Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

04


6:15 p.m.

"Syaz, jangan lupa bagitahu Niel."pesanku lagi sebelum kami bergerak ke arah kereta masing-masing.

"Tiq, for the ten times.In sha Allah."Syaz menarik pintu kereta Audi miliknya.Aku? Myvi je mampu.

"Luq, kau pun kena ingat juga tu.Kalau tak..."aku tunjuk kasut converse milikku.

"Maaf, ambo dop gogek (tergugat)."ha sudah, keluar dah loghat dia.

"Aish.Dan Izz,kau---"

"Ye ye, Tiq.Aku tahu."laju Izz memotong.Pintu kereta di tarik.

"15/5, kita jumpa di Wakaf Che Yeh.Oh, jangan lupa bawa Aidil."aku memandang mereka bertiga.

"Kenapa Aidil?"Luq menyoal.

"Sebab dia sorang je lelaki yang tinggal dekat bumi Kelantan ini"terangku.

"Kitaorang?"Syaz berhenti memandang smartphonenya.

"Korang hidup berpindah-randah.Tak kekal."Aku jawab bersahaja.

"Yay or nay?"Rai mencelah.

"Sesungguhnya, aku nak balik rumah dan rehat."Izz masuk ke dalam kereta.

"Macam orang tua."suara Zati perlahan.

"Kau tak ingat ke dulu, Izz pegang role apa dalam grup?"soal Rai.

"Dulu Papa.Sekarang apa?"tanyaku pula.

"Atuk,BAHAHAHAHA"jawab kami bertiga berserta Syaz dan Luq.

Serentak.

Dan si Izz...

Seperti semua orang sedia tahu,

Izz bukan sahaja kaki bluetick di media social.

Malah di realiti.

"Kau tengok tu, dia seen je weh"

_______

May 2024

Rumah Rai (10:30 a.m.)

Buku planner 2019, aku membelek perlahan.

Kelantan:

1) Ikah 15
2) Nae 16
3) Amalia 15

"Rai, kita kena cari 3 orang dekat area Kelantan."aku mengeluarkan highlight lalu menggariskan pada nama mereka bertiga.

"Mana?"Rai meletakkan tiga gelas air di atas meja belajar miliknya.Zati?ada tu ha, tengah usha bilik Rai.

"Ni"aku menunjukkan buku tersebut kepadanya.

"Oh, nampak-nampak."Rai dan Zati memerhati satu persatu nama kanak-kanak sunquick itu.

"Ok jom kita mulakan plan kita."

"JOM!!"

Aku bukak smartphone lalu menghantar mesej kepada mereka bertiga.

Sebelum cari kena ajak jumpa dulu.Lepas tu tengok siapa yang tak mampu datang.

Baru tak membazir minyak petrol.Benerkan, benerkan, iyakan, iyakan?

________

Keesokan harinya, (3 May)

Seoul Garden.

"Sini, sini"aku melambaikan tangan ke arah Nae dan Ikah.Ok mana si Amalia?

"Hai, Kak Tiq"-Ikah

"Kak Tiq! lama tak chat."-Nae

"Assalamualaikum, korang"

"Waalaikumsalam."jawab mereka berdua dengan janggal.Saje je nak sakat muahahahaha.

Hari ni, aku menyinari secara solo sebab Rai dan Zati, sibuk dengan hal masing-masing.Atau lebih tepat, diaorang sedang uruskan untuk minta cuti 7 hari, for this reunion.

"Jadi, kenapa call kitaorang?"Nae memulakan bicara.

"Jom reunion.Cuti seminggu, mula dari 15/5."aku pergi ke tujuan utama.

Aku tahu, diaorang balik untuk siapkan assignments and so on.But, ini je tarikh yang dah lama aku set-kan.

"Em, ok je"balas Ikah.Nae memandang kami berdua silih berganti.Nak ke tak nak.Nak ke tak nak.

Nak ke tak nak, lepak mamak?

"Please, Nae.Can you sacrifice your time for us?"aku memegang tangan Nae.

"Ok, Nae join."aku memeluk mereka berdua.Good girl.

Smartphone di keluarkan.Nama Amalia, aku cari lalu di tekan punat hijau.

"Teet teet teet"

"Kak Tiq, Lia minta maaf.Tadi Lia tertidur"suaranya di hujung talian membuatkan aku ketawa.Ehem, suara dia macam baru bangun tidur lahai.

"Eh tak pe.Err Lia.Can I ask you something? "

"Apa dia?"

"Boleh tak sertai reunion Famille? Holiday 1 week."

"Lia nak tapi ayah Lia tak bagi.Lia keluar dengan orang yang dia tak kenal---"

"Nanti kitaorang datang rumah Lia"

"Betul ni?"

"Just wait and see"

_______

2:15 p.m.

Lia's House.

Ikah mengetuk pintu bagi pihak kemalasan aku.

"Assalamualaikum"Nae dan Aku hanya berdiri di samping Ikah.Aku pandang sekeliling.Terlihat beberapa jenis bunga menghiasi rumah Lia.

Cantik dan simple.

"Waalaikumsalam.Kejap!"bunyi pintu di buka perlahan.Oh, mak dia mungkin.

"Jemputlah masuk, jangan malu-malu"ucapnya dengan senyuman.Aku melangkah masuk dahulu dengan kaki kanan, ceh.Di ikuti Nae dan Ikah.

Kenapa mereka ada sekali? Saje, nak hidupkan watak diaorang.

"Apa hajat datang ke mari?"soal Ayahandanya sopan.

"Kami datang nak masuk memi--akhhhh"kaki ku di pijak oleh Ikah.Teganya kamu.

"Auch, Ikah.Sakitlah"bisik ku perlahan.

"Padanlah muka"gelak Nae sambil menutup mulut.

"Tak cukup lagi ke Kak Tiq mengarut dekat chat ?"Ikah dah pandang aku macam nak telan.

Aku telan air liur.

"Kami datang nak culi---akhhhh"tadi kena pijak kan? sekarang kena cubit dekat lengan pula.Ya Allah, anak siapa ni.Mohon kutip.

Lia yang baru melaporkan diri di hadapan kitaorang tetiba gelak.Kasihanilah Kak Tiq mu ini, Lia.

"Kitaorang nak ajak anak pakcik, pergi bercuti seminggu."Nae mengambil alih.

"Dekat mana?"

"Johor"

"Dengan siapa?"

"Kami"

"Ada penjaga?"

"Abah..."Lia mula meleret.

"Ada ada"pantas aku menjawab.

"Umur berapa penjaga tu?"

"24"

"Oh begitu.Lia,jaga diri.Jangan jalan bersendirian."pesan ayahnya.

"Baik Abah.Terima kasih sebab bagi keizinan untuk Lia"Lia mencium tangan ayahnya.I'm soft.

"Psst Kak Tiq psst"bisik Ikah.

"Apa?"

"Umur 24 tu siapa?"

"Kak Tiq la"

"Seriously Kak Tiq? hahahahaha takut Ikah, Nae dengan Lia je yang jaga Kak Tiq nanti."balasan Ikah buat aku rasa sendu.

"Haah kan hahahaha"jawapan Nae buat aku rasa makin jatuh reputasi sebagai Kak Yong yang berjaya dulu, kononnya.

"Kak Tiq, kenapa diam?"soal Lia.

"Nak murung jap"aku membelakangi diaorang.Macam budak-budak kan? Tak kesah.

"Alololololololo Kak Tiq"aku terasa seseorang memeluk lengan kiriku.Dan leher aku juga.Kepala aku di usap.

"Terima kasih."ucap mereka bertiga.

Aku tersentak.

Buat seketika, aku senyum.

Tak guna, aku ter-pujuk.

_______

Situasi Syazrin.


4:20 p.m.

Syazrin melihat kawasan yang baru sahaja dia jejaki dengan trade location Aidil.

"Sini kau eh, Dil"Syazrin kini berdiri di hadapan masjid.

"Sejuk hati ibu mengandung"jampuk Izz.

"Tenang je aku rasa"Luq turut mencelah.

Tiba-tiba..

"Tumpang lalu!"seorang remaja lelaki berlari melepasi mereka bertiga.

Beberapa saat kemudian,

"BANG! KEJAR MAMAT TU BANG! DIA CURI DUIT SAYA!"ucap lelaki yang bersungguh-sungguh nak Syaz, Izz dan Luq kejar mamat tu.

Dengan sepantas kilat,Syaz dan Luq mengejar remaja lelaki tersebut.Izz? dia hanya tengok sahaja.

"Kenapa kau tak kejar sekali?"soal lelaki itu.

"Aku tak ada semangat nak kejar.2 orang lelaki dah cukup."

"Oh"

"Tapi, aku baru terfikir."

"Fikir apa?"

"Kau tak ikut diaorang pun."

Di penghujung jalan,

Luq menarik baju remaja lelaki tersebut sampailah dia terjatuh ke tanah.

"Kenapa korang berdua kejar aku ha?"remaja lelaki itu tak cukup nafas untuk berbicara.Dia berbaring atas lantai.

"Sebab kau curi duit"Syazrin turut terbaring di sebelah remaja lelaki itu.

"Ni duit?"remaja itu menunjukkan selipar tandas.

"Kau buat lawak ke? meh aku nak tolong gelak"Luq membalas.

"Tolong serius budak.Sebelum aku check satu badan kau."ugut Syazrin.

"Apa ni bang, saya masih straight dan suci"remaja lelaki itu cover badannya pakai tangan.

"Geli lah Odo"

"Ok cerita dia macam ni, aku dan lelaki tadi tu act nama dia Aidil, tengah berebut selipar ni.Nak di jadikan cerita, aku berjaya rembat dari si Aidil.Sebab tu aku lari."jelas remaja lelaki itu.

Wait, Aidil?

"Nama lelaki yang loyar buruk tadi tu, Aidil?"tanya Syazrin inginkan kepastian.

"Haah"balas remaja itu.

"..."-Luq

"ARGHHHHH AIDIL!!!!!"-Syaz

"Kau dengar sesuatu tak?"Aidil pandang Izz.

"Dengar apa?"

"Ada orang jerit nama aku."

"Itu Syaz.Siap sedialah kau."

"Aku tak buat pape."

"Tak sedar diri."


Never learn how to give up.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro