Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14: Terakhir

Hari baru memunculkan diri. Hye bangun terlebih dahulu sebelum Hao. Hye bangun untuk membersihkan diri. Hye masuk ke dalam bilik air. Hao melirikkan matanya. Sejurus Hye masuk ke dalam bilik air, Hao mengikut langkah Hye. Selepas beberapa minit, Hye keluar. "EOMMA!!!!" Hao berdiri betul-betul di hadapan pintu dengan sekuntum rose putih dalam gigitannya. Keningnya di angkat-angkat. Hye menendang kaki Hao. Hao ketawa. Hye hanya boleh menggelengkan kepalanya.

Mereka berkemas untuk pulang. Barang yang dibawa bukannya banyak pun. Mereka keluar daripada bilik dengan berpegangan tangan bersama dengan beg pakaian mereka. Hao ingin buat yang terbaik untuk hari ini memandangkan hari ini hari terakhir mereka di Gwanggali Beach. Selesai menghantar kunci, mereka berehat sebentar untuk melihat pantai.

Hao mengambil telefon bimbit Hye dan mencari, mendownload serta menyimpan lagu. Lagu paling bermakna untuk dia. Hye agak pelik dengan tindakan Hao tetapi dibiarkan sahaja. Mereka berdua merenung laut. Tenang. "Apa maksud laut bagi Hye?" Hao bertanya. "Hm... Laut? Laut ni menenangkan. Hao??" Hao tersenyum lantas memegang tangan Hye. "Pandang laut. Apa yang Hye nampak?" Hye membuat seperti yang di arahkan. "Ada ombak, laut, pasir,  pantai.. Tu je lah"

Hao tersenyum. "Kalau Hye nak tau, laut ni macam kita. Di luar, menenangkan, terkadang ganas. Di dalam, jauh di dasar laut, sungguh berlainan dengan rupa luaran. Tapi, jauh di dasar laut, akan ada sesuatu yang berharga. Macam kita. Seteruk mana pun hidup kita, jauh di dasar hati kita, tetap ada kisah dan memori yang paling berharga. Betul tak??" Hao mencuit hidung Hye.

Hye tersenyum. Tepat dan benar. Masakan Hao boleh meneka dengan begitu tepat? Haha. Bukan meneka, lebih kepada bercerita. Mereka berdua sama-dama memiliki kisah hitam. Cukup untuk mereka berdua faham apa maksud gembira dan apa maksud duka. Mereka melihat laut di Gwanggali Beach buat kali terakhir.

"Jomlah, kita pergi Gukje Market sebelum balik. Boleh beli barang buat kenangan." Hye mengajak. Hao kurang tahu tentang apa yang ada di Busan. Jadi, dia menyerahkannya pada Hye. Mereka menaiki teksi untuk menuju ke sana.

"Ni ke Gukje Market??" Hao agak ternganga. Persekitaran yang lebih kurang sama dengan pasar tradisional Korea. "Eum!! Kaja!!!!!" Hye mengheret Hao. Hao cuma ketawa. Dah kalau perempuan masuk pasar, perempuan tetap perempuan. Banyak barang yang menarik perhatian mereka. Mata Hao tertancap pada gelang pasangan bertali bercampur batu campuran warna putih dan hitam.

Hye sudah bersinar-sinar matanya melihat barangan yang dijual. Hye sudah kehadapan. "Ahjumma-nim, eolmaeyo??" Ahjumma tersebut melihat gelang tangan yang ditunjuk Hao. "Ahh.. Igeo?? 5 won." Hao mencari beg dompetnya dan menghulurkan wang. "Aigoo.. Untuk yeoja chingu eoh?? Padan sangat!!" Ahjumma mula berceloteh. "Eoh! Neomu yeppuda.. Yeochin saya yang tu.." Tangan Hao memanjang menunjuk ke arah Hye.

"Padan betullah kamu berdua!!! Rambut dia pendek tapi tetap cantik! Pandai kamu pilih.. Nanti bagi dekat dia, buat romantik-romantik sikit eoh? Hehe.. Hwaiting!!" Hao ketawa. Dia mengangguk selaju mungkin. Di pasar ini peramah sungguh orangnya. Hye yang berada di hadapan tercari-cari dimana Hao. "Yah, Hao-ah!!!!!!! Palliwa!!!!!!" Hao berlari anak menuju ke arah Hye.

Mereka makan beberapa makanan yang sangat enak dan akhirnya mereka selesai membeli-belah. Mereka menuju ke stesen bas. Tiket ditempah. Percutian mereka sudah berakhir. Perlu pulang ke Pohang semula. Bas sudah tiba, mereka duduk di bahagian yang agak belakang memandangkan bas agak kosong.

Bas mula bertolak. " Hye-ah, Hao akan rindukan masa kita dekat sini. Best!! Jjang!!" Hye ketawa. Ya, memang seronok sekali. Hye akan rindukan semua ini. Ini mungkin kali terakhir dia dapat merasakan semua ini bersama dengan Hao. Ahh... Hao, tak boleh ke kalau kau terus hidup??

"Hye-ah, nak handset. Hehe." Hye menghulurkan telefon bimbitnya. Sudah kali kedua Hao meminta telefon bimbitnya. Hao mengambil ear phone dari dalam begnya. Hao menyambungkan ear phonenya dengan telefon bimbit Hye. Hye hanya memerhati. Apa dia nak buat ni??

"Jja~~" Hao menyumbat salah satu ear phone ke dalam telinga Hye dan satu lagi ke dalam telinganya. Musik mula di mainkan. Lagu Shinee di mainkan. Honesty.

//kalau nak tau maksud dan nak dengar lagu ni, ada dekat atas ;)) korang akan tau kenapa Hao bagi lagu ni dekat Hye :3//

Air mata Hye mengalir perlahan. "Inilah yang Hao buat tadi??" Hao ketawa. Dah tu? Apa lagi? Ni lah kerja dia tadi. "Hehe. Yup! Gumapta. Untuk segala-galanya. Kalau ditakdirkan Hao mati hari ni, Hao akan mati sambil tersenyum. Jinjja!!" Hye ketawa. "Aniya.. Hye yang patut berterima kasih dekat Hao sebab sudi hadir dalam hidup Hye. Jinjja, gumapta. Saranghae!!!" Hye memeluk Hao. Hao ketawa.

Sesungguhnya, lagu yang Hao mainkan tadi sangat bermakna dan mendalam. Hye berkata di dalam hati, sekarang, aku dah ada pelindung, gumapta! Hao ketawa terkekek-kekek. Hye mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. "Jjann!!!" Topi pasangan muncul. Topi dengan nama mereka. Hao terkejut. Sejak bila dia beli ni??

"Yeppo??" Hye bersemangat. "Yeppo!!!!!" Hao gembira. Tak sangka dia akan mendapat hadiah! "Tadi masa beli Hye suruh ahjumma tu letak nama kita. "HYE♥HAO". Hehe, jinjja yeppujeo??" Hao sangat gembira taktala ini.

Selepas mereka habis bergelak tawa, Hao mengeluarkan gelang tersebut dari dalam begnya. Gelang tersebut dipakaikan pada tangan Hye. Hye amat terkejut. "Hehe, seonmul. From me." Hye membelek gelang tersebut. Cantik! Walaupun hanya hitam dan putih. "Hehe, cheogi~~" Hao menunjukkan pergelangan tangannya yang juga ada gelang tersebut. "Couple bracelts?? Jinjja gumapta!!!" Hye memeluk Hao sekali lagi.

Hao tersenyum. Hye melepaskan pelukan. "Nak tau kenapa Hao bagi gelang ni?? Putih melambangkan kesucian, kedamaian, kepolosan. Hitam melambangkan kekal yang abadi. Hitam juga bermaksud kematian tapi boleh juga bermaksud permulaan sesuatu yang baharu. Hubungan kita tak lain dan tak ubah macam warna hitam dan putih. Mungkin warna hitam dan putih warna yang bosan, tapi warna itu sangat sesuai dengan kita. Arrachi??" Hye tersenyum.

"Arrajeo. Gumapta." Hao merenung muka Hye. "Yakseok?" Hye memandang Hao pelik. "Janji apa?" Hao merenung iris mata Hye. "Janji yang Hye akan ada dengan Hao. Sampai akhir nafas kita berdua. Janji yang Hye jangan cederakan diri Hye demi Hao. Janji yang Hye akan selalu dekat dengan Hao. Janji yang Hye takkan menangis lagi sebab Hao. Janji yang selagi Hao hidup Hye akan buat Hao gembira. Janji yang Hye takkan putuskan gelang yang Hao bagi. Janji yang semuanya akan okey dan janji, kalau Hao pergi dulu, jangan menangis eoh? Arrachi?? Yakseok?"

"Yakseok!" Mereka sudah berjanji dan hanya tinggal untuk mengstemp janji mereka. "Yah! bukan stemp dekat dengan jari la! .. Stemp dekat sini.." Hao mengucup bibir Hye. Lama. Ciuman berakhir dengan senyuman. "Aigoo!!!! Byuntae!!!!" Hye mencubit lengan Hao. Hao ketawa mengekek-ngekek. Hao meneliti setiap inchi muka Hye. Hao mencium ubun-ubun Hye. "Ini sebab sentiasa percayakan Hao." Hao mencium pipi Hye. "Ini untuk semua jasa Hye." Hao mengucup bibir Hye sekali lagi dan manik jernih jatuh di pipinya. "Ini untuk semua kasih sayang Hye yang tak pernah berkurang untuk Hao. Gumapta."

Hye tersenyum manis. Matanya mula berair. Hao memegang kedua pipi Hye. "Hao sayang sangat dekat Hye. Jinjja saranghae." Kepala mereka bertembung dan hidung mereka berlaga. Hao merenung anak mata yang satu hari dia akan tinggalkan. Hao tersenyum. Begitu juga dengan Hye.

Akhirnya, Hao kembali duduk seperti biasa. Kepala Hye diletakkan di bahunya. Hye sudah tertidur. Hanya tinggal Hao. Air mata Hao menitis. Sakit. Sakit sangat. Badannya mula terasa kesakitan kesan daripada kansernya. Mungkin ubat tahan sakit sudah tidak memberi kesan lagi. Hao memejam anak matanya. Air matanya menitik jatuh. Tangan Hye digenggam. Benar, hari ini mungkin hari terakhirnya. Hao mula tidur. Dan tidurnya tiada bangun. Tidur untuk selamanya.

"Kita sudah sampai di stesen Pohang." Pengumuman berkumadang di dalam bas. Penumpang yang lain semua sudah turun. Hanya tinggal Hye dan Hao. Pemandu tersebut agak pelik kerana hanya mereka berdua yang belum beredar. Pemandu tersebut pergi ke arah mereka untuk mengejutkan mereka. Mungkin tidur mati agaknya.

"Encik, cik, dah sampai dekat Pohang ni.." Pemandu tersebut bersuara. Tiada balasan. "Cik ...." Pemandu tersebut mencuit bahu Hye dan badan Hye jatuh ke riba Hao. Kepala Hao terlentok sementara tangan mereka berdua masih kejap dalam genggaman. Pemandu tersebut memeriksa nafas mereka berdua. Senyap. Tiada hembusan nafas. Muka mereka berdua sudah bertukar membiru. Nyatanya mereka berdua telah pergi meninggalkan dunia.

Berita kematian Hye dan Hao sudah sampai ke telinga Jin, Hani dan satu-satunya keluarga Hye, nenek Hye. Mayat mereka dikebumikan bersebelahan. Semua yang datang lengkap berpakaian hitam. Turut sama terasa pilu akan kepergian mereka. Hari pengebumian berjalan dengan lancar. Gelang mereka berdua di letakkan di hadapan bekas abu masing-masing.

Sepucuk surat ditemui di dalam beg Hye.

"Kepada: Semua yang kenal Hye.

Gumapta. Sebab hadir dalam hidup Hye. Hye tau Hye banyak menyusahkan. Hye dah banyak susahkan halmeonim. Sebab jadi cucu paling tak guna. Mianhae,halmeoni. Jin, aku mintak maaf sebab buat kau macam tu. Aku mintak maaf selama aku kenal kau, aku tau aku dah banyak buat kau sakit. Jinja mianhae. Hani, terima kasih sebab tolong aku dengan Hao dekat lorong tu. Kalau kau tak ada, aku tak tau nak cakap atau nak buat apa.

The truth is, I have liver cancer too. Haha. Looks like a fate huh?? Loving someone who have the same disease as mine. Its a secret!! Hao tak tau pasal ni. Andai kata aku mati satu hari nanti, maafkan aku eoh?? :')) Aku tau selama ni aku banyak menyusahkan. Salja! Live your life! You worth to live a life. And have better life :))

Sincere : Park Shin Hye "

Jin yang membaca surat itu hanya tersenyum tawar. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Hye. Dari dulu lagi! Hani turut membaca surat tersebut. Dia hanya dapat tersenyum. Nenek Hye menangis buat kali pertama buat Hye. Dia tahu selama ini dia sangat membenci Hye. Dia rasa sangat bersalah kerana telah membuat Hye sebegitu.

"Hye-ah, mianhae.." Serentak mereka bertiga berkata begitu. Malam sudah larut. Mereka sudah nyenyak dibuai mimpi.

------

"NEO!!!!!!!!!" Hao mengejar Hye.

Mereka berlari berkeliaran taman yang sangat cantik. Akhirnya Hao dapat menangkap Hye. Mereka ketawa bersama. Hao dan Hye kedua-duanya memakai pakaian lengkap berwarna putih.

Mereka berdua bangun dan duduk di atas bangku kayu. "Takpe ke kita tinggalkan diorang macam tu je??" Hao bertanya naif. "Kepergian kita kehendak Tuhan. Bukan kita yang mintak. Takpe, satu hari nanti mereka tetap akan merelakan kepergian kita. Hidup kita dekat sana dah berakahir. Kita mulakan kisah baru dekat sini eoh????"
Mereka berdua merenung gelang yang masih ditangan mereka berdua. Gelang hitam dan putih. "Saranghae... Yeongwonhi.." Hao mengucapkan kata sayang. "Nado saranghae, my lucky star, my hope, my last love.. Yeongwonhi.." Mereka berdua tersenyum sambil memandang sesama sendiri.

Warna hitam terbukti sebagai tanda kematian. Tapi hitam juga merupakan permulaan baru. Permulaan sebuah cerita baru yang hanya akan ada gembira. Babak kesedihan sudah tamat dibukukan. Kini, babak cinta, gembira dan bahagia mengambil alih.

Lucky ialah bertuah. Bertuah kerana bertemu sesama sendiri. Star bermaksud bintang. Bintang yang menjadi harapan untuk terus hidup. Sama ada di alam manusia atau di alam lain. Biarlah mereka menjadi Lucky Star bagi sesama sendiri. Dunia mungkin kejam tapi akan ada satu babak dalam kehidupan yang bernama bahagia. Jangan putus asa, saat itu pasti akan datang. Saat segalanya akan bertukar bahagia.

Sekian.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro