03
"Jadi...apa alasan yang paling munasabah yang kau dapat bagi?"aku memandang Syaz.6 jam weh aku tunggu, 6 jam.
Tiq,kau patut bersyukur.At least, dia tak datang pukul 10:00 malam atau tak datang langsung.
Kira baik lah tu dia dapat hadirkan diri.
So,Maafkan dia.
"Aku ada meeting tadi.Nak cancel tapi, benda penting."jelas Syazrin.
"Oh, so that's why."aku angguk.K awkward k.
"Tak nak tanya kitaorang ke?"celah Izz yang tadinya diam.
"Siapalah kita bagi dia..."Luq mula buat drama king.Rai dan Zati dah pandang Luq semacam.
"Aku rasa jawapan korang bertiga sama je, kan?"teka ku.
"Mana ada"jawab Luq.
"Kitaorang kerja lain-lain"Izz mengacau airnya perlahan.
"Oh, jadi..."
"Jadi....marilah kita ke topik utama."Syazrin memotong laju.Luq dan Izz dah pandang Syaz kecik besar, kecik besar je.
"Sekeh je budak bertuah tu.Alang-alang dah depan mata"suara Zati perlahan.
Rai dan aku tergelak.Pffft.
"Aku dengar tu"balas Syazrin.
"Ops, sengaja hahahahahaha gurau."sempat Zati menambah sebelum kek yang berada di hadapan Syaz melekat pada mukanya.
"Tahu takut."
"Dah-dah, ok serius para single-single semua"Izz cuba menenangkan keadaan.
"Kau tak single ?"soal Rai.
"Aku?"
"Ha ye kau"aku turut menjampuk.Aku, Zati dan Rai setia menunggu jawapan Izz.
"Dah ada."
"Wuuuuuu"kami bertiga bersorak serentak.
"Sejak bila ni?Dah pandai kau berahsia sekarang eh"Syazrin menyiku Izz.
"Auch it hurts bro,aku yang dekat dengan kau pun tak tahu"Luq buat muka sedih.
"Kantoi sudah"celah Rai.
"Ayuk izz, tak baik tipu."
"Aku single di luaran.Dalam hati dah berpunya"
"Uwu Izz, siapa gerangannya?"aku bertanya.Teruja ni hahahaha.
"Allah S.W.T"
Dan, kami berlima terdiam di sertai dengan pelayan yang baru sahaja meletakkan air yang di pesan oleh mereka bertiga.
"Padu ayat Encik"puji pelayan itu.Sentap le tu.
"Biasa-biasa je"Izz merendah diri.ceh.
Just 2 word:Menusuk kalbu.
_______
4:15 p.m.
"Apa kata kita buat Reunion Famille dekat Johor."aku bersuara.
Mereka semua fokus memandang ke arah aku.Jangan zoom in sudah.
"Kenapa Johor?"soal Syazrin.
"Sebab Kak Melur"
"Kenapa dengan Kak Melur?"tanya Rai.
"Meggi dah nak kahwin ke? ke dah lama kahwin?Umur dia dah 29 kan?"Izz menyoal tanpa henti.
"Kak Melur yang bebel dekat aku tu eh?"adakah aku je ke yang perasan, soalan Luq macam lari sikit.
"Kenapa Meggi? kenapa bukan Pizza? Atau KFC?"ni sorang lagi,soalan lari terus.Haihlah Zati.
"HAHAHAHAHAHA ODO"dekah Syazrin.Ha bagus, yang ni tolong gelak je.
Aku menutup muka.Tak tahu nak ketawa ke nak lempang.
"Please be serious guys.Tiq dah nak meroyan tu HAHAHAHA"Rai, terima kasih.Aku terharu.
"Ok Kak Ribena"
"Johor tu kan, tempat tinggal Kak Melur.Aku pilih Kak Melur sebab dia kan Kak Long dalam grup.You know,yang paling tua.So far, yang aku tahu, Kak Melur akan kahwin tahun ni, cuma tak tahu bila.Jadi, sebelum dia menamatkan zaman bujangnya.Ayuh! kita buat reunion Famille sekali dengan sambut Hari Lahir Kak Melur."terangku.
Dan sekali lagi, mereka senyap.
"Em..."
"Macam mana nak buat reunion Famille?"-Rai
"Orang lain macam mana?"-Zati
"Bila hari lahir Kak Melur?"-Luq
"Macam mana nak kumpulkan ahli Famille?"-Syazrin
"Kau ingat ia semudah Abc?"-Izz
Soalan dari diaorang datang bertubi-tubi,seperti pistol yang kau guna untuk tembak dalam soalan objektif.
Jujur, ayat Izz yang paling menusuk.Auch.
"Guys, its two thousand twenty four.Not two thousand nineteen"
"So?"
"Semua dah besar.Paling muda pun 19 tahun.Kau rasa?"
"Aku tak nampak, apa yang dia nak cakap ni"Izz bersuara.
"Aku pun."Zati dan Rai mengangguk dengan jawapan Syazrin.
Aku pandang Luq.Please, please fahamkan ayat aku please.
"Emmm.."
"Emm apa emm"
"Kau nak kata yang...sebahagian kita like dalam 70 peratus ada lesen kereta kan?Dan masing-masing dah besar, jadi kemungkinan besar mereka dah boleh bawa diri?berdikari, macam tu?"Luq meneka.
"Bingo!"
"Jadi, kau maksudkan yang dekat situ,kita dah boleh jimatkan kos pengangkutan untuk pergi Johor? Yang tak ada lesen kereta atau pengangkutan boleh tumpang member, kan?"tanya Syazrin.
"Brilliant."akhirnya, ada juga manusia yang faham pemikiran aku saat ini.
"Bagi yang tak ada pengangkutan, macam mana nak pick up diaorang?"soal Izz pula.
"Itu, aku dah senaraikan tempat tinggal masing-masing.Korang cuma trade location je"tak sia-sia aku tanya keberadaan diaorang dulu.
"Kalau yang stay Sabah dan Sarawak?"Rai bertanya soalan cepu emas.
"Kita tinggal je diaorang tu, hahahahaha"gelak Zati.
"Eh eh, hahahaha.Di sebabkan ada enam orang yang duduk dekat dua tempat tu.Aku dah what'sapp Eve untuk cari dan bawa mereka ber-enam.They will go with flight and tunggu di Selangor sebab..."
"Sebab?"Syazrin mencelah.
"Kita semua akan berkumpul dekat Selangor dan sama-sama bergerak ke Johor Darul Takzim."jawabku.
"Jadi, Niel ada dekat Selangor kan?"aku memandang mereka bertiga.
Mereka hanya mengangguk.
"Dia di tugaskan cari budak-budak yang duduk Selangor.Dan yang bagi ada dua, tiga orang dekat setengah negeri.Kita akan cuba pujuk diaorang untuk datang, sama ada di Selangor atau Kelantan, faham?"aku berkata lagi.
"Wow"Rai bersuara sepatah.
"Ok, ni soalan terakhir"Syazrin pandang aku.Aura serius dia dah datang sudah.Tegak bulu roma ku.
"Macam mana dengan penginapan? dan how about our schedule? Ada setengah orang dah bekerja, Tiq."Ini soalan yang aku tunggu-tunggu dari mereka.
Aku senyum.
"Penginapan, aku fikir nak tumpang rumah budak-budak ni.Aku yakin, kita pasti dapat.Kalau tak, paling teruk pun tidur dalam kereta.."untuk seketika aku menarik nafas dalam-dalam.
"Tentang schedule korang dan yang lain.Boleh tak..."aku cuba mengawal suaraku.
"Tunaikan permintaan aku?Ini, first and last aku buat kerja gila macam ni.Demi Famille..Tolong, cancel semua kerja korang.Mungkin, tahun ni sahaja kita dapat bertemu sebelum ke alam kerja yang begitu sibuk, married life atau maut.Aku tak minta lebih pun, sekali ni je.5 tahun, aku tunggu, hari ini tiba.Please.."aku memandang mereka dengan penuh harapan.
Mereka berlima memandang satu sama lain.
"In sha Allah, kami akan cuba tunaikan permintaan kau"Rai memelukku erat.Begitu juga, Zati.
Aku cuba menahan air mata.
Jangan nangis,Tiq.
Ini baru permulaan.
"Kitaorang akan cuba, demi Famille."ucap Syazrin di sertai anggukan Izz dan Luq.
"Kerana Allah"tambah Izz.
Ya Allah,
Semoga di permudahkan,
Segala urusan.
Always remember,the word 'impossible' just for someone who not give themself a chance to try.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro