Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

02


Seminggu kemudian,

Starbucks Cafe.

9:30 a.m.

Kedua-dua tangan aku gosok.Tetiba rasa sejuk pula.Aku menaikkan handsock sedikit, menutupi bahagian jari.Agak-agak ni sejuk sebab aircond ke..sebab berdebar?

Ah lantak.

"Assalamualaikum."bisik seseorang yang berdiri betul-betul di sebelah ku.Ya Allah, Rai.Nasib tak ter-jerit aku dekat sini.

"Waalaikumsalam.jemput duduk.Mana Zati?"aku memandang Rai yang mula mengambil tempat di sebelah kiri aku.

PAPP

"Opocot!"latahku.

Rai dan aku sama-sama memandang gerangan yang gatal tangan menepuk meja sebentar tadi dengan pandangan penuh ger---sayang.

Sayang sangat orang depan ni.

"Hi korang!"Zati duduk di sebelah kanan aku.Manakala Rai, di sebelah kiri.Good, aku kena kepit oleh dua orang kembar umur ini.

Tanpa teragak-agak, aku mencubit pipi Zati.

"Suka buat orang terkejut an.eyy nasib baik sayang.Kalau tak..."

"...dah lama kitaorang palau kau hahahaha"sambung Rai.

"Kau pun sama.Aku hampir terjerit tadi"aku mencubit pipi Rai pula.

"Maaf Tiq maaf"

Aku melepaskan pipi diaorang.Chill, aku cubit lembut.Selembut softlan.

"Ugh,pipi aku merah"omel Zati.

"Perit bhaii"kata Rai pula.

"Padan muka!"aku gelak.

Alamak, dua-dua dah buat muka tak puas hati hahahaha.Baik aku pergi ke tujuan utama sebelum aku pula kena cubit.

"Back to our topic, aku ajak korang ni sebab..."

"Sebab kau nak kahwin?"

"Nak ajak kitaorang dating sebelum kau menamatkan zaman bujang?"

Ya Allah.laju je duaorang ni memotong ayat aku.Kalau betul, takpe jugak.Ni tak, dua-dua kelaut.Kena campak dalam laut dulu kot baru berfikiran kedarat.

Ok nanti kita cuba.

"Laju je korang eh.Umur beza setahun je dengan aku.Entah-entah korang dulu hahahaha"

Well said, both of them 23.

"Eh, umur 24 buat cara 24.Ni tak umur 24 perangai cam 19 hahahaha"gelak Zati pula.

"Eh kau pun sama hahahaha"balasku.

"Bila sebut 24 ni,tiba-tiba teringat Kak Melur"suara Rai.Zati dan aku angguk.Sebut tentang Kak Melur...

Itu memang topik utama aku hari ni.

"Korang aku ada plan"

"Plan apa?"

"Plan Reunion Famille"

"Eh, Tiq.Macam mana?"Rai buat muka blurr.Begitu juga, Zati.

"Sebelum aku teruskan ayat aku, kita tunggu sekejap.Ada lagi orang yang aku tunggu."aku menyisip air yang baru aku pesan sebentar tadi.

"Siapa?"

"Adalah"

"Jangan kata tunang hahahaaa"sakat Zati.

"Rai, nanti belikan aku tali rafia"

"No hal, Tiq"

Muka Zati dah cuak hahahaha.Aku gigit bibir,cuba menahan tawa.Pintu Cafe Starbucks aku pandang.

Adakah dia datang?

In Sha Allah,He will.

Yakin yakin.

________

2:15 p.m.

"Siapa yang kau tunggu ni, Tiq?"Zati menyoal.Rai dah menongkat dagu memandangku.

"Adalah.Orang tu.Korang pergilah jalan-jalan dulu"aku bagi cadangan.Lagipun kitaorang dah menunaikan Solat Zohor tadi.

Rai seperti memikirkan sesuatu.

"Takpe ke, kitaorang tinggal kau, Tiq?"aku senyum lalu angguk.

"Aku tahu, kau nampak sesuatu dekat hujung kedai tu kan?"teka ku.Tipulah aku tak perasan dia punya teruja tadi.

"Haah weh, susah nak cari barang tu hehe.Alang-alang dah ternampak,jangan lepaskan peluang kan?"Rai main tangan.Aku tahu dia rasa bersalah.

Tapi, aku tak nak orang yang aku tunggu tu datang dan beredar masa aku tiada.

Jadi..

"Korang berdua datinglah.Bila lagi kan? hahahah jangan datang dengan aura serai pulak."

"Takdenya."Zati menolak Rai.Rai apa lagi tolak si Zati pula.Ceh, main tolak-tolak pulak.Aku gelengkan kepala.Comel je.

"Jangan khusyuk sangat!"pesan ku.

2:45 p.m.

Aku regangkan badan sedikit.Lambatnya mamat ni.Aku melihat jam di tangan.Di mana dia?

Kalau dia tak datang macam mana?

Kau yakin sangat dia datang kenapa?

Jangan berharap sangat, Tiq.

Kau dah kecewa ke?

Aku gelengkan kepala.Tak guna negative thinking.

"Ya Allah, aku nak kereta Syazrin jadi cam transformers.Dan kereta tu dengar seruan aku.Lepas tu, bawa dia datang sini.Dan masa tu, aku nak transformers tu pijak dia bagi pihak aku sebab biarkan aku berjanggut dekat sini."Aku berdoa perlahan sambil pejam mata.Nampak tak kesungguhan di situ?

"Aamin"sebutku lagi lalu membuka mata.

And guess what..

Transformers tu..

Datang dengan Syazrin?!!

Aku speechless.

Ok, tipu je.

________

3:28 p.m.

Ini air kelima aku pesan.Abang Starbucks tu pun dah muak tengok muka aku.Tak percaya? dah berapa kali dia tanya

Tak nak balik lagi ke?

Aku menunduk lama.Tak ku duga, titisan demi titisan, menyapa tanganku.

"Woah, Tiq.Baru pukul 3:30 petang dan kau dah putus asa?"aku membiarkan air mata itu mengalir.

Kring!

Kedengaran pintu Cafe Starbucks di tolak, aku cepat-cepat mengelap air mataku.Aku tak nak Rai dan Zati tengok keadaan aku macam ni.

Aku mengangkat kepala menandang gerangan yang menolak pintu tersebut..

Oh,

Shoot!

"Am I dreaming?"aku mengusap mataku berkali-kali.

Kelihatan dirinya yang kalut, seperti tercari-cari seseorang.Aku pandang ke arah tingkap, tawa yang aku cuba tahan sebentar tadi aku lepaskan perlahan.

Kau cari aku ke?

"Syaz, sila bertendang."aku rasa itu Luq.

"Entah kau ni, macam hilang anak je aku tengok"jampuk seorang lagi.Mengikut info yang aku dapat, aku yakin dia, Izz.

"Macam mana aku nak bertenang.Sedangkan Tiq nak jumpa aku pukul 9:30 pagi tadi.Sekarang dah 3:30 petang"Syaz dah tak tentu arah.

Aku ketup mulut.Tahan Tiq tahan.Biarkan dia di selubungi rasa bersalah dulu.

Kring!

"Tiq, maaf lambat.Kitaorang ter-khusyuk tadi, hahahah kan Zati?"Rai menyiku Zati.

"Jangan percaya dia,Tiq.Dia pergi tawaf satu bangunan, tu yang lama tu----oh."Zati dan Rai terdiam.

Syaz, Luq dan Izz kini memandang mereka berdua.

"Tiq?"soal Syaz.

Seperti tindakan refleks, dua kembar umur itu menunjuk ke arah aku.

I'm dead.



I wish, we can go well with the plan.No argument.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro