Bab 13 : Rose Putih
Sudah 2 hari Hao terlantar di hospital dan hari ini dia dibenarkan pulang. Hao sendiri yang mengambil risiko untuk pulang. Dia tidak mahu menghabiskan hayatnya hanya di dalam hospital yang penuh dengan suram. Sekurang-kurangnya, biarlah mereka mencipta kenangan sebelum ajal menjemput. Hye menempah tiket bas menuju ke Busan. Untuk apa ke Busan? Hanya Hye yang tahu sebabnya.
"Hao, jomlah." Hye sudah memanggil. "Eoh.. Kaja!" Hao mengikut langkah Hye. Hao berjalan agak lambat memandangkan ada di antara bahagian badannya yang masih belum pulih sepenuhnya. Hye sudah tahu ini yang akan jadi. Hye memimpin tangan Hao. Mereka berjalan perlahan. Hye tersenyum ke arah Hao. Sungguh, wujudkan pasangan seperti mereka? Percaya menjadi tunggak. Tiada erti ego. Hanya kasih dan sayang.
Mereka menuju ke perhentian bas. Bas di naiki sehingga tiba di Busan. Perjalanan yang panjang untuk ditempuh dari Seoul ke Busan. Hari-hari terakhir Hao akan berakhir Busan. Percayakan dia. Mereka mengambil teksi dan menuju ke sebuah tempat. Teka mereka hendak ke mana?
Welcome to Gwanggali Beach in Busan!!
Hye terjerit ceria. Laut yang luas terbentang kini berada tidak jauh dari mereka. Hye mempimpin Hao sehingga ke gigi air. Mereka berdua duduk di atas pasir. "Jeotda!!! Jeohaa!!!!" Hye menjerit kuat. Nasib baiklah tiada sesiapa di sana memandangkan belum lagi musim cuti persekolahan.
"Park Shin Hye paboya!!!!!!! Hahahaha.. Jeoha!!!!!" Hao menjerit kuat. Hye menjeling tajam. Aii? Nak mati cepat ke bang? "Neo ddo paboya Xu Minghao!!!!!" Hye menjerit membalas pekikan Hao. Hao ketawa berdekah. Sekali- sekali kutuk sesama sendiri, tak salahkan? Hehe.. Wat lek wat piss..
Hao menarik Hye supaya dekat dengannya. Bahu Hye di peluk kejap. "Park Shin Hye, Aku Sayang Kau!!!!!" Hao memandang ke arah Hye. Senyuman yang tulus dihadiahkan. Ya, senyuman penghargaan. "Xu Minghao , I hate you!!!! Hahahhahahahaha XD" Hye menjerit dan menayang gigi ke arah Hao. Budak ni kan, makin lama makin melampau -_-
Hao menggeletek Hye. "Hajima!" Hao tidak mengendahkan Hye. "Yaaa.. Hajima!!" Hye ketawa kegelian. Akhirnya Hye terbaring di pasir dan Hao berada di atasnya. Hye meneguk liur. Lain macam posing dia! Hao tersenyum nakal. Matanya memandang tepat ke arah bibir Hye. Hye meneguk liur. Dia sudah terbiasa dengan Hao yang gedik dan manja. Hao yang romantik? Belum pernah dia jumpa.
Hao merenung anak mata Hye. Dalam. Terlampau banyak perkara yang bermain di fikiran mereka berdua. Tempoh masa yang lama bagi mereka. Andai takdir menentukan hari ini merupakan hari terakhir mereka, biarlah ia berakhir dengan indah. Mereka merenung anak mata antara satu sama lain. Hao mendekatkan bibirnya dengan Hye. Hanya seinchi. Hye memejam matanya rapat dan dia meneguk liur. Dengan posisi yang sebegitu, hampir terkeluar jantungnya dari dalam badan.
TTAKK!
Hao menjentik dahi Hye. "Yah!!!!!!!! Neo!!!!!!" Apa lagi? Larilah!! Hye yang comel. Mereka berlari di pantai. Disebabkan fizikal Hao yang masih belum sembuh, Hye dapat mengejar Hao dengan pantas. Hye memeluk Hao dari belakang. Mereka ketawa girang. Pada mulanya dia ketawa. Entah mengapa, ketawanya bertukar kepada tangisan.
Mengenangkan Hao akan meninggalkan dirinya, dia menjadi sebak. "Hye ah.." Hao memalingkan badan Hye untuk menghadapnya. Tangisan yang sukar untuk ditafsir. Hanya tuan badan yang mengetahui maksud sebenar tangisan itu. Hao memegang pipi Hye dan lapkan air matanya. Dalam keadaan sebegitu, dia faham benar mengapa Hye menangis. Tersangat faham.
"Pandang Hao.." Mata Hao tidak lekang daripada memandang seraut wajah yang sedang menangis itu. Hye mendongakkan kepalanya. Mata bertentang mata. Sepasang iris mata yang sangat indah. Iris mata yang sedang menangis kerana dirinya. Hao menarik Hye masuk ke dalam pelukkannya. Hye dipeluk kejap. Mereka berdua berada di dalam keadaan begitu agak lama.
Tak faham bagaimana perasaan Hao dan Hye? Contoh lain, bila kau punya seorang sahabat baik yang sedang menangis disebabkan kau. Menangis kerana risau dan takut kau akan pergi dan akan terpisah selamanya. Walaupun kau hanya ingin berpindah sekolah. Perasaan takut wujud bila kau pindah dan semuanya berakhir. Kau hanya boleh merenung sepasang mata yang sedang menangis kerana kau. Kau hanya boleh senyum walhal di dalam hanya kau yang tahu bertapa kuatnya emosi kau bergoncang. Kau sendiri benci untuk pindah. Takdir menyebabkan kau terpisah. Dan malang, ketakutan kau menjadi nyata. Perjumpaan terakhir merupakan perpisahan untuk selamanya. Faham?
"Hye ah.. Uljima.. Nan yeogisseo. Wae urreo?" Hao mengangkat muka Hye. "Janji dengan Hye satu perkara. Boleh?" Hye memandang seraut wajah yang amat di sayang. "Apa dia?" Hao tersenyum. Berjanjilah apa saja meskipun dia tau dia tidak mampu untuk menunaikan. Kadang-kadang, kita kena menipu demi orang tersayang. "Janji dengan Hye, Hao kena bertahan. Sampailah masa Hao tiba. Yakseok? Hye takkan maafkan Hao kalau Hao mungkir janji kali ni." Hao memandang Hye. Dahi Hye dicium lama. Entah bagaimana lagi dia hendak menunjukkan rasa kasihnya. "Hao janji. Dan kali ni Hao akan tunaikan. Yakseok!" Hye tersenyum.
Mereka bersilang jari menunjukkan janji telah di bina. Janji yang tak akan dimungkir. "Dah senja ni ,jomlah balik... Kejap, kita tinggal dekat mana?" Hao bertanya hairan. Hye memanjangkan muncungnya ke arah hotel yang berada tidak jauh dari mereka. Mata Hao membuntang. Hotel mahal tu!! "Cuma satu bilik, dan satu malam. Tak nak ikut sudah!" Hye melepaskan diri dari pelukan Hao dan menjelir lidah ke arah Hao. Ketawa mereka pecah. Sempat lagi main-main!
Mereka tiba di bilik yang ditempah. Memandangkan mereka hanya akan berada di sini sehingga petang esok, Hye memutuskan untuk menyewa satu saja bilik. Pandai-pandailah nak hidup. Mereka masuk ke bilik hotel tersebut. Perkara pertama yang Hao buat selepas menyimpan barang, baling bantal. Tepat menuju ke sasaran. Muka Hye menjadi mangsa. "Neo...." Hye berubah masam. Dengan muka yang marah Hye menuju ke arah Hao. Hao panik. Kalau Hye dah marah, tak aman weh! "Hye-ah, mi..mianhae.." Hao seram sejuk. Hye membaling bantal ke arah Hao. Hehe, acah je!
Mereka berlari di sekitar ruangan untuk menonton televisyen. Bilik yang disewa amat besar. Lengkap dengan tempat untuk menonton televisyen, tempat menyimpan barang, tempat melepak, katil bersaiz king dan bilik air yang dilengkapi bath tub. Akhirnya Hao dapat juga menangkap Hye. Hao memeluk Hye dari belakang dan akhirnya mereka berdua jatuh bersama di katil. Masing-masing ketawa. Lama tak buat kerja gila, itu jadinya.
Mereka mengambil ruang dan mendepangkan tangan sambil terbaring. Mereka ketawa sambil memandang siling. "Macam tak percayakan? Kita tengah ada dekat Busan sekarang ni. Nak tau tak? Sebenarnya, Hye teringin gila nak datang Gwanggali Beach. Tak tau pulak hajat Hye selama ni tercapai. Siap dapat extra gift lagi. Datang dengan Hao. Haha." Hye tersenyum. Hao mengiring dan memandang Hye. Hye turut mengiring memandang Hao. Hao mencubit pipi Hye yang gebu. "Aigooo.. Yeppo!" Sudahnya mereka berdua ketawa. Hari ini hari ketawa sedunia agaknya. Asyik ketawa je dari tadi.
Hye bangun dari baringnya. Melekit! Tak mandi lagi dari pagi tadi. Masing-masing membersihkan diri. Hye mandi dahulu. Sementara menunggu Hye mandi, Hao merancang sesuatu. Hye keluar dari bilik air. Hao mengambil giliran untuk mandi. Selepas selesai mandi, Hao berada di dalam pakaian jubah mandi. Habislah kau Hye!
Hao mencari Hye. Hye sedang melepak di kerusi malas. Hao tersenyum penuh makna. Hao menapak perlahan ke arah Hye. Tangan Hye ditarik dan badan Hye dilekap pada dinding. Hao tersenyum manis. Dah datang dah! Perangai romantik dah sampai! Hao yang berjubah mandi merenung iris Hye dalam. Perlahan Hao membuka simpulan jubah mandinya. Senyuman tidak lekang. Hye meneguk liur. Gamaknya gila Hao ni!
"Yaaaa! Kau buat apa ni?!!! Jangan bukak jubah mandi tu! Ikat balik!!" Hye marah. Matanya di alihkan ke tempat lain. "Pandang Hao.." Hao menolak muka Hye perlahan untuk memandangnya. Hye meneguk liur. Ni luar jangkaan dah ni! Hao membuka ikatan jubah mandinya. Hye memejam matanya rapat. Hao merapatkan kedudukan. Hao berbisik, "Kenapa tutup mata?" Kemudian tawa Hao pecah. Ok, ni lawak! hahahhahaha XD
Satu tendangan di hadiahkan pada kaki Hao. Kan dapat! Agak-agaklah nak melawak pun. Siot betul! Hao tidak henti-henti ketawa. Hao memakai baju di dalam jubah mandinya. Saja hendak mengenakan Hye dan melihat reaksi mukanya. Hao memegang lengan Hye. Hye berpaling ke belakang. "Apa?" Sejurus itu Hao melutut. Sekuntum rose putih dikeluarkan dari belakang seluarnya. Rose itu dihadiahkan pada Hye.
"Kenapa rose putih?" Hye bertanya pelik. Hao senyum. "Putih melambangkan kesucian. Banyak warna yang perlu dicampur untuk mendapatkan warna putih. Rose putih diibaratkan seperti cinta kita. Cinta suci, tulus dan ikhlas. Memang, rose merah melambangkan cinta yang abadi, tapi, bagi Hao, kisah cinta kita ibarat rose putih. Berapa banyak pun kisah pahit, walau sebanyak mana pun warna yang terpalit, warna-warna itulah yang telah menjadikan warna putih. Warna yang suci. Bukan sekadar bunga, orang yang berada di hadapan Hao pun orang yang suci. Kita ditakdirkan untuk satu sama lain. Mungkin Hao bukan yang terbaik dan Hao tak mampu nak berada di sisi Hye sepanjang Hye masih hidup, tapi Hao janji satu benda, Hye cinta terakhir Hao. Itu janji Hao." Mata Hye berair. Terharu.
"Hye, kalaulah tiba saat satu waktu Hao terpaksa pergi, kalau-kalau Hye rindukan Hao, pandanglah langit dan ingatlah pada rose putih. Walaupun Hao dah tak ada, Hao akan setia tunggu satu saat, Hao akan tunggu Hye. Jangan risau, takkan ada orang lain meskipun bidadari yang mampu gantikan tempat Hye. Hye berada di tahap paling atas dalam hati Hao. Kalau-kalau sedih pada malam hari, carilah bulan dan bintang. Ibaratkanlah mereka kisah gelak tawa kita. Meskipun langit malam takkan sentiasa berbintang, walaupun gelap , ingat bahawa Hao sentiasa berada di atas untuk temani Hye. Kalau-kalau Hye terlalu kecewa, pandanglah pada pantai. Biarlah ombak menjadi irama untuk menenangkan Hye. Anggaplah Hao sedang berbicara dengan Hye. Hidup diibaratkan seperti laut. Terkadang ganas, terkadang menenangkan. Kalau-kalau Hye tersenyum dan berterima kasih dengan segala kisah kita, lihatlah pepohon hijau. Sebagaimana pepohon hijau menenangkan, begitu juga dengan kisah kita. Untuk menjadi sepohon pokok yang besar, banyak yang perlu ditempuh. Dan kalau Hye terasa dihargai, pandanglah rose putih. Tulus, suci dan dihargai." Kata-kata tulus daripada seorang lelaki.
Hye memeluk tubuh Hao. Dia belum bersedia. Semuanya cukup susah. Semuanya cukup payah. Mereka sudah sampai sejauh ni dan pengakhirannya? Hao pergi. Tak adil. "Hao, semua ni tak adil. Jangan tinggalkan Hye?? Tolong.. Cukuplah selama ni Hye tak ada sesiapa, Hye cuma ada Hao. Hye tak tau nak buat apa lagi. Tak boleh ke kalau Hao terus hidup? Tak boleh ke? Hye sayangkan Hao. Hao tempat Hye bergantung. Hao.... Jangan tinggalkan Hye. Jebal... " Hao turut mengalirkan air matanya. Semuanya terlalu perit. Mereka menenangkan diri masing-masing. "Hye, percaya pada takdir. Hao pun tak tau. Berapa lama hayat Hao yang tinggal. Doktor bukan tuhan. Hao janji, selagi ada nyawa dalam badan, Hao cuba untuk terus hidup. Hye, jangan macam ni? Kita dah janjikan? Satu hari, Hye pasti akan jumpa kebahagiaan Hye. Walaupun bukannya Hao." Tangis Hye semakin galak. Selepas mereka berhenti menangis, mereka menuju ke beranda luar.
Bulan dan bintang. Cantik. "Macam hari ni, sesedih mana pun Hye, Hao akan teman Hye. Dari sana." Hao menunjuk ke arah langit. Hye tersenyum. Takdir yang perlu diterima. Dia tak boleh terus begini. Jangan bazirkan masa-masa yang ada dengan tangisan. Hao memegang tangan Hye. "Hye-ah, gumawo." Hye melepaskan genggaman tangan Hao sejurus itu memegang pipi Hao. "Nado gumawo. Saranghae." Hao tersenyum. "Nado, saranghae." Angin malam yang sejuk sedikit pun tidak membuat mereka berganjak. Akhirnya mereka berdua masuk tidur. Harapan moga masih ada esok untuk mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro