah kenapa degil sangat nak mati, kau hidup. Lepas aku lahirkan kau, aku ingat nak buang dalam tong sampah tapi tong sampah tu busuk sangat. Aku tak suka bau busuk, aku pergi la rumah tah siapa aku tak ingat aku letak kau depan rumah dia. Tali pusat kau pun tak potong lagi masa tu." Dia berfikir sejenak

" Apa lagi eh? Ha! Jap aku tulis alamat gudang tu. Ada masa kau pergi la sana, melawat tempat lahir kau. Hahaha. Tempat tu macam loji pun ada, so jangan la sedih atau kecewa sangat. Aku pun tak berniat nak bagi kau hidup. Anak-anak aku sebelum kau semua mati. Tah kenapa kau liat sangat nak mati tak tau kenapa. Then, pergi tempat ni. Nanti kau boleh la tilik sikit diri kau, jijik ke, binatang ke ape ke eh? Aku dah habis cerita. Harap kau boleh blah.. And one more, jangan datang rumah aku lagi atau mengaku aku mak kau. " Pintu dihempas kuat.

"Haha, dengan senang hatinya dia boleh kata dia bunuh aku tapi liat sangat nak mati. Hahahaha. Kau patutnya dah mati dari dulu Hye. Kau tak patut hidup. Takdir kau sepatutnya tetapkan kau untuk mati, bukan untuk hidup." Kini dia menyesal.

"Aku tak patut cari betina tu. Aku tak patut taruh harapan dekat betina tu! Aku tak patut buat macam tu! Bodoh!" Hye memarahi dirinya sendiri.

Hao yang masih tidak tahu tentang kisah hitam yang paling pahit bagi Hye hanya memandang Hye dengab penuh kasihan.

"Aku harap dia akan jalani hidup yang lebih baik. Aku tau dia gadis yang kuat. Kalau tak, dah lama dia mati. Dia sama kuat macam aku.".Hao menyambung mengelamun.

"Woi! Kau pandang apa?? Dah, kau balik! Aku kerja sampai pukul 4-5 pagi. Kau nak stay ke? Sekarang dah pukul 1 pagi." Hye duduk berehat di kaunter.

Hao memilih untuk meneman Hye. Dia ingin temankan Hye. Dia lalui hidup yang teruk dan dia memahami Hye.

"Semua orang ada kisah teruk tersendiri. Tapi entah kenapa, dalam banyak-banyak kisah diorang, tak pernah ada sekejam aku. Tak pernah ada sekeji aku. Keji manapun cerita tu, keji lagi hidup aku." Dia hanya tergelak.

"Kalau aku cerita kisah aku, jangan menangis sebab terkejut macam mana aku boleh hidup lepas semua tu." Hao hanya boleh tersenyum tawar. Hidup yang memenatkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro