11
6:20 a.m.
Rawat and Rehat.
Aku tengok je tiga orang tu main lat tali lat. Kelihatan Luq yang terkena sebab dia sorang je yang menterbalikkan tapak tangan.Izz dan Daniel hi-5 antara satu sama lain.Kegembiraan diaorang nampak pelik di mata aku.
"Khusyuk je kau, Fiya.Tengok diaorang tak berkelip."Fizah menegurku perlahan.
"Aku tak tahu.Aku rasa macam ada something wrong.Like Daniel dan Izz dah merancang untuk kalah."aku memandang Luq yang kini berjalan ke arahku.Tangan di tadahkan di hadapanku.
"Maaf, tak ada duit."jujurku.
"Nak kunci kereta.Aku pandu."aku pandang dia lepas tu pandang kunci kereta ku, silih berganti.Hell no!
"Kenapa bukan Izz?"aku memegang kuat kunci kereta aku.Gila, ini semua gila.Aku tak akan bagi kesayangan aku dekat mamat ni.Bak kata Syaz 'jangan bagi Luq pandu."
"Tiq, ini untuk kau letak kepercayaan dekat Luq.Nampak sangat kan selama ni kau tak percaya dia?"balas Izz di sebelah Luq.Soalan cepu emas ke ni?
"Aku tak percaya dia dalam hal ni je."
"Bagi lah."pujuk Daniel pula.Alamak, aku tak boleh lah bila dia ni masuk line.
"Tak nak bagi Luq."aku gelengkan kepala.
"Tiq, kitaorang dah ikut cara kau.Kau nampak tadi kan aku yang terpilih."terang Luq.
"Tipu."
"Bak sini.Aku pandu."Izz hulurkan tangannya.Aku hanya memberikan kepadanya.
And guess what,
"Nah!"Izz baling kunci baby pepel ku ke arah Luq.
Taguna.
"Jom!"ajak Luq.Aku berdiri kaku di situ.Nak naik ke tak nak? kalau aku naik, aku takut.Kalau aku tak naik, habislah kereta aku.
"Tiba-tiba, aku rasa nak tumpang kereta Qeem."celah Helen.Fizah turut mengangguk.Zul? dia dah lama naik kereta sekali dengan Izz.
"Eh eh.Janganlah."aku menyekat diaorang berdua dari memasuki kereta Daniel.
"Jangan bazirkan masa, Tiq.Budak-budak ni tengah tunggu tu."Daniel dah menyarungkan seat belt nya.Nak tak nak,aku kena terima juga.
Aku menarik pintu seat sebelah kereta aku.
"Cepatlah."
"Ye Luq ye."aku menarik seat belt.
"Ready?"
"Baca doa naik kenderaan dulu."
"Dah.Kau je yang belum."selesai aku membaca doa dalam kira-kira 5 minit.Jangan tanya kenapa lama.Luq, menghidupkan kereta buat aku naik debaran.
"Kejap, aku nak buat wasiat terakhir."aku buka smartphone. Ruangan recorder aku tuju.
"Kepada Tengku Syazrin yang tidak di sayangi, aku nak minta maaf sebab aku yang ajak diaorang make up kan muka kau.Aku minta maaf jugak sebab tinggalkan kau.Ok.done."aku tutup recorder.
"Dengan aku tak nak minta maaf?"
"Nanti Raya aku buat."
"Eh, tadi tu..."
"Baik kau pandu sekarang.Niel dan Izz dah tunggu tu ha."aku memotong.
"Kau tu yang melambatkan kerja aku."Luq menggerakkan kereta ke sebelah Daniel.Kereta Izz pula di belakang kereta Daniel.Tingkap kereta di turunkan.
"Are you ready for race?"Daniel menurunkan kaca mata hitam miliknya.
Wait..
RACE?!
"Daniel Al-Haqeem."aku merenung tajam ke arahnya.
"Tiq, we are late.You know?"
"Jadi, kau biarkan Luq menang sebab kau tahu, Izz dan kau tak berani nak pandu laju bila guna kereta aku,macam tu?"
"Correct.Young lady."
"Mangkat sila."
"Sila kuatkan mental dan fizikal."pesan Luq.Aku? aku dah pegang kemas seat belt aku.
"I am doing it right now."
Aku dapat rasa kereta aku turut menerima kejutan budaya.
"Please be kind to baby pepel."aku mengusap dash board kereta.
"Sure."
VROOM!
"SYED LUQMAN HARIZ!!! KAU NAK BUNUH AKU KE?!!"aku berkata sambil memejam mata.
Dengan ini,
Tiq soul is flying away.
_______
7:30 a.m.
Negeri Sembilan.
"Hail,macam mana ni?"Mai mencengkam tudungnya.Berkedut sudah.
"Kenapa dengan kau ni?"Hail menghulurkan secawan coffee kepada Mai.
"Hari ni, budak Sabah dan Sarawak sampai.Aku sepatutnya ingatkan Qeem.Tapi aku tak nak call dia."Hail menepuk dahi.
"Cuba check dia dekat mana."Mai mengangguk.Dia membuka phonenya.
"Qeem dah on the way ke KLIA.fuh."lega terasa apabila melihat location Daniel semakin mendekati ke arah yang ingin di tuju.Hail menepuk bahu Mai, perlahan.
"Apa?"
"Dahlah merajuk.Kau tak rasa ke,dia pergi Terengganu untuk cari kau?"ucap Hail.
"Qeem pergi Terengganu?! "tersedak Mai sampai tersembur coffee sedikit.
"Ye."
"How did you know?"
"Iqah."
"What?! Kau call dia ke?"
"Maaf, Mai.Aku terpaksa."
"Apa yang Tiq kata."
"Qeem cari kau.Dia rasa bersalah sebab tengking kau.Kau tahu kan,nak berkumpul ni bukan senang.Bagi aku,bila dengar cerita kau.Qeem dah banyak bersabar.It just a small matter.He just accidently pissed out on you."
"Tapi...Hail."
"Maafkan dia, Mai.Dia tak sengaja."
"Aku nak...clear my mind for a moment."
"Take your time but please, think about it, fast.They need you."
"Us."
__________
9:15 a.m.
KLIA.
Shana bermain 'kosong-kosong lubang tikus' bersama Nita, Daisy, Shaz.Nampak sangatkan siapa kepala di situ?
Apa itu permainan kosong-kosong lubang tikus ?
Sejenis permainan yang kita kena guna tangan untuk melakukan banyak gaya dan ahli lawan harus melepasi segala challenge yang di buat.
Mereka di bahagikan kepada 2 kumpulan.Jika salah seorang dari kumpulan first terlanggar tangan yang buat gaya ni.Automatik kumpulan yang buat gaya ni pula yang akan bermain dan jika mereka juga terlanggar, kita balik ke kumpulan 1 dan begitulah seterusnya.
Pemenang? mereka kena berjaya menempuh segala cabaran yang di beri sampai akhir.Like di sini, kerjasama dan supportive itu memainkan peranan penting.
Hati-hati dengan manusia yang suka main tipu.
"Apa lagi eh? oh api! Nita,buat api cepat!"arah Shaz.Tangan Shaz mula buat gaya macam api membara.Begitu juga Nita.Tunggu Shana dan Daisy lompat je.
"Aku lompat dulu"Daisy mengundurkan dirinya dan...
I believe I can fly the sky~~
Dan dia pun jatuh dengan gaya seperti orang yang nak melamar.
Krik-krik.
Semua orang di situ mula fokuskan ke arah Daisy.Kamera juga turut zoom in ke mukanya.
Daisy menelan air liur.
Bukan kerana dia menjadi perhatian tapi..
Ada seorang lelaki yang memakai face mask,kini betul-betul berdiri di hadapannya.
Lelaki itu juga turut memandang Daisy.
Adakah ini Dilwale?
"Aku kenal lelaki tu umph umph"mulut Shana di tutup oleh Eve.Bahaya, kalau si Shana memecahkan rahsia identiti lelaki tersebut.
"I'm not doing this in purpose to propose you.Just a considering."Daisy senyum janggal.Dia cuma tahu satu benda je tentang lelaki ini,
Si dia bukan orang Malaysia.
"Oh,kay."
"I'm truly sorry."Daisy bangun dari buat gaya tersebut.Malu, malu.Semua orang dah tepuk tangan, fikir lelaki itu menerima lamaran dia...
"..I forgive you."dia senyum di sebalik mask.Tengok mata dia lah.
"and nice to meet you."dia berkata lagi kemudian melangkah pergi.Daisy hanya memerhati susuk tubuh lelaki itu, adakah ini, cinta pandang pertama?
"Love is nothing stronger, than a boy with luv!"nyanyi Shana.Lelaki itu notice nyanyian Shana dan sempat menghadiahkan mini love sebelum beredar pergi.
"Siapa tu Kak Shana?"Riz mencelah.
"Kim Tae Hyung."Shana tersenyum bahagia.
"Woah, untunglah Kak Daisy."Shaz mencuit bahu Daisy.Buat seketika dia jatuh terduduk.
"Aku malu buduh."Daisy tutup muka.Viral lah dia kali ni dengan title 'gadis lamar lelaki?'.
"Sabar sabar."Nita menggosok bahu Daisy perlahan,dan di temani Ian yang dekah pabila mengingatkan scenario tadi.
"Cannot move on la hahahahhaha."
"Diamlah kau!"
"Mana Qeem sekarang?"tanya Moon kepada Eve.
"Sekejap."Eve cuba membuka phone.Malangnya..
"Run out of battery.hmm"Eve menjawab dengan pasrah.Dia redha.Apa nak jadi, jadilah.
"Jadi?"tanya Riz yang tak senang duduk itu.
"Meratapi nasib."Eve memejamkan mata.Satu je, yang mereka boleh buat saat ini.
Cuma berdoa.
Di mana Daniel em?
________
9:45 a.m.
KLIA
"Yeay!Kita menang!Thanks baby pepel ."Luq berjimba di seat memandu.
Saat ini, aku berharap yang kereta aku jadi transformers, lepas tu kick out Luq to the galaxy.Tapi,itu hanya mimpi dan aku dah tak bermaya nak maki dia.
"Tiq, kau dengar tak?"tanya Luq.Aku menutup mulut.Rasa pening, nak muntah.Semua ada.First time, aku duduk di seat depan rasa macam ni.
Selalunya seat belakang.
"Kau mabuk kereta ke?"aku angguk, mengiyakan saja.
"Aku minta maaf weh."aku angguk lagi dengan kenyataan Luq.Jangan kata apa-apa Luq.Aku cuma kena bertenang je.
"Tiq taq!"Helen datang lalu membuka pintu seat aku.Aku pejam mata.Tahan Tiq tahan, kau boleh.
"Kenapa ni?"tanya Fizah pula.Ya Allah, aku rasa nak muntah.
"Helen.Egh, cari air kosong.tsk, Minyak angin.Dan.coklat. HACKS."tersekat-sekat aku membalas.Helen mengangguk kemudian pergi ke kedai berdekatan bersama Luq.
"Korang duduk sini.Kitaorang pergi cari budak-budak ni."Daniel berkata lagi lalu beredar bersama Izz.
"Zul! jaga diaorang berdua."pesan Daniel lagi.
"Diaorang tua pada aku kot."
"Ehem,kita sama umur."Fizah bersuara sambil menggosok belakang aku.
hiks hiks terasa menyusahkan.
_________
Daniel mencari sekeliling,kejap ke Timur.Kejap ke Barat.
"Mana diaorang ni?"desis hati Daniel.Izz pula, kejap cari.Kejap call Eve tapi tidak di angkat-angkat.
"Aku rasa dia off."ucap Izz.Daniel duduk di atas lantai.Sudah 15 minit, mereka mencari tapi...
"Izz, mana diaorang pergi?"Daniel bersuara perlahan.Suaranya sudah mula bergetar.Sesungguhnya dia memang menyesal.
"Aku yakin diaorang masih berdekatan sini.They won't go far....eh"Izz bercangkung di depan Daniel.
"Mar, budak Sabah kan?"
"Haah."Izz terus mencari nombor Moon.
'Teet teet'
"Hi."
"Kau dekat mana?"
"Aku tak tahu tapi...aku suka tengok drama dua orang jejaka Kelantan mencari budak Sabah dan Sarawak.Woah.Hajat nak teruskan menonton sampai malam.Tak gitu teman-teman?"jawab Moon dan kedengaran suara sokongan dari mereka yang lain.
Izz meraup muka.Lega? memang.
"Korang buat, aku risau tahu tak?!"jerit Daniel di sebelah Izz.
"Alolololo Bang Qeem.Ini what you give you get back tau."kata Shaz di belakang mereka berdua.
Dan terlihatlah mereka, yang di risaukan oleh Daniel.
Eve, Shana, Daisy, Nita, Ian, Moon, Shaz dan Riz...
Daniel hanya mampu senyum.Setitis air mata lelaki, tergugur tanpa dia rela.
Daniel bersyukur.
Tiba-tiba, Riz datang memeluk Daniel.
"Bang Qeem!"jeritnya.
"Eh? selalunya cari Bang Syaz."
"Balaslah."Riz, kau menggedik.Izz dah buat muka menyampah.
"Gedik ini anak."
"Bang Izz.Dengki cakap."Riz menjelir lidah.
"Ayat aku tu.Eyy kopi pasta."
Dan, begitulah kisah macam mana Izz jentik dahi Riz.
Dont look at the back.You are not going that way.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro